Monday, July 16, 2012

Bayu, pantai dan kesedihanku

sotong goreng tepung, Pantai Kemasik, Kijal


Pulang dari loji, aku singgah di Pantai Kemasik.
Ais batu campur dan sotong goreng tepung cukup buat aku kenyang hingga lewat malam barangkali.
Dari jauh, ku lihat Bayu. Mengangkat tangan dan melambai.
aku balas dengan mengangkat tangan kembali.

Bayu : baru pulang?
Aku: hem.
Bayu: kau dingin, cold person.
Aku: kau rasa begitu?
Bayu: Iya. Kau tak jemput aku duduk.
Aku: duduk lah. sila. enggak apa-apa. Nak makan-makan le.
Bayu: bisa ku cobak?
Aku: Bisa. Tapi jangan kau habiskan.
Bayu: Kau tak lapar. Aku bisa menelah karaktor mu.
Aku: Aku juga bisa berkata begitu. Kau nak makan free?
Bayu: Hahahahahahaaa.. (Ketawa macam pontianak). Clever.
Aku: (angkat pinggan sotong jauh dari Bayu). Nak makan pi order.
Bayu: Kau habiskan sepiring? u put unnesessary cholesterol into your body.
Aku: who cares???????????????
Bayu: Aku peduli. Nanti kau bisa jatuh sakit.
Aku: Ada mak kesahhhh????
Bayu: Memang mak kau tak kisah. but i kisah.
Aku: Kau penyibuk.
Bayu: Aku tau kau tak lapar. Kau cuma rasa nak makan.
Aku: mana kau tau?
Bayu: kan aku bilang..aku boleh baca apa dalam mindamu.
Aku: (puiiii....) <----- dalam hati.  Errr...ok..apa yang kau boleh baca?
Bayu: Kau sedang bersedih. Kau makan untuk hilangkan kesedihan. Kau dah makan heavy lunch tadi. Aku lihat kau di Rumah Makan Sabar Menunggu di Paka lunch tadi.
Aku: Stalker!!!!!!
Bayu: Hey....sapa yang stalk kamu??? aku dan teman-teman duduk di meja belakang kamu. Kan kubilang kau cold person. Kau jalan tegak, enggak menoleh. order sup, nasi, sambal dan dua gelas besar sirap.
Aku: eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...sukahatiiiiiiii mak laaaaaaaaaaaaaaaa..................kalau aku gemuk tak ada kena mengena dengan kau ok!! Aku pun memang tak pernah kurus macam Nasha Aziz ponnnnn...!!!
Bayu:  (ketawa..ketawa...).. hei...kok marah?   (sambil tu tangan dia capai seketul lagi sotong..kuang hajo kannnn).

Aku makan buat bodoh. siap order segelas lagi kopi o ais. Terkulat-kulat Bayu tengok.
Eh..apa tengok-tengok? 
Bayu menghabiskan air dan memanggil pelayan, seorang remaja kurus bertudung merah jambu.
Bayu: bill nya!

Pelayan berlalu dan mengambil kalkulator.

Pelayan:   RM19.00.

Bayu menghulur dua keping note merah RM10.00.

Bayu: simpan bakinya.

Remaja kurus mengucapkan terima kasih dan berlalu sambil tersenyum.


Aku berjalan ke Pantai...mengambil gambar laut waktu senja..
Bunyi deburan ombak, angin kuat yang bertiup. mengasyikkan...

"Heyyy!!!  kalau kau patah hati, kau jangan terjun laut!"

Bayu menjerit dari jauh.

herghhhh....

Aku duduk atas pasir. kuis-kuis kaki seluar yang kotor dengan pasir.

Bayu:  Cantik bukan?

Aku:  Yea. Cantik. Aku suka.

Bayu: Laut dah sebati dengan jiwa aku. (erhghhh..tak ke macam skrip drama Rasyid Sibir tu Mak  
           Jemah??)

Aku:  Berapa lama kau di sini?

Bayu: Lama. Aku sudah 7 bulan di sini. ON OFF. Kadang aku ke offshore platform. Laut dah sebati dengan aku. AKu sudah berada dalam industri ni lebih 12 tahun. Merata negara aku pergi.

Aku: Orang tua mu ada perusahaan di Jakarta. Kenapa susah-susah bekerja macam ini. Katanya, orang di Indonesia, kalau kaya,,,mereka kaya bangett. Aku sering ke sana, jadi aku pernah lihat kehidupan di sana.

