Scheduled entry:Food review
Little White Cafe.
Lokasi: Seksyen 9 Bandar Baru Bangi (sederet dengan Restoran Wong Solo)
Seorang teman mencadangkan untuk lunch dan mencuba makanan di cafe baru yang cantik.
Yes!
Melalui hadapan cafe ini memang hati digamit untuk singgah.
Entrance pun dah cantik macam ni.
masuk kedalam mata terpukau dengan lukisan yang disusun kemas di dinding dan hiasan dalam konsep inggeris . Menarik! Dengan susun atur sofa, meja , lampu, kaunter dan tempat display makanan (kek/pastries).
susun atur sofa , aku suka warna sofa ni.
Saya suka suasana dalam cafe ni. kalau nak bersembang santai sambil menikmati minum petang atau bersarapan bersama teman di awal pagi, saya rasa sangat sesuai di sini.
Ok..kita tengok menu.
Cafe ini menyajikan hidangan sarapan pagi, lunch dan dinner.
Pilihan menu sarapan dengan konsep 'hearty breakfast' menawarkan menu seperti stuffed omelete, sosej, baked bean on toast, pancakes dan sebagainya.
Pilihan minuman pula sangat banyak, dari jus buah-buahan,coffee, teh tarik dan pelbagai lagi.
menu untuk makan tengahari dan malam terdiri dari spagetti, roast chicken, lasagna, sosej. terdapat juga beberapa menu lain.
Selain itu terdapat menu pencuci mulut, kek dan pastries.
Buku menu yang cantik
Menu di sini bolehlah dikatakan sebagai menu sihat sebahagiannya. Kalau dah biasa denga nasi lemak, atau menu kopitiam, boleh lah kemari tukar selera kan.
Brownie -diberi percuma
Pendapat saya, brownie adalah sangat sedap! Tambahan pula, ketika itu ia masih lagi warm dan kacang yang terdapat pada brownie sangat crunchi! sedap-sedap-sedap!!!
ok, now review bagi makanan yang kami pesan.
Bagi pendapat saya, pilihan makanan agak terhad untuk lunch dan makan malam. Namun rupa makanan adalah cantik-presentable.
Menu mungkin kena detail sedikit kerana kalau lihat dimenu dia cuma tulis roast chicken, atau spaghetti sahaja.
Kami tanya pelayan, dia kata spaghetti yang ada ialah seafood marinara dan meatball spaghetti.
Ok, so dua rakan saya memesan kedua-dua jenis tersebut. Rasa? Bagi saya boleh lah, biasa-biasa. cuma kami tak sure adakah yangdihidang seafood marinara atau apa.Macam bolognese.
Saya suka meatball tersebut cuma kuah mungkin boleh diperbaiki sedikit.
Roast chicken pula dihidang dengan mashed potato dan sayur??? err...lada benggala atau capsicum. Mungkin kombinasi yang kurang sesuai dengan harga dan portionnya. Bagi saya, ok je sebab saya suka capsicum, tapi dgn harga yang sebegitu, boleh tambah sayur/salad/coleslaw ke, sebab ia adalah hidangan tengahari yang sepatutnya lengkap dan mengenyangkan.
Portion ayam juga agak kecil.
Saya cadangkan mungkin boleh tambah sayur lain, brokoli , egg plant , karot yang di grill yang mungkin boleh diperisakan dengan sedikit garam, black pepper, olive oil.
Salad yang saya pesan pula bagi saya oleh kerana namanya ialah chef salad, ia seharusnya lebih istimewa. Mungkin dari segi dressing saladnya.Pelayan mengatakan ia diletak olive oil tapi mungkin kuantiti yang terlalu sedikit saya rasa salad ni plain je.Dan saya cadangkan daun salad tersebut dipotong/hiris. Saya suka salad tersebut, grilled chicken nya sedap, dan ianya adalah menu sihat, tapi bg saya daun salad tersebut kuantittinya banyak, jadi ia bukan sekadar untuk dijadikan alas/hiasan bahan salad lain. Kalau dipotong, di gaul bersama bahan lain mungkin ia lebih sedap. Saya tak boleh habis disebabkan agak mengambil masa nak potong daun dan rasanya agak plain.
Bagi kami, harga makanan agak mahal dengan portion dan kualiti makanan yang ditawarkan.
Masih ada ruang untuk diperbaiki kerana biasanya pelanggan tak kisah nak bayar mahal untuk makan dikedai cantik seperti ini, asalkan kuantiti makanan berpatutan dan SEDAP.
Kesimpulan kami, cafe ini cantik, sesuai untuk lepak minum dan berbual dengan rakan lepas waktu kerja mungkin sambil menikmati minum petang, kek dan menu lain.Rasa seperti di rumah, dan agak romantik juga suasananya. :)
Mungkin lain kali saya nak cuba kek nya pula.
Oh saya nampak ada red velvet.
Mungkin akan kembali untuk mencuba.
4 comments:
tgk spagheti tu mmg kurang menyelerakan...
teringin plak brownies...
purp,
jom..
aku nak red velvet!
nice interior....i really loike!!
orangrawa/zul,
Next time u balik malaysia boleh try mkn sini. nice ambiance. kafe cantik!
Post a Comment