dek kerana aku ada presentation yg penting lah kononnya, ia telah menyebabkan aku stress dua hari.
cam bongok je rasa.
dah lah nak ke sana kena keluar rumah pukul 6.15 pagi, kalau idok tak sampailah ke sana 8.30 pg.
Jalan ke sana itu katanya ibu pejabat segala jenis jammmm katanya.
so untuk elakkan amukan trap dlm jammmmm ituh...maka haruslah keluar awal pagi buta.
Kalah orang nak pegi noreh ok.
But it turned out very bad.
teruk gila aku rasa sebab tiba2 aku kena nervous breakdwon ke apa tah nama.
entah le..hapa ke vongok kan.
mungkin sebab tak fokus dan penat, so aku tiba-tiba tgk muka org jadi nervous..
padahallllll.........aku tak pernah pun nervous cenggituh.
grrrrrrrr....
ok.aku rasa antara puncanya..
sebab hari ni aku pakai shawl yg aku tak biasa pakai.
pakai inner yg melekap kat dahi.
which aku x pernah pakai macam tu..selalu pakai inner yg ada awning (eh..macam cerita pasal bumbung rumah ke apa ni??).
and tudung tu baru..and tiba2 aku rasa gatai nak pakai.
sampai sana ada yang tegur..
"eh catz, u nampak lain hari ni? cantik..laa.."
i was like....really??? aku anggap ia ayat berbasa basi sebab takde modal nak ckp apa gamaknya.
padahal aku rasa horror gila...
kononn kan nak berpesen lain..sekaliiii....
gagap masa present.
bongok.
tak fokus dan prepare, kita salah kan tudung.
kih.
so oleh kerana ke stressan itu terbawak-bawak ke petang,
aku pi le de tour ke PJ balik ptg tuh.
bukan selalu pi KL kan....
pi lepak makan rojak dekat syed bistro PJ . Jumpa cik Salmi kita di siteww.
Lepas tu terfikir nak carik shawl di amcorp mall. situ banyak jual shawl.
Tah..aku beli dua helai, sebelum sampai kat gerai shawl depan subway.
booth shawl ni choice tak banyak, tapi trendy gituh pesennya.
aku belek2 dan adik ni ramah layan aku sampai mendemo.
hoodie shawl ke menda tah..mak oi..
dik..tak sesuai dengan mak yg dah kertu nih ok.
kemudian aku nampak shawl yg ada renda2..patch2 gitu..cantum2 kain few colors, then dibubuh renda cam kain net ke menda tah.
dia demo...
" kakkkk...yaang ni akak pakai macam ni....ha..gini..gituuu..gini..gitu...."
adik ni gigih mendemo ..aku belum pun tentu nak beli, but she has good PR lah..mak pun terkesima melihat dia melilit, menyelit, menggaya..etc
ha..cantik kannn....? kata dik iteww..
" dik..u memang dah cantik dik..pakai apa pun..lilit sana sini...memang lawaaaa je dik..ko pakai apa pun lawa ok. akak nih..muka besar dulang ok...kalau akak pakai gaya gini...dah macam pokok kelapa kena panah petir berjalan gayanya dikkk..horrorrrrr"
adik tu ketawa..
eh..akak cantikkkk apa...
dah le dik...ko tak yaah puji akak..
akak beli shawl yg biasa ni udah.
kang terasa macam fashion victim pulak akak nantik.
horror ok.
bukan takat org yg tgk aku horror.
aku pun tak sanggup nak tengok muka dalam cermin nantik.
ngeri.
6 comments:
jangan stress... jom saman orang! ;)
jangan nok. ko jangan sesekali pakai cenggitu. kang org kata ko pakai helmet. wiiiiii
haa.. lama x pi syed!!
orang yang menjual memanglah akan kata cantik...
errr dah mcm apa dah aku tengok adik tu pakai tudung...
wahahahaha..best ek...cara nak ilangkan stress adalah dgn memblog...kuikuikuikui...tapi cik catz nampak anggun dengan gaya tudung baru itew...kuikuikui1stkuikui...(ikhlas nih)
eheeemmmm....
Post a Comment