Friday, February 4, 2011

jom ronda Surabaya dan Ayam Penyet

Dari Batu, bergerak semula pulang ke Kota Surabaya.
Mahu merasai suasana Kota Surabaya yang punya banyak sejarah dan tempat menarik.



Dari Batu, kita menuju ke Kota Surabaya.
Pak Marji memandu melewati Kota Batu dan memberhentikan kami di sebuah kedai ole-ole.


Kedai Harum Manis (Oleh-oleh paling uenak )

Oke, kalau ke surabaya, especially bila ke Batu dan Malang, ole-ole yang sangat famous ialah kerepek tempe. Macam-macam perasa, saiz dan bentuk. Katanya tempe di Malang antara paling sebab dan terbaik.

Tempe anyone?

kerepek buah salak


Yang menariknya, bukan saja tempe,malah segala jenis kerepek buah-buahan ada.
Dari apple, longan, buah salak, nenas, nangka dan pelbagai lagi.
Menarik kan?


kerepek apple


kerepek nenas

dodol apple pun ada.

nampaknya di sini segala hasil pertanian bukan saja dijadikan jus, tapi dijadikan makanan ringan. Sebenarnya banyak lagi benda lain seperti kerupuk tahu, kerupuk udang, kuih muih, hasil kraftangan (kerajinan) jem, jus, dll.


Di tepi jalan, terdapat begitu banyak deretan kedai buah-buahan. Selain itu, terdapat juga gerai jual lesung. aku minat gila benda lesung ala-ala mangkuk ni, leper. siap try-try. Takdelah mahal mana. sekitar 100k ke 400k rupiah. Aku dah pilih-pilih dan dah terbayang betapa vouge nya lesung baru aku. Sure makcik Jah sebelah rumah jeles tengok lesung aku kang...hehhehe.
Tapi duk fikir mana nak bubuh lesung ni kan? Aku datang lenggang kangkung dengan beg galas kecil je.
so fikir-fikir, malas le kan. Takpelah, next time.
At least i have reason to repeat trip Surabaya : pencarian lesung. voleh??

Beberapa kilometer sebelum tiba di Porong, kami melewati masjid Cheng HOO. nak singgah tetapi ada acara, so tak boleh masuk.


masjid yang punya sejarah tersendiri.

Perjalanan amat perlahan kerana macet. namun lega setelah melewati Porong. Pak marji memecut masuk ke lebuhraya bertol. legaa! Sebab kami dan tertidur, terbangun kebosanan terperangkap dalam macet.
Tidak lama, kami menghampiri Kota Surabaya.

gambar dari google


Surabaya merupakan Kota kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Penduduk di Pusat kota Surabaya adalah sekitar 2.7 juta orang. Surabaya adalah pusat perniagaan, perdagangan, industri dan pendidikan bagi kawasan sebelah timur Indonesia.

Surabaya juga terkenal sebagai Kota Pahlawan kerana peranannya dalam sejarah mendapatkan kemerdekaan bangsa Indonesia dari Penjajah.


Nama Surabaya pula adalah berasal dari mitos pertempuran sura (ikan hiu) atau shark dan juga baya (buaya). Lalu dicantumkan menjadi Surabaya. Terdapat monumen ikan dan buaya yang menjadi lambang nama Kota besar ini.



Taksi

Kota Surabaya tidak lah sesak seperti Jakarta. Di sini bagi saya lebih tenang berbanding Jakarta dan Bandung. Jalan tidaklah terlalu sesak, tapi bergantung juga kepada masa.
Bergerak menaiki teksi bermeter juga mudah. Kami dinasihatkan menaiki Blue Bird (Blue Birrr)
kerana ia antara syarikat taksi yang reliable. Banyak juga syarikat taksi lain.

Pemandangan biasa di Surabaya, beca (atau becak) antara kenderaan yang digunakan oleh warga tempatan, lantas ia punca rezeki bagi pengayuh beca yang mencari rezeki di kota besar ini.

Ini juga kenderaan bagi menghubungkan Surabaya dengan bandar kecil pinggir kota

Meronda Kota Surabaya, kami nampak pelbagai Mall samada yang kecil atau besar.

Agak sedikit sesak

sekitar Kota Surabaya

Mall baru yang akan dibuka tidak lama lagi. Looking for designer stuff? Ha..pi sini.


Peniaga bakso, jajanan jalanan, berniaga di pinggir jalan dengan gerai bergerak. Pengayuh beca ada di mana-mana.



Kami singgah di Pusat Grosir yang terkenal iaitu Jembatan Merah Plaza (JMP).

Haaa..mula-mula aku ingat ianya adalah deretan gerai atas/dekat jambatan warna merah. hhehehe. rupanya adalah sebuah Mall yang menjual kain, tudung , kasut , beg dll. Sekiranya tak kisah harga, boleh belanja di sini. Boleh tawar menawar.
sila guna skill penawaran tahap lapan ya.


