Tuesday, September 6, 2011

raya dulu vs raya sekarang

dari sudut pandangan mata hati mak kucing :


baju raya

raya dulu-dulu:

beriya-iya buat baju raya ..like " I dah hantar tempah baju raya 2 pasang"..
kadang mak tanya, baju raya dah beli belum? aku cakap "belum..malas la..."..wah mak aku
sanggup belikan aku baju /kain entah sebab kesian ke apa entah. dah kerja tapi tak reti-reti buat baju raya pulak. kalau tak ada baju raya tu macam keji la. kira baju raya tu trade mark raya la..kalau tak ada baju raya , ala-ala bukan raya.


raya sekarang

Rata-rata aku dengar.." i takde baju raya. pakai ajalah mana yang ada.."

aku pun sama. tak ada baju raya.hik.

kononn..kan.

ye, aku kan tak suka pegi shopping baju.

so pakai ajalah mana yang ada..pfttttttsss.

mak aku malas tanya dah, sebab nanti jawapan aku.." takde..malas..pakai ajalah baju mana-mana.bukan orang tau tu baju raya ke bukan. asal tak vogel sudeh".

berbulu je mak aku dengar.

padahal untuk mak, at least dua pasang aku belikan, and somehow aku rasa aku adalah salah seorang anak yang sangatttt lah memahami citarasa dan citawarna baju raya mak aku. tahun ni je emak aku punya baju raya adalah 5-6 pasang. aku belikan 3, and kakak/adik aku belikan 3 kot. Tapi kompem la baju hok aku beli yg mak aku pakai non 1st, second raya. dia suka warna, jenis kain dan coraknya..siap ulang-ulang pakai, siap aku cakap, tu yang lagi 4 pasang dan yg satu lemari tu nak buat apa?

sukanya mak aku kan.abah aku cam kena paksa bergambar.

motif tak kisah baju raya zaman sekarang ni?

ye la..sebab tiap-tiap bulan beli/buat baju. agaknya la. aku jarang beli baju sebab debab sangat , sales assistant supermarket selalu jeling-jeling aku kalau aku pegang-pegang baju. cih.takut baju tu koyak kalau aku cuba kot. lepas tuh siap cakap..." kaaak...kalau nak cuba yang ni..ni saiz 44.." ..heiiii....keji ok. kuang aja kan. padahal aku muat je baju saiz 34(agaknya la..kehhehehe).
Lepas tu tiap-tiap bulan beli kasut, handbag , tudung etc. so tang mana nak excited shopping raya kan?


kuih raya

raya dulu - orang excited buat kuih raya. aku teringat time kecik-kecik, mak aku memang akan beriya-iya buat kuih raya. dari kuih bangkit, biskut kelapa, kuih makmur, biskut kacang, bahulu, kek, bahulu gulung etc. Yang jadi mangsa sapa? aiii dan kakak & adik. kih.
tensen ok kalau memikirkan esok tuh mak aku nak buat bahulu.troma dan ngeri. sebab dulu mak aku buat bukan sikit ok. telur sampai berapa papan tah. kuar muscle tangan ni oke kalau kena turn pukul telur. manual ye adik-adik. no mesin putar segala. so ala-ala..kakak pukul 30 minit, lepas tu aku, lepas tu kakak sorang lagi..rotate...adehhh...tensi. dah la puasa. and pukul tak boleh berenti. time tu mak aku garang oke. masa tu takut la. kira " saya yang menurut perintah" gitu. berani kau nak ngelat, kang kena libas.
and bila raya, tak kurang 18 jenis kuih atas meja kau....!

bila orang datang beraya boleh pulak keluar skrip " makan lah..takde buat kuih sangat..ni aja yang ada.." ----> skrip ni digunakan oleh hampir semua rumah yang aku pegi. motif???????

pffttttssssss.


raya sekarang - takde dah mak aku buat kuih bangkit. asal dia nak buat kuih je kitarang cakap..tak payah laaa..beli aja laaaa.buat penat aja. kesian orang meniaga kuih tuu.
so yang wajib mak aku buat kuih bahulu gulung, kerepek-kerepek. adalah 4 jenis kerepek, rempeyek. biskut-biskut tunggu kami balik. sorang bawak 3-4 jenis, ha kan dah meriah kan senah meja aku.
mak aku cerita, seminggu sebelum raya, dia suruh adik lelaki aku basuh balang kuih raya. adik aku cam malas je siap kuar skrip .." ni suruh basuh balang ni, kuih nya mana? tak ada punnnn?"

jawapan mak aku: " kuihnya belum balikkkkk!!!! "

kih-kih-kih.


air raya


raya dulu-dulu : bila orang datang, kiata suruh naik, suh duduk dan kita akan cepat-cepat ke dapur buat air. lepas tuh beriya tuangkan air untuk tetamu. tak kisah le air oren ke,,, air sirap ke...tapi yang pemes oren le kan. zaman tu time air rebina belum pemes lagi. time tu air rebina terkenal sebagai minuman budak-budak.


raya sekarang : gelas dan air dah sedia atas meja. air dalam botol pulakkkkk tuuuuu!!!! euwww. mak aku la ni...dia cakap senang. tapi bagi aku, menghidangkan air berkarbonat (tak kisahlah oren ke ,coke ,pepsi , apa2 la) time org datang beraya adalah macam keji je. macam tak best la.
and macam pelik. tapi aku tengok jiran-jiran aku pun lebih kurang sama je.
naik atas rumah je dah tersusun cawan dgn air botol atas meja..
skripnya : " air tu tuang la sendiri yaaa"..

hahahaha........




tema



raya dulu: takde tema warna ke bagai.

raya sekarang: siap bertema-tema. satu family pakai baju hijauuuu..purple...hiks....meriah.

kitarang tema bebas. eh nak bertema-tema jugak kau kiah????

6 comments:

Anonymous said...

tahun ni i ala la kebiru biruan macam basikal pakcik kordi tu. selamat hari raya catz. tak sempat la nak singgah rumah haritu..........masyp

CT said...

Oooo..adik badik pompuan semua ke?

Azi-Bam said...

Catz, aku baca ni tadi kat kedai nasi Padang sambil gelak sensorang sure org ingat gila... Hehehe .... Buat kuih bahulu tu memang biasalah... Rumah nenek aku dulu camtu gak, kita org di outsource oleh Mak bapak untuk to long atok aku... Sakit lengan putar teloq...Orang tongkang pecah...

catz said...

hi mas YP,

selamat hari raya aidil fitri.
err..beskal pakcik kordi warna biru keww???/

catz said...

CT,

selaamat hari raya.

taklah. ada lelaki sorang, bongsu, jadik tukang amik gambo..

catz said...

Azi-Bam,

habis tu kannn?? ko teror tak buat kuih bahulu tuh?
aku? memang tak lah. yg aku tau pukul telur je..kira menuntut dah bertahun2 tapi yg aku tau cuma pukul telur je...apakahhhhh..
kikihkihki