Episode 4: Chubby itu seksi???
Jonah keluar makan tengahari.
Sebenarnya Jonah agak malas, tapi sebab rakan-rakan sepejabat beriya ajak, Jonah keluar lah juga.lagipun Jonah jarang keluar makan lately.Time makan ni lah nak update gossip artis, gossip taman perumahan, dan segala jenis gossip. Jonah tak menonton pun acara Juaara Laagu di Tiwi Tiga itu. Baru Jonah tau siapa yang jadi juara setelah hampir seminggu berlalu. Sabrina yang mulut becok siap kutuk JOnah sebab dia kata Jonah ni lately macam katak dalam gelas. Oh standard sikit kan daripada tempurung tu. Tapi Jonah tak kisah pun.
Jonah menguis-nguis salad dalam pinggan. memang rasa macam arnab sungguh dia rasa. Sabrina menghulur garpu mencucuk salad dala pinggan Jonah dan masuk ke mulutnya.
"Oh..i likeeee. sedap, i rasa fresh".
ha-ha.
fresh sangat la kau setelah mentekedarah beef steak dengan tiramisu.
Sabrina menguis lagi sedikit salad. Masuk mulut.
Sabrina bersuara, " engkau ni kenapa? makan daun-daun je. azam tahun baru lah ni..nak kurus macam Ziana Zain kan?" sambil buat gaya Ziana Zain angkat-angkat kening.
"Sabri, aku bukan nak kurus, aku cuma nak rasa sihat je. Aku rasa cholesterol yang aku ternak bertahun-tahun ni perlu disingkirkan".
"Youuuu..jgn panggil i sabri dan cakap kuat-kuat oke. Mak tak suka tawww". Sabrina tarik muka. Alahai, tak kuasa Jonah nak pujuk.
"Ye lahhhhh SABRInaaaaa". Jonah bersuara kuat. Muka Sabri ceria semula.
"Ko bukan gemuk Jonah. Ko cuma berisi je. Ko tau tak lelaki suka orang badan berisi. sexy gitu"
sabrina ketawa terkekeh-kekeh sambil tutup-tutup mulut kontrol tone dan piching.Kang keluar pulak tone suara garau.
Andy menahan senyum, konon-konon kosentret makan spegeti carbonaranya.
"sexy? ni mana ko dapat information ni? Kalau berjalan dah macam almari bergerak ni sexy tang mana?" Jonah menempelak.
"Iya Jonahhhh. lelaki suka jugak perempuan chubby, sexy. sedap dipandang dan dipegang awww" . Hampir tersembur air sejuk dalam mulut Jonah.
" kau ni..bercakap, atas kapasiti apa sabrina oiiii".
"Mak tau lah nok. mak kan bergaul dengan ramai lelaki. " Sabrina membalas perlahan.
"aku cuma nak rasa sihat je. sexy ke apa ke aku tak amik pot lah sabrina. Yang tengok mata orang. Yang rasa tak bestnya aku." Jonah malas nak layan sabrina.
pukul 2 petang Jonah, sabrina dan Andy sudah berada di pejabat semula.
Jonah termenung seketika. Apa nak buat petang ini?
Aku kena keluar bersenam. Ye.
Jonah tengah fikir nak join sukan yang mungkin boleh beri dia motivasi untuk selalu exercise.
badminton? kena ada kawan.
tenis? pun kena ada geng.
Golf? owh. kalau jalan sikit tengah panas dah merungut pot pet , lupa kanlah. Pernah dia mengikut bekas teman lelakinya ke driving range di hotel Eqotarius Bangii, oh Jonah rasa memang bukan untuk dia lah sukan itu. Cuba menghayun kayu golf , tapi gaya memang kelakar gila jonah rasa. Tak tau nak describe macamana. Naik fed up lah ex-boprennya itu mengajar. beriya menghayun, tapi bola tu statik je di situ. Jonah memang tak sunguh-sungguh pun. memang kena fokus, mata sentiasa ke bola, pergerakan badan kaki bagai. oh Jonah cepat jemu. Dia fikir, itu bukan jiwanya. So seiringan dengan itu jugaklah mereka berpisah gamaknya. Bukan lah sebab golf itu, tapi adalah bersangkut paut agaknya. Sebenarnya, cakap ajalah aku ni malas (ha-ha) gelak Jonah dalam hati.
Paling senang, Jonah join gym. Tapi ye lah, kalau dah pemalas tu, tetap lah malas. Jonah kena ada motivasi untuk ke arah itu. Dia ambil personal trainer. Motivasi katanyaaaa. Ternyata personal trainer itu yang begitu beriya-iya, Jonah tak pulak.
Jonah mengemas barang-barangnya tepat jam 5.30 petang.
Pakai baju sukan.
kasut sukan baru.
Memandu ke arah gymnasium.
Tapi rasa mahu jogging di Tasik.
Jonah terus memandu mengelilingi tasik. Airnya agak keruh pula. Entah apa kaitan, padahal bukan nak berenang dalam tasik pun. Jonah jadi tak ada mood.
Jonah berhenti di bawah pokok, On radio kuat-kuat.
sedapnya lagu Jostin Berger ni.
wah, syoknya dengar lagu Keiisha. Take it off..take it off.
wah..syiok.
.
.
.
.
.
.
.
sedar-sedar...pukul 7 malam.
Laaa..tertidur.
Joging dalam mimpi di tepi tasik.
Jonah memandu pulang.konon-konon balik joging?
ceh.
Showing posts with label Kisah Jonah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Jonah. Show all posts
Thursday, January 13, 2011
Monday, January 10, 2011
Jonah Nak Kurus : Episod 3
Episod 3: produk kurus
Hujung minggu yang sunyi.
Jonah rasa, langkah kedua untuk gaya hidup sihat ialah membuang segala benda yang tak diperlukan. Benda-benda yang disimpan tanpa tujuan.
apa yang jonah jumpa?
1. Jusmm@te 5 Dr Rosme - ada 8 peket
2. Rz Lite - sekotak . baru luak 5 peket.
3.Botol2 kosong produk Mileamelia
4.herb@lifee tea yang dah expired setahun
5.produk2 kesihatan yang masih boleh di makan brand DCLL
6. kopi apa tah..org jual Jonah beli je. kata mengenyangkan etc. entah.
7.jamu rapat? pak Tanii? apakah?
8. Pil untuk mengencangkan payudaraa?---> belum expired. beli beberapa bulan lalu. so simpan semula. tak buang.
9.madu yang dah keras dlm fridge.
10. Produk detok -beli di guardian, satu kotak RM145.00 tapi baru luak 5. dah expired.
Jonah geleng kepala. apa ke jadahkah ini semua? kalau betul-betul makan dan secara berterusan, mungkin Jonah dah ramping macam kerengga. eh bukan lah. tu hodoh. ramping sgt sampai tak nampak pinggang.
Jonah ambil plastik hitam, masukkan semua yang dah expired . Buang.
Dalam otak Jonah duk berkira. Berapa aku dah habis untuk semua ni? Tapi disebabkan tak ada kesungguhan, disiplina tak ada, motivasi merudum, so, apalah guna beli benda-benda itu semua kalau makan tetap rakus macam kebuluran baru balik dari Somaliaa ?
Jonah rasa Jonah kena berubah.
Tapi rasanya apa yang Jonah alami, ramai yang alami juga.
orang promote, beli produk . Makan beberapa hari stop.
bila org tanya, how Jonahhhh? Jonah jawab : entah, tak kurus pun. Then cuba produk lain.
Baca forum internet, tangan pun sama laju beli produk online dek terpesona dgn pengakuan orang. seharian baca testimoni orang. so beli. beli.beli.
Tak jalan jugak sebab Jonah tak makan sgt pun. beliiiii aja kan. macamlah benda-benda tu semua ada kaki dan boleh masuk ke dalam mulut Jonah sendiri kan?
Lepas tuh akan cakap, "aku dah try macam-macam produk, semua tak jalan".
Macamana nak jalan kan? makan pun tak. elok aja benda-benda tu dalam kotak.
errr..Jonah rasa menyesal pula. Apa ke gila aku ni? Detik hati Jonah.
produk je lah yang kurus. aku tak kurus-kurus. kata Jonah marah.
apa ke entah motif marah tu.

Labels:
Kisah Jonah
Thursday, January 6, 2011
Jonah Nak Kurus: Episode 2
Episode 2: air berperisa vs air kosong
Tiba-tiba Jonah rasa sakit perut.
Wah, berlari dia ke bilik air menjalankan urusan sepatutnya.
puh, terus rasa perut kosong.
sebenarnay untuk makan produk tu, kena minum banyak air.
Jonah tak suka minum air putih/air masak. Tak sedap. Tak ada rasa. Jonah memang menyampah.
Jadi macamana?
Jonah telah membeli satu kotak air mineral yang agak berjenama.
Air mineral ada jenama ke? Ehhhhhhhhhh. ada. Jangan tak tau.
Ada kawan Jonah, tak boleh minum cap tesko atau K4. Cuma boleh minum spritzerss. Eleh spitzerss pun ada dijual di tesko. Ye nok. Tapi yang penting botol nya lain. Kalau yang cap air RO murahan sebotol 80 sen tuh dia tak boleh minum katanya. Ha-ha.
Jonah tak suka minum air masak di rumah. Dia cakap rasa klorin, rasa macam minum air + bahan kimia berbahaya. Atau macam rasa minum air klorok???
Amboi, mengada-ngada kan kau Jonah.
Jadi mahu atau tak mahu, atau separuh mahu, Jonah kena minum air mineral sekurang-kurangnya 2 botol besar. Oh susah tu Jonah nak buat.
Untuk mendisiplinkan diri, Jonah letak air mineral depan TV, atas meja kerja di rumah, dalam bilik tepi katil, dalam kereta, atas meja di ofis, atas meja komputer, bawah meja , dalam beg sukan dan dalam handbag. Jadi boleh minum di mana-mana dan tidak akan terlupa atau malas.
Dah macam mental torture pulak.
Bila keluar makan, Jonah akan order air suam, air sejuk, iced water, plain water, air mineral, ais kosong atau apa-apa istilah yang kedai tu gunalah. Oh ye, tak lupa sky juice.
Oh ya. teringat sesuatu, Jonah rasa nak ketawa terkekek-kekek seorang diri.
ceritanya macam ni.
Jonah pergi makan di sebuah restoran cantik yang terkenal dengan keenakan steak nya.
Jonah pergi bersama 3 rakan meraikan hari lahir salah seorang darinya.
Birthday girl ni nama dia Norkiah. Dia asal dari Pekan, Pahang. kawan satu kolej masa zaman universiti lah ni. Dua orang lagi Juli dan Anum. Sampai restoran, pelayan menyambut di muka pintu dan menunjukkan meja yang telah ditempah oleh Jonah. Pelayan membawa buku menu.
Masing-masing belek menu.
"eh u ols ni, mahalnya makanan dekat sini" Norkiah bersuara.
Juli membalas, " ala. we all belanja lah, u birthday girl makan je ok, pilih je apa nak order. This is for your special day".
Norkiah membalas, " susah-susah je u all ni, btw thanks. " . Norkiah menunjuk salah satu menu.
steak daging yang dihidang bersama kentang, asparagus dan sos cendawan.
Yang lain masing-masing pilih menu. Juli tak agak-agak tu. Dia order lobster. Selain itu Jonah dan kawan-kawan memesan hidangan sampingan dan pencuci mulut.
pelayan mengambil pesanan yang diminta.
