Heavy snow hits Beijing..!
Yeah..wartawan lokasi melaporkan...wartawan Catzscafe live dari Beijing.
Semua media, TV melaporkan heavy snow yang melanda Beijing semalam.
And as a results, banyak jalan tutup, dan hampir semua penerbangan delay atau pun dibatalkan.
Beribu-ribu org stranded di airport, and i was one of them!
baca surat khabar today, smua surat khabar melaporkannya.
Ini adalah kerana Beijing dah lama tak dapat salji tebal macam ni.
Dari Utusan malaysia
China dilanda salji tebal
|
|
BEIJING 3 Jan. - Salji tebal melanda ibu kota China hari ini menyebabkan beribu-ribu penumpang di lapangan terbang utama di bandar raya ini terkandas dan lebuh raya yang biasanya sibuk menjadi lengang.
Orang ramai mengambil keputusan untuk duduk di rumah bagi mengelakkan cuaca yang sejuk melampau.
Wartawan Reuters di Lapangan Terbang Beijing berkata, berpuluh-puluh penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan, walaupun masih terdapat sejumlah kecil pesawat dibenarkan berlepas.
Menurut televisyen tempatan, kebanyakan lebuh raya untuk keluar dari Beijing ditutup kerana diliputi salji setebal beberapa sentimeter dan suhu dijangka mencecah tahap sangat sejuk iaitu serendah -14 darjah Celsius.
Yang ni dari berita harian
Salji tebal selubungi Beijing
POLIS paramilitari menyodok salji di Dataran Tiananmen, Beijing, semalam. - Foto Reