Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

usha??? have a nice weekend!

Hi u ols.
selamat berhujung minggu.
to my indian reader (wah kau bajet Blog ko 1 malaysia baca catzzz????) hows ur deepavali preparation? dah siap shopping dan goreng maruku?

Diwali Rangoli/kolam, KLCC. cantikkk kan!

i copy this from here

[ Rangoli is the art of drawing images and figures on the floor, at the doorstep of one's home. With the beautiful combination of colors, rangoli makes a magnificent piece of art. It has been a tradition in culturally rich India, to draw rangoli on festivals and other auspicious occasions, as it is considered a holy ritual. It makes a part of Diwali celebrations too. The main purpose of making rangoli at the doorstep, on Diwali, is to welcome Goddess Lakshmi, the Goddess of Wealth.

The art of rangoli is known by different names in different regions of the country. In Maharashtra, it is called 'rangoli', while it is known as 'kolam' in South India and 'alpana' in Bengal. While most of the Rangoli designs are made with the use of dry colors, the patterns can also be done by using the paste of rice grains, turmeric paste, vermilion powder or chalk. ]



..

Had simple brekafast today.
aku keluar awal pagi.
pukul 9 lebih dah sampai woksyop kereta.
check timing belt dan tukar wiper semua.

thenn..zoooommm pegi mall.
awal sampai , parking senang.
sale sana sini.
shopping baju sikit , toiletries, groceries.
lunch di food court.

then lepak di starbucks.
Finally i have at least one hour to read a book (bought at big bad wolf haritu..if not jadik tukun laaa). am reading "the 4 day diet". interesting! i wil share some info later u ols.

tiba--tibaaaaaaa..


"eh..ko usha awek tu...awek tuu..."

" ko laaaa..ko laaa..weh awek tuuuuu"


aku toleh.

3 orang BUDAK duduk sebelah meja aku.
aku toleh.
derang pandang aku.

lepas tu derang pindah duduk dekat sofa pulak.

beli dua air kongsi 3 orang.

yang sorang tuuuuuu..aku toleh je terussssss aku ingat sapa tau??


Jahhh!!! muka dia sebijik muka cem jah!!!! Gambo yg ko pakaikan cem spek bingkai tebal tuh.

sorang kurus kecikkk je.

err..dik..ko nak ngurat akak ke? akak ni dah pangkat nenek ok kalau dibandingkan korang.

eh..perasannnya aku kan.kih-kih-kih.

if ko nak ahkak ni jadik suger mommy korang, ahkak nih tak kaya pun dik.
hahahhahahahaha. bengong!

err..aku tataw lah sapa yg dia nak ngorat coz once a while yg kecik tuh pandang-pandang aku.

err..tah-tah aku ni rupa mak dia tak?? terus dia teringat kasut sekolah dia yg belum cuci..hiks.

btw kan dik..kalau berdiri pun tinggi ko lebih kurang je dgn kerusi starbucks ni, ahkak tak minat dik. ni bukan anak ikan dik. Ni ikan bilis yang makcik senah kantin sekolah korang goreng buat lauk nasik lemak dik.

baik ko balik lah dik.

kasut sekolah ko dah cuci ke belum dikkk????

tgk gaya PMR pun belum lepas ni. tah2 belum sunat pun.

ha-ha.


err..jah!

sejak bila cem dah terlepas kandang dan melepak di starbucks jah????

sapa tak tau siapa jah dan cem, u ols redho je lah baca.
hehhehe.

have a nice weekend u olss!

Tuesday, April 12, 2011

oh..cerita GPS lagi...

ni nak bergosip pasal GPS lagi..

lately aku banyak ke sana ke mari dengan berpandukan GPS dan kdg walau pun sudah tahu bertanya pula sesuatu tempat pun pakai GPS juga sebab kadang tu senang nak budget masa, agak-agak jauh lagi ke tak..berapa minit lagi nak sampai.