"Kiah, ko nak air apa?" Jonah tanya.
Norkiah menjawab, " tak tau lah nak minum apa? ko order apa Jonah?"
Jonah membalas " aku order sky juice ".
" aku ikut ko lah " Norkiah membalas pendek.
Jonah memandang pelayan. " ok, 1 fresh orange, 1 lime, two sky juice yea?"
Minuman dan makanan sampai.
Norkiah bersuara. " apa ni? air masak ? mana juice aku tadi?? "
Juli memandang Jonah. " oi Kiah bukan ko order sama mcm Jonah ke? sky juice?"
Norkiah membalas. "ye..tapi apesal yang sampai air sejuk ni ha???? restoran mahal mcm ni service pun tak bagus ke? mesti waiter tadi lupa."
Jonah pandang Kiah. " oi Kiah, ni la air kau. orang nak belanja yang ko order air sejuk sapa suruh? niiiiii sky juice kau niihhhhhhh. serentak mereka ketawa macam nak rak.
Norkiah dengan muka seposen buat lawak..." laaa..aku ingat sky juice ni sejenis air spesel warna warni macam kaler pelangi".
erk.

Wednesday, January 5, 2011
Jonah Nak Kurus : episod 1
Episod 1: Azam tahun baru Jonah
perhatian: cerita watak hanyalah rekaan. Tiada kena mengena dengan penulis blog atau sesiapa yang masih hidup. Jika ada persamaan, ianya adalah secara kebetulan sahaja.
Dentuman bunga api menggangu nyenyak tidurnya. Jonah menekup bantak ke telinga tetapi gagal melelapkan mata semula.
Dommm! Dummm!..Dum!...krekessss! dumm..!prappp! prappp! trettt!..dummmmmm! dushhhhhhhhhhhhh!
eiiii...
terkebil-kebil Jonah menahan geram. Oh? New year???????????
Patutlah bising.
Penuhlah dataran Merdeka dengan lautan manusia. Konsert sana sini sementara menungu detik 12 malam peralihan tahun.
Jonah cuba memejamkan mata, cuba mengimbas kembali peristiwa sepanjang tahun.
Pahit manis. tiada yang significant?
ah..masakan begitu?
Kesibukan kerja, aktiviti bersama teman kadangkalanya, sorotan aktiviti peribadi semuanya seperti kabur. tiada yang mahu ditulis.
Bunyi dentuman bunga api masih lagi kedengaran.Jonah mencapai alat kawalan jauh televisyen.
Terpapar saluran 702 menayangkan siaran ulangan The biggest Loser.
Dah lama tak tengok rancangan ni, detik hati Jonah. Melihat para peserta gigih bersenam dengan pekikan jurulatih, Jonah jadi teruja. Ya ampunnn. Garangnya si Jilli@n ni. Muka peserta masing-masing dah macam tapai basi. Tapi pekikan halilintar jurulatih yang memberikan semangat untuk meneruskan latihan menyebabkan mereka terus mengayuh. Agaknya, kalau si Jilli@n ni aku hire jadi personal trainer aku, entah-entah 2 minggu badan aku dah macam Ziana Zain kot?? Jonah terkekek sendirian. Kebaya merah yang tergantung depan pintu yang dibeli di Bandung untuk menjadi pembakar semangat azam untuk kurus awal tahun 2010 tentu terus boleh tersarung di badan. Bolehlah jalan catwalk lambai-lambat ala-ala model nak turun pentas bila lalu depan Kak Rosel yang selalu perasan gemuk, padahal dia kurus. Jonah memang tak faham. Tinggi Kak Rosel 160cm. Berat cuma 48 kg. Tapi asyik cakap, "eiiii..macamana ni..aku dah gemuk. Perut aku gemuk. " . Bercakap pulak depan orang yang memang dah tembam/berisi/gemuk. Setiap hari oke. Dah kurus tapi asyik rasa diri gemuk? Masing-masing memang rasa nak ambil pisau hiris perut Kak Rosel je sebab dia merungut setiap hari. Bila orang makan nasi lemak di pantry dia akan cakap " eiiiiiiiiiiii..why u put oil into your body???? Geliiiiiiiiiiiiii". Masing-masing memang rasa nak bagi pelempang barang sedas dua. Oke, memang niat dia baik, nak mengingatkan. tapi cara dia bercakap buat satu pejabat rasa nak ikat Kak Rosel dekat tiang bendera depan pejabat dan tuang sambal nasi lemak ke mulut dia.
