Tuesday, January 10, 2012

Singapore (Part 1) M-I-O-W.....

 I end my 2011 with Singapore trip..saja nak melepak sempena cuti panjang hujung minggu tu..















25 Disember. Hari Christmas..suasana sambutan meriah di mana-mana. termasuk di terminal lapangan terbang. Pelbagai acara di atur supaya bahang perayaan turut di rasai di segenap ceruk.
Manakan tidak...pokok krismas di mana-mana, hiasan cantik, nyanyian lagu.. kita rasa kemeriahan mereka yang menyambutnya...DI LCCT, mereka mengadakan nyanyian koir..menarik jugak. ramai je penumpang/pegunjung mengambil gambar dengan kumpulan  tersebut. Mereka ni adalah ground staff kot..
Oleh kerana aku banyak masa, sajalah aku tengok derang menyanyi-nyanyi...lagipun aku travel sorang, takde apa nak kejar...

Penerbangan 45 minit tak rasa pun..sebab seperti biasa, aku masuk je , duduk terus kroihhh...kriohhh..krohh...ZZZzzzz.
tau - tau kapten dah umumkan untuk mendarat..

Oh, ramainya orang...!!!!!! masih lagi cuti sekolah dan ramai yang ambil cuti panjang akhir tahun sempena sambutan krismas. Lama juga beratur di imegresen. Aku bercadang nak amik MRT ke tempat penginapan, tapi rakanku di Singapore kata nak jemput. Risau juga kerana entah kenapa, sms ku tak sampai.  Tapi dia tau jadual penerbangan.Aku assume dia menunggu di ketibaan.

 Sampai di ketibaan...aku  meninjau di bahagian pintu ketibaan..ramai yang menunggu depan pintu and most of them hold a piece of paper with name printed on it..and...my eyes capture...M-I-O-W....MIOW...!!!!!(sapalah yg jemput kucing dia kat airport ni kan..) and i almost fainted when i saw someone hold this..and wave it...like..OMG.aku terus ketawa terkekekekkeeekekek di sitewww..mak nak fitams u olssss...
wakakakkaa..aku nak terharu ke..nak ketawa sakit perut ke entah le kan..

and we end up ketawa cam nak rak..kau kenapa ????? demam ke????  dia kata saja..tengok orang lain pegang kertas dgn nama orang yang dia tunggu.. so dia kata, dia tiba awal, so dia pun nak jugak tulis nama aku...'MIOW" atas kertas besar...wakakkakakaka....kihkihkih..geli hati ketiak mak ni..but thanks very much fren...comel sangat!suwitnyaaaa...

  
ni namanya model semak samun.

Changi airport ni dari segi decoration memang tak mengecewakan lah..cantik sangat deco nya.. kawan aku macam tau je..u mesti nak amik gambo kat sini kan...?? kan.. kihkihkih...

 Kami menaiki skytren dari terminal 1 ke terminal 3 sebab nak naik MRT (Stesen Tanah merah - Stesen Bugis (LINE HIJAU - TRAIN DARI PASIR RIS - AMIK HALA KE JOO KOON).  Mula-mula  fikir nak amik tourist pass  (SD24 utk 3 hari) tapi memikirkan entah-entah takdelah guna beriya so beli je tiket biasa..

kami turun di stesen Bugis, menghala ke Jalan Pinang. menelusuri jalan yg agak lengang di depan Raffles Hospital tak terasa sambil bergosipan.

Teman catz hantar catz ke hostel penginapan yang ditempahnya..(double suwitttt...)  dan selepas itu kami pergi lunch di Restoran Victory yang terletak sekangkang kucing je dari hostel. Di area Arab Street..berhadapan Masjid Sultan.

 macam biasa, kalau ke Singapore, haruslah makan murtabak Singapore...personally, aku suka lagi murtabak victory banding dgn zam-zam. Restoran ni terletak sebelah-sebelah je...kalau tamak boleh try dua-dua..hiksss.

 Kami makan bersebelahan meja dengan dua pelancong jepun. aku dna kawan aku tungu order, nak tersembul mata aku tgk derang punya food. Murtabak sorang satu saiz paling besarrr sekali..Mak oi...kami berbisik..boleh habis ke tuuu?????? derang makan and enjoyy sangat ghopanya..


Hidangan kami sampai..murtabak saiz sederhana and mee goreng. makan share. romentik ek??????
Orang jepun sebelah tu duk eyeing mee goreng we ols..macam wonder beno kan..makananan apa kah itu.
kawan aku ni ramah...so dia tegur mereka tu..
"MEE GORRRENGGGG"... derang angguk senyum and angkat kamera. Aku pun unjuk pinggn mee tu..ingat dia nak amik gambo mee goreng.... 'NO..NO..." dia bg isyarat nak amik gambar we ols dgn mee goreng tu rupanya..kehehehhe....
so we ols tadah muka bersama mee goreng itewww....redha je lah nok. and lepas tu dia angkat tangan best ke benda tah..
and aku pun  ckp..nak amik gambar dia pula...kih.

 mee goreng

 sharing is caring

sekitar Arab street
 
 kami jalan-jalan area masjid Sultan. pergi ke deretan kedai cenderahati..jalan-jalan amik gambar..kat sini kalau beli fridge magnet, 10 SD boleh dapat 5...ada t-shirt dan macam-macam lagi...

Miow..If rajin boleh ke deretan kedai jual kain etc ..tapi aku malasss (semua malas kan??)..
nak sight seeing naik bas dua tingkat ni pun best...
or singapore trolley...

bersambung.....melukis gajah nanti..

4 comments:

NenetPenne (NP) said...

kakak aku lalu situ,semua kedai dia nak masuk borong beli kain...

Irfa said...

seronoknya jalan2..tak penah pegi spore lagi..tingin gak nak gi universal studio tu.entah bila la

DCKEY OJOLALY said...

dah pernah makan murtabak kat situ..sedap...+ wit nasi briani ayam..tapi nasi briani johor lagi sedap.. hehehehheehe

-catz..bila lah aku nak amik buku ngan ko yek...

Azrey Rozie Eiman said...

sama la taste kita, lebih suka murtabak victory dari zamzam :)