Bagus ye dok?

walauuuupun, kadang tuh baru je nak pakai tudung tapi boleh je ckp "jap.. aku lagi 7 km nak sampai rumah ko." (mestilah cik senah tuh percaya, sebab dia tau aku pakai gps cap ayam aku tuh).
kalau aku ckp tgh pakai tudung lagi nanti dikuatiri cik senah di sana hantar polong kat aku.hihi.

eh..
bukan semua orang suka technology. barangkali belum tebukak hati nak guna or any other reason lah kan.

and i have a fren yang tahap alergiknya terhadap GPS adalah maksima. Dia warning aku (hihi)
" nok ko kalau nak naik kereta dengan aku, jgn bawak gps kau masuk kereta aku" --> hihihi.
and kept saying "eiii tak payah lah gps tuuuuhhh..lagi sng tgk peta"

aku ketawa je.

but i ni insan lemah u ols. mata i cuma dua. tangan pun dua.i bukan sotong kurita bertangan lapan and lately merata aku travel.camana kan nak tgk peta sambil naik kuda kan?
dah sah2 gps tuh jauh lebih senang (kalau reti guna dan tak derhaka mcm aku la ).

Peristiwa malam tadi.

Dia datang out station ke kuala lumpur ----> kolumpo.

Oleh kerana minggu lepas dia telah melayan dan menemankan i makan tidur di negeri Darul Makmur itu, maka sbg kawan, haruslah mak bawak dia makan makanan kuala lumpur pula (read: makanan kedai mamak ).

Dia duduk Kuala Lumpur International Hotel yg terletak di Kg Baru ( chowkit area katanya). aku masih kompius, adakah kg baru, chowkit dan stesen bas pekeliling tuh dekat-dekat lokasinya?
dia kata dia stay situ sebab nak ke kampus tempat meeting tuh cuma sekangkang kucing je. nak makan pun depan hotel dan sekitaran banyak tmpt makan.

as buta jalan KL, ok..GPS ni ala tool kit mak le kan nak ke situ.dah le malam-malam.

so..ikut je lahhh..ok..selamat sampai kg baru. Tapi kannnnn...

aku folow gps nih kenapakah macam pelik???? kata 0.4km, tapi aku tgh drive di jalan-jalan lorong belakang which aku rasaaaaa kan... hotel ni dah pindah ke apa?????
ni semak-semak belakang flat ke apa tahhh???

sampai lorong gelap tiba2 GPS aku ckp " U have arrived your destination".

yang ada hanyalah ala2 tempat buang sampah, semak u ols.

oh ngeri.

aku salah dgr nama hotel ke ?? dah pindah ke?

gps aku terus bawak aku pusing-pusing situ-situuuuu jugak. tak boleh jadik.rjumpa

lepas tuh kan yang aku jumpa adalah Hassan tomyam...hassan tomyam (time aku tak nak mkn situ, asyikkkk le terjumpa. dulu time nak mkn situ dekat 2 jam aku sesat.cihcih.
lepastuh jumpa gerai sup meletop lah..nasik lemak meletop lah. eii.takut gak.kang makan, aku yg meletop.

Aku kuar balik, ke jalan yg ada org dan tanya. 2-3 kali tanya baruuuu jumpa hotel tu.

and dan-dan tuh jugak gps aku cakap.. "u have arrived your destination" ---> ek elehhh..tau pulak??

tadi kau jugak yang bawak aku masuk dalam semak.kan? kan?

sebenarnya kan.....kan..kan. aku dah lalu pun depan hotel tu, tp tak perasan disebabkan dah smapai area tu gps aku diam je.ngek.

kawan aku cakap : haaaa..sampai jugak kau kan. dengan bantuan gps lah kan?
aku: ye lah nok...mak bukan reti jln KL. kalau takde GPS nih matik kutu tak reti ke sini.