Eh dah akhir 2010 kan? Dah masuk 1.1.2011 pun? Ada tak lemak yang dah lenyap? Segera Jonah memegang perut dan pinggang. erghhhh. Terus bangun ke penimbang. Awww. masih 75kilogram. Awal tahun 2010 dulu rasanya 73 kilogram. Konon nak turunkan 18 kilo jadikan 55 kilogram tapi bertambah 2 kilo pulak?
Tak boleh jadi ni.
Sebenarnya Jonah bukanlah gemuk sangat. Tapi kategori sangat berisi.So senang kata, memang terlebih berat.
Apa kata berazam sekali lagi untuk kuruskan badan? Ha-ha-ha. Ni dah tahun ke berapa dengan azam yang sama? Idok lah jugak kurus kan? Ke kena masuk The biggest Loser next season?
Kalau masuk, jangan join kumpulan yang group trainer perempuan. Masuk group yang trainer lelaki. baru ada semangat. motif? ehhhh. logik la kan???? Tak kisah lah motif apa pun.
Oh, aku kena berubah. Jonah nekad.
Jonah menuju ke peti ais. Menyelongkar segala isi perut peti ais.
Nak ubah gaya hidup , kena ubah cara makan dulu. Makan secara sihat.
wah hafal tu step by step. Yelah, bahan bacaan di hujung jari. Belum termasuk buku-buku yang beli mahal di MPH dan Kinokuniya kan? Oh dulu fikir, nak dapat sesuatu kena invest (melabur?). So kalau dah beli buku mahal-mahal tak buat rugi. Jadi pembakar semangat. Tapi ado kau kurus Jonah? Taakkkkk. JOnah senyum sendirian.
Jonah membuang segala bahan yang entah bila dia beli. Ada yang dah setahun tarikh luputnya.
Ada kentang yang dah tumbuh tanduk. Ada bawang yang dha tumbuh daun. Buah oren yang sudah penyek dan berair. Daun-daun kering pun berlambak. macam lah peti ais ni duduk bawah pokok kan? daun limau, daun kunyit, daun kari, daun kesum yang semua sudah kering dan kehitaman Jonah masukkan dalam plastik sampah. Segala botol sos dalam peti ais Jonah buang. Oke. membasuh peti ais di malam tahun baru merupakan kegiatan yang menyeronokkan rupanya.
Tiba-tiba rasa lapar.
Secawan maggie dicapai. Letak air panas. oh, makan 5 sudu dah tak lalu dah. Ni orang kata kesan psikologi terhadap orang yang berazam nak diet ke apa?
Kalau lah setiap kali nak makan sepanjang tahun 2010 dulu rasa tak lalu, mungkin Jonah dah berpinggang seramping kerengga. Nak makan lamb chop tak lalu. nak makan mee kari rasa loya, nak makan nasi lemak terbayang muka Kak Rosel, nak makan lemak cili api pitam, haaaa, tak kurus ko?
Jonah buang maggie dan capai sebiji epal hijau. cukuplah untuk alas perut sementara menunggu pagi. Jonah terlelap keletihan di sofa.
Pukul 6.30 pagi JOnah terjaga. Bergegas dia ke bilik air, membersihkan diri dan solat subuh.
1.1.2011. hari Sabtu yang indah.
