Showing posts with label bazar Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bazar Ramadhan. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Kisah Ramadhan 1: Ramadhan di Kuching Sarawak




salam,

sedikit catatan pengalaman saya berda di Kuching , Sarawak pada awal ramadhan yang lalu.
ye, hari pertama puasa , saya sudah berada di Kuching. Stay di Grand Margharita, Kuching merupakan satu pengalaman menarik. Sudah beberapa kali ke Kuching tapi pertama kali menginap di sini. Hotel terletak di tebing Sungai Sarawak. tarik langsir, nampak pemandangan indah menghadap sungai. Boleh nampak sampan-sampan kecil menyeberang sungai , nampak pemandangan seberang sungai, apatah lagi pandangan waktu senja. menarik.

pandangan waktu senja dari tingkap bilik

Catz sempat jalan-jalan lepas habis kerja. menyusuri water front , menikmati matahari petang dan melihat matahari terbenam.

bot pelancong

Subhanallah..indah sungguh. dari lensa kamera kecil saya.

Saya berkesempatan menikmati laksa sarawak yang enak di sebuah restoran berhampiran hotel ketika berbuka puasa seorang diri.

laksa sarawak

sahur..room service.

hari berikutnya , saya berkesempatan menyeberang sungai, ke bazar ramadhan.

pergi bazar ramadhan naik sampan you! kelassss kau mariaaa....

naik sampan 5 minit dah sampai seberang


berjalan-jalan di bazar ramadan , beli kuih..

lebih kurang je macam tempat kita except kuih ada yang tak pernah jumpa..



saya berjalan-jalan juga di bazar depan waterfront..

jalan-jalan, tengok cenderahati..beli few things..

keesokan harinya, balik kerja, pi jalan kebazar Ramadhan lain pula di Semarak.

dekat sini sangatttt meriah!

macam-macam kuih ada..sempat le interview makcik-makcik yang jual tentang nama kuih-kuih tuh.


ada kuih tongkol, celorot..etc..hahaha..lupa. aku beli sikit-sikit campur-campur sebab nak rasa.

ehem...lupa lah nama kuih ni...

pernah makan kuih ni masa ke bintulu before puasa tu


terdapat pelbagai jualan lauk-pauk. dan yang femes di Sarawak ni semestinya lah umai.

umai udang

meriahhhh...

laksa sarawak

murtabak...hem...kat sini murtabak bulat-bulat..

my fav gerai..dua hari berturut aku beli mee goreng dekat sini, bawa makan dekat masjid.

looks yummeh. ye lah kan..tekak orang berpuasa...



oh..antara makanan paling famous ialah tapai madu..

saya berkesempatan berbuka puasa dengan penduduk tempatan di sini, di sebuah masjid. Tak jauh dari bazar ramadhan itu.


juadahnya cukup sederhana,tapi i was sooo happy to join them..kuih muih, bubur lambuk dan kemudian solat maghrib berjemaah.

comel je rasa bukaa puasa kat sini...seronok. walau pun tak kenal mereka, namun derang lain baik sangat.

sempat bersolat jemaah di masjid ini.
masa maghrib tak berapa ramai, tapi time isyak dan terawikh ramaiii gila..sendat. imam di masjid ni famous, kalau dia baca surah, boleh menitik air mata dengar. syahduuu sangat.
oh ya..sini buka cepat...hehehe..6.50 dah buka puasa.. :). merasa lah...dulu selaluuuu je rasa jeles.bila kat sini, xdelah rasa excited sngat..hehehee...

oh ya..kalau di tempat kita time puasa jalan jammm luar biasa kan? kat sini pun sama u ols...jem di mana-mana. letihhh..

ho....mestilah carik kek lapis kan...seberang sungai, waterfront etc...cari kek lapis...


ni kat bazar depan waterfront...celah2 lorong tu


seberang sungai

buka puasa on last day, Golden Lounge, kuching airport.

Tata kuching...
overall nice experience...
will continue on food..
hik...makan aja kannn...

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan 17

Hari ni Selangor cuti. Cuti Hari Nuzul Al Quran. wah sure orang KL akan cakap.." wah..berduyun orang Selangor ke KL shopping kan....ni yang buat jalan jammmed je ni"..ihiks.
Ye, kawan saya yang bekerja di KL itew, memang berkata begitu. Dia kata menyampah gila.

Tapi memang betul pun. sewaktu melewati Federal Highway, menuju ke Univ m@laya, depan RTM hingga ke midvalley Jammed!!! lama gila tak gerak, dan ketika itu adalah pukul 11.45 pagi.
Ye lah..orang-orang selangor dah bangun, berduyun nak shopping katanyaa..ihiks.
Sampai di UM pukul 12.30. Meeting till 3.00 ptg. ye hari ni cuti, tapi mak tetappppp pegi menoreh nok.

Lepas meeting, pi ke Bangsar, ke Bangsar Village dan ke salon.
pukul 3 jalan sesak...apakahhh???

oh, saya sangat tertarik hati dengan hiasan shopping mall ni. guna burung kertas (err..apa nama benda ni? origami ke?), dijadikan hiasan dinding dan digantung ..cantik!

cantik kan??

