Tuesday, September 6, 2011

Buah Tampoi

pernah jumpa buah tampoi??

Buah tampoi can be catagorized as exotic wild jungle fruit. menurut pakcik yang jual dan paksa-rela aku beli nih susah nak jumpa buah ni. duk jauh nun dalam hutan and normally orang asli ada jual if lalu dekat perkampungan mereka.

Pokok Tampoi merupakan pokok buah-buahan subtingkat dalam hutan hujan tropika dan banyak tumbuh di Borneo.

Di Hilir Perak, ia dikenali sebagai buah larah.

Semalam aku pi beli sayur sikit kat hypermarket, tiba-tiba depan tu ada jual buah durian dan buah yang rupanya pelik. aku ingat kan sejenis bawang ke apa tah ---> gila jakun aku kan.
Nak tanya segan (wah pemalu rupanya aku ni) tapi dek aku nih asyik pandang-pandang, pakcik tuh belah sebijik utk bagi rasa kepada potential buyer yang duk pandang-pandang tapi macam takut nak beli.
dia bagi aku rasa seulas. eh..sejenis makanan la. sejenis buah. sedap. manis.

Pakcik tuh kempen-kempen:

" 3 kilo RM10". sekilo RM4.00.

aku cakap nak sekilo je. pakcik tuh suhhhh gak amik 1.5 kilo =RM5.00.

dia cakap: utamakan lah buah-buahan tempatan. buah ni susah nak dapat ni..dalam hutan nuuuu duk cari. nak jumpa musim dia pun susah. rugi kalau tak beli. baik cuba..sedap! manis!!

aku rasa kan..dia pikir aku nak pi beli buah durian kat gerai sebelah tuh, dan nampak sepelastik buah anggur kat tangan aku.
eh..helllowww pakcik, buah durian tuh buah tempatan febret ai ok.

and now katanya buah tampoi ni ada juga ditanam di Sungai Lui, Hulu Langat, di Johol Negeri Sembilan dan di Johor jugak.

Setau aku yang kat Johor tuh Hospital Tampoi., bukan pokok tampoi. err..Jalan Tampoi pun ada di Johor jugak. ye dulu i menoreh mencarik rezeki di kawasan perindustrian Tampoi jugakkk.Kilang electronic yang meninggalkan nostalgia dan troma jugak lah kan. ok, best jugak keje situ, yang tak bestnya aku keje macam hampir 24 jam setiap hari, sampai tidur kat Kilang, macam lah abah aku pemegang share kat company tu.
Tu belum cerita lagi betapa troma aku bergaduh dengan operator kat production line yang kejap-kejap MC, kejap kang cuti, kejap kang ada jari hampir putus sebab memandai-mandai guna pisau untuk proses yang sepatutnya tak guna pisau. err...ni bukan kilang popia ye., ni kilang elektronik. paling aku ingat, syasya, operator mak nyah yang pakaiannya setiap kali datang keje buat aku rasa nak tanya, " berapa ringgit harga baju kau ni nok?" . sebabnya kalah ropa pakaian dia dengan dress ratu cantik bolivia tuh. walau akuu kadang perang mulut dengan dia sebab dia suka datang lambat, tetipa kali raya dia bagi aku kuih raya satu tupperware besar macam nak makan 10 orang. tu semua kuih-kuih raya yang dia buat dan jual. ok..tu cerita zaman-zaman aku keje kilang dulu. engineer merangkap supervisor merangkap minah karen.

eh..apesal aku menyimpang jauh sangat ek? aku nak cerita pasal buah tampoi la.



ni aku beli semalam. berjaya jugak pakcik penjual tu mempengaruhi aku dengan ayat-ayat " buah ni susahhhhhhhh nak jumpaaa"

buah tampoi


gemuknya jari

ok, nak kupas buah ni senang je.tanggalkan tangkai tu kan. dan bubuh buah antara kedua tangan kita, macam nak belah buah manggis tuh.

tada....putih melepak. rasa dia macam rambai sket, tapi manis dan lebih lemak, kdg ada rasa masam-masam sikit. sedap!!!

buah ni ada yang warna oren dalam dia. tapi yang ni putih...manisssssss .

ok dah . ini saja pelajaran geography hari ni.