(sebenarnya excited nak ngumpat GPS aku yg dah agak sewel bawak aku masuk semak tadi dgn kawan aku ni kan..tapi kan..nanti kawan aku perli-perli.."haaa..kan aku dah ckp..GPS ni menyusahkan..tgk peta..bla..bla..bla..." sampai aku pitam kang.so baik diam je.

so memendam perasaan ajalah walau rasa nak jotos2 je GPS aku nihh.

so aku citer kat sini, cerita dgn korang le.

hik.

penat type ni.



oh ya.
belum habis ye.

Lepas makan di kedai pelita iteww, aku hantar kawna aku balik hotel pukul 11.50 malam. aku nak pasang gps terus dia ckp.. "dahhhhhhhhhhhhh. jangan pakai gps.tak payah".

ye la..ye la....

lepas aku turunkan depan lobi kann...

aku ON gps aku ihihiih h..set nak balik bangi. so ikut gps.

tapi kan...apa jadik tawwww.

aku termasuk dalam parking KLCC..pukul 12.20 malam.

so aku bayar RM3.00 kuar balik...grrrrrr..grrrr.

err..aku ke gps aku yang sewel. masih kompius.


dan-dan tuh aku rasa nak masak gulai. gulai GPS lemak cili api tempoyak bubuh belimbing buluh.

huh!


Tuesday, March 22, 2011

Diariku : aku, acik dan musuh nobita

Hi..
nama kita ANIS.
Ni diari kita semalam.

8.00 pagi:

acik kita datang rumah. Dia bawak nenek sekali lepak umah kita sebab lepas tuh dia nak pi keje kat sepital Muar.
Keje? keje apa acik ni..siang-siang baru pi keje.
Kita suspek acik nak pi GIANT la...

9.30pagi:

Acik mati-mati cakap dia bukan nak pi GIANT, dia cakap nak pi sepital.
Kita nangisssssssssss kuat-kuat..kejar dia sampai pagar rumahhh..
huwaaaaaaaaaaa!!

2.30 petang:
Acik balik keje..
kita dah tungguuu dekat grill pintu...
acik sengih-sengih lapar.


Dia makan nasik kita tungguuuu.
Kita nak ajak acik pi GIANT makan KFC.

3.00 ptg:

Mak kita dah siapkan kita..yey!pakai baju biru.
jom acikkk..pi GIANT!
(mak kita selalu cakap dengan abah kita : " jom pi rumah musuh Nobita" -----> elehh, tuh tak nak kita tau dia nak pi GIANT la tuuu).

yey..kita berjaya heret makcik kita pi GIANT. Dalam kereta kita ngantuk sangat sebab acik bawak kereta slow, lepas tuh sesat-sesat.



ni kita sama nenek kita.

Ni kita sama acik kita. ahahhaa..acik kita besar macam almari.kah-kah. seee????
kita suka pegi giant sebab ada tempat main. tu je motifnya.

jadiknya dia konon-konon nak amik gambar tak nampak badan sebab acik kita gemokkk.

lallalalallallalalala......

haipp...kita nak pilih barang

banyak nya benda sedap..kalau kita amik semua, acik kita nak bayar tak?

ok.i want this..i want that.

bubuh dalam bakul nenek

iyahhhh..acik...! bayar!

kita pegi bahagian makanan, berjaya rembat fissball 3 ketul. acik tak bagi amik banyak.kedekss nya acik kitaaa..dia cakap nak pegi makan...oh tapi kita sempat amik vitagen sama jajan lain, beli untuk adik-adik kita.Acik kata amik je apa-apa.
kita sukaaaa.

fuyoooo...acik bawak pi makan KFC laaaaaaaaa....lalallalala!

kita makan mashed potato dengan ayam (pssstttt..acik tu cakap je diet, tapi dia makan ayam 2 ketul..)

pukul 6.00 kita dah sampai rumah. sampai tertidur kenyang sangat dalam kereta acik. sekali lagi balik acik sesat. acik kita asyikkkk sesattt aja.tah apa-apa.


