Sunday, January 8, 2012

Hatyai Flavours (Part 2) : Street Food

 Malam di Bandar Hatyai

Mahu melihat kemeriahan Bandar Hatyai.?
Keluar le malam-malam. Terutamanya kalau hujung minggu..
Apa yang ada?
Food stall,mall, deretan kedai,  night market, gerai jualan dari kedai proper sampailah gerai  atas kaki lima bangunan,  pusat urut, pusat hiburan, karaoke lounge dan lain-lain lah...
Kalau nak ke night market (hooo..aku tataw kat mana sebab tak plan nak pi/ malas) tahan je tuk-tuk  and say "NIGHT MARKET"..sure ko sampai.so kalau nak shopping..everywhere..bawak je duhets.

Aku dan Leez kuar pukul 9.30 malam kot..agak lewat. Nak pi mkn kenyang lagi. so bercadang nak massage. Oh sangat banyak pilihan , murah. urut seluruh badan 2 jam pun around 350 bhat saja.
Tapi mak tak koser nak urut sampai dua jam..sejam sudeh lah...
adalah peristiwa kelakar masa urutan, tapi tah le..maybe imaginasi aku liar sangat..ekekkekee..tak yah le citer. selamat dah pun aku..hikssss.


 Lepas urutan iteww..mulalah lapar. ok..takde lah lapar sangat. Meenulusuri jalanan di sekitar pusat bandar, banyak je stall tepi jalan. saja nak try ..

 err..tak faham? aku pun. kedai ni jual dessert, macam-macam ada.
 order je tunjuk..they can speak malay

 gerai sebelah dia jual sup-sup pula..kami order ni, kuew teow sup campur..
 lai chi kang

 bubur cha-cha

 lets dig yo!

Tengah makan, ada org jual buah lalu perlahan..mata aku dah jeling je..leez pun suka..sure nak beli.


gembira mak beli buah..we ols memang suka mkn  buah kat sini..macam extra manis..and sedap!
 gerai jualan ayam goreng, udang dll

 gerai macam ni banyak..oh ye tempat ni dekat k tau dgn Hotel Novotel dan di kawasan Lee garden Hotel. If tak reti ke sini, tanya je org..if  org tu cakap tak tau...entah le kan..senang kata Lee Garden ni landmark Hatyai yg macam KLCC la..semorang tau..Ia adalah shopping mall dan hotel .

 Kami jalan menelusuri setiap stall tepi jalan yang ada... wah..menggoda semua makanan ni..

udang besar..nampak menarik, tapi tak rasa nak beli kerana  nampak minyak gorengan yg hitam, dan mungkin udang ni tah dah goreng banyak kali
terdapat gerai masakan panas juga..ada siput, kerang, sotong, udang , sayuran, tiram..aku nampak this lady masak oyster omelete..eiii..sedapnya.. nasib perut dah ketat, dan di situ terdapat sekumpulan besar orang lelaki Malaysia,which dari pakaian derang, aku rasa some of them geng motor besar. Tiba-tiba rasa orang pandang kita semacam pulak..cih-cih.. so malu lah pulak di situ..wakakaakkaa...Leez memang selamba je amik-amik gambor pakai flash lagik..hihihihi...

 Ok, jalan further up, terjumpa gerai ni. Gerai nasi lemak dan teh tarik..still kat area Lee garden jugak. so if u missed teh tarik , u could enjoy it here,.aku macam nak berenti try nasi lemak, but again, kedai ni penuh dgn lelaki malaysia, siap masa Leez duk amik gambar derang sound.." tanak amik gambar abang kewww"..
erk...hhahahaha...

 me , hunting for nice street food.

 Lee Garden Plaza Hotel
habis round sekitar Lee Garden, aku rasa nak pi minum air kelapa lagi...sebelum ke  Krabi  aku dah minum tapi now nak lagi...

 ok sebelah stall jual air kelapa, ada stall buah-buahan juga..Aku dan Leez sependapat bahawa di Thailand ni buah-buahannya extra  sedap dan kemanisannya lain macam. so pantang le nampak orang jual, mesti rasa terkinja-kinja nak beli  WALAUUUUU pun kadang tu cuma buah tembikai je.Nampak orang susun tembikai kat tepi jalan pun excited. Tapi serious..buah-buahan sana memang extravaganza delicious.....ngehh. Contoh..buah nenas tu..eii...comel kan cara dia potong and display..eii...terus mak rasa nak borong. sedap . dan cara display yg kreatif walau stall tepi jalan je...
Tapi kadang aku fikir, ni psikologi je. Sebabbb....sebabbbbb...kannn..
Dulu abah aku ada ladang nenas. SO if kawan-kawan aku kata buah nenas sedap, siap beli kat kedai buah, stall, memang aku tak beli la..sebab buah nenas ni benda yang aku tengok hari-hari..
and aku terlibat dalam penanaman nenas ok...(ok dulu aku ikut mak abah aku pi kebun). Pernah terlibat menanam anak benih nenas, kambus, membaja, cabut rumput/semak, hingga proses menuai.
wah calar balar betis aku sebab pokok nenas kan berduri..kena harungi kebun nenas, kutip buah yang abah aku dah potong, buh dalam kereta sorong, bawak ke main road, tunggu lori angkut..
Tapi aku takdelah fancy sgt makan nenas..walau nenas tuh bersepah je kat rumah, kat dapur, bawah tangga bagai.

SEBAB?
sebab nenas tuh kena kopek. hahaha..dasar pemalashhhh kan. memang satu penyiksaan lah nak kupas nenas. malas. TAPI, mak aku sukaaaa makan nenas.  so dia lah yg rajin kupas, hiris, buh garam, and letak dlm fridge.
and we all ni pulak, bila dah nampak elok nenas tuh terdampar dalam container kat peti ais..eh..reti pulak nak makan. ngapp...ngapp...cepat je habis.
mak aku kata..see..kalau dah kupas tinggai  masuk mulut tau pulak nak makan..
hihihihi...
 so bila nampak nenas ni macam ni...memanggggg rasa nak beli. actually dia dah belah-belah tapi dikekalkan dalam bentuk buat supaya menarik. so nak makan just amik je satu-satu..ngapp...sejukk je dan manisssss lalu kat tekak ni...agaknya sebab tu kot kita teruja nak beli...
macam  buah tembikai, berapa ramai antara kita rajin beli, belah, kupas ...?
tak ramai..kan..tapi,..kat thailand buah tembikai tuh macam memanggil-manggil kat stall..and rasa dia extravaganza kesedapannya..
buah kelapa..nice..aku sukaaaa..sebab dia sejuk. bukan diletak ais dalam air tapi dia letak kelapa ni  atas ais, dalamnya jadi sejukk..oh...gila nyamann dan sedap, manis..a bit rasa pandan...kalau boleh sekali minum nak 3 bijik. hik..tamak.. satu biji ni 30bhat. kita beli baru dia tebuk, buh straw..nyammm!
 stall jual buah berangan pun banyak..aku suka gak,.beli sikit untuk munch2 di bilik..

pulut durian dan pulut mangga. ni beli gak (dasar perut stokin....) sedap...
walau hujan derang gigih berniaga juga kan..

Kami menyusuri suasana malam yang makin sunyi kerana hujan bertambah lebat...pulang dengan perut kenyang.

akan bersambung lagi!

1 comment:

norh said...

gerai nasi lemak tu sangat laku kan..punya la ramai org..