25 comments:

♥ dak pink said...

Uish, terliur.

Memang sedap buah ni. Ala2 adik bradik rambai.

kucingorengemok said...

buah masuk kategori geografi ke? mandai je ko

Anggerik Berduri said...

wah. sdap buah ni kak. mane dpt ni? nk pgi bli lah. dulu mse ddk kuching msti bli kalau ade jual kat pasar satok. hiks

O J O L A L Y said...

buah ni memang susah nak cari...ist time ojolaly makan buah ni masa wat site survey kat kluang..buah ni pun orang asli yang jual.....rasanyer manis..ada dua colour isinya..putih n oren....memang dalam hutan jer buah ni

marie said...

ok catz...akak memang suka sangat buah ni..and memang susah nak jumpa..ni tengok u dah beli ni, haruslah akak menyusur jalan Pajam-Seremban cari buah ni...selalu ada jual kat gerai buah tepi jalan..tp kena tunggu musim dia...mmg sedap buah ni

AzeedA said...

hilior perak? ngape teman x pnah jumpe ni.. rambai tau le.. peberet tuuuu!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

ololo...dah lamaaaaa tak makan buah ni!

Chik Att said...

dulu masa ulang alik KL _Keah selalu jumpa beli buah ni area gopeng ke Bidor ....

Mummy Irfan said...

tak penah tgk buah ni..rasa apatah lagi..beli kat mana yer???

dkay said...

saya suka baca blog anda. dkay8678@hotmail.com

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

sedap oke buah ni..aku sukee..kat sabah ada gak ..murahh..

catz said...

dak pink,

hi...
i ingat dia ni sepupu rambai le..
kih...lemak giteww..
selamat hari raya!

catz said...

kog,

habis? kategori sejarah?

oooo..subjek Alam dan Manusia pun ok kot ehhhh???

catz said...

Anggerik berduri,

saya beli kat depan econsave. ada pakcik buah jual..
yummeh.
if lalu area2 kg org asli rasanya ada buah nih..

catz said...

ojolaly,

ada eh yg oren?

nakkk...macam lebih menggiurkan je..

btw, selamat hari raya!
balik BP tak?

catz said...

k marie,

musim buah ni jarang-jarang kot...
tapi saja lah nak cuba..sedap kan..
suwitttt gituh.
btw,
selamat hari raya.

catz said...

Azeeda,

dipercayaia, bauh tampoi ni sepupu rambai.
heheheh....cuba le carik.
suwitt sangat.
btw,

selamat hari raya!

catz said...

mama@Hajah Zainab,

selamat hari raya mama!
hows raya?
:)

catz said...

Chik Att,

kita 1st time tauuu makan ni..
btw , selamat hari raya cik Att dan family. hows raya?

catz said...

Chik Att,

kita 1st time tauuu makan ni..
btw , selamat hari raya cik Att dan family. hows raya?

catz said...

Mumy Irfan,

selamat hari raya!

beli kat gerai buah depan ekon save.
:)

catz said...

hi dkay,

welcome to catzscafe.
selamat hari raya!
thanks for reading ya.

:)
miowww

catz said...

Life,
kenssss.
suwitttt gitewww.
semanis kurma.
hikhikhik

ah said...

hai catz,

beli depan econsave bangi ke?
nak carila wiken ni..terngidam plak tengok sebab dah lama tak makan

Anonymous said...

hai... baru je jumpa blog ni... menarik... psl buah tampoi ni, mmg sedap kn? kalau xsilap, area t'ganu, dorg blend buah ni buh dlm laksa.

~ ina ~