Thursday, January 21, 2010

Sup Labak (labu+lobak)

Hi ols...
eh lama ek aku tak buat entry main masak-masak.
Malam tadi masak sup labu sebab nak bawa bekal utk pergi kerja.
Kalau masak pagi alamatnya driver akan tinggal aku.
Dan memang betul pun...
bangun pukul 5...pastu konon-konon nak tidur sats 5 minit...
nikmatnyaaa menarik selimut....zzzzZZZZZzzzz...
tiba-tibaaaaaaaaaaaa....
dangggg!!
makkkkk!!!
tersedar lagi 5.55 pg.
wohhhhhhhhh...
terlompat aku terus. Kalau lompat kuat sket, sekali lompatan dari atas katil mmg terus berdebub kat bilik air .
Panaskan sup sambil mandi.
Mandi kartun.
then matikan api.
Dah siap nak pi keje, aku buh sup dlm tupperware. Sup ni utk lunch.
drebar mak sampai 6.20pg.


Inilah dia sup labak (labu+lobak).



Actually, lately i'm more into vegies.
avoid nasi kalau boleh, eat more sayur dan buah.
Bagi aku, diet bukan tak payah makan. Tu bukan diet, tu nak bunuh diri.
Persoalannya adalah kena jaga apa yg kita makan, kuantiti dan juga waktu makan.
Oh, aku bukan nak kurus keding ye.
Just want to change into healthier life style.
Nak pikir apa yang nak dimakan itu pun susah.
Maklumlah, dah biasa dgn nasi goreng etc di waktu pagi.
Dah biasa dengan nasi dan lauk sedap time lunch.
Dah biasa makan nasi di waktu malam.

nak ubah tabiat mmg susah..

aku teringat dalam satu drama kat TV. Seorang ibu berangan menjadi orang kaya.
Kelakar.
So..instead of nasi goreng/ malay sarapan, dia serves roti kpd anak2 dan suaminya.
Laki dia tanya :"kenapa asyik roti, jem macam ni? Hari2 pulak tu.dah tak lalu."
dia jawab : " Abanggg..kita kan tinggal dikejiranan orang-orang kaya. Jadi kita kena lah berlagak cara hidup dan mkn macam orang kaya. Orang kaya, pagi-pagi mereka makan roti.."
errr....gitu ke?????
Pastu, kalau hidang cekodok minum petang, dia letak 3 bijik je atas pinggan semua orang. siap pisau dgn garfu. Dia ckp, ni cara hidang food mcm kat hotel. Ni gaya orang-orang kaya makan.
Bukan letak selambak pat ploh bijik atas pinggan mkn ramai-ramai. err..gitu ke?
hahhaha..azabsss.

eh, apa aku merapik ni??
ok berbalik pada kes labu aku.
aku cari alternatif untuk makan benda yg lain dari nasik dan sedap.
hemm..so now hari-hari aku buat sup sayur.
Dah dekat 2 minggu bwk bekal mcm ni.
Isnin : kobis + cendawan
selasa: lobak+ tahu
rabu: sawi+fishball
khamis:....
jumaat:....

dah abih segala sayur dah. aku pun dah rasa macam arnab sket. kalau mcm ni berterusan, aku rasa lagi 2 minggu, kompem tumbuh 2 gigi depan. Memang betul-betul rupa arnab dah.
so aku nak masak sayur lain. lets try labu.
Oh sedap rupanya.
Nak dramatik lagi aku bubuh lobak merah. (eh...tetappp berunsurkan rabit)..



Ok...lets cook!

Bahan-bahan:

Labu
lobak merah
bawang besar (kuning)
bawang putih 3 ulas
ikan bilis
(lada hitam)- jika suka
garam
air
setitik minyak utk menumis


kupas labu..sambil tgk CSI . susah oke kupas labu ni. memerlukan kekuatan tangan.Kalau mata dukkk tgk CSI, alamatnya ada yg terkupas jari karang.
Then, hiris lobak, kupas bawang, dan tumbuk bawang putih dan ikan bilis.


Cara masak:

1. tumis bawang putih dan ikan bilis dlm sedikitttttt je minyak hingga naik bau.
2.Masukkan bawang besar, tumis hingga layu.
3.Masukkan lobak merah, gaul-gaul. Masukkan air dan biar mendidih.
4.Masukkan labu, kacau. Biar mendidih hingga karot dan labu agak empuk.
5.Bubuh garam dan lada hitam sket (jika suka). Biar merenih.
Angkat dan hidang.

Dah siap..

