Friday, January 13, 2012

Singapore (part 3): Geylang Serai, Kent Ridge and Labrador Park

 Sambungan..ok..ada yg tanya hostel apa mak stay kat sini??  Ok, di Singapore, if kita travel secara budget, banyak pilihan hostel dengan pelbagai range harga.Dan paling penting lokasi...
1st pilih yang berhampiran stesen MRT. Berhampiran tu maksudnya maybe kena berjalan 5-15 minit dari stesen MRT..Lokasi pula kalau boleh yang strategik. Aku plan travel ni last minute.Musim perayaan, travel on Christmas, hotel mahal gila kalau booking last minute. Teman Catz di Singapura telah menempahkan hostel ini (Ya Allah..moga Kau  terus murahhhhkan rezeki dia- sesambil betulkan telekung). dan the other night catz stay di hotel.  Adalah cerita disebaliknya tetapi make it short, i had experience both, stay in hostel and hotel. Nice. and actually ini la first time aku travel duk hostel. Tapi pengalaman yang best dan aku rasa seronok pula...

Aku bangun awal pagi jugak. Malam tu nyenyak je aku tidur. selesa. Bilik dilengkapi aircond dan kipas. TV nak tgk kena pi ruang tamu. Tapi internet free seluruh hostel. so aku lepak bilik berinternet saja.
Sarapan roti telur dan milo ais
Catz at Super Hub Hostel. Hostel ni ada pelbagai jenis bilik,. Pilih ikut suka..Bilik akku kecik je tapi sangat bersih, selesa.
 Keselamatan di sini jgn risau.. nak masuk kena bubuh kod. so xdelah risau org masuk ke apa. selesa dan ada byk rules kena ikut demi keselesaan semua orang yang tinggal di sini. Tak boleh bising, takleh bawa guest, jaga kebersihan (toilet share), dll. Care taker dia pun baik and helpful. aku tah cemana boleh tertumpahkan teh o ais satu plestik kat bilik, habis melimpah ke lantai masa aku balik dari Zam zam (saja tapau drinks) sekali tumpah daaaa.. Uncle dtg tolong mop dan bersihkan. Jiran aku pelancong dari UK, US dan sorang tuh cam muka orang Rusia. we just say hi-hi dan berbasa basi....
Of course tak sama macam tinggal di hotel, tapi it was nice experience...So if u budget traveler and looking for nice place, banyak sgt hostel. just surf tru internet..
pagi ni aku check out terus dari hostel...
keluar terus jalan-jalan...aku text kawan aku bahawa ku bersarapan di Victory..tup-tup kawan aku muncul..
hari ni, kami akan jalanm-jalan berkereta...yey..boleh pegi out skirt sikit...hehhehe. if not asyik jalan tempat sama je...

cik kiah bersama beg besarnya...
Today...1st destinasi ialah ke Geylang Serai...ha-ha..banyak kali ke Singapura aku belum pernah ke sana.. so kami nak jalan-jalan cuci mata..
Yang agak mengerikan...kawan aku ni bawak kereta ya robiii....hahahhaa....sebab kdg tak sure Jalan, nak masuk simpang, tukar lane main masukkk je... aku kata,. baiklah aku mengucap siap-siap ye.....keh..
Ngeri mak...rasa nak cubit-cubit je....oiii.ko merempit ke hapa nii...
kami park kete di Joo Chiat Complex. Dalam ni banyak jual busana muslimah dan kain..kami just tengok2 je..
butik pakaia muslimah
Finally.. we were here..pasar Geylang Serai. Tempat ni memang terkenal dgn pasarnya dan kalau nak raya, kat sini lah segala benda kita boleh beli sbg persiapan. Baju, kuih muih, rempah masakan , bahan basa semua ada...
Kiatrang jalan-jalan. menyusuri tingkat yang jual baju, tudung, telekong..eh rasa macam di pasar Baru pun  iya coz byk fesyen baju tu rasanya dtg dari Indonesia..Di sini banyakkkk jual jubah-jubah yang menarik dari yang corak simple hinggalah yg bling-bling utk pergi function..

cantik!
baju kurung dan pelbagai busana muslimah
telekung dan jubah
macam-macam ada...
kedai tudung
Setelah round-round, we ols berhenti minum..kat sini ada gerai makanan. kami minum cendol geylang serai...dannn....
gerai kacang pool
and kacang pool..yummeh!

masa makan ni, kami duk berkenalan dgn sorang makcik ni. dia dtg beli barang dapur dan mkn kacang pool..kami share meja..sembang2...seronok jugak...selain cendol, kawan catz beli otak-otak dan pulut panggang. sedap!!!  otak-otak dia lain dari tempat kita. aku lupa nak amik gambar lorr..kenyang gila we ols..
kami menysuri kawasan ini...next..kiat jalan jauh sket..nak pi woodlands..
sebelum tu kami melalui banyak kawasan yan aku pun dah lupa namanya..kira macam round satu singapore..
menggunakan lebuh raya kami menghala ke kawasan woodlands..saja .mak oi..minah bi bawak kereta. kang kalau kena samannnnnn kangggg...
kami meronda-ronda kawasan sini, tgk kawasan perumahan, kedai-kedai and we stopped amik angin di Woodlands waterfront..dari sini kita boleh melihat Bandaraya Johor Bahru... angin kuat dan pemandangan pun nice. Ramai orang memancing. Dari sini nampaklah lah kenderaan berdedai di atas tambak Johor, keluar, masuk johor-singapore.

kemudia kami pi lunch di wect coast area kot.. pi kat Ayer Rajah Food Centre.
Jom makan!
Tempat ni actually di kawasan perumahan, lupa blok mana. jadi meriah juga dgn org makan tengahari. we ols order macam-macam. macamlah nak makan 5 orang..
rojak singapore
sotong kangkung
nasi ayam
and ada bihun sup kot..lets dig....
Lepas lunch kami ke Kent Ridge Park
cantik view dari sini..nampak laut dan keindahan semulajadi (wah..geography nya aku..kih)

nice!
Kitarang jalan-jalan. Actaully taman ni luas dan banyakkk xtvt boleh dibuat. Jungle tracking, dan siap ada canopy walk bagai..so nak beriadah memang best..tempat ni adas sejarahnya sendiri. dekat area ni lah berlakunya pertempuran askar melayu dgn askar jepun .. dan di kawasan ini (pasir panjang) or dulu dikenali sbg bukit chandu...terbunuh ramai askar melayu termasuk leftenan Adnan. (wah..sejarah sangat kannn)..

lets go! kawan aku kata ko nak drive ke????? nakkkkk..hahaha..
area battle site
kemudian kami le Labrador Park pula...hem..cantiknya view di sini.ada restoran dan city beach resort..

nice  view!

kemudian kami ke area Marina Barrage. dekat je dgn marina bay sands...kat sini ramai orang main layang-layang..
Ok..lets go..
kami menghala ke area Bandar semula sebab aku nak check in hotel and we ols sambung makan lagi...!

2 comments:

Anonymous said...

tang makan je aku teruja...tgok gambar je aku teruja.(teruja tu nyah).kenapa ntah...masyp

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

syoknye jenjalan Catz...!
HQ office akak kat Woodlands tu jugakk.. tp akak.. S'pore pun tak jejak lagi.. wahahaha...