6.30 ptg:

kita dah mandi..jom main dengan adik-adik.

saya Anis, tuh adik kita yang busy dengan sudu tuh nama dia sofia. Yang baring ni baby baru mak kita, nama dia..errrr..Alisha apa tah. Haaa..kita ada dua adik dah. ni adik baru kita lah yang terbaring tidur tuuu.. (eh...adik baru? ada ke adik second hand?)

kita sayang adik kita. Dulu kita sukaaa lepuk-lepuk sofia sebab bila ada sofia kita jeles. Sekarang dah ada Alisha pulak,. Padan muka ko sofia..kehkehkeh.tak merasa lah kau jadik bongsu.kih.


8.00 malam
kita suap adik makan.

ok..kita sayang adik. Acik belikan KFC untuk adik dan mak kita. Kita suap adik mashed potato tu..sofia punnn sukaaa!


satu sudu untuk sofia..satu sudu untuk anis

satu sudu untuk sofia, 3 sudu untuk anis. hahhaa..muka sofia boring dah tungguu..kakak dia kuat melantak.kah.
ok..sumer dah kenyang..kita main jommm

Bila banding dengan budak-budak kecik dan baby, acik kita besar macam guni beras 20 kilo..kih


kita suka main terbalik-terbalik badan

acik suh kita duduk diam, kita tak nak..acik sempat cubit kita sambil tangkap gambarrr

kita nangisss..

oklah..dah penat nangis..kita nak tido..tata!

Friday, February 18, 2011

i miss you. very much.

Hi all,
thanks for all the birthday wishes. thanks a lot yea!

at the moment, i miss something.

i miss cooking.

1. chili crab

2. sambal goreng jawa.

3. masak lontong -satu periuk. ---. boleh makan banyak kali dari pagi sampai malam.

4.sambal udang petai


the list goes on...
eh..

5. tu je, setakat ni.

eh, tiba2 takde selera nak teruskan list.

merepeknya aku ni.

Tuesday, January 18, 2011

awww...kaya mak!

Sony Ericsson Mobile Communication Claim Head Office
Sony Ericsson House,202 Hammersmith
Road,London W6 7DN
United Kingdom.

You have been successfully approved to receive the winnings sum of
£550,000GBP from the Sony Ericsson ongoing new year 2011 promotion.

Fill this below form for claims:

1.) Full Name: 2.) Address: 3.)Tel: 4.)Country:
5.)Age:/Sex:6.)occupation:
7.)Amount Won: 8.)Ticket number:Sony/89CVXXgn00XXXXX/2010

NOTE: MODE OF DELIVERY OF FUND
(1) Bank Transfer
(2) Courier Delivery

Once again congratulations and happy winnings.

Regards
Mr. Bill Glasier
www.sonyericssonoffice@gmail.com
Contact Line: +447024093163
Chief Financial Officer.



i received this tru my office email.
wowwwww....

TAPI.... CFO sony erikson pakai gmail kewww????
sapa duk UK, buleh tolong call kan tak, adakah nombor dan alamat itewww wujud??

ehmm..

tgh berangan nihhh...
sandar kat kerusi, pejam mata, betul2kan bulu mata pelesu mak.
sambil minum air ribena.

Tuesday, January 11, 2011

Lontong vs Polong

sabtu:
sarapan with emak and abah at our fav 'ngeteh' restaurant


abah ordered this for us. lontong!

lontong kuah putih yang yummy-yummy. with telur puyuh and sambal sotong. yeahhhh. extra sedap coz abah belanja. :).
This is our all time fav.


Then, we had rojak emak for lunch. malas ambil gambar. u can search the recipe. search dekat kotak tepi.

went to town for shopping and mengeteh at kopitiam.