MPH Bangsar Village

pandangan dari atas, pukul 4.20 ptg..jalan jam dah..pergh.

Mujur juga keluar dari area bangsar, trafik lancar..sampai rumah 5.50 ptg. singgah bazar ramadan depan rumah beli kuih dan air warna warni.

masak mee sup daging simple

eh, meriah nya meja makan i, walau makan sorang-sorang kan...mee sup, buah mangga+belimbing, karipap perisa sardin (takde rasa sardin, walauuuuuu yang jual kata karipap sardin. sadissss...err..ada ek perisa sardin??? ala-ala perisa anggur gitu?

mee sup

resepi mee sup mudah.

Bahan-bahan:
daging
bawang merah
bawang putih
halia
daun sup
daun bawang
kayu manis
garam

aksesori:
tauge
bawang goreng

Cara-cara:

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis hingga naik bau..masukkan daging.
Masukkan serai yang telah diketuk.
kacau-kacau, tambah le air sesuka rasa hati ikut banyak mana daging.
agak-agak je, sebab aku takde letak sukatan. ni resepi baling-baling , campak-campak. (bak kata chef 123 tu, ko lempar je senah dalam periuk..kih)
Masak le hingga daging empuk.
Sesambil tuh hiris-hiris bawang, goreng hingga kecoklatan dan masukkan kayu manis, .
Masukkan tumisan ke dalam periuk.
Masukkan hirisan daun sup, daun bawang.
celur tauge, celur mee kuning.
Hidang mee dengan bubuh mee dalam pinggan, bubuh tauge, daun sup, siram sup daging.
hidang..err..makan.(tunggu waktu berbuka dulu ...)

ehhh..opsss...sambal kicap jangan lupa.

bahan-bahan : cili api + bawang putih = tumbuk..buk!buk!bukkkk! buk!
then campur kicap manis ( i suka kicap manis).
dah siap, bubuh masa makan mee sup tu..
oh nangis..sedap.
bukan sedap sgt..tapi aku nak menangis sebab kepedasan..kih.

cepat je kan ramadhan tahun ni. sekejap gila aku rasa dah lebih setengah bulan kita puasa. cepatttt sengat masa berlalu kan. tak sedar, asyik lah berkumandang lagu raya di radio.
sayu je rasa.

eh, tak lah, saya tak menangis. mata pun tak masuk habuk.
cuma mengah kekenyangan hari ini. Alhamdulilah..

Tuesday, August 31, 2010

Bazar Ramadan 83500

nombor poskod yang merujuk kepada nama tempat..
Berkesempatan balik kampung hujung minggu lalu.
Ke Bazar Ramadhan dengan abah...
dah pesan dengan emak..

"mak tak payah masak lah..kita ke bazar ramadan je..senang".

emak adalah sedang menggoreng REMPEYEK sedap yang sebahagian kecil adalah aku punya.
so..kalau cakap tak payah masak mungkin akan dapat extra, termasukklah dah ku rembat 3 plastik utk bekal bawak balik sini semalam.hik.



Bazar Ramadhan Pekan 83500

adik penjual ikan keli bakar dan ayam percik..u are on camera!

Terdapat banyak gerai kuih muih, cendol, nasik ayam = RM10 3 bungkus.,lauk pauk, dll.

ada air katira, ai beli sebungkus. Tapi tak sama dgn yang JIRAN saya bagi.

ayam percik....1 = SINGGIT.. murah tak?

oh..wahai penduduk pekan 83500, tau tak kat mana org jual air jambu ni time bulan tak puasa?
tak sempat beli. but looks sooooo tempting lor. Nak beli tangan dah penuh dgn 3 air, so abah aku dah jeling time aku nak berenti beli. so belum dapat rasa....
kat mana nak carik ni???

sate.. 1 = o.40

Ayam percik..satu singgit, 3 = RM 3.00

Rojak, ikan keli bakar, murtabak..kuih muih lauk ikan pari lemak cili api, asam pedas, cendol, air tebu . air katira,dll.

Kuih adalah 4 ketul = RM1.00 ! besar-besar pulak tu! dan sedap! Penuh tangan kiri dan kanan.
Terserempak kawan abah yang sengih2 tgk kami jalan mcm tak cukup tangan bawak juadah.
"Borong??" katanya. ke ke ke.

BUka puasa ber-4.

Sempat keluar membeli belah pada hari sabtu..bawa mak abah dan adik. dari pagi-petang. ke BP Mall, Square One, K4.
orang adalah super ramai..
penat gila. Tunggu adik lelaki aku pilih seluar jeans dan baju dan kasut adalah sangat menguji kesabaran oke.


sale sana sini.

Balik masak!
start 5.45-6.45.

asam pedas kepala ikan merah.
siput sedut masak lemak dgn batang keladi.
sayur lemak putih batang keladi.

Tiba waktu berbuka, penuh meja sebab jiran-jiran 'munjung'.
Rezeki...