Biasa pergi ke Sekinchan?
Kalau kita menghala ke Teluk Intan dari Klang, ikut Jalan Kuala Selangor , sure lalu Sekinchan.
Tapi Ikan Bakar Sekinchan ni bukan di Sekinchan sana cik Kiah.
Now kita boleh makan ikan Bakar segar yang di bawa dari Sekinchan di sekitar lembah Klang.
baru-baru ini Catz berpeluang makan di Sekinchan Ikan Bakar ni. Ini laman web restoran nih.
www.sekinchanikanbakar.com
Restoran Ikan Bakar Sekinchan
Restoran Sekinchan Ikan Bakar menyajikan makanan laut segar yang dibakar.
"SEGAR, SEDAP dan HALAL"
Kalau nak makan ikan segar seperti kembung, jenahak, pari, siakap, talapia, ikan gerut, ikan cencaru dan lain-lain, ha..sinilah tempatnya.
Makanan laut seperti ketam, sotong, udang lala, kerang pun ada. Menu di sini simple je.
BAKAR!! ala..cam tak biasa..sapa tgk citer Hantu Kak Limah..
"Kita bako!..kita bako!!" hikssss...
so menu simple..ikan bakar, makanan laut bakar.
senarai ikan, mengikut harga pasaran selain itu ada juga menu lain seperti nasi lemak. Aku sukaaaa nasi lemak dia, sedap! Ada juga lauk sampingan nasi lemak seperti rendang kerang, paru goreng bercili , ayam goreng dan lain-lain. Ada juga makanan pembuka selera seperti keropok dan lain-lain.
Minuman pula, dari minuman panas, sejuk, air buah-buahan dan lain-lain. Bagi Catz, harga adalah berpatutan dengan keadaan kedai yang agak cozy dan cantik. jom pilih ikan! Konsep di sini, pelanggan datang, pilih makanan laut yang kita nak, timbang... ikan talapia merah..i loikee! siakap pilih...pilih! ikan!ikan! ikan cencaru dan kembung cantik lampu-lampu kedai ni. Lampu macam lampu zaman dulu... suasana dalam restoran ikan bakar yang cantik ok, tengok catz makan apa..
ikan jenahak bakar lala dan kerang bakar nasi lemak nasi lemak ni bagi catz sedap! terasa kelemakan nasi lemak dan aroma daun pisang. Sambal adalah sambal ikan bilis.
jemput makan Oh ya, ada 3 jenis sambal disini. sambal kicap, sambal belacan dan kuah asam. Catz paling suka sambal kicap..manis-manis pedas.i loike! Ada juga ulam-ulaman seperti kacang panjang, pegaga, timun, bendi. Nice! Goes well with sambal belacan dan nasi putih. oh ya..ini adalah air tembikai laici..slurppp! pekat dan sedap! ok..now review.
Rasa: Ikan-ikan dan makanan laut adalah segar. Ikan memang di bawa terus dari pembekal sekitar Sekinchan. So tak payah letak macam-macam dah sedap. Sambal ikan bakar dan ikan segar tersebut bagi catz memang ngam. Oleh kerana ia untuk hidangan semua kaum ( 1 Malaysia) sambal takdelah pedas. Bagi catz..sedap dan rasa ikan fresh terpelihara. sos pencicah, bagi catz, ok . Sambal kicap tuh bagi catz sedap!!
suasana kedai: Kedai ni pack sentiasa. so kalau nak makan baik datang awal. Takut ikan habis. waktu operasi adalah 12 tengahri - 12 malam. Suasana kedai yang selesa, bersih, cantik dan agak cozy....konsep kedai ikan bakar yang menarik!
Service? bagi catz ok, Boleh improve lagi.
Harga? Untuk makan di sebuah kedai ikan bakar yang cantik, bagi catz agak resonable. Tak payah pergi jauh-jauh untuk makan ikan segar. Kedai cantik, selesa.
Restoran Ikan Bakar Sekinchan merupakan rangkaian perniagaan franchise milik bumiputera.
Kini ia sudah mempunyai tujuh cawangan setakat ini iaitu di : Centrum setiawangsa, Prima Gombak, Kota Damansara, Bandar Puteri Puchong, Taipan USJ, Desa Tun Razak, Cheras dan Reko Sentral (Jalan Reko, Kajang). Dalam masa terdekat ni, satu lagi cawangan akan dibuka di Balakong.
Kini mereka akan membuka beberapa cawangan lagi di seluruh Malaysia. Sekiranya berminat untuk menjalankan perniagaan retoran tetapi tiada pengalaman, tak mengapa. Mereka akan sediakan segalanya. Dari aspek mewujudkan restoran, pengurusan , pekerja, supply bahan mentah etc akan disediakan.
Sekiranya berminat boleh contact :
Encik Azman
(Business Development Director)
Tel: 016-2840634
aman33my@gmail.com
ok..selamat menjamu selera dengan ikan segar. Bukan di Sekinchan atau di hujung tanjung , tetapi berhampiran kediaman anda!