Apa nak buat hari ini?
kebiasaan nya Jonah akan mengajak teman bersarapan pagi. Oh ya, Jonah rajin jugak jogging kadangkalanya. tapi lepas joging Jonah akan ke kopitiam sarapan nasi lemak atau kedai Nasi Berlauk Kak Ning Baizuka di Sekyen 9. Mak oi, lauk itik kerutub kedai Kak Ning buat Jonah telan air liur selalu. Malam-malam pun boleh mengidam. Sambal nasi berlauk pun Jonah boleh sapu satu mangkuk, pedas tapi sedap. So akibatnya.." Kak Ning, nak tambah nasik". Tersenyum Kak Ning sambil cakap " Tamboh nasik satu lagi deh? Tak nak tamboh kerutuk daging? sedak ni". Saja je wanita jelita kelahiran Kelantan ni cucuk jarum.
kan? so...agak-agaknya lah. Boleh ke kurus? Mungkin kalau kedai Kak Ning pindah ke Alaska, boleh lah kot.
Jonah mengemas rumah dan fikir mahu keluar membeli barangan rumah.
Peti ais yang kosong, harus di isi.
Pukul 11 pagi Jonah memandu ke Alamanta, shopping mall terbesar di Alamjaya.
Perut sudah berkeriuk.
Jonah menuju ke Kopitiam. Gadis pelayan membawa menu.
Kata mulut : nasi lemak.
Kata hati: yummy nya nasi lemak. Alaaaa...last makan sebelum ko start diet betul-betul Jonah.
Kata otak: kalau asyik lahhhh cakap, oh hari ni last mkn nasi lemak, makan nasi goreng, makan mee kari, agak-agak bila ko nak start diet sihat kau hah JOnahhhhhhhhhhh? --> eh otak marah.
Jonah belek menu. order laksa utara.
Ok lah kan? kena set dalam otak, kita kena makan secara sihat. so sebagai permulaan, baguslah makan laksa yang tidak berminyak, ada sayur, ikan. seimbang.
Air minuman? Jonah dah tak nak minum air batu. Jonah order air suam.
Haaaa..sihat kan?
Oh ada cerita menarik dipangung wayang. Lepas makan, Jonah beli tiket wayang. Tak kisahlah menonton seorang diri. Bagi sesetangah orang memang pelik tengok wayang sorang-sorang. Eh, panggung wayang tu penuh la, so kira tengok wayang ramai-ramai la kan? Apa pulak sorang? kan? Kalau duduk rumah tengok TV/ DVD seorang diri tu baru kira menonton seorang diri. ye tak?
Keluar dari panggung wayang, dah pukul 2 petang. Jonah rasa lapar.
Jonah ke medan selera. Ramainya manusia. jadi malas pula. Jonah berpatah balik dan menuju ke Restoran Kenny Robers. Jonah makan ayam panggang, sayur dan buah-buahan. Sapa kata diet tak boleh makan? Itu yang Jonah belajar dari buku ke 13 yang dibaca nya mengenai diet secara sihat. Kalau tak makan langsung tu nak bunuh diri namanya.
Lepas makan, Jonah rasa nak beli sesuatu sempena tahun baru. Amboi, alasan sangatlah kan. maklumlah semua kedai tengah mengadakan jualan murah. Jonah masuk ke Pakson, beli sehelai seluar jeans. Alamak, kena potong lah pula. sebab panjang. Jonah beli juga sepasang kasut sukan. Selepas bayar, Jonah keluar dan menuju ke Gold Storagee. Nak beli buah-buahan dan sayur-sayuran. Jonah memang tau, di GOld Storagee buah-buahan nya lebih mahal. Tapi sajalah kan. sebab rupa buah-buahan, salad, sayuran dan hirisan ikan salmon di sini menarik. Cantik, segar, bugar.
Jonah kata dalam hati.." ingat! Nak kurus kena invest". Wah, falsafah apa lah tu kan?
