Showing posts with label conference. Show all posts
Showing posts with label conference. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Bila jiran ajak join fesbuk group.



Communication technology 3G, 4G (wimax recently) and govt project, High speed broadband, rakyat adalah mendapat benefit yang sangat luas. And application yang sangat banyak melalui teknologi jalur lebar bagai ni menjadikan hidup kita lebih mudah? Komunikasi menjadi semakin semudah ABC. Teknologi makin berkembang..and of course lah ada pro and cons nya kan.


slide presentation , Prof Thar3q, uTm.



Tru communication technology timbullah segala device communication, iphon3 , dan segala benda canggih. Masyarakat kita dah dalam internet environment ..so.timbulah segala jenis benda like faceb00k, twitter (ni apa benda ni???) - jakunnya aku, dan segala communication medium, jaringan sosial di alam maya. order pizza pun order online sambil niarap berkemban kat tilam aja kan senah?

eh..apa ke aku merepek ni? hahhaa..that was some of knowledge sharing during the international broadband comm sym that i've attended recently. and i presented my paper which relate to Wim@x antenn@ facility, effect etc. Biasalah, technology ada orang suka, ada orang tak suka, walauuuuu pun benda tu bagus. kan senah. tak suka dah. tapi orang lain suka, takkan nak cabut antenn@ atas bumbung atas rumah kedai Ah Kong sebab ko sorang tak suka. nanti takde coverage pulak lah dol satu kawasan tu.

Apa kaitan entry merepek-repek aku ni?

Oh..ni angkara fesbuk.

Pagi ni, jiran ku itu telah meng sms (satu2nya jiran yang aku kenal dan bertukar-tukar juadah).ha-ha.

" weh, apartment kita dah ada fesbuk group.kelassss..derang ajak join."

wa-wa-wa. kagum mak laaa...

aku pun search lah. Jumpa. Ok..katanya untuk berkomunikasi sesama jiran, update news dgn jawatan kuasa penduduk dll. Untuk berdiskusi dan bersosial lah gitu. Aku tengah fikir, nak join ke tak. now aku tengok baru 11 orang yang join.
errr..errr...err.

Adalah pro and kons nya kan.

yelah..duduk dalam rumah, mana ada jumpa jiran. Balik, bukak pintu..gedegang..dah.
Society zaman sekarang. Masing-masing busy. Muka jiran pun tak kenal.
Macam aku, jarang je pun balik situ. So mana ada kenal jiran kecuali jiran tingkat 11 tu. ha-ha.
Jiran sebelah pintu??
ha-haaaaaaaa.... tak kenal.
padahal..tah2 parking lot dia sebelah aku.
Camno nak nampak bayang nok..grill pintu rumah dia pun dipasang langsir u ols.
Grill oke. bukan pintu rumah tuh.
Ha-ha. sila imagine dengan imaginasi tahap 7. Langsir warna kuning.
Ok..actually jiran arab. ada lah sebab kot dia nak pasang langsir, maybe dia suka bukak pintu. tu pasal grill pun di bubuh langsir. Jiran sebelah sana pulak? err..jumpa kat lift pun tak bertegur. sekali tu je la. aku segan nak tegur as derang pun buat tak endah dan tak pandang pun aku.
so...its clearly describes lah kehidupan berjiran zaman sekarang ni. Oh..ada satu floor dgn aku yg aku kenal masa meeting penduduk. Tapi derang selalu fly, koje dgn airlines, so lagilah aku tak jumpa.

Tapi kan. ha-ha. baru-baru ni, barulah dpt bertegur sapa dengan jiran yang bubuh langsir kat grill sebelah pintu. itu pun adalah kan scene nya. if not takdelah kan.


ceritanya,

aku balik apartment.
sampai dah time maghrib.
dah lama tak balik sini, so ingat nak mengemas sebelum pi out station.
bukak grill.
masuk kunci ke pintu kayu.
gek..gek tek..tek.
eh..tak boleh bukak ??
kunci pusing..bunyik tek!
tapi cam tak sangkut.
ohhhhhh..jadik lagi. dulu pernah lah gitu.
nasib baik masa tuh budak-budak bujang sebelah pintu ni ada.derang tlg bukak kan.
Mengada kan? aku bukak tak boleh, org lain boleh pulak. Bongok je rasa. Tah apa-apa.

So..dengan bag, baju dan segala mak nenek barang berlonggok depan pintu, aku call jirang bawah yang selalu bg aku makanan tu. Aku siap pesan, ko bawak jelah tukul besi ke lesung ke sng nak pecahkan kunci ni if mmg tak boleh bukak. Hempuk ajalah tombol tu dengan lesung kannnn.
Takkan aku nak tidur depan pintu pulak.
So dia pun dtg dgn sopan santun. Tolong godek-godek dan tak berjaya.
Tup-tup jiran arab aku yang bubuh langsir kat grill tuh balik dari mana tah. terus dia masuk rumah.
eeeeeiiii. tak de pun kan nak tanya ke apa.

so aku geram lah. saja buat bunyik kuat-kuat gedegang-gedegang kat pintu .
haha. dia keluar oke. Tanya..wut happen?
aku cakap , i kenot open the door.
dia jawab : balkoni lock tak? if not u can enter ur house tru my balkoni.

errrrrrrrrrrrrrrrrrrr...kerrrrrrrrrrrr. aku ni macam pekak sikit kan. Dia yang nak tolong panjatkan balkoni tu? atau dia suh aku panjat balkoni umah dia, and climb/lompat/ jalan pejam mata panjat ke balkoni aku?

oh..ngerinya option yang dia suggest u ols.