Prepared simple dinner. and sleep. TV tengok aku.


and had seafood dinner with frens at Portuguese settlement in Melaka.


oh..teruknya writing aku lately.

i think, i've less interest on food and traveling lately.
i've list down my traveling journey in 2010. not bad at all. But i'm so lazy to blog on my traveling.dah edit gambar, malas nak mengarang ayat, so terbengkalai.

and actually i suppose to travel to south tomorrow, which i feel so lazy-lazy-lazy. i just travel to south last weekend, and i think travel to JB must be tiring. Drive to JB town and then menggagau ke permas jaya tuh. di manakah lokasi itew? is it near to pasir Gudang? anyone from JB? help me!
The client from yes-yes-yes co need person to handle 'technical issues' raised by the 'people' regarding to their facility. One hour talk cant guarantee that the issue will settle men. when handling issues which actually is political issue will drain out your energy. Buat kering tekak bercakap je.
but the event postpone. yey!
maybe should send polong je to handle the issue?
hahhaa.

Friday, July 30, 2010

Aku,durian dan Mandy Lamb.

9.00 pagi.

Aku buka mata. Sunyi. Oh tidur mati rupanya selepas Subuh tadi. Melompat dari katil dan terburu ke bilik air mengingatkan appointment pukul 11.30 pagi.

Oh.demm. tak ada air?? Air tangki pun tak ada. Adalah air satu baldi je. Aku gunakan untuk cuci apa yang patut. Yang penting, muka kena Nampak macam orang mandi.

Bersiap lebih kurang,aku memecut menuju ke Putrajaya.

Sambil memandu, tangan ku meraba beg galas di sebelah tempat duduk penumpang.

Ah????????????

Kamera. Kamera aku mana? Hati berdetik kuat.

Oh. Mati laaaaa. Bongok ok. Tak ada kamera macamana nak kerja?

Baru teringat, kamera di bawah katil! Goshhhh….macamana ni?

Mahu berpatah balik, aku sudah hampir sampai ke Bangi.Kalau berpatah balik memang tak sempat pun.

Aku dial nombor pejabat En Mahfuz.

“Hello” terdengar suara lemak merdu dihujung talian. Tu mesti suara Kak Vieona , yang sentiasa keliru jantina diri. Nama tak nak kalah tu.

“Hello Kak Vie, Kiah ni. Encik Mahfuz ada? “ aku bersuara menggeletar sebab dalam otak tengah fkir apa aku nak kelentong.

“Encik Mahfuz tak de hari ni. Dia pesan kalau Kiah datang, dia minta saya assist you, bawa ke sekitar resort dan boleh lah mula untuk kerja photography tu. Tapi client dia tak dapat datang, artis yang terlibat tu, kucing dia kena chicken pox, so dia pegi vet hari ni. Jadi dia minta u study dulu untuk pilih lokasi dan shot terbaik. Hari sebenar photoshoot tu dia akan beritahu nanti” Terdengar suara kepit Kak Vie panjang lebar.

“Phewwwwwwwwwwwwww!!” – Lega aku. Rasa nak joget-joget dalam kereta serta merta.

“Ok , Kak Vie, I’ll be there in 10 minutes”. Aku tekan minyak menuju ke Putrajaya.

Aku dah bayangkan kena pecat dengan Encik Mahfuz. Or, should I say that actually aku yang memecat diri sendiri atas kecuaian? Oh terima kasih Tuhan.

Aku sampai ke Resort XXX dan Kak Vie sambut aku di lobi. Kami berjalan ke sekitar resort, dan aku buat sedikit catatan dan dengan kamera kecil kompak, aku merakan sample sudut menarik.Mulut Kak Vie pot pet pot pet. Tapi layan sajalah kan. Tadah telinga sajalah mendengar dia berceloteh dan mengarah itu dan ini. Oh, ada jugak dia tanya, minyak wangi apa yang aku pakai. Bau semerbak je.

Kak Vie cakap “ Ko siram badan ko dengan minyak wangi ke Kiah? “

Kenalah kan, pakai minyak wangi 1 baldi sebab tak mandi.