Sup ni sangat lemak, sedap, bekhasiat dan mengenyangkan. Makan dgn roti pun boleh.Mudah nak masak.
err..kalau oramputih buat sup labu derang akan blend, dan bubuh krim sumer kan? yang ni tak payah..ko blend pakai gigi sendiri time makan. .tak yah susah2 nak guna food processor/blender. takyah buang masa basuh blender bagai.
Masuk perut hancur gak
hiks.


nak share info sikit dari sini:

http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/03/labu-kaya-khasiat.html


Pelbagai Khasiat Labu

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.


Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi
labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Jangan makan banyak sgt dan hari-hari. dikuatiri badan bertukar jadik kaler oren. seram.

24 comments:

DCKEY OJOLALY said...

wah cik cat good info...ojo baru jer tgk dvd boys over flower...teringat woon bin makan sup labu..tapi blend aaa...walahhh meleleh lak..nanti balik opis cari labu aaa...

makdaracute said...

gigihnya catz...kagum betullah..
kalau sepanjang tahun makan macam nie, confirm dapat capai azam 2010.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Catz,

tu dia makanan sihat. vegetarian lah pulak, satu azam yg baik. badan sihat, otak cergas!!

CAHAYA said...

nampak sedap. tapi nak cuba tu, macam bermimpi je aku. bukannya rajin masak pun. makan rajin lah. eh catz, betul ke kalau makan labu banyak2 leh tukar kaler oren?

Leez said...

Catz,

Sup Labak or Lobak??? hehehe

Bagus tu catz..
Healthy food!
Seskali Vege apa salahnya kan.

Uncle said...

Dear Catz.
Memang nampak dan sudah tentu rasa pun sedap...boleh invite buat class kat hotel ni...

geraugebang said...

Waduh, memang sedap bangat, tapi lepas ini harus akak berangin, terhangkat sampai ke siling

NenetPenne (NP) said...

kenapa kamu sangat lawak catz oi..

nanti kalau 2 gigi depan tumbuh, jangan lupa snap gambar taruk kat blog eh? ha ha ha....

kat secret recipe ada pumpkin soup.. ok lah....

ain.ya.nun. said...

sup labak: nmpk sedap. =)

tentang cerita kat tibi: ai tau, mesti cerita datin wannabe kan??

afendi ariff said...

tgkp gambo dulu ye...
nnti dah kurus br blh tgk sblm & slps...
heh!

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

labu sedap buat cekodok la catz..lama dah aku x buat cekodok labu..huhu..ko nih kan menduga aku..tau la aku baru ala2 nak enjpy sbb dah hantar dissertaton aku tuh..huhuh..


p/s ada gak yg cari labu nih...

Linda Abdullah said...

Catz, email please.. nak add dlm blog list..

catz said...

OJOLALY,
dah jumpa labu?
masak apa?
yer..biasanya oramputeh blend labu itu..tapi catz malas dan nak mkn camtu je...takyah kisar2..malas nak basuh blender, nak tapis lagi..ihiks..
selamat memasak.

catz said...

makdara,
harap azam ni berterusan..
hehhehe..

catz said...

haja zainab@mama,
yer..now ni tgh amalkan vege semaksimum mungkin...utk kesihatan sejagat..
eheks..

catz said...

CAHAYA,
mmg leceh masaknya..nak kupas kulit dia tu pun kemalasanj amatsss..
takdelah tukar kaler oren..
mak joking je.

hhehehe

catz said...

Leez,

labu+lobak =labak

hehhee..ye..now nak mkn sayur byk2..

catz said...

uncle,
kelas kat hotelll??
hotel???
oh siapalah saya ini..
masak pun ala baling2 je...
maluu le pulak..hiks..

catz said...

kak gerau,
mm berangin ke????
hoooo....takleh mkn selalu lah ni gamakanya....tapi sedap kann..kan..lemak gitu..

catz said...

nenek,
secret resepi punya pumkin soup sedap tak??
mcm besttt je..beoum pernah try..
harap2 takdelah tumbuh 2 gigi depan nenet oiii...
takut makkk

catz said...

dak pink,

ye betull..citer datin wanabe dan ada satu lagi citer lain..
lawak je derang ni..apa motif tah nak idup begitu...mmg ketawa tgk citer2 macam ni..

catz said...

affendi arif,
eh..dah sellau apa aku tangkap gambar..
:)

catz said...

life,
congrats!
eh...aku tak pernaha wat cekodok labu..
ni kena rebus dulu ke camana labu tuh?
tak pernah dgr nih..

catz said...

Linda,
hi..ni email catz..sorry..lambat sket.

melur_76@yahoo.com

tq.