Majalah ni baru dilancarkan minggu lepas di HUKM. Sebelum ni, majalah ni pernah diterbitkan suatu ketika dulu, tapi dihentikan penerbitan atas sebab tertentu.
Now ia kembali dengan wajah baru, lebih segar dan sangat berinformatif.
Kandungan majalah meliputi semua golongan. Terdapat kolum Kesihatan Lelaki, Kesihatan Wanita, Kesihatan kanak-kanak, Kesihatan Warga emas dan lain-lain. Terdapat juga kolum pakar perubatan menulis, resepi dalam ruangan menu sihat, petua kesihatan, buletin sihat dan cergas, info cergas, info MINDA dan emosi, panduan gaya sihat dan cergas, personaliti sihta, kerjaya pilihan dan banyak lagi.
Kalau mahu resepi sihat, menu yang ringkas dan rendah kalori, banyak resepi mudah yang boleh didapati dalam majalah ini. Sungguh mudah rupanya jika mahu menyediakan hidangan sihat samada di bawa bekal ke pejabat, mahupun hidangan untuk seisi keluarga.
Banyak juga panduan dan petua kesihatan, produk terbaru dipasaran dan panduan membeli produk kesihatan.
Kesimpulannya, majalah ini sangat padat dan berbaloi dengan harganya. Banyak sungguh tips-tips kesihatan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.
Harga?
RM5.50 di Semenanjung Malaysia dan RM7.00 bagi Sabah dan Sarawak.
Harga?
RM5.50 di Semenanjung Malaysia dan RM7.00 bagi Sabah dan Sarawak.