Friday, February 25, 2011

Rumoh Makan Raja Melayu



Rumoh Makan Raja Melayu adalah antara restoran yang menyajikan makanan enak di Bandung.
Bak kata mereka, makanannya enak, tempatnya nyaman.


Jl. Citarum No. 10 Bandung,
West Java, Indonesia
Phone: +62-22-7234140
Fax: +62-22-7234131
e-mail: info[at]rajamelayu.com



Rumoh Makan Raja melayu menyajikan authentic Indonesia dari Bahagian Sumatera dan Acheh.
kenapa disebut Rumoh? maybe ada sebab dan sejarahnya.Yang penting nikmatilah makanan dan suasananya. Aada review mengatakan, suasana di dalam restoran adalah seperti di pekan Baru atau Tanjung Pinang. Unsur-unsur kemelayuan di titikberatkan. pelayan memakai pakaian lengkap baju melayu (baju teluk belanga dan baju kurung).
selesa betul kan dgn diiringi muzik lagu melayu.
Nyamannn gitu.


Restoran cantik!
Pelayan yang lengkap berbaju melayu. nice.

potret Raja Melayu di pintu masuk
Interior restoran konsep melayu moden minimalis. Cantik!

masuk je boleh merasai suasana yang cozy dan berbeza.


Kita akan dapat melihat deretan makanan yang panjang.

ai...

antara hiasan di dinding


Makanan disini? ENAK DAN HALAL.
Memang rasa masakan melayu. Menu terdiri dari gulai pelbagai jenis seperti gulai ayam, tunjang, usus, malah ada juga asam pedas ikan patin! wow..
seafood pun banyak jenis, terdiri dari ketam, udang, sotong dan lain-lain yang dimasak pelbagai jenis.



Ada sate dan pelbagai jenis rendang serta masakan bersambal
deretan rendang, gulai dan masakan bergoreng

Di sini, bukan konsep buffet. Kita ke bhgn makanan, tunjuk mana nak dan mereka akan senduk dan panaskan lauk dan hantar ke meja.

tunjuk je kiah..

Pelayan akan datang mengambil order minuman. Ada beberapa menu yang menarik perhatian kerana nama yang unik dan agak pelik. Saya minta pelayan cadangkan.

menu air- yes! kami order Laksamana Raja mengamuk dan Rayuan Palembang


Drinks tu actually campuran beberapa jenis buah. Lupa campuran apa, tapi ada santan, kelapa dan buah apa ye..lupa.Ok je minum, takdelah rasa nak mengamuk pun dan takde rasa nak merayu-rayu.hiks.

semua nampak sedap kann!

Lauk yang dipilih berdasarkan mata dan anak tekak pemakan

Burung merpati goreng

sambal kicap - cicah burung merpati..sambal ni sedap. Rasa mcm sambal emak kita.

ayam berlada

terung berlada



gulai kepala ikan kakap

sayur daun pucuk ubi ..


Selain itu, ini adalah senarai menu yang biasa dihidangkan di Rumoh Makan Raja Melayu :


Nangroe Aceh Darussalam:
Gulai Aceh, Gulai Pli’u, Roti Jala, Mie Aceh, Sambal Ganja, Roti Cane, Martabak Aceh, Ayam Tangkap,Teh tarik, dll

Sumatera Utara:
Mie Kocok Medan, Cumi Bumbu Sate, Gulai Daun Singkong, Daun Ubi Tumbuk, dll
Jambi:
Puturan, Buhur, Rusip, dll

Bengkulu:
Rusip, Bagar Tulang, dll
Riau:
Gulai Lada Hitam, Nasi Kunyit, Gulai Rampai, Ikan Salai Semalam, dll

Sumatera Barat:
Rendang, Kepala Kakap, Cumi Balado, dll

Sumatera Selatan:
Pindang Ikan Patin, Paru Masak Hijau, Pale Tempoya, Es Kacang Merah bangka,dll

Lampung:
Kambing Goreng Kecap, Ayam Lapis Udang, dll

overal berpuas hati. If rindu masakan malaysia (setelah few days ber ayam penyet,)boleh lah ke mari. Rasanya memang rasa masakan melayu lebih kurang macam di Malaysia.The bil was around 200k rupiah. Dengan suasana tepat makan, dan makanan yang enak, harga adalah reasonable.dan 100% HALAL.


7 comments:

orangrawa said...

nampak menarik sgt.....mana ko jumpa restoren ni?

kucingorengemok said...

ko kan selalu jalan² sana catz, sila la cari rakan usahasama, bukak bisnes kat sini...

catz said...

zul/org rawa,

my friend suggest this restaurant tome. i surf tru internet and ask my supir to take me here,
nice resto.great ambiance. romentik.

catz said...

kog,

jom..jom..aku cari rakan usahasama di sana. kita bukak cwgn kat sini.
tapi duhets mak ada 20 sen jerr.
errr..boleh diskas?
idea menarik kan? now malaysian love indonesian food.
kita bukak restoran cantekkkk!!

Uncle said...

nice restaurant photos...boleh uncle cilok buat modal? we have to meet sometime...

catz said...

Uncle,
cilok le...silakan..tapi gambar tak berapa lawa.gelap je...

:)

Anonymous said...

saya nk g bandung minggu dpn.. 200k tu utk mkn berapa org? mcm sedap jek