kita ke kg kraftangan untuk menikmati nasi ulam cikgu yang terkenal. Ini kali ke dua Catz makan di sini.
dan ..yang istimewa adalah hidangan nasi ulam...
Kedai nasi ulam cikgu ni terkenal dengan hidangan masakan kampung , ulam-ulaman pelbagai jenis yang mengecurkan... sebab itulah agaknya amik ulam pun tak agak-agak kan. semua nak rasa. dah macam padang rumput meja mak ni. dari ulam segar, hinggalah yang dicelur. terung, jagung baby, bendi, petola. ulam segar seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dan apa tah lagi. Banyakkk sgt.
Lauk-lauk seperti gulai ikan patin, gulai ikan tongkol, singgang, ayam kampung, daging, ikan keli goreng (besar-besar gila kauuu) dan pelbagai lagi...
Lauk-lauk seperti gulai ikan patin, gulai ikan tongkol, singgang, ayam kampung, daging, ikan keli goreng (besar-besar gila kauuu) dan pelbagai lagi...
pencicah macam-macam ada. ada budu, sambal belacan, tempoyak yang diletakkan dalam bekas besar. ada hirisan mangga, bawang, limau, cili dll. so amik sendiri sukatik ko nak amik apa buh dalam pinggan.
tu alamat kalau nak ke sini..tempat ni tak jauh dr pasar siti khadijah and dekat je dgn bazar buluh kubu. jalan kaki je...walau panassss..sanggup kuredahhhh!
Makanan di sini, SEDAP dan murah. Orang sgt ramai ..so kalau nak dtg sini, baik le dtg awal you. Kalau tak tinggal dulang dengan periuk je kanggg..
:)
4 comments:
hi
saya dah follow blog ini
saya pun mau pergi kelantan 12.6
thank you utk informasi yg beri
ni buat aku rindu nak balik ni..
tak per, raya nanti aku balik seminggu... errrkk tu bulan 9 tu, sekarang baru bulan 6..ahaks...
tapi time cuti2 raya, depa tutup pulakkkkk....
ikan singgang tongkol tu kalau lagi lama, lagi best... kita hangat2kan tiap2 hari kasi kuah meresap masuk dalam badan ikan.. kadang2 aku tngok mak aku masukkan asam keping dan sedikit gula nise pure (ala2 gula melaka)... huh meletup sedap...
telan air liur 3 kali baca entri ni.GLUP!
Memang best.. restoran ni memang 'signature' makanan di Kelantan. Boleh lawati Cuti Kelantan untuk pelbagai lagi informasi tempat makan dan tempat menarik di Kelantan. Tak lupa juga shopping..
Post a Comment