Tuesday, September 20, 2011

Buku resepi: kesan psikologi


Wah tajuk..poyo macam lah dalam journal penyelidikan apa tah kan..


on the last day, orang tak ramai. hujan


SK and i were at MPH warehouse sales on sunday.
oh gila...
lots of book with reasonable price, cheap and super duper cheapppp!!
provided kau bawak duit segantang kan kiah barulah boleh borong satu lori...

Lepas-lepas raya ni kenalah berpada-pada if tak nak makan serdak kuih raya (itu pun kalau kuih raya tu wujud di rumah masing-masing kan senah)...

masuk je mak oi...banyaknyaaaaaa buku.
Orang dah tak ramai, last day and hujan pula tu and mungkin orang busy lunch free kunjung mengunjung rumah terbuka.

SK got her list ..buku apa tah...eclipse...ke benda2 macam tuh.
satu RM10.00 siap ada casing cantik...gosh...journal apa benda tah.

i browse around and...

omjee!!!
lots of cooking book...
gila kau.
kulit buku pun dah menyelerakan.

aku ada sedikit perasaan mahu menggigit buku ni..walau pun tak tau tuscany tu mentang apa apa ke benda punya masakan kannn...


belum tengok isinya kannn????

kau tak payah pegi cooking school Kiah. Ni hah! nak masak apa pun ada..siap ada "chinese cooking school", ' Indian Cooking School', etc. gosh..
aku duk belek-belek area buku masak-masak saja.
malas dah nak pi section lain.
jumpa buku masakan pun boleh lupa diri kannn...

eskay dah bimbit sekotak buku. mak oi..dekat sini beli buku macam beli bawang time sale dekat tesc0 / gi@nt nok!
boleh beli satu beg bawang terus....!! apa ke motif kannnn? macamlah makan bawang boleh kenyang.


u could find any form of cooking book. dari yang meng-claim dialah baking bible, etc sampailah buku masak yang kadang aku rasa agak merepek. kih. tapi fun je kan ada buku-buku masakan yang pelbagai.
apa yang kau nak masak kiah? semua ada.
nak yang simple...yang susah ..yang tak pernah dengar oso semuaaaa ada.
"JUST 10 minutes" ----> kah-kah-kah. ye lahhhhh tuuuuuu 10 minit...
for beginner yang baru nak kenal kuali dengan senduk pun ada.
Bolehlah berkenalan dengan halia, jintan putih, jintan manis, biji ketumbar pun ada bukunyaa..bergambar segala bahan-bahan nya, dan cara masak dipaparkan step by step.
bak kata kawan aku yang laser molots tu, kalau dah tunjuk bahan bergambar, cara masak step by step tapi tak retiiiiii jugak masak, baiklah kau gantung kuali diri je. oh agak kejam statement tuh.
selain itu nak masak guna bahan 3-4 benda je and yet jadi masakan yang gah pun ada..


barbeque? mama's italian cook book, grand ma italian cooking book pun ada. so ertinya di sini, walaupun nenek aku bukan orang itali, tapi if aku beli dan mentelaah buku ni, aku boleh masak masakan itali yang sedap macam nenek - nenek kat itali sana. itu pun kalau aku baca dan masak la. kalau beli lepas tu letak kat rak je..ehmmmmmm......

Actually kan..aku pun kadang rasa nak ketawakan diri aku. Sukaaaa je kan nak beli segala mak nenek buku masakan.
Pernah aku beli 8 set buku masak...tapi tah le kat mana buku tu bertapa..kih..
masa nak beli beriya memilih, kononnnnnnn!!! kannnnn....
bawak balik, buku tuh ada duk terperam dekat rak bawah tv .
masa beli wah..perasaan tu kan..amboi...aku nak masak itu..ini...tak sedar diri ni jawa boston Batu Pahat tapi ada hati beli buku masakan Scandinavian macam laaaaa kan kau nak masak.
kadang rasa tertipu je tipah ni dengan ilustrasi buku masakan salad-salad yang cantik-cantik tu..
kalau dah tekak jawa tu, beli buku masakan itali la...masakan tuscany la..mexico la..moroccon laaa..last-last masuk dapur prong prang kelentung kelentangggggg..dong deng..buk! buk! buk! yang siap sekuali sambal goreng jawa jugakkkk!!!

kan...kih-kih-kih.


buku tu buat alas tumbuk bawang je kot????? or buat kipas-kipas panas kat dapur.

er..ke aku sorang je yang rasa macam ni ha?

so aku beranggapan cooking book ni actually untuk menjamu mata je kot..???
Nak raya kan main lagi majalah-majalah masakan buat tajuk.." 250 resepi untuk rumah terbuka hari raya"..
wah..teruja sangat beli oke!

sekali orang datang aku hidang nasik impit, kuah kacang (resepi mak aku), lodeh (resepi mak aku), rendang (resepi mak aku jugakkkkkk). so tang mana menuntut ilmu kat buku/majalah resepi tuu???? ye..masakan dalam buku resepi tu cuma hidangan mata je. tetamu-tetamu menyuap nasik impit ke molots sambil mata menatap buku resepi yang ada 250 resepi hidangan raya tu u ols...voley?

bayang-bayangkan aja..hhahaha.

