Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

Puding caramel : step by step



puding caramel


Hi..
jom masak.
a simple puding caramel, for open house maybe?
masa bulan puasa, nampak ramai orang jual caramel puding. Tak pernah beli pun, sebab kecik sgt portion hirisan tuh, macam tak padan dgn harga.
kita masak senirik je lah kiah.

Ok, mari tengok bahan-bahan:


pengukus - ni bahan utama sebab catz buat yg style kukus. if nak bakar boleh juga, kena ada oven.
ok sebelum start buat adunan telur , kita panaskan pengukus siap-siap.

bahan-bahan yang utama juga:

1. telur - 5 bijik . ----> 3 biji amik putih dan kuning, 2 bijik lagi amik kuning sahaja.
2.susu cair - 1 tin atau 400ml.
3.gula - 6 sudu ---> utk buat karamel / gula hangus
4. gula - 5 sudu --> utk campur kan dengan telur
5.esen vanila - satu penutup botol esen tersebut atau 3-4 titik.
6. air


oh dalam gambar ada loyang kan? ----> utk bubuh puding
penapis----> utk tapis adunan
penyukat ---> utk menyukat bahan


ok...langkah step by step:


step 1: jom buat karamel. bubuh gula 6 sudu dalam kuali kecil. bubuh air 1.5 sudu. (hik-hik).
kacau atas api sederhana. bila gula dah semakin mencair kecoklatan, tambah le satu sudu air lagi.kacauuuuu..... sampai jadik macam kat bawah ni.


gula hangus. tapi jangan sampai hangus. dan bukan juga gula terbakar.

Langkah 2: amik loyang tadi, tuangkan gula ke dalam loyang, ratakan. kena buat cepat-cepat sebab gula sangat cepat mengeras.

langkah 3: masukkan loyang ni dalam fridge. Biar sekejap sambil kita sediakan bahan lain.

Langkah 4: amik telur tadi pecahkan dalam bekas. 3biji amik kuning dan putih, 2 bijik lagi amik kuning sahaja. campurkan gula yang 5 sudu tadi. kacau pelan-pelan supaya sebati telur dan gula.
TAPI jangan sampai berbuih.

campuran telur dan gula


Langkah 5: Tapis campuran telur dan gula tadi, ketepikan kejap.

Langkah 6: masukkan susu ke dalam kuali kecil, panaskan atas api kecil. Masukkan sekali esen vanila tadi. kacau dan biar susu panas sikit. Jangan mendidih. Catz buat ala2 suam je.

campuran susu dan vanila


Langkah 7 : ---> aku lupa amik gambo. cih-cih-cih.

angkat susu suam tadi dan campurkan dengan campuran telur dan gula tadi. kacau sket dan TAPIS campuran tersebut.

Langkah 8: Kuarkan loyang dari fridge, masukkan adunan puding yg telah ditapis tadi.

langkah 9: Tutup dengan aluminium foil sebanyak 2 lapis.

Langkah 10: Masukkan dalam pengukus yang telah disediakan awal tadi. air kukusan dah mendidih. berhati2 memasukkan loyang ke dalam pengukus panas.

ok, kukus selama 25-30 minit. dengan api sederhana besar. so bolehlah pi tengok TV ke, sapu sampah ke, pi siram pokok bunga ke, tengok katun sinchan ke.

30 minit kemudian...ini hasilnya


langkah 11: amik pinggan/ bekas bulat , tekap kat mulut loyang dan terbalikkan puding tadi. tadaaaaa!!! see...
Langkah 11: hias le dengan apa-apa benda yang ada dalam fridge.catz buh stoberi.

yummeh

boleh lah dihiris bila dah sejuk sikit

langkah 12: ngap!!

Monday, August 22, 2011

sagu permata manis gula melaka bersantan pekat lemak berkerim disukai ramai

wah..panjang nya nama resepi kau kiah??? terkehel mulut nak hafal, padahallll...sagu gula melaka je pooonnnn.
rasanya bahan dia cuma 4-5 benda je, tapi nama bukan main gah lagi...

Bahan-bahan:

sagu ( biji putih kecik-kecik tuh)
gula melaka
santan pekat/ susu cair
garam
daun pandan
air

Cara-cara:

amik secawan sagu, rendam 15 minit.
Panaskan air, masukkan sagu tadi, amount air agak-agak le kan, jangan sagu tuh jadik bubur sudeh. Nak bagi dia kembang dan bertukar jadi jernih.
Bila sagu bertukar jadi jernih, masukkan dalam acuan/ bekas dan sejukkan.
Sesambil tuh, cairkan gula melaka (bubuh daun pandan).
amik santan pekat, buh garam sikitttttt je.

cara makan:

amik sagu yang dah kesejukan tadi, siram santan sket, siram air gula melaka.
ngapppp!
oh sejukkkk je lalu kat tekak tuh. uiiii.
nyammm.....


kelakar pulak. bersusah payah buat, tetapi akhirnya terlupa nak hidang pada tetamu yang dtg berbuka puasa.sentap mak.

Friday, August 5, 2011

Puding Di Raja : Istimewa dari Bandar diRaja Pekan Pahang kini di Kuala Lumpur

Royal Pudding

Bulan puasa ni catz rasa ramai yang suka makan benda manis-manis seperti puding, kuih manis berkuah macam badak berendam etc kan?
ok...now am writing on Puding DiRaja, hidangan istimewa dari Bandar DiRaja , Pekan, Pahang.
Sekarang boleh di dapati di Kuala Lumpur! di mana? di That Little Gerai, Au5, Lembah Keramat.

sila lawati laman web mereka di : http://www.myroyalpudding.blogspot.com
atau di facebook mereka : royal pudding
nak tempah/beli: boleh hubungi Yan (019-9865010)


anda juga boleh dptkan pudding ini di Bazaar Ramadan Wangsa Melawati ,Gerai 51

Ok, segala maklumat ada di sini


puding ni diperbuat dari gabungan beberapa item, iaitu Pisang, kismis, jala mas, ceri, kacang, prune . sedap!! sebab catz sukaaaaa pisang.

puding ni dihidangkan dengan kuah / sos pudding..yummeh.

nyum-nyum-nyumm... sedapppp u ols. sesuai dihidangkan sbg pencuci mulut lagi-lagi di bulan Puasa ni, i boleh makan 2 mangkuk sekaligus (wah tamakkkkk kan...). Tapi sangat sedap dan mengenyangkan. rasa dia unik jugak coz gabungan beberapa bahan tu kan. yummeh...
If nak makan, boleh lah ke That Little Gerai (TLG).
If nak order untuk function / nak bawak ke masjid ke/ nak bawak ke rumah kenalan sbg buah tangan sempena majlis buka puasa ni pun boleh. Mak rasa kalau bawak ni ke majlis buka puasa potluck sure kawan2 u ols kagum 2 tahun. ye la..konon u ols buat laaaa..hehehe
Telefon je no kat atas tu.
Apa? resepi??? tak yah le. kalau semua org pandai masak, camno orang nak meniaga.
kihkihkih. telepon aja no di atas. kang nak buat open house raya ha...boleh lah order.
istimewa didatangkan khas dari Pekan, Pahang Darul Makmur.


selamat berbuka puasa.

Wednesday, April 20, 2011

The best durian creation? Bubur kacang with durian.

Topic pagi fly fm pagi ni : the best durian creations..
respon from callers:

1. kuah durian emak dia - the best kuah durian, nothing close to it..right amount, etc.
2.ben said -durian cake from bon-bon cafe or something?
3.1 caller said: nasi putih , gula merah, durian and santan -mix together and eat???? ohhh....
4. bubur durian
5.tempura durian - eat with ice cream (vanila kot?)
6.wajik durian
7.pulut + kuah durian
8.pancake durian


ok..and this is mine.
jom masak!

bubur kacang durian

Bahan-bahan:

kacang hijau - basuh dan rendam (beberapa jam)
gula merah - seketul
gula pasir - ikut nak manis tahap mana
santan - semangkuk
durian - sebijik @ 2 bijik - ikut suka. if abah i tokey durian mungkin i letak 5 biji. hik.

ok..aku malas nak bawak balik kulit durian balik rumah.
so settled with durian depan hypermarket ekonsev . Tokey durian kopek durian disitu dan pack.
aku pilih yang dia baruuuu kopek. 3 peket Rm15.00 -senang tak payah buang kederat bawak kulit dan kopek durian.

the durian

rebus kacang hijau yang telah direndam beberapa jam. err..aku rendam 3o minit.malas nak tunggu.

rebus sampai kacang lembut. masukkan gula melaka dan gula putih. kacau smapai gula larut/hancur.

bubuh santan dan kacau...

masukkan durian. catz suka masuk separuh dulu dna bagi durian tuh benyek-benyek dan well blend dgn bubur kacang, kuah jadi pekat dan masukkan lagi separuh durian tadi,

didihkan sekejap je sampai betul-betul meliurkan

ok..dah boleh hidang!

Sunday, April 3, 2011

ikan bakar bersambal


Bahan-bahan:

Ikan cencaru (nak guna ikan emas ke, ikan paus ke.. pun boleh je)
bendi - 3 batang
cili kisar 3 sudu besar
balacan- 1 inci
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 3 ulas
garam
gula
minyak - beberapa titisan
limau kasturi- 3 biji
tomato - 1 biji

Cer cara:

tumbuk bawang merah, bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan cili kisar tadi,belacan tumis api kecil hingga garing.
seimbangkan rasa, buh garam dan gula.

sesambil tuh bakar le ikan dlm oven.

ikan dah half cook tuh..siram sambal tadi. letakkan juga bendi yang dihiris nipis, gaul2 sket.

bakar semula..in 5 minutes.

ok sudah buleh makan dengan nasik suam.


my fav..

dessert malam ini adalah pisang yang dimakan dengan ais krim double dutch walls... yummeh.

Tuesday, March 15, 2011

Bread butter pudding

puding roti in the making

Jom masak.
Ok, resepi puding roti ni macam-macam version. aku carik yang paling simple, bahan paling sikit. Ada satu resepi tuh, guna telur sampai 6 bijik.tapi mmg nampak sedap menggebu. aku punya target. maksimum guna 2 bijik telur je. Ni versi makan sendiri, untuk anak tekak diri sendiri. so kos juga patut diambil kira. hik. Aku tak nak beli telur sampai 10 bijik sebab akhirnya akan busuk macam last month sebab tak habis guna.so berpada-pada ya catz.


Bahan-bahan:

1. telur 2 bijik
2.roti 6-8 keping ( i guna butterscotch bread utk effect lebih sedap)
3.butter - 4 sudu (cairkan)
4.kismis -segenggam (sukati je..nak letak 2-3 genggam pun boleh)
5.susu penuh krim -400-500 ml (malas nak sukat,aku tuang je agak-agak)
6.esen vanila
7. serbuk kayu manis (optional) -aku tak letak sebab takde, malas nak kikis2 kayu manis kat dapur)
8.tepung custard
9.gula (1/2 cawan) - ikut le nak manis mana.


Cara-cara:

1.sapu butter kat mangkuk/loyang pembakar/bekas pembakar

2. pecahkan telur dalam mangkuk, kacau(pukul) then masukkan susu, butter cair tadi, esen vanila (kacau sebati)

3. susun roti yang dicarik-carik dalam bekas pembakar sesambil bubuh le kismis. Then tuangkan bahan campuran yang semangkuk tadi. Biarkan tenggelam, tekan2 sket pakai garfu.
Biar le around 30 minit.
Oh..sambil tuh preheat oven ye.

4. Bakar pudding selama 30-40 minit dalam suhu 160 darjah. (bergantung pada oven).

Aku biarkan dalam oven..dan tinggal naik atas pegi mandi. Then aku turun 15 minit kemudian (mandi katun sebab takur dapur terbakar) ... sekali tengok....makkkkkkkkkkk!
membuak-buak puding tuh naik. ok..tarik napas catz. Ye adik-adik, memang adunan ni akan membuak naik seperti di atas ye..so tak yah le nak takut tak pasal-pasal. nasib abik mmg baca dalam resepi bhw puding akan naik melampau..so biar aja. err..syok gak tgk tau. ha-ha. Aku siap duduk depan oven sebab tengok makin lama makin galak dia naik sampai terjojol-jojol kismis tuh segala.Macam nak terpelanting kismis tuh semua tauuu.
ok, tak yah le jakun sangat ye catz.
sesambil tu buat sos kastad.


Untuk buat sos custard ni, catz guna gula, tepung custard dan susu penuh krim tadi.

Mula-mula, masukkan susu, gula, kacau dengan api kecil. Jangan mendidih ya. Then agak-agak gula dah sebati (ikut le nak manis mana..aku buh 3 sudu je) , bancuh tepung custard 1 sudu setengah dgn sedikit air. masukkan sikit-sikit dalam susu tadi. kacau-kacau. Hingga sebati, agak likat.


Bubuh dalam bekas dan sejukkan.


Ok, cukup masak, dah kecoklatan, kuarkna dari oven dan sejukkan. Puding roti yang membuak tadi dia akan kempis bila dah sejuk. ceh....acah mak enon aja kan.

hiris dan makan dengan sos custard tadi.

Puding roti suam, sos custard tu sejuk. Kombinasi yang buat aku makan 3 hiris.

Tak pasal-pasal aku dinner siap berdessert bagai malam tadi. Dinner aglio olio resepi campak-campak dan dessert bread butter pudding. over gila.
yummehhhhhh!

ok..jom masak!

Friday, March 11, 2011

I love desssert

Lunch at Marriot. The food was delicious, and i love the desserts.

This one is to die for, i forgot the name. gila sedap sangat.

Super delicious and fattening ? its ok. sometimes, i need good food ( read: makanan sedap dan cantik, berlemak).