Keadaan dalam mall


mall ini menawarkan pilihan kain langsir, kain lace, cotton dan pelbagai lagi. Tapi pilihan yang paling banyak ialah kain lace. kami ronda keluar masuk kedai.

Telekung dan pakain juga banyak dijual


Oh ya, untuk membeli belah bagi tempat yang seumpama ini, ada lagi beberapa tempat seperti:

  • Pusat Grosir Surabaya (PGS).
  • Darmo Trade Center (DTC).
  • Kapas Krampung Plaza (Kaza).
  • Royal Square
dan ada lagi actually. kang aku update lagi.



Tak lama di sini, kami ke pusat bandar , mahu makan tengahari dan chek in hotel.
Tapi akhirnya kami jalan-jalan , singgah kedai kek untuk beli Lapis Surabaya (kek) dan singgah di beberapa tempat.


Kebun binatang (zoo)

Bergambar dengan monumen ikan dan buaya yang menjadi lambang nama Kota Surabaya. Monumen ni betul-betul depan zoo.

Kami mengambil keputusan singgah di Ampel. Kawasan ini merupakan tempat dimana terdapat masjid dan makan keturunan Wali Songo.Terdapat juga pasar ampel yang menjual pelbagai barangan.


Di pintu gerbang

Di hadapan kawasan ini terdapat deretan peniaga yang berniaga di tepi jalan. Merka menjual makanan, buah, kuih muih, cendol dan Kaus (t-shirt) dan lain-lain.
Ia juga kawasan yang sesak dengan deretan pengayuh beca yang menunggu pelanggan.

Peniaga kawasan ini rata-ratanya adalah peniaga keturunan Arab. Tidak hairna ia juga dikenali sebagai Arab market. Barang jualan adalah jubah, telekung, accecoris, soft toys, tudung dll.

Aku sekadar meronda ikut kaki, melihat barang jualan sambil menuju ke Masjid Ampel.

Di sini juga terkenal dengan jualan pelbagai jenis kurma.

peniaga : embak, lihat-lihat. gratis!
aku: (ketawa) dan melihat kain tudung.
Ternyata harga lebih murah berbanding di Jambatan Merah.

Eh satu benda yang aku perasan ialah, cara orang surabaya pakai tudung adalah seperti gaya tudung / fesyen orang Malaysia. Ramai pakai tudung bawal semua tuh. So kadang keliru, ingatkan orang Malaysia, rupanya bukan le.

Masjid Ampel

di dalam kawasan masjid juta terdapat ramai wanita berjualan kuih dan makanan. Aku yang lapar gila masa ni teringin nak beli mee goreng tuh, rupa mee tu mcm mee goreng nasi ambeng. Nampak sedapnyaaaa.

Ada juga cendol.Tapi rupa dan rasa agak berbeza dari cendol Malaysia.

Apa yang kuperhatikan di sini, rupa kuih dan jenis kuih sama macam kuih muih di Malaysia. Ada karipap, onde-onde, popia, kuih bakar, kuih manis dll.
Tapi untuk menjaga kesejahteraan perut semasa sedang berwisata, aku tahankan nafsu makan ni. so telan air liur je tengok.

sekitar Masjid

kotak amal, sekiranya mahu hulurkan sumbangan, ya silakan.

Aku sempat berphoto dengan masjid

tempat ni penuh dengan sejarah. karang if aku rajin aku update letak banyak lagi info.

Oh...laparrrrrrrrrrrr!

pak Marji........ayohhhhhhhhhh..kita ke restoran!


kami makan di Retoran Ayam Penyet.

Jus alpokat


ayam penyet--sedapppp! tapi kepedasan.Bomba plissss!

pecel ---> sedap gila!

sup daging sapi

Jemput makan

Alhamdulilah untuk rezeki hari ini

kenyang.
mata pun mengantuk!

8 comments:

nur easy said...

bestnya. unik betul kerepek2 tu.. entah cmn rasanya ya..

Anonymous said...

eh...banyaknye order makanan?

orangrawa

xplorer said...

bila tgk jus alpokat tu tringat masa kat indon dulu . kalau kat indon just alpokat mmg kena dgn nama dia sebab avocado just kat indon mmg pekat gile sampai susah nak minum , hence the name ALPOKAT, he he

Hajah Zainab bt Abdullah said...

ada 2 benda yg mama suka ~ lesung & abaya! eh eh eh...ayam penyet pun yer jugak :))

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Mek.. aku gi Padang hari tuh mmg trend diaorg skrg pakai tudung bawal... so aku borong tudung bawal lah..

kat negara kiter jer dok glamer tudung awning.. sudah tertukar daaa...

Unknown said...

seronoknye baca titipan perjalanan...nk gi sana gak soon...boleh dapatkan contact no pak supir n bape rege dia tak...PM me kimie77@gmail.com...TQ!

Unknown said...

seronok baca nukilan perjalan ke surabaya ni...teringin nak gi...leh dapat contact pak supir tu tak?? PM me contact n rege dia..kimie77@gmail.com..TQ

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.