Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Monday, May 23, 2011

pengiraan kalori hujung minggu.

Pengiraan hanyalah untuk hari sabtu dan ahad sahaja.
Hari sabtu..errr..aku masak sardin masak lemak 3 ketul, celur sayur bendi.
masak nasi 3 cawan.
makan 2 kali. setiap kali makan, aku assume pengambilan kalori adalah around 400.
Dua kali makan bersamaan 800.
and end up sardin tu tak habis, basi 1/2 periuk kecil, nasi pun basi sebab tertidur lupa nak simpan. Punya lah membazair kau catz. Dah le sebelum tidur makan aiskrim double dutch (sedapnya!!!). ok..tu maybe 300 kalori.
oh, ptg sebelum pi nursery cari pokok, pi makan dekat ayam penyet dengan romie dan emak dia, aku makan tempe goreng 3 ketul dan limau ais = 200 kalori kot???

so total : pengambilan kalori hari sabtu adalah

lunch = 400
early dinner = 400
tea time = 200
aiskrim double dutch(sambil tgk tv puppppp!! tertidur lepas tu) = 300

Total = 1300 ------------> omjeee!

pencarian pokok

pokok-pokok yang akan ikut balik rumah beserta pasu dan tanah. some pokok dalam beg plastik tuh suruh dia tanamkan terus sebab aku sangat tak yakin dengan tahap kerajinan tangan dan kesejukan tangan, takut penat-penat bawak balik aku tak tanam dalam pasu, or kalau aku yang tanam tah-tah esok lusa pokok akan meninggal. Orang nursery tolong tukarkan pasu dan gauk tanah etc. so maknanya keje aku adalah angkat pasu yang berats nak mam.... ni.


gigih naik atas rumah amik troly sebab kalau bawak pakai tangan takut minggu depan baru siap or maybe tangan akan memanjang cam tangan popeye.

kali kedua amik pasu dan tanah serta pokok kecil. eh pokok kecik-kecik tu dulu mak aku suka tanam, ala-ala campak je dia berbunga. kitarang panggil pokok kerokot. ni nama jawa, tah tak tau lah nama saintifik dia.bunga warna warni, saja aku nak test, aku beli 6 beg kecik.harap-harap subur berbunga dan kembanggggg macam tuan dia sekarang ini ya.

aku lambak kan aja sebab tak larat. penat gila oke..so aku agak-agak maybe 2000 kalori aku terbakar. kah-kah. takdenya catz oi..kau bukan berkebun, pegang tanah pun takkk!!! setakat angkat pasu bawak naik rumah je tah-tah cuma burn 32 kalori je.kih. lepas tuh makan aiskrim satu tub. agak-agak lah kan....

Pagi ahad, bangun pukul 6, bersiap ke padang di PJ (depan amcorp mall). Join walkathon , charity event as a support for SLE patients. I will blog later on this, if rajin.
Makan roti seketul dan air .

aku rasa kalori intake pada pukul 7 pagi tersebut adalah 150 kot.

me with payung

Walk-walk-walk baby walk.. 3 km .

maybe terbakar le dalam 3000 kalori.

oi, takdenya kiah oiiiiiiiiiiiiii!

kalau jalan lenggang kangkung very de mak limah balik pasar bawak bakul sayur.

entah-entah cuma 100 je kalori terbakar (termasuk le sesi panaskan badan -->senam ye, bukan bubuh badan dalam air panas, dan juga chicken dance yang aku cuma goyang-goyang kaki, lompat-lompat pusing-pusing -->kena paksaaa.cih)

habis event makan sarapan di A&W PJ depan amcorp. sarapan ni aku rasa around 300 kalori . float rootbeer tuh (gatal je mulut ni nak minum float) dalam 250 kot (hik). sarapan aku share dgn kawan aku (ni bukan budget romantik ke konon nak share-share makanan, nak jimat budget ke tapi sebab dah plan nak heavy lunch lepas tuh). Ye..selepas itu dengan segera.