Eh, tapi makanan sihat memang mahal ye tak? Tapi tak semualah. Kalau sarapan makan cereal atau oats ke, kan murah. senang pulak tu kan? Itu kalau dibandingkan dengan nasi lemak sambal sotong/kerang/paru. eh sedapnya. kecur pulak. oiiiiiiii. kesitu pulak.
JOnah masukkan kepingan salmon, buah ceri, epal, anggur, yogurt, salad iceberg, tomato, celeri, timun dan beberapa tin tuna dalam tin, sosej, dan piza base. Cukuplah untuk semingu.
Jonah memandu pulang. Oh, nak kena singgah kedai repair jeans lah. Kedai Abang Mikael di seksyen 12 bukak kot. 15 minit kemudian Jonah sudah terpacak di depan kedai tersebut. Abang Mikael buka pintu separuh je. Jonah jenguk kepala, ada dua orang pelanggan sedang berurusan. Seorang lelaki duduk di satu sudut dan senyum pada Jonah. Jonah senyum semula. Eh..handsomenya detik hati Jonah. Ye laaaa...bukan senang oke orang hensem nak senyum kat aku, kata hati Jonah girang. Seorang perempuan berbaju ungu sedang membelek seluar jeans yang sudah siap. Jonah menyerahkan jeans yang mahu dipotong kakinya, dan abg Mikael mengukur.
" Satu jam nanti siap. nanti saya sms".
Jonah melangkah keluar dari kedai abang Mikael.
Tiba-tiba....
" dik...dik..."
Jonah menoleh. perempuan berbaju ungu menyapa nya dan bersuara,
"Errrr..adik nak turunkan tak bahagian perut? Sajalah tanya"
Jonah mengerutkan dahi. Perempuan berbadan sederhana dna berkulit agak gelap itu senyum.
" Dulu akak gemuk. Akak makan satu produk, perut akak dulu lagi besar dari perut adik, tapi tengok sekarang? Haa..ada bentuk dah kan badan akak ni. Akak ni anak 5 orang tau" Sambil meletakkan sebelah tangan di pinggangnya.
Jonah fikir, manalah aku tau dulu ko no kurus ke gemuk? Tapi kalau betul lah kan, apa salah cuba?
" akak makan produk apa?"
Perempuan berbaju ungu membalas " Oke. nama akak Ayu. Panggil je Kak Ayu. Akak makan produk kesihatan. Jus buah, nak tengok? kejap ya?. Dia masuk semula ke kedai. " Abang, bak kunci kereta, nak amik barang".
Oh lelaki hensem tadi suami dia lahhhhh.
Kak Ayu menghulurkan satu kotak. " Ni ha. tengoklah. "
Jonah menyambut kotak tersebut dan membelek untuk membaca kandungan produk.
" produk ni kan, senang je makannya. Bancuh dalam 120mlm air sejuk, minum pagi sekali je sehari. Dia bukan mcm produk lain. produk ni dia menurunkan berat dan memberi bentuk. Tengok pinggang akak. Dulu badan akak straight je takde bentuk tau. Akak amalkan dua bulan haaaa kau, suami akak kata badan akak dah ada potongan dah. "
Jonah membalas, " ala kak. makan produk apa pun kuncinya kena jaga makan kan. If makan tak jaga how nak kurus, makanlah apa punnnn sure tak turun berat."
" Ehhhhhh. Takkkkkkkkk. Ko tak payah diet makan dikkkk" kak Ayu membalas sambil tangan dia berayun-ayun macam polis trafic tengah jaga lalu lintas.
"Hah? tak yah jaga makan?" Jonah nak ketawa.
" Tak payah dikkkk. Ko balun je lah makan apa pun. Produk ni, dia tak kisah. Ko makan je macam biasa. Dia memang berkesan siap dia shaping ko punya bentuk lagi. Ni ha ko tgk akak ni haaaaaaaa. Ko tak caya ko tanya laki akak tu ha. Ramai client akak dah cuba. Derang semua puas hati. Ko makan sekotak dulu, gerenti ada perubahan. Cuba je tak rugi kan?" kak ayu senyum manis.