Pukul 1.00 tengahari, Kiah pecut ke Pejabat. Bosan. Pukul 2.30 petang baru teringat dia tak makan apa-apa lagi.Pelawaan Kak Vie untuk makan di kafe terpaksa ditolak. Malaslah. Kak Vie tu kepoh sangat. Lagipun kalau dengar suara kepit dia tu lama-lama, aku macam nak pitam dah.

Pukul 3.00 petang, aku keluar dari pejabat. Sunyi.

Oh, baru teringat aku belum mandi.Ha-ha. Aku fikir, nak makan apa ah? Tak ada apa yang aku rasa nak makan.Oh, rasa nak makan durian.Aku pandu ke supermarket berhampiran. Nak beli durian yang dah tak ada kulit, dalam paket.Malas ok nak bawak buah durian naik atas rumah. Dah lah tuh, beli durian katalah 6 kilo bersamaan 2 biji, isinya adalah bersamaan 400gram je tah kan? Yang lain tu berat kulit.

Sampai supermarket. Ala. Takdelah hari ni, derang tak jual durian. Huh.Aku berlegar ke sekitar ruang menjula sayur dan ikan. Pun tak ada rasa nak beli apa-apa. Aku jalan mundar mandir, ke rak menjual makanan dalam tin. Tak ada rasa jugak nak beli apa-apa.

Aku keluar dari supermarket, dan berjalan ke gerai majalah di sedut tepi bangunan. Aku berdiri melihat tajuk utama akhbar dan belek majalah. Dari ekor mata, aku Nampak jelingan tajam adik penjual majalah yang seolah-olah berkata,

Oi, nak baca beli la. Kalau tak ada duit, jangan pegang-pegang majalah ni”.

Aku buat tak tau. Memang lah macam keji sebab macam baca free. Aku belek majalah dekorasi dan Majalah Resepi. Tapi macam kita nak beli bawang dan ikan kembung kan? mestilah kita nak belek-belek dulu.

Eh, macam best majalah ni. Tapi agak gigil, bila adik penjual majalah berjalan hampir ke arah aku. Cepat-cepat aku letak. Kot dia bengang, terus cekik aku kang, macamana kan?

Ok, aku cepat-cepat beredar. Aku minum segelas the ais di restoran mamak sebelah supermarket.Rimas juga bila pengambil order macam tak puas hati aku tak order makanan dan tanya berulang kali masa hantar the ais aku. “Kaka..makan apa mau? Roti canai ada, nasi beriani, tandoori..bla..bla..bla..”

Eh. Dah la.

Sampai apartment, aku terus hayun mop, vacuum lantai rumah. Berhabuk. Dah 2 minggu aku tinggalkan. Lepas mandi dan solat,ON TV. Tengok rancangan masak-masak.

oramputeh nak makan durian, kat Penang


oi..dia makan oke! kagum.



Sunyinya. Macam nak keluar tengok wayang. Tapi malas. Tertidur.

Terbangun bila waktu maghrib hampir dipenghujung.

Sunyi.

Pukul 10.30 malam.

Lapar.

Aku bukak laci cabinet. Jumpa kad restoran arab depan rumah.

“ hello” suara ala-ala busy dihujung talian.

Aku order mandy Lamb.

“Can I have extra sauce?”

“No problem ma’am. 15 minutes yea”.

Tepat, 15 minit kemudian, terdengar pintu diketuk.

“ Food delivery…!”

Aku kelam kelibut cari tudung. Sarung dan bawa beg duit ke muka pintu. RM12.00 untuk makan lewat malam. Agak pricey lah bila aku cuma mampu makan separuh.

OK, dah tak boleh tidur.

Sunyi.

Mata terkebil-kebil.

sunyi.

Aku capai kunci kereta, turun ke bawah.

Ke mana?

Tengah fikir.

bersambung....