Tu yang kadang aku sangsi akan keperluan membeli buku resepi bagi diri aku ni.
tak caya u ols selak-selak dari blog lama aku, blog ni, masakan aku ulang-ulang samaaaa je.
takde yang extravaganza pung kiah....


so i settled with 5 books..2 self help books and 3 cooking books. ngehhhhh...


tapi kan..ok..now aku bagi pendapat dari sudut positif pulak.
actually, walau kita tak masak segala hidangan dalam buku resepi tuh ada ilmu yang kita dapat walau sekadar mentelaah membacanya.
Ilmu ni benda yang tak terhad pada spesifik benda macam sistem trogonometri ke..electromagnetic radiation, kalkulus hok ada cacing-cacing yang aku nyampah tu semua..
Bidang masakan pun satu bidang yang fun untuk diterokai. Makanan adalah benda yang kita akan jumpa walau ke mana pun kita pegi kan..dan food melambangkan bangsa, negara etc..
so perlu jugak tau masakan/makanan negara orang yang kadang banyak istilah yang kita tak tau..

masa duk belek buku, there is a lady giggled besides me..

She: hahahhaha......
aku: (menoleh...oh she is looking at resepi masakan middle east)
she: (cuit-cuit aku dan ketawa kuatttt) ...mis..hihihi.."tak bolehhhh"
aku: (tengok apa yg dia baca) oh..this is tabbouleh or tab(b)ouli) - a popular salad in middle east..banyak versi, lubnan version maybe lain dgn turkish..syria.bahan dia lain-lain sikit..bahan asas dia bulgur wheat, tomato, timun, parsley,mint, onion, garlic, olive oil, lemon juice, and salt. ada yang guna romaine lettuce...etc...bla..bla..


tabbouleh


she: ketawa..ye la..it sounds like "TAK BOLEH"...kihkihkihkihkkkekekekekkekke..
aku: er..ha-ha....

kih.

kan..bila kita membaca banyak makanan negara lain kita tau walau kalau nak buat, ko nak beli bahan nak sebut tak reti.
and bagusnya ia banyak bagi kita idea and improvise dari segi masakan dan garnishing.
ada buku yang " all potatoes"...50 resepi patoto je....

teringat masa aku study kat universiti dulu, ada kawan aku cakap.." mak kita ada buku resepi banyakkkkk...ada buku masakan kentanggggg je...ada sayurrrr je....ada ayammmm je dalam buku tu resepi ayammmm je..200 resepi".

masa tu aku duk fikir..ayam ni boleh masak apa je kan? balik-balik masak kari, goreng, ayam golek, masak kicap, rendang, cili api..masak lemak kuning...so apa ke benda yang sampai 200 resepi ayam tu???? ha...bila dah besar baru tau kan...
kih...
and sapa nak tawen dengan orang turki elokla beli buku resepi terung..ye.kau kena prektis masak at least 50 jenis masakan dari terung..haa..pitamss kau kiah.
kih...

so akhirnya...berguna jugak buku resepi atas tu..hok pasta dan piza tuh..

malam tadi aku masak nih..

macam nak rak bawak buku resepi kedapur, selak-selak nak masak apa..last-last bukak botol pasta sauce, terjunkan dalam kuali...buh cendawan butang...prong..prang..yang siap ni je?

kan.
aku dah cakap tadi.
buku tuh aku buat kipas-kipas.
panas kat dapur.

kihhhhhhhhhhhh.

6 comments:

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

mak busy yamatss.. nnt kiter masak laksa borehh ehh..

Cik Jah said...

ta bole.. :p

Mummy Irfan said...

"buku tu buat alas tumbuk bawang je kot????? or buat kipas-kipas panas kat dapur"

kihkihkih....aduh!!sakit perut tahan ketawa...

Lily Jaafar said...

hahahaha tabbuleh ahahaha aku dah tabuleh nampak skrin gelak kemain kau..hahahaha

IDA JALAL said...

adoi...nape la tak tau ada warehouse sale nih?? padahal dekat dah ngan ofis...:(

jidood said...

Salam catz... seronok baca blog u nih, mintak izin jadik fren yek... saya pon gi warehouse sale mph ni.. 1st.. omg... suka bangat!!!... cuma pegi ari jumaat sebelom sembahyang jumaat, so masa agak limited sbb hubby nak g sebmahyang..... best sesgt sale ni!... dah compare dgn buku yg sama kat mph, huhuuuu... beza kat 50-60%.... dah marked as warehouse sale yg mesti pergi every year!!... :)