Bayu: (senyum).  Aku patah hati. Aku pergi jauh untuk  lupakan kesedihan.

Aku: Kau sedih? tak kelihatan seperti orang sedih.

Bayu:  (senyum dan menarik nafas panjang).  Kalau kita ini berduka, perlukah kita meratap saban hari? Aku teruskan hidup kerna aku tahu aku masih ada harapan. Aku hidup dengan harapan. Walau aku tahu, harapan itu adakalanya palsu. Aku kena teruskan hidup aku. Aku timba pengalaman. Tabahnya hati aku kerna aku selalu fikir, hidup ini enggak lama.

Aku: Kau kecewa?

Bayu: Very much. 

Aku: Kau lari dari kehidupan lampau kau?

Bayu: Iye..lebih kurangnya begitu. Dan aku yakin kau pun dalam proses itu. Benar?

Aku: (angkat bahu dan bangun...)


Senja indah..dan bayu laut.....

Bayu: hey...kau dengar lagu ini...

Aku: lagu apa?

Bayu: lagu kegemaran aku.

Bayu menekan punat di ponsel nya ....

Bayu dan pantai,  Kemasik (Julai 2012)




Kesedihanku - Sammy Simorangkir


sepinya hari yang ku lewati
tanpa ada dirimu menemani
sunyi ku rasa dalam hidupku
tak mampu ku tuk melangkah
masih ku ingat indah senyummu
yang selalu membuatku mengenangmu
terbawa aku dalam sedihku
tak sadar kini kau tak di sini
engkau masih yang terindah
indah di dalam hatiku
mengapa kisah kita berakhir
yang seperti ini
masih ku ingat indah senyummu
yang selalu membuatku mengenangmu
terbawa aku dalam sedihku
tak sadar kini kau tak di sini
engkau masih yang terindah
indah di dalam hatiku
mengapa kisah kita berakhir
yang seperti ini

yang seperti ini

engkau masih yang terindah
indah di dalam hatiku
mengapa kisah kita berakhir
yang seperti ini

hampa kini yang ku rasa
menangis pun ku tak mampu
hanya sisa kenangan terindah
dan kesedihanku





Aku yakin. Lagu ini menceritakan perasaanya. Sebab itu dia dia hidup dalam harapan.
 Tapi, 12 tahun...tempuh yang lama.
Tak semua perkara boleh berlalu dan berubah dengan masa.

13 comments:

DrSam said...

Pantai dan deruan ombak tidak pernah jemu menjadi teman setia dikala duka.

Anonymous said...

cerita betul ke ni? rasa macam nak jumpa je dengan si bayu itu..hahaha..

liemaopurut a.k.a ana said...

suka baca coretan hidup catz sebab lain dari lain. cerita catz pasal bayu pun mcam dah citer novel. nak baca lagi.......

Uncle said...

Salam Catz.
Pergh...macam baca novel lah! Kelas.....

CT said...

Catz cuba pegi Pantai Penunjuk...lg cantik!

Anonymous said...

heeemmm1stmmmm.....adakah?
anyway...................

Sara said...

Tq Catz.. lame glerr nunggu kisah bayu ni akhirnya br kuar.. then lps tu? apa jd?

DCKEY OJOLALY said...

angin BAYU membawa diriku..hahahahaha spontan lak teringat lagu tu...hehehehe ojo lagi terterik ngan sotong goreng tepung tu....

Anonymous said...

hi catz,

sedih sangat-sangat kan, nangis dalam hati.... boleh dear catz 'semua perkara boleh berlalu dan berubah dengan masa' time will heal, cuma kita nak ngan tak nak jer...

take care catz

bayu 2

Anonymous said...

Jangan terlalu dikenang kisah lama..
kadang2 kisah2 ini yang mendewasakan kita..

bila tiba masanya..carilah satu closure...

Tawakal dan berdoa lah sentiasa..agar ditenangkan hati..
dan dipertemukan....

insyaallah....

...1st....

AZNI BINTI MAT ISA said...

aummmmmmmmmmmmm...........

Ain said...

hahaha...nak komen gak. Catz naper tak tackle mamat bayu tuh. Leh keje kat loji sama2. Bayu tuh cam jiwang..hahahaha..sesuai benar.

Anonymous said...

takde yang sensitif langsung...aiyoo