Tuesday, July 24, 2012

Ketok-ketok-ketok Ramadhan (part 1)

Ha..u olss...hari ke empat dah kan..kejapppp je..tak terasa gitu.
Dari hari pertama , meriah sana sini dengan bazar ramadhan.
Bukan setakat bazar ramadhan, gerai gerai kecil tepi jalan sana sini mak oi...
kira pacak je gerai or bubuh je meja tepi jalan,  kalau masak sedap, sure orang kerumun.
tuh mak rasa, nak keje half day. Balik masak dan pukul 4.00 usung meja depan rumah.
Menu tak sure lagi.... any idea?
kalau lalu bazar tuh, tengok gerai murtabak antara yang laku..siap beratur macam nak beli tiket bas balik raya.

Catz prefer masak, kalau teringin nak makan kuih mungkin baru pegi. Especially kuih manis macam tepung pelita.

Ni menu semalam..
Hiris-hiris campak-campak..


chicken wings with coleslaw.

Resepi mudah:

Chicken wings - 2  wing
kicap manis - 3 sudu besar
halia - 2 inci (tak payah ukur pakai pembaris, agak-agak jah)
bawang putih - 3 ulas
black pepper (bukan serbuk, yg kasar-kasar tuh..)
kobis, bawang dan karot
coleslaw sos (eh..sos ke namanya?) ---> beli kat giant.


Tumbuk bawang putih dan halia, campurkan dengan kicap manis. Gaulkan ciken wings tuh dgn bahan ni.Masukan black pepper, gaul.perap le dalam 10 minit sambil tengok astro bella ke..ulangan super spontan ke...or karot komedia.
Goreng atau grill ayam tuh.ikut suka..

sesambil tengok karot komedia  (eh klako kan derang tuh...aku gelak siot tgk derang berlakon yg batu belah batu bertangkup tu..eh derang yg berlakon tuh pun kadang-kadang ketawa jugak.)
ha..hiris lah kobis, lobak dan bawang besar.
Gaul dgn sos coleslaw tuh..masuk fridge, sejukkan kejap.
hidang dgn ayam tadi.


akibat mengunjungi bazar ramadan..semua nak beli. Dah macam kenduri ....
Nafsu Ramadan you...rambang mata..
padahal, bulan puasa ni makan sikit pun dah kenyang.
beli cukup-cukup dah le kiah..esok masih ada.


Buka puasa aku simple je.

ok..selamat mencuba..! 

6 comments:

Fazleyatul Aini said...

simple tapi menyelerakan
selamat berpuasa =)

kucingorengemok said...

aku masak sambil berkata, 'eh jiran aku ada rumah tak eh, boleh hantar lauk' tapi akibat malas bergerak, ia hanya tinggal sebagai bisikan hati semata², keh keh

ampunkan daku!

jeBateja said...

Simple...?...nampak menarik plak...err..maksud saya...lilin2 tu....ahakz....ahakz

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

me too..x jejak lagi bazar..

DrSam said...

menu hiris-hiris campak-campak pun nampak sedap juga.

cikcloudy said...

love the presentation.. cantekk meja mkn kamuu.. :)