Sunday, July 25, 2010

Cinta yang terhumban...



was driving to McD drive tru to get my GCB..
eh now people addicted to GCB i think. including me.
background...lagu lama.
old song which attract my attention. eh. aku jiwang sangat rupanya.
i dont know the title of the song..
but suddenly the DJ suara ala-ala lemak-lemak masin kuih lopes said... "yea..itu dia tadi, cinta yang terhumban".
oh?
ada eh. tajuk lagu cinta yang terhumban?
Lagu-lagu cinta yang berunsur kekecewaan.

ok..whats next?

cinta yang terbiar - eh ni dah ada.
Cinta yang tercampak?

cinta yang terpadam - mcm tajuk puisi ?
Cinta yang terbongkang - ni belum ada kot?

and i think people in unstable emotion, sambil duduk mengadap laut /duduk bawah pokok takde daun would create lirik jiwang yang extreme like..

"embun pun tak kan mampu...menyubur sekuntummmmmmm..bunga yang layu, pada musim luruh..yang dulunya mekar disinar suria, bila sudah kering, pasti akan gugur, seperti cinta kita, yang jelas ternyata, semakin lama oh semakin
rekah......." <----- lirik lagu ni terperangkap dalam otak aku.tak nak keluar.




Lepas tu kan, terjumpa mp3 Bila Cinta versi lelaki.mendayunyaaaa. sedih oke.


kambing pun turut sedih.


apa aku merapu ni??


Saturday, July 24, 2010

Aku mahu...

Tiba-tiba...

saya mahu hobby yang adventure..dan benda yang interesting.

1. Hobby motor besar.err maksud join bikers. so langkah adalah amik lesen B-full . Now ada B je.motor kapcai boleh la bawak. Tapi gigil dah lama tak menunggang motosikal. Lepas dapat B-full, beli motor besar..apa ha? now motor besar gah-gah sangat. easy rider? apa benda tu? ke nak motor yang macam pojiah anak wak latip bawak tuh.
Tapi......TAPI...tapi...errr... macam tak boleh la. Aku pendek..errr..rendah. kaki tak sampai. and..takut kena hempap motosikal. Macam susah je pulak. so kansel. (sebenarnya takut/gayat naik motor laju-laju. Kang kalau join konvoi, orang dah sampai Penang, aku baru sampai Tanjung Malim.) keji je rasa. Ok..sebenarnya , mmg aku tak cukup tinggi.ha-ha.


2. Jadi sukarelawan kat tempat orang utan sepilok. Kat sandakan you.! Macam best kan. err...hi orang utan. here i come. soon. huhahuhaaaaaaaaa.


3. Join jadi sukarelawan ke Gaza. wah. bercita-citanyaaaa. kan?


4.Panjat gunung? err..oh lupakan. badan berat dan malas.

5. jadi host rancangan masak...err,.macam host rancangan icip-icip..kehkehkeh...oi kiah..sapa nak hire ko oi. lagipun..mencabar ke?

6. kang sambung. tengah fikir.

Monday, July 19, 2010

Memo bantahan terhadap makcik kantin.




Kiah Gebus : peah, ko tak breakfast ke?

Peah Nokia : Taklah. diet.

Fatimah Jacob : Asyik-asyik nasi lemak. mee goreng, bihun goreng. Boring oke.
Makcik kantin/cafe ni tak reti masak benda lain ke???

Kiah Gebus: wah-wah. berani kau mengumpat makcik cafe tu??? Anak dia hensem ko tau tak.

Fatimah Jacob: ado mak kesah??? tak kira. jom la.dah 7 tahun kita keje sini, makanan cafe ni asyik samaaaaa je. kita hantar apa tuh..memorandum bantahan ke apa?

Kiah Gebus: ok..aku draftkan oke. sok kalau kena buang keje aku ajak ko sekali kena buang (katanya makcik cafe tu sedara dengan HR manager).

Draft memo kepada makcik kantin.


Makcik,

Kami para pekerja kompeni ini, mahu bercakap dari hati ke hati dengan makcik, tentang menu sarapan kat kantin. Makan tengahari tu nanti saya hantar memo lain. Makcik jangan heart attack oke. Baca selawat dulu sebelum baca nota bantahan seterusnya ini.