Aku bukan labah-labah kaki lapan oke. Aku tak leh lekat kat dinding and merambat ke balkoni sebelah. oh..ngeri di situ.


and, kalau dia pun yang nak panjat, oh better not lah kan? kang dia jatuh bersepai ke bawah dari tingkat namblas ni, tak pasal-pasal bini dia saman aku. tu pun ngeri gak.

Lagipun balkoni aku kunci lah.

so mak tanya..' u want to try?" aku hulur kunci.

dia masuk kunci dan tek.!!!!! pintu aku TERBUKAK tak sampai 5 saat u ols....

so aku labelkan pintu aku sbg mengada-ngada!!!!!!!!!!!!!!!!! benci oke! lempang nak?

so now i'm considering to replace the key set with the expensive berukir-ukir kot baru pintu aku tak mentel? gedik.


so dek kerana peristiwa tu lah baru bercakap dengan jiran. kan?

apa aku merepek sampai ke sini ha? pointnya nak join ke tak fesbuk jiran-jiran.hahhaah.

ok..yang ada dalam otak aku adalah.
bagus jugak join. kot lah terjadik peristiwa mcm tu lagi, if jiran tgkt 11 aku takde..sapa nak tolong?
so bagus kalau join, aku bubuh status kat fesbuk

" tolong!help! tak boleh masuk rumah, i cant open my door. my unit no is..XXXXX..helpp...i'm hungry and tired. help me now".

ko rasa berduyun tak jiran aku nak datang tolong? - if lah derang duk ngadap fesbuk je kan?

or..since majority neighbour adalah arab, aku kena speaking arab sket lah. errr..susah gak lah kan. jumjumaton - tengkorak. tu je aku ingat.
hiks.


ada benefit lain tak if aku join?

hem..maybe updates apa terjadi di kejiranan? jiran dapat new baby? (err..ada ke baby second hand?), rumah jiran kena masuk pencurik? rumah gegar sebab gempa bumi? or any updates like if aku tak bayar duit mantenance 3 bulan, dia akan hantar alert kat fasbuk dulu nak potong air rumah aku? if not terpaksa mak tido hotel cam 4 bulan lepas. ha-ha. padan moka aku.

Lepas tuh, boleh berkenalan dengan jiran-jiran? Tapi aku tgk yang join tu, letak muka anak/baby derang as profile photo. camno nak kenal ha? Muka baby 8 bulan aku rasa sama je ghopanya. iskk.

Adakah bagus ber-fb sesama jiran? Medium komunikasi berkesan?
Kalau berkesan sgt tak bagus jugak kot? Like...dijadikan medium untuk memberitahu jiran yang kita beli sofa baru?

update status " bestnya sofa empuk baru ni. mahal ni. beli kat KLCC. RM9000 je".

pastuh siap buh gambo. hahahhaa.

or nak raya,pakat-pakat beli langsir baru , tayang-tayang gambar pastuh tag semua jiran.hahaha. ala-ala suruh tgk album langsir rumah dia secara paksa.
ala-ala show off secara berjemaah gitu?
mentel.

or tayang kuih raya, so kekdahnya..dulu nak tau jiran buat kuih apa..kita dtg rumah, now tayang kat fesbuk je? hahhahaa..liarnya imaginasi aku. ngokngek.

or if tak reti masak apa, or garam habis takleh nak masak, nak pi kedai malas, so buh status " beras habis..lapar..laparrrr..4 hari tak makan.." - agak2 jiran simpati and hantar food tak?
hhahhahah.

hahhahhaa..sewel laaaa.

dah. merepek betul aku ni la..

ok..berkisar arab-arab jugak. makan kat saba' hari tu. gatal nak order benda ni sbb aku tgk dlm program jln2 cari makan kat 703, derang order benda ni kata sedap. siap beriya2 mkn.
hahahha.. grape leaves apa ke benda tah nama menunya. bukan daun pucuk ubi oke.
haaaaaaaa. kenot eat u ols. hhahahhaa.pelik rasa dia.

see..benda lain, kabsah, kebab licin..! Tapi benda tu..tak laluuuuu... tak tau nak describe rasa inti dia tuh. hiks.dah la orang meja sebelah duk pandang-pandang je nak tgk aku makan benda pelik tuh.stress oke nak makan.
ok..next time order je lah benda yang suit dgn tekak jawa aku ni.
heeeeeeeeeeee

Rasa nak bubuh gambo kucing kat Fesbuk profil3 aku. hiiiiieeeeeeeeeee.

Thursday, July 15, 2010

Three times a lady




update malas.

Having wonderfull time with great people.
Meeting new friends, having good food, exchanged and sharing knowledge, met old frens and wonderful people.
Enjoying my stay at Equatorial Malacca.

Presented my paper on the last day of Conference . Hik.
Ok. dah boleh bergembira.





Lagu jiwang during the grand dinner. Oh mode jiwang semula after a very long day.ngheeeee.


Three Times A lady : Lionel Rittchie

Thanks for the times
That you've given me
The memories are all in my mind
And now that we've come
To the end of our rainbow
There's something
I must say out loud
You're once, twice
Three times a lady
Yes you're once twice
Three times a lady

And I love you
When we are together
The moments I cherish
With every beat of my heart
To touch you to hold you
To feel you to need you
There's nothing to keep us apart
You're once twice
Three times a lady
And I love you
I love you



photo, after dinner.

Bag sponsored by Melaka Tourism Board. sampai hari ni aku belum sempat tengok apa isi nya. heeeee.


Tapi saya sudah makan asam pedas Melaka yang sedap. secara percuma pula tu.
cendol? pun dah.
seafood? pun dah.
.
.
.
.
ZZzzzzzzzzzzzzz