" berapa harga sekotak ni?" Jonah macam dah mula kena pukau. Terus rasa nak beli.
" Tak mahallll. RM70 je sekotak. Dalam satu kotak ada 10 shacet. Akak cadang ko makan 2 kotak, amalkan hari-hari kalau nak ada kesan. Takkan makan sekotak boleh kurus teruskan? Lepas tuh ni ha, ada produk untuk tegangkan kulit perut yang menggeleber. Haaaa... semua sekali ni...70 x2, produk tegang tadi RM50.00 semua sekali RM190.00".
"Oklah, saya beli. eh kakkk nak tanya, sedap ke tak rasa benda ni? " Jonah membalas spontan.
" Sedap. Rasa mcm air ribena je. sedap. peraturan makan semua ada kat panduan tu, baca lah. Kalau ada apa-apa call akak. Ni kad akak".
JOnah masuk dalam kereta. Ehhhhhhhhhhh. Apesal aku ni. Cepat beno percaya orang cakap.
JOnah berkata dalam hati.
kata otak pula.. " nak kurus kena invest lah Jonahhhhhhhhhhh".
Ok. Bermulalah tahun baru Jonah dengan azam yang kukuh terpahat : Aku nak kurus. Bukan utk cantik je, tapi untuk kesihatan.
JOnah samapi rumah pukul 5.30 petang.
Hemm.
Jonah capai kasut sukan baru.
Otak fikir: Joging ok kot petang-petang ni?
Hati kata: oiiiiiiiiii, lepak depan TV lagi bestttt oke. sambil makan kuaci.
akhirnya Jonah ikut kata hati. Malas lah nak exercise. besok je lah. esok pagi pukul 6.30 pagi aku pi joging. wahhhh. Kalau siang-siang buat pun malas, agak-agak Jonah boleh ke joging lepas subuh time orang tengah di buai mimpi indah tu?
Jonah terlena seketika. sedapnya tidur petang-petang.
Pukul 6.45 Jonah tersedar. Oh lapar.
Nak masak apa ye?
Nak diet kena ambil makan awal selewat-lewatnya sebelum 7.30.
Jonah ke dapur. kelentang kelentung..siap dua keping sandwich tuna dan sayuran.
Minum segelas jus jambu batu.
Burpp. Kenyang.
Malam, pukul 9 mlm , Jonah tengok chanel 703. Of sedapnyaaaaa makanaan. Cepat-cepat Jonah tukar siaran. nak diet memang kena puasakan sikit mata dari tengok makanan sedap. Kalau asyik tengok laam-laam teringin, detik hati Jonah. Ok, tengoklah chanel Disovery , kisah mengenai Ikan paus. Eh, ikan paus ni kalau hiris dagingnya buat steak ikan sedap kot? hahahha. liarnya imaginasi tapi balik-balik berkisar pasal makanan jugak.
Jonah..Jonah. apa ajalah kau ni. Jonah kunyah biji kuaci. Kuaci biji labu. Oklah,. snek sihat lah kiranya dari makan keropok goreng atau sepinggan cekodok bawang.
Pagi 2/11/2011.
Jonah belek produk semalam yang dibeli dari kak Ayu.
Ok.
start now.
eh..kena makan dulu. Jonah ambil sekeping roti dan segelas milo kosong.
Jonah buka sepeket bubuh dalam bekas. bubuh air sejuk. goncang. minum. eh sedapnyaaaaa.
Jus roselle rupanya. sedap nih.
Pukul 11 Jonah lapar, buka peti ais.
ambil buah apple sebiji dan sejambak anggur.
ngaaaa------pppppp.
Tiba-tibaaaaaaaa....
bersambung ke episod 2.
Labels:
Kisah Jonah
Subscribe to:
Posts (Atom)