Friday, July 22, 2011

update mengenai benda hidup belaan saya

in unstable condition recently ..rasa nak terkangkang tak cukup tangan dan kaki and tak cukup 24 jam/sehari.

ni tong sampah ke ofis ni catz????

and yeah! done with big presentation yesterday at client's office.


and i didnt sleep before that. need to prepare everything as our client suddenly called and said " our meeting next week cancel, but meeting kita cepatkan ESOK tengahari".
danggggggggggggggggg!!
terus aku rasa nak melompat terjun bangunan.
Tapi fikir balik, buat apa lompat, kang patah riuk je terjun dari bangunan dua tingkat nih.
hooo...cam nak terbalik meja aku. and terpaksa memaksa staff OT as we have piles of data to be analyzed. matik lah cik kiah terpaksa memerah tenaga batallion di ofis sekalian yang pukul 9 je dah cakap " nak balikkkk".
sighh.
so akhirnya terkongkang kongkang seorang diri and tak tidur semalam and surprisingly am survived !!
really exhausted after big presentation and half day meeting at client's office.
and my first meal for yesterday was sepinggan kecik bihun goreng pada pukul 5.30ptg yang aku makan dalam keadaan malu-malu ayam. wah malu kau catz.kih. oh ya..bukan malu, tapi 'sopan'.kat ofis orang kan.kena sopan santun.
hiks.

straight away balik ke rumah around 6.30pm. rasa pelik sebab balik rumah awal. yup..i feel weird as lately selalu kerja sampai malam, bila balik awal rasa pelik.so detour ke pasar malam nearby. ho..reward diri sendiri after hard work for few days and bolehlah bernafas sedikit.
Beli jagung rebus dan burger (murah je kan aku punya reward..), kata mamai tak tidur semalaman tapi boleh berjalan lalallala kat pasar malam kan.

balik sampai rumah terbongkang.

plan nak tgh cerita Anissa 10.30 mlm adalah tinggal kenangan saja. Berita pukul 8 mlm belum start, aku dah belayar mimpi terbongkang kat sofa. wah sopannya aku kan, tidur pakai tudung elokkkk je.hahha (nampak sgt tak mandi).kih.
sedar-sedar dah pukul 5 pagi kau! Makanan aku beli kat pasar malam pun tak terusik, elok je nlagi dalam plastik.

oh..sapa tgk Anissa malam tadi, boleh updet tak, apa jadik after Pn Ana tau bahawa dia telah dimadukan oleh kawan baik dia..adakah dia hendak commit suicide atau tikam kawan baik dia ?
eh overnya aku kan. sensasi gitu.
(wah sempat kan ..kata busy tapi ada je masa nak tgk drama TV).

Pukul 5.30pg aku dah terkebil-kebil tak boleh nak tidur.

Bangun, amik kunci rumah, amik kamera, tengok pokok bunga.
gigih tak pukul 5.30 pg bawak kamera amik gambo pokok bunga you!


tiba-tiba kan, aku macam rasa nak makan bunga ni. comel macam buah jambu (wah..ini pandangan mata orang mamai pukul 5.30 pagi ya..dan belum makan.) macam sedap je bunga ni.
Macam crunchy je.

wah tengok daun pokok keladi ni pulak, aku rasa nak petik dan sambung-sambung buat baju raya. (ye..ini juga pendapat org mamai pukul 5.30 pagi ya).

see..lawa ni kalau buat baju raya. merepek sangat kan.



oh ya..hari tu, aku balik dari out station seminggu, bila balik tengok pokok aku, inilah yang terjadi:
pokok pegaga aku kojol! kering dan layu.
tapi aku siram je. kotlah ada yang panjang umur lagi antara yang dah mati semua tuh...and pagi tadi..tengok kat bawah nih...jeng-jeng-jeng!!!

tumbuh dan hidup lagi u ols!!!!
so ptg ni aku boleh petik buat ulam. kalau dalam rancangan masak-masak chef wan tu moto dia "from the garden to the kitchen,", aku punya moto:
"from the pasu, sretttt into you mouth".
kih.


oh ya.. yang ni, aku tak tau dari mana dia datang. Tiba-tiba dia yang lebih sudu dari kuah.
actually dalam pasu tu aku tanam pokok aloe vera, tup-tup tumbuh pokok yang sgt subur ni siap ada bunga dan berbuah. buah dia panjang-panjang. tak tau boleh makan ke tak. Nak try makan takut la..kang tak pasal-pasal kanggg...


ok..pokok-pokok lain masih lagi survive. oh ya weekend lepas ada kawan aku datang. dia ckp " ...semakkkk!! buat apa ko bela-bela pokok nihhhh??" aku cakap: bela pokok lah senang. kalau beli kucing ke, arnab ke, harimau ke, gajah ke, aku kena bagi makan hari-hari.


oh ya, satu lagi update objek belaan saya,

daun pokok pudina / mint saya adalah makin gemuk-gemuk dan besar.
ya betul tu! macam tuan dia.

9 comments:

kucingorengemok said...

mendatangkan nyamuk tak? hati terasa nak melawat taman... tapi tak masak, jadi segan² nak bertandang tak bawak pemakan, heheheee

CT said...

Kalu orgnya subur.mestilah pokok pun subur dik..hihihi :)

Ayu said...

bagusnya catz. saya ni bela pokok apa pun, semuanya mati. pasni nak try bela rumput la, tah2 yg tu pun kojol.. ;p

Foodies said...

walaupun ruang terhad, banyak jugak koleksi pokok cik catz ni yer..
next time kalo outstation lama2, rendam je pasu tu dalam bekas yg ada air, tapi jgn banyak sangat air dia.. lagi satu bubuh ubat jentik2 sekali, tak la nyamuk bersarang nanti ")

afendi ariff said...

bape bijik tepon ko catz?
heh!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

suka tengok pegaga tu... :)

Shahrizat said...

Tu yang tumpang kat aloe vera tu pokok maman kan...

Orchid said...

balkoni umah ai penuh dengan orkid sesuai ngan tuannya..;)
nanti nk =tanam semula arr daun pandan, daun kunyit, cili, plak...dolu penah tanam..mati..sbb rajin outstation...heheheeh..orkid no hal..dier tahan lasak

Anonymous said...

ye la... asenye maman yang sepasu aloe vera tu... org belah pntai timur suka wat jeruk mkn ngan nasi