Wednesday, September 7, 2011

Roti jala



roti jala yang agak keji rupa parasnya bersama sup tulang hidangan berbuka puasa.


Teringat aku peristiwa bulan puasa. Dah lama tak makan roti jala, so catz pun gigih le bancuh tepung untuk buat roti jala.

Tiba-tibaaaaaaaaaa....

ai tak jumpa peralatan menjala mak u ols.

oh gabra tak kan nak buang je bancuhan tepung tu? nak buat lempeng? aa..tak best...

so kita improvise, guna botol sos untuk melakukan menjala. pernah dah buat dulu. Tapi this time sebab nak cepat, rupa paras roti jala aku adalah sgt keji.

Takpelah kan. dah masuk mulut, rasa sama je (ayat penyedap hati).

tataw le apa tamu i kata dalam hati. hik.



ni pula roti jala sempena tamu datang berhari raya.
masak simple je. roti jala dengan caramel puding.

ha..tang ni aku guna peralatan menjala yang betul.

ok..cop...cop. sat , nak tulis resepi:

bahan-bahan roti jala:

2 cawan tepung
2.5 cawan air
telur-1 biji
pewarna kuning/serbuk kunyit
secubit garam

cara-cara:

ayak tepung bersama pewarna/serbuk kunyit
masukkan air, telur dan garam.
kacau sebati hingga adunan sebati
amik acuan roti jala dan mula lah menjala ....
takde rupa jala kan?????

roti jala yang ehemm...dicicah bersama kari ayam.

kuih muih raya..errr...of courseee lah beli plus hasil tuaian dari rumah mak ai


tamu .hi auntie...hiks..glemer auntie.terima kasih datang bersama rombongan auntie.

oh , rasanya tak buat rumah terbuka. rumah sentiasa menerima kunjungan. nak datang beritahu. nanti i masaklah apa-apa yang ada.

selamat hari raya.


8 comments:

C.J.Da'HotNCold said...

ngarot la kak catz, roti jala itu nmpk sunggo yummy..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

ihihi...naper org panggil roti ehh...bukan kuih.. x der la rupa roti ponn..

Ayien Azreen said...

nak resepi roti jala... please please please

catz said...

C.J,

gambar yg 1st tuh sunggo keji ok rupa paras roti jalanya...kih..
takde rupa jaring. macam perangkap tikus ada le...
kih..

catz said...

LIBL,

kensss...
takde rupa roti pung...
dah balik s.alam keww??

catz said...

Ayien,

selamat hari raya.
resepi catz dah letak.
:)

Anonymous said...

Salam catz,

Selamat hari raya...!! saya sgt jeles ngan awak sbb pandai masak...hehehehe.....!!! saya selalu baca blog awak n sangat teruja ngan gamba,cerita n masak memasak...awak..!!!
Teruskan memblog....:)

Dayang

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

sudahhh di s.alam...