Kami mahu meluahkan perasaan tidak puas hati kepada makcik secara direct sebab kalau komplen melalui pengurusan, mungkin tak berapa nak sampai sebab makcik selalu je bagi diskaun kat mereka.

ok..senang kata saya nak komplen lah makcik. Point-pointnya adalah:

1. makcik, kenapa menu makcik asyik samaaaaa je hari-hari? asyik-asyik nasik lemak je. Mee goreng, bihun goreng, nasi goreng. Boleh tak makcik pelbagaikan menu makcik? Setelah 7 tahun bekerja di sini, bau kuali makcik pun saya dah hafal. Boleh tak makcik pelbagaikan menu, contohnya mcm menu kat gambar kat bawah ni? Boleh tak pelbagaikan dengan menu sihat. Makcik tau tak, ramai tau yang diet takmo pi kantin, sebab tak nak makan nasi lemak. boleh tak makcik buat menu sihat, contohnya haaa..tgk lagi gambar kat bawah ni.
Bukan susah makcik, susun-susun tomato, hiris-hiris karot, hiris-hiris buah, bake hash brown tu, rebus sosej, makcik susun dalam tray lawa-lawa. buh daun salad, hias-hias haaa...sure lagiiii ramai anak dara diet kat kompeni ni yang akan pi kantin.


Pastu kan makcik, why not makcik blend buah-buah segar tanpa gula dan susun dalam gelas lawa-lawa. sure Makcik Rokiah yang tak pernah pi kantin tu akan tiba-tiba pi kantin 5 hari berturut-turut. Ni asyiklah air teh o ais yang manis gila, neskape dan segala minuman bergula manis-manis. Haaa..harga gula baru naik, makcik jangan naikkan harga minuman ok.
Makcik blend je buah tembikai, buh dalam gelas cantik.

Pastukan makcik, saya bukannya apa. Nak komplen skit la. er..sound direct ajalah makcik ye. Orang putih kata, tak yah la pusing-pusing dalam semak.
Kenapa mee goreng, bihun makcik plain je. Sawi dan tauge mahal ke makcik? Tak pun letak lah binatang sket,tumbuhan sket, dalam mee goreng tu. Ni bihun pucat je. Bubuh lah warna hijau, merah sket dalam bihun tu. Baru la ada rasa makcik...huk.

oh ya makcik, menu-menu yang boleh makcik tambah selain nasi lemak makcik tu ialah:
pancake, lempeng kelapa, hash brown, mee sup fish ball, bubur nasi, buah-buahan seperti stoberi ke, anggur ke ..kan makcik.

kan best makcik kalau kat kantin ada hidangan bubur sihat macam ni.

waa..makcik..bestnya kan makcik kalau menu makcik adalah di luar lingkungan nasi lemak. Macam gambar kat atas ni. waaaa...best la makcik. Lagi bagus, kalau makcik buat buffet breakfast. tak yah lah mahal-mahal makcik. RM5.00 dah la..all u can eat gitu.
boleh tak makcik???

Makcik, kami cuma menyuarakan hasrat hati. sekian.

Yang benar,

pemakan kantin makcik.



ko rasa kan???? apa jawapan makcik kantin.
ha...

ni aku bagi draft balasan memo makcik kantin.


kepada pemakan,

kalau ko dah tak nak makan nasik lemak makcik, ko keje je la tempat lain. Takpun ko pindah negara lain, pi duk afrika ke. sana sah-sah takde nasik lemak. Hash brown? apa benda tu? sejenis broadband ke? Bobby brown makcik kenal le.
Buffet RM5.00? ko nak bagi bisnes makcik lingkup ke???

yang benar,

den yang tak kuaso nak layan, makcik kantin vouge.


kisah di atas tiada kena mengena dengan yang makan di kantin atau yang tak makan di kantin.