Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Jamuan raya...terima kasih

Syawal dah nak nak sampai penghujung...
Alhamdulilah, tak putus undangan rumah terbuka atau undangan berhari raya..


Terima kasih atas undangan berhari raya dari K Aida di Gombak..
and thank you Mr GPS .. jumpa juga rumah K Aida ni. selalu jumpa di TLG je.

err...zamana dulu-dulu takde GPS macamana eh kita nak pi rumah orang yang kita tak pernah sampai....?


rendang pujaan hati

Rendang kak iada ni buat catz termimpi-mimpi pulak..sedap gila..sampai now duk teringat-ingat lagi..bertambah-tambah aku makan..dua round oke..kekekke.



catz with K aida...kuih raya rumah k Aida pun sedap-sedapp!

Kak Aida tapaukan rendang untuk saya bawa pulang. thanks a lot!!!
hihihi..segan nya saya (cakap segan konon..makan bertambah-tambah..hik)
and she gave me something for my garden..thank youuuuuu!!!

undangan berhari raya dari Leez

lots of food...! sedappppp! thanks leez!


Undangan jamuan hari raya dari Utus@n M@laysia, Hotel R0yal Chul@n, KL.

with leez, thanks dear!

Jamuan raya di Utusan Karya...amboihh...gelemer nya kak ros cun kita niiii.thanks u ols for inviting me..

Majlis mesra aidil fitri di XXXX Cyberjaya.Jemputan dari client penting.


jamuan raya yang paling best catz attend tahun ni. food sedap! layanan tuan rumah sangatlahh mesra..
catz and saira

lemang, rendang, nasi impit dan kuah kacang . the kambing golek is marveles! Laksa johor buat saya termimpi-mimpi. sedap gila!

catz dan tuan rumah. thanks for inviting me.


Menghadiri beberapa rumah terbuka kadang terfikir,mewahnya kita dengan makanan.
Hingga kadang kita tak sedar begitu banyak pembaziran makanan berlaku.
Tengok orang makan pun kadang naik seram.
ambil makanan banyak-banyak tapi makan sikit, tinggal, amik food lain.

Ya amppunnnn....
sayangnya makanan berlongg0k atas meja yang ditinggalkan sebagai sisa, padahal ramai tamu lain yang belum sampai.makanan yang hanya diusik sedikit, bersepah-sepah atas meja.
pelik bukan? tak faham aku. kalau rasa nak makan banyak pun, tak usahlah amik makanan sampai menggunung pinggan sebab banyak lagi makanan lain yang mungkin kita nak makan.
makan sikit, tinggal, dengan food dan sisa yang bersepah atas meja..kadang tu pinggan kertas bersepah-sepah.pelik je. kadang tgk pinggan cawan bersepah-sepah atas meja, bawah meja,macam ada beruk yang join makan-makan sekali kan...iskkk..keji je aku rasa. Walaupun tuan rumah dah menggaji caterer nak uruskan semua benda, janganlah kita sewenangnya sbg tetamu makan dan sepah-sepahkan pinggan. isk..isk..isk.memang lah makan free dan boleh le nak makan banyak mana pun kan. tapi biarlah berpada-pada.
orang kat somalia tu kebuluran dan berperang nak dapat makanan, tapi kita kat sini, makanan kita buang-buang macam tu je.


another jemputan majlis hari raya at XXXX ,Mines , Seri Kembangan.


catz dan tuan rumah, Datuk Sri XYZ dan Datin Sri Saira..kekekkee. sedondon.
thanks!

Makanan depan Datuk Sri XYZ tu bukanlah food yang kami ambil. itu makanan yang ditinggalkan oleh tetamu lain sebelum kami duduk. berlonggok sate atas meja kan..aiskrim etc. terbuang macam tu je.

Banyak juga undangan rumah terbuka yang tak dapat nak hadiri, tapi terima kasih atas undangan.
Aku pegi yang wajib coz relate dengan kerja.

syukur dengan rezeki Allah. dan moga silaturahim tetap berpanjangan.

Wednesday, September 7, 2011

Roti jala



roti jala yang agak keji rupa parasnya bersama sup tulang hidangan berbuka puasa.


Teringat aku peristiwa bulan puasa. Dah lama tak makan roti jala, so catz pun gigih le bancuh tepung untuk buat roti jala.

Tiba-tibaaaaaaaaaa....

ai tak jumpa peralatan menjala mak u ols.

oh gabra tak kan nak buang je bancuhan tepung tu? nak buat lempeng? aa..tak best...

so kita improvise, guna botol sos untuk melakukan menjala. pernah dah buat dulu. Tapi this time sebab nak cepat, rupa paras roti jala aku adalah sgt keji.

Takpelah kan. dah masuk mulut, rasa sama je (ayat penyedap hati).

tataw le apa tamu i kata dalam hati. hik.



ni pula roti jala sempena tamu datang berhari raya.
masak simple je. roti jala dengan caramel puding.

ha..tang ni aku guna peralatan menjala yang betul.

ok..cop...cop. sat , nak tulis resepi:

bahan-bahan roti jala:

2 cawan tepung
2.5 cawan air
telur-1 biji
pewarna kuning/serbuk kunyit
secubit garam

cara-cara:

ayak tepung bersama pewarna/serbuk kunyit
masukkan air, telur dan garam.
kacau sebati hingga adunan sebati
amik acuan roti jala dan mula lah menjala ....
takde rupa jala kan?????

roti jala yang ehemm...dicicah bersama kari ayam.

kuih muih raya..errr...of courseee lah beli plus hasil tuaian dari rumah mak ai


tamu .hi auntie...hiks..glemer auntie.terima kasih datang bersama rombongan auntie.

oh , rasanya tak buat rumah terbuka. rumah sentiasa menerima kunjungan. nak datang beritahu. nanti i masaklah apa-apa yang ada.

selamat hari raya.


Sunday, November 21, 2010

Rendang raya

Salam,

sana sini last week cerita raya food.
cerita tentang daging korban, sup tulang, hati lembu.
:).
kan..

My raya was very simple.

Mula-mula fikir malas nak masak.
Belen-belen magi, paket rendang brahim pun ada lagi.
Rebus nasi impit, cicah-cicah, kenyang ye tak? lepas tu tidur.Bukan ada sapa nak datang pun kan?

No.

petang sebelum raya, i was driving alone when suddenly terdengar takbir raya on radio.
Terus call mak.
Ho..derang meriah di sana...raya preparation.
mak tanya " masak apa utk raya".
macam keji je kalau jawab "mkn rendang brahim dgn nasi impit"..
plus aku macam terliur dengan menu emak di Johor.
so, dari plan asal nak balik ke rumah, kita detour ke Tesco untuk menangkap ayam.
Ho...
ayam takde ! Licin.
Daging memang ada dlm fridge aku so misi adalah ayam..ayam sahaja. Plus paru lah. Nak buat
SAMBAL GORENG JAWA. Tapi TAKDE.

Then ke econsave. hooo...ramainya manusia. macam semut, as if that econsev tuh bagi barang percuma!

wah, nampak ayam bergelimpangan atas tray ayam. Tapi panjangnya q.
Nak amik ayam kena rebut-rebut. Then beratur untuk potong, then beraturuntuk timbang, beratur untuk bayar. OMG.
so demi lah nak masak lauk raya, gigih lah beratur, padahal nak beli 5 ketul ayam je.

So setelah berperang di dapur, makanya, siaplah rendang daging dan rebus nasi impit malam raya tu.
Then tgk TV.
Pagi raya bangun awal masak lodeh dan ayam masak kurma.



rendang daging.


aktiviti hari raya?
makan-tidur-unpacking 3 beg baju-kemas rumah.
punyalah banyak baju coz non stop travel kerja dan sambung ke Cebu-Manila.
Sampai kena beli hanger 2 dozen sebab tak cukup utk gantung jemur baju.
Lauk raya tuh boleh makan dua hari. so jimat dan tak penat.


Semalam ...

outing with fren.
we lepak at starbucks for hours and proceed to the mines for shopping spree and had late lunch at san franscisco piza apa tah.

spegeti bolognese

kalau nak kuah yang pekat dan sedap memang bagus masak sendiri. letak cendawan banyak.kan?


and lamb chop. sedap!

Sunday, September 19, 2010

Masih raya

sresssshhhh....lap-lap habuk.
sapu-sapu sampah dan buang sawang.

Tiba-tiba aku rasa weird.
Memandu semalam dan hari ni, radio masih rancak memutar lagu raya, buka topik pagi mengenai raya. sebab, aku seminggu yang lepas mcm terus lupa yang kita masih lagi dalam bulan syawal.too occupied maybe.
Rumah terbuka? Tiba-tiba mcm asing kedengaran.
Apa yang terjadi last week menyebabkan terus lupa hal raya, hal kuih, hal open house.
Ada yang menjemput saya ke rumah, saya minta maaf kerana saya tak berkesempatan dan berada di luar kawasan.


Kuih batang buruk. Kuih yang aku cari-cari teringin sangat nak makan. Dapat beli di stesen minyak petronas. nyum-nyum.

kuih yang tak asing lagi..err..yang ni staff di klinik beri dan rembat dari rumah emak.

deretan kuih raya atas meja. batang buruk, tart nenas, almond london, tumpi, kerepek keladi selatah, dodol dll.

kuih-muih

and chocolate dari london


nyum-nyum

Kuih masih ada, sekiranya ada yang nak datang berkunjung, di alu-alukan.


kepala ting tong lagi.
and pening.


Kuah kacang : step by step

masih dgn makanan berunsur raya..

jom ke dapur!
kuah kacan sedap dimakan dengan ketupat nasi/ nasi impit. so masak nasik impit dulu.

ketupat nasi

so..
jom buat kuah kacang pula.
ni adalah bahan- bahannya.

Kacang tanah -goreng
bawang besar
bawang putih
bawang merah
serai
halia
minyak
gula pasir
gula merah
garam

serai, bawang merah, bawang putih, serai dan halia. Oh ya..CILI KERING. Blend semua bahan kecuali serai.
serai tu kita ketuk-ketuk je buh dlm bahan tumisan karang.


Tumis bahan kisar tadi dan jugak serai yg diketuk penyek-penyek.

Tumis hingga garing, naik minyak dengan api kecil/sederhana.

Blend kacang tanah. kisar kasar je tau dan bubuh air banak sket, kacau. Masukkan dalam tumisan tadi



Bubuh gula, garam. Bubuh GULA MERAH lagi sedap. kena banyak sket bubuh sebab kuah kacang adalah seda manis-manis gitu. Kacau selalu sampai naik minyaknya. Nampak ak struktur kacang yang kasar-kasar tu...? tu yg sedap. kalau kisar halus sgt tak best.

dah siap!

nasik impit/ketupat nasi bersama kuah kacang dan rendang.

Jemput makan.

selamat memasak!

Lodeh for beginner : step by step

serai yang suka-suka je nak enter frame


Masak-masak raya part 2.
Antara masakan yang tersaji di atas meja di negeri Johor,KL, dll.
Ada ang panggil kuah lontong, ada yang cakap kuah lodeh.
Tapi konsepnya..bahan-bahan lebih kurang sama je.

cuma ada yang suka kuah putih, ada yang suka kuah kuning.
ok...lets see the bahan-bahan.


Bahan-bahan:

Bawang merah - 5 ulas
Bawang putih - 4 ulas
ikan bilis (segenggam)
udang kering - segenggam (rendam)
cili kering - 3 biji (gunting nipis-nipis dan cuci bersih)
cili hijau - 4 biji (hiris nipis serong)

bahan sayur:

Tempe - 2 keping Hiris kecil)
kentang - 2 biji - (hiris nipis)
kacang panjang - 5 batang ( hiris serong, nipis)
cendawan hitam (optional..tak letak tak pe) - hiris kecil
tahu - 4 keping (goreng dan hiris dadu)
lobak merah- 1 btg (hiris kecil)
soohon- sket je (rendam)
tahu kering - 2 keping (rendam)

Bahan lain:
santan
serbuk kunyit
minyak utk menumis
garam
gula skettt je.


Cara masak:



Tumbuk bahan-bahan bawang-bawang, udang kering dan ikan bilis


tak perlu le halus sgt tumbuk tu. Kalau nak senang lagi kan.......kan..blend je. heks. zrenggggg! neng! ngenggggg! siap.


hiris cili kering/cili hijau

tahu ni goreng dan hiris dadu

hiris sayur-sayur

rendam soohon cendaan dan tahu kering .hiris, basuh dan toskan.


Ok..
jom mula masak.

1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukan bahan tumbuk, tumis-tumis kejap. Naik bau
je..haaa..masukkan santan cair dulu. Bubuh serbuk kunyi sket kalau suka kuah kuning.
2.Masukkan segala sayur keras dulu iaitu karot, kentang. Agak-agak dah lama sket, masukkan semua sayur lain. Biar sayur layu, mendidih. kalau-kacau le kuah tu.

Ha..semua sayur da masuk.

Masukkan cili kering dan cili hijau. Masukkan garam secukup rasa Masukan gula secubit.
Masukkan santan pekat an biar mendidih sekejap. kacau-kacau angkat.

Ok..dah siap!

selamat memasak.

jom makan!