Macam ala-ala buku enid blyton yang kita baca time kecik-kecik dulu.
eh..time aku kecik. now dah tak kecik. now gedabak.
Tak pun macam tajuk dalam majalah Variasari ke apa?
sapa ada baca? nih majalah kecik yang mengisahkan kisah2 misteri gitu.
Ni kisah dua kakak misteri.
dengan kucing yang tak berapa comel
Lokasi: paparich bdr seri permaisuri, cheras.
Time: 9.30 malam
watak: kakak comel 1 , kakak comel 2 dan kucing tak berapa comel.
Dua kakak comel sedang makan.
sorang order otak-otak with roti dan sorang lagi dry kuew teow with steam chicken.
kakak comel 1 bagi roti. roti bagus untuk kesihatan dikkkk!! tak berminyak.
isk...dia takmo makan ok.
kakak comel 2 kata dia takmo chicken. so kakak comel 1 bagi kat kucing tak berapa nak comel ni makan. uhmmm...lajuuuuu je menyambar steam chicken. gulp..
sama-sama. pi le balik sana. mak ko panggil. kami takpe. dah
walaupun now orang sibuk memperkatakan mengenai owner pusat jagaan haiwan yang tak bertanggungjawab biarkan kucing tak makan, mati terlekat kat lantai tu..ada lagi yang bernasib baik. walau hidup tak sempurna dalam sangkar cantik, masih boleh makan. masih ramai yang baik hati nak beri makan. keji gila aku rasa org yg biar kucing mati tuh. Agaknya dia assume kucing-kucing tu semua boleh puasa 2 minggu kot. gilo. meh aku ikat ko , buh atas jalan biar kena lenyek dengan lori ayam.
cerita lain. terharunya saya ada orang masakkan saya nasi lemak ketika saya datang beraya.
Maklumlah, now ni pesen beraya dah lain sikit. Kita ni yg nak dtg beraya boleh request nak makan apa. errrr.... " i nak beraya, masak nasik lemak pelisss". kih.
ala-ala order makan kat kedai mamak u ols.
nasi lemak masakan rumah u ols. siap ada lauk, ayam seribu rempah (tang mana rempah yg seribu tu mak tataw), tapi sedap. siap cukup lauk, telur, timun.yang penting..sambal nya sedappppppp. berulang-ulang aku menyudu sambal ke pinggan. perfecto! thanks eh. u know who you are. kih.
lain kali aku request nasik tomato dengan pavlova okey? sila google resepi dari sekarang.
oh ya,aku saja lah pi dapur nak cuci tangan masa nak makan tu.
aku nampak ada ikan satu bekas kat sinki.
aku: er..ada ikan ni..nak masak mkn malam pulak ke nanti?
kawan aku: taklah.tu ikan kucing.nak rebus bagi kucing.
aku selak penutup pekas sekali lagi..macam tak caya.
aku: haaaaaaaaaaaa???? kucing kau makan ikan tenggiri???????
kawan aku: ye la. bapak aku beli sekor, nak bg kucing makan.dia mmg bg kucing-kucing kami makan ikan mahal.
pitamss u ols.
aku ingat abah aku dah cukup mithali dah beli ikan kembung 2 kilo everyweek nak bagi kucing-kucing kitarang makan. siap rebuskan hari-hari. nasi pun masak asing dari kita orang ni. apa ke entah motifnya.
Tapi....
rupanyaaa..ada lagi abah orang lain yang lagiiiiiiiii cemerlang u ols.
Ikan tenggiri untuk kucing. mak oi..aku pun jarang beli ikan tenggiri.
bertuahnya kucing-kucing ko kan. mesti bulu gebuuuuu aja kan.
errr..kucing tau ke ikan yg dia makan tu murah ke mahal??? tak kot?
err..aku nak jadik kucing abah ko boleh tak? tapi aku punya menu lagi vassss la.
Isnin :tenggiri masak singgang
selasa: bawal sweet sour
rabu:siakap steam limau
khamis: ikan paus masak kari
jumaat: kepala ikan merah masak asam pedas
sabtu: ikan lumba-lumba masak 6 rasa
ahad: jemu makan ikan.. pi makan steambot kat johnnys...err..sebelum tu kita singgah spa kucing dulu eh. i nak ber pedicure, manicure utk kuku2 i yg banyak nih..
hik.
ok?
ok?
5 comments:
wahahahha....dasat tu kucing makan ikan tenggiri. kalo gini nak jadik kucing kat umah kawan catz jugak la....hikhikhik
Kelasss..
kalau Catz jadik kucing, haruslah kucing yang ribu riban tu..
Komfem dapat ape yang dihajati..
Amboiii request! Mengada ko CATZ! Lain kali bela ikan tenggiri banyak-banyak dalam akurium. hehehehe
biasalah pembela kucing mmg camni...hi3..rela tak makan, janji kucing kenyang...:)
bertuah jadik kucing2 tuu...:))
Post a Comment