so part aku :

sarapan: 150 kalori
float = 250 kalori



Lunch di Syed Bistro PJ.
Nasi Bukhara Ayam. entah, order kambing, tiba-tiba muncul ayam. Tapi sedapnya kan.
satu pinggan beserta segala aksesori adalah 700 kalori.
makan share dua orang.
teh o ais 2 gelas = err..250 kalori

so lunch : bahagian aku adalah 350 kalori.

kesimpulan: lunch 250 + 350 = 600 kalori.


kemudian petang teatime di secret resepi, makan kek dan air kosong.
hoi...blueberry cheese choc dan choc cake apa tah kat atas ni sedap nak mati.

lepak borak, bahagian kek aku adalah separuh. so..aku rasa aku dah makan 250 kalori dekat sini.


Balik rumah aku beli pokok 2 lagi, angkat pakai tangan cam nak kojol je rasa. lepas tuh tgk tv sesambil keluarkan lamb utk dinner, marinate.
sambil tu bergardening.
oi catz, gardening apa ke benda kauuu.
cuma angkat pokok, susun.
oh ya..aku angkat air 6 baldi basuh balkoni, sapu-sapu, berus. tu kira gardening jugak ke?????????? No?


ok, dah cantik sedikit, cuma perlukan beberapa pokok lagi. Harap makin rimbun dan bukan makin kelayuan pokok ni semua.Harap-harap aku dapat kerajinan tahap lapan untuk menyiram pokok.


sebagai reward kepada diri yang kepenatan, prepare simple dinner yang sedapppp. makan sambil tengok bintang. semerbak bau time grill ni. maybe jiran aku ingat aku dah bukak restoran lah.

terdengar-dengar bunyik kambing memanggil

grilled lamb with salads dan tumbuh-tumbuhan. aku rasa ni dalam 400 kalori gak kot. hiksss.


so jumlah kalori intake hari ahad adalah:

sarapan dekat padang : 150
sarapan A&W = 400
lunch dekat syed bistro :600
tea time secret resepi : 250
dinner at home (lamb) : 400

Jumlah : 1800

erk.

eh jom senam-senam.

lapan lagi lapannnn.....

Wednesday, February 9, 2011

Macamana nak mula????

Long weekend due to Chinese new year celebration.
most of us sure went for holiday, balik kampung, gathering etc.
Lepas tuh masing-masing cakap.. " i was stucked in jammed for 12 hours..crazeeee! buat apa bayar toll? jem jugakkkk. baik aku naik kapal selammmm"


and aku?
takde mana.
berkesempatan jumpa few friends.
start from starbucks amcorp mall with leez and zul saigon. thanks for coffee and leez tq velanja mak choc cream chips ituh.
Hujan lebat gilaa, so mari Gossip -gossip-gossip! Gosip puaka. aku dah khatam dah!


then ke restoran syed dekat PJ.
yeah..time for Nasi Bukhara.....
Thanks cik salmi kita yang menjadi tuan rumah.
mak rela datang hari-hari, nasib baik le jauh. errr..ada keje kosong tak? kalau tak jadik tukang bancuh air, jadik manager restoran merangkap pengarah urusan ke ok dah tuh.
hiks.

ok..
sambil mengadap makanan..cerita nya apa?

DIET!

ceh-ceh-ceh.

ok..now dah februari.
so..kak senah, cik Kiah,. Cik Jonah semua, macamana azam nak kurus tuh? dah ada progres?
apa?
turun sekilo?
oh, Jonah dah turun 5.5 kilo ye? bagus.
kak Senah? belum ada progress katanya, sebab now sibuk berniaga nasi lemak.

eh..aku nak cerita apa ek? sampai ke venezuela pulak.

ok, kitarang makan nasi bukhara. Tuan rumah juga sediakan sate!
Leez and salmi 1st time jumpa.
but somehow we ols mcm connected gitu.
so ala-ala bergegar oke restoan syed tuh. ketawa..ketawa..ketawa..sampai lenguh aku rasa mulut aku.hahahhaha.so kalau restoren tuh runtuh hari tu, aku rasa sebab suara kitarang la...
Orang meja sebelah sampai toleh-toleh oke!.
Anak-anak dara sapa laaaaa yang ketawa mengilai, berdekah-dekah sampai nampak anak tekakk tuh (ni agaknya pakcik dan makcik sebelah meja cakap dalam hati).


Nasi Bukhara kambing (kambing tertimbus di dalam)

sate

ahli persatuan pemakanan 1 dan tuan rumah


ahli persatuan pemakanan 2 busy with BB (now mcm kembar siam dgn BB dia).

Ok...
back to the topic..

salmi : camana tuh nak start diet.
ahli persatuan pemakanan 1 (APP1) : macam ni nok... kita bukan tak boleh makan , cuma kena kawal apa yang kita makan (berceramah sambil menyudu beriya nasik bukhara dan kambing ke mulut, voleh?)
salmi: camna tu?
APP1: errrr...mula-mula, kena ubah benda yang kita biasa buat, yang biasa makan. Contoh..sarapan kalau dah biasa nasi lemak, mee, bihun, kita tukar ke lain. makan cereal ke?
salmi: tu yang susahhhhh.
APP1: nak control makan, time sarapan le yang paling senang
salmi: capati boleh?
APP1: capati cicah apaaaa? kalau cicah kari kambing tak aciiiii
salmi: susah kan nak mula
APP1: memang susah le nok. sapa kata senang. Macam dah biasa makan nasi, tiba-tiba tukar kena makan rumput. kan?
salmi: haa-ahhh
APP2: ala..senang jeeee. Kita nak diet , kita pikir lah buat untuk suami ke..supaya suami sayang ke..cantik untuk suami.
salmi: masalahnya... laki mak kata " takpelah yanggggg, dah tuhan bagi rezekiii..kita makan ajalahhhh" .

ha-ha. so tak membantu jugak lah kan..
so kita makan ajalah.
hiks.



ok now serious.


Untuk mula diet, 1st, paling penting nak start.
1. kena ada motivasi. buatla apa2 reason, contohnya sebab nak sihat ke.. sebab nak kwin lagi 3 tahun ke, sebab nak ada reunion lagi 2 bulan ke apa2lah.
sebab kalau takde faktor yang menolak, susah nak konsisten dalam azam kita nih.

2. ubah gaya hidup iaitu yang pertama : ubah cara makan, apa yang dimakan.
Diet bukan tak boleh makan. aku tak caya benda nih.
cuma ubah apa yang kita makan, kuantiti yang kita makan. perhatikan nilai kalori makanan.

kalori tu apa?


Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup.Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.

Cadangan pengambilan kalori setiap hari

Dewasa

Umur (Tahun)

Tenaga (Kalori)

Lelaki

Aktif
Sederhana
Berat Badan
55 kg



20 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60



2,530
2,400
2,280
2,020

Perempuan

Aktif
Sederhana
Berat Badan
50 kg



0 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60



2,000
1,900
1,800
1,600



















ok..contoh senarai kalori makanan yang kita biasa makan.

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori



Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategori minuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal



maklumat lain

Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice)


maklumat adalah dari pelbagai sumber di internet.

so..dalam menu harian,kita pilihlah mana yang berkalori rendah dan sihat sekiranya mahu mengamalkan diet sihat.

TAPI..mengecewakan kan?? kan? yang rendah kalori biasanya tak berapa sedap or tak sedap langsung.redha je laaaah. sebab nak buat lipo suction (eh betui ke eja ni?) tak berapa ada duhetss.


tu je.


sejak 2-3 menjak ni dah suka tgk The biggest loser semula.
hehheheeeeeeeee