Heavy snow hits Beijing..!
Yeah..wartawan lokasi melaporkan...wartawan Catzscafe live dari Beijing.
Semua media, TV melaporkan heavy snow yang melanda Beijing semalam.
And as a results, banyak jalan tutup, dan hampir semua penerbangan delay atau pun dibatalkan.
Beribu-ribu org stranded di airport, and i was one of them!
baca surat khabar today, smua surat khabar melaporkannya.
Ini adalah kerana Beijing dah lama tak dapat salji tebal macam ni.
Dari Utusan malaysia
China dilanda salji tebal
| |
| Anggota polis membersihkan salji di Dataran Tiananmen di Beijing, semalam. - REUTERS |
BEIJING 3 Jan. - Salji tebal melanda ibu kota China hari ini menyebabkan beribu-ribu penumpang di lapangan terbang utama di bandar raya ini terkandas dan lebuh raya yang biasanya sibuk menjadi lengang.
Orang ramai mengambil keputusan untuk duduk di rumah bagi mengelakkan cuaca yang sejuk melampau.
Wartawan Reuters di Lapangan Terbang Beijing berkata, berpuluh-puluh penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan, walaupun masih terdapat sejumlah kecil pesawat dibenarkan berlepas.
Menurut televisyen tempatan, kebanyakan lebuh raya untuk keluar dari Beijing ditutup kerana diliputi salji setebal beberapa sentimeter dan suhu dijangka mencecah tahap sangat sejuk iaitu serendah -14 darjah Celsius.
Yang ni dari berita harian
Salji tebal selubungi Beijing
POLIS paramilitari menyodok salji di Dataran Tiananmen, Beijing, semalam. - Foto Reuters |
Cuaca buruk sebabkan banyak penerbangan dibatal
BEIJING: Salji menyelubungi ibu kota China semalam, menutup laluan di lebuh raya dan menyebabkan kelewatan atau pembatalan sejumlah besar penerbangan.
Salji yang mula turun malam kelmarin memenuhi sekitar ibu kota ini dengan lebih satu setengah inci (4.4 sentimeter) tebal di pusat bandar awal pagi semalam, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan.
Menjelang 10 pagi waktu tempatan semalam, 120 penerbangan keluar dari Lapangan Terbang Beijing terlewat dan 86 penerbangan dibatalkan, menurut pusat maklumat lapangan terbang.
Syarikat penerbangan nasional Air China berkata, ia membatalkan semua penerbangan domestik keluar dari ibu kota ini selepas jam 5 petang bagi mengurangkan tekanan ke atas laluan udara.
Pusat maklumat penerbangan berkata kakitangan memberi maklumat baru setiap 10 minit dan menawarkan air minuman dan snek, keadaan lebih baik berbanding awal November lalu apabila salji yang turun lebih awal menyebabkan ribuan penumpang berang kerana kekurangan maklumat.
Yang ni berita versi dari CATZS TV
(semua gambar di ambil dgn kameraku..).
Jalan dilitupi salji, semua kawasan memutih dilitupi salji tebal, termasuk hiway, airport. Di jalan-jalan utama berhampiran hotel dan shopping komplek utama, kelihatan pekerja menyodok dan membersihkan salji di atas jalan. Keadaan agak sunyi sebab tak banyak kenderaan. Orang travel guna subway lah kot. Drebar teksi juga dikatakan tidur je, sebab susah/ tak koser nak drive dlm snow. Banyak juga jalan ditutup. Orang pun tak ramai keluar.
Area depan hotel penginapan (Hari sabtu)
helllowwwww..mak got flight to catch up nok!
mmg tak berapa ada kenderaan atas jalan.org pun tak keluar, or people prefer naik subway.
Derang sugest naik subway.
hahahhahaha...sehari sebelum dah pi jalan-jalan guna subway. senang dan murah. Itu jalan-jalan lenggang kangkung dlm keadaan tak berapa ada snow ok lah. Tapi dgn keadaan snow lebat, belum sampai stesen subway, aku rasa aku dah jadik snowman...eh..snowgirl..kehkehkeh. sejuk gila! Dengan bag bagai???? nak heret bag-bag semua??oh NO! aku rasa, bukan beg aku je karang yg tertimbus dlm snow, tapi dengan aku-aku sekali kot tertimbus..
akhirnya berjaya gak dapat kereta utk hantar ke Capital airport beijing. Hotel car. terpaksa bayar walau agak mahal. perjalanan 35 minit bleh jadik dekat 2 jam sebab jln dan hiway di litupi salji tebal. Kami berenti beberapa kali gak le.
apa nak buat kan... so lepak je lah.
Dari tempat menunggu, boleh nampak keadaan lapangan terbang yang memutih dilitupi salji tebal. Jarak pengelihatan terhad. Semua penerbangan domestik dibatalkan. Flight kami stranded kat Hong Kong sebab tak leh land kat sini. So, beribu orang stranded..meriahhhhh airportnya...menurut berita di Television, walaupun winter, pelancongan di Beijing sgt menggaalakkan. Pelancong dari serata dunia dtg kemari. Aku sempat juga menemuramah dan berbual2 dgn pelancong mat saleh yg bawa keluarganya bercuti ke beijing. To see china katanya..(eh..aku bukan kak nam berselendang, derang yang tegur aku dulu..hehhe)