Good bye Aonang...!
Masa begitu singkat, perjalanan harus diteruskan. Aku tak kesal kerana tak sempat untuk menjelajah Krabi dan buat aktiviti sepatutnya, island hoping dll.
sebab yg pertama, faktor cuaca. Hujannnnn saja..so tak best pun nak buat aktiviti luar sebegitu. Yang kedua, masa singkat, so aku dah plan untuk kembali ke sini.
Personally, aku sukaaaa sangat krabi berbanding Phuket.
krabi yang 80% penduduknya muslim lebih tenang, bersih dan orangnya lebih warm. Makanan halal pun tak susah cari sebenarnya.
Aonang yang tenang
Perkhidmatan tuk-tuk
Aonang
Good bye Aonang..
Kami bertolak ke Hatyai menjelanang tengahari..
Van menjemput kami di hotel, actually dah buat arrangement sehari sebelum...
perjalanan 4 jam bermula...
kenderaan yang kami naiki dengan bayaran seorang 250 baht. |
kami melewati bandar krabi, dan berhenti sebentar, beberapa penumpang lain naik di pejabat agent van ni..
Perjalanan balik lancar, macam biasa lah kan..lajuuuu je driver ni bawa...kami siap tertidur.
Seperti masa pergi, singgah di TRANG. Aku turun membeli snack, drinks dan buah tangan. Ada banyak hasil makanan, kerepek yang dihasilkan oleh rakyat tempatan ,malah ia halal.
err...driver van ni kekwat ok..dia ckp.."NO EATING" dlm van dia...oiii..dah le ko stop 15 minit je tadi...
kawan aku yang hampir nak ngaaaaaa----ppppppp makanan dia beli kat hentian tadi terus tak jadik makan..
cih-cih-cih...bukan makan nasik punnnnnnnn..kekwat..!
Kitarang takdelah nak makan sebab nak berkejar ke Hatyai untuk makan di Floating market.
Namun perjalanan balik ni hujannn je..risau juga memikirkan, how lah if sampai hatyai hujan lagi???? wujud ke floating market tu if hujan lebat, arus sungai deras? tambahanpula beberapa daerah di selatan Thailand memang dilaporkan banjir.
Lebih kurang satu jam setengah sebelum sampai Hatyai, hujan makin lebat pulak and jalan berair... andd..aaaa...banjir youu!! van jalan perlahan mengharung air banjir yang agak tinggi...enjin pulak macam saja nak buat suspen suspen....macma nak mati...aiyo....ngeri memikirkannyaaa...
Alhamdulilah, kami berjaya mengharungi banjir dengan selamat...perjalanan diteruskan..
Kami melintasi kejadian kemalangan jalan raya...maybe laju sgt kot, terbabas dan terbalik..tgk jalan elok je..jalan 4 lorong lagi..entah le kan..
Akhirnya, kami sampai di bandar Hatyai lebih kurang jam 4 petang. Syukur..lega..
Driver van tanya nak turun mana? Kawan -kawan aku kata Grand Sakura Hotel.Hotel besar yang nampak ok..
hotel lobby |
nak kerismes kan..so banyak le kerismes deco..cantikk! |
Alhamdulilah..hotel ok..buat urusan check in, dan harga adalah murah walau terjah je. tak sampai 1000 baht pun satu bilik.dengan keadaan hujan agak lebat , memang tak kuasa nak pi menapak heret beg ke hotel lain.
Lagipun kami berkongsi bilik, so kira sangat murah untuk sebuah hotel yang cantik dan selesa.
kami ke bilik masing-masing, letak barang dan bersiap untuk ke Floating market.
Kami berlima menaiki sebuah tuk-tuk ke Floating market. Depan hotel berlambak tuk-tuk..so seang. Tambang yang dikenakan adalah 400 bhat pergi balik.so sorang 80 bhat le. dia akan tunggu. we asked for 1 hour 30 minutes..mula2 dia bagi satu jam je..
ewah..cukup ke 5 orang perempuan nak shopping satu jam..nak makan lagi?? we got lembu nak jaga u know..
Time kami sampai, cuaca still hujan..so the keadaan di sana agak sendu.tak banyak pun peniaga atas sampan seperti yang ko google-google itewww. frustt...
tapi tak pe...ada alternatif..
Khong Hae Floating market - merupakan antara tarikan pelancong yang unik di Hatyai. ia terletak lebih kurang 30 minit dari pusat Bandar Hatyai. Ia dibukan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja, start selepas pukul 2 petang katanya. Di sini, boleh lah kita mendapatkan segala makanan yang famous di Thailand, snek, minuman yang dijual oleh rakyat tempatan di atas sampan.
Mereka berniaga dalam sampan yang disusun bersebelahan antara satu sama lain. Kalau cuaca normal, katanya ada hampir 100 bot/sampan.Kalau datang awal, kita boleh tengok cemana meraka menyusun sampan dan set up bisnes derang. And bila habis biasanya derang kan berdayung dan meninggalkan kawasan tersebut.
masuk je kawasan ni, alamakk..hujan makin lebat! aku cepat-cepat keluarkan payung..tak nak kebasahan cam kucing jatuh parit.
So aku berjalan ke gerai yang terdapat di kiri dan kanan jalan. Aku tak sure adakah gerai ni wujud disebabkan cuaca hujan, air naik dan mereka tak berniaga atas smapan, lalu buka stall atas darat..
Hujan makin lebat..aku cepat-cepat beli semangkuk kue teow sup, berlindung di sebuah khemah dan makan sup panas-panas. nikmatnyaaa..sedapppp pula tu. harga semangkuk besar kue teow sup yang lazat adalah 30 bhat. reasonable. makan berdiri menumpang di sebuah stall...Alhamdulilah. Bukan makan di sebuah restoran mewah, makan berdiri ketika hujan lebat seorang diri , syukur. kenyang. kalau cerewet lapar lah jawabnya..
terdapat begitu banyak gerai di kawasan ini...hujan pula nampak macam tak reda-reda. Aku bergerak dari satu gerai ke satu gerai..nampak semua benda menarik. cara hidangan yang unik! seronok tengok...dan merasa.
Harga makanan tak lah mahal, lah ada yang seketul kuih 5 bhat je..so aku sebuk menyample sana sini lah...
hujan dan lapar pula tu.Tak kuasa aku nak tertonggeng kat tebing sungai dlm hujan lebat..
deretan gerai jualan makanan |
gerai ni jual meehun yang diletak telur puyuh..kretif oke!
nyamm...!!
kuih ni 4 20 bhat..aku beli satu je...nak rasa-rasa..
ni aku beli sebungkus.inti udang....sedap!
gerai jualan sup...nice! |
jagung bakar, jagung rebus, kukus..semua ada!
unik kan? cam lempeng tapi dicucuk-cucuk.. |
macam-macam ada... |
ni gerai favourite aku..dia jual pulut ayam. so ada ayam goreng...sedap gila!
ok..ok..ia cuma ayam goreng ok..tapi rasa dia..lain lah..sedap tidak dapat digambarkan..
nice!
ini kulit ayam goreng. aku tak beli ...
beli pulut ayam, siap ayam dua ketul..heeee..
ini gerai nasi kerabu
cantiknyaa..aku beli sebungkus..30 bhat.
aku minta tolong penjual nasi kerabu yang manis itu ambil gambar sebab aku jalan sorang-sorang..actually basah jugak kena hujan sikit walau berpayung. macam kucing jatuh longkang ghopanya..
ini gerai buah salak. |
waa..keropok lekor pun ada..
meriah oke gerai keropok lekor ni..pelbagai bentuk ada..
aku jalan-jalan lagi..and jumpa banyak je gerai yang jual pelbagai cenderamata, t-shirt, soft toys, dll..nampak menarik dan menawarkan harga terbaik sekiranya kita adalah penawar tegar..hehheheheeeee..
makcik ni ala-ala darah dia dah go upstairs gitu...
.
aku sambung menyample kuih muih...sedapp!! 5 bhat je satu..nice
sedap! |
ni gerai jual air..entah..tak rasa nak beli. 20 bhat and u ols can keep the container.. benda relate air aku agak was-was nak beli..musim hujan dan banjir..faham-faham saja lah..
kuih ni sedap gila you..dalam dia pisang...aku ingat, eleh sure lah rasa pisang, tapi bila mkn, ada rasa unik , tepung yg salut pisang tu ada rasa kenyal, and ada kelapa..woww..sedap nyaaaaaa...
aku menyample each kuih kat sini |
hujan dah reda sikit..aku turun ke sungai nak basuh kain..oh tak..saja nak tengok apa org jual..
oh sama je dgn kat atas, cuma pilihan di atas lebih banyak. Keadaan cuaca yang tak mengizinkan mungkin, yang berniaga adalah few sampan saja...
senyum kak!! akak penjual sup tersenyum riang..
berduyun orang beli...
sempat le menyampel ini..courtesy kenalan baru..hikhikhik..orang dah offer rasa, i mkn je.rezeki...redha gitu. thanks!
jualan atas sampan |
hari makin gelap..aku beredar..naik atas dan sambung jalan cari makanan..
macam-macam le ada...hehhehee.rasa cam nak tanya resepi kat makcik ni, tapi takut..hik..
Last sekali aku beli otak-otak. sedap gila.otak-otak ikan, ketam etc. aku beli otak-otak ketam, dia bungkus dlm daun pisang. pedas dan sedappp! lupa amik gambar.sebab tangan penuh.
aku beredar ke tuk-tuk yang menunggu di depan..tunggu kawan -kawan yang lain..
really enjoy the food! niceeee!
aku balik dgn tangan penuh jinjit macam-macam benda...
selamat sampai hotel dan sedia utk melihat suasana malam Bandar Hatyai pula!
2 comments:
bestnyeeeeee!!!!
hai sis
tu la pasal mak sayang bebenor ngan thailand noks,makanan tepi jln pun cam otel 5 bintang kan kan kan...over tau kalau dtg kat sini makanan meriahhhh yg tk bleh blah...welcom to thailand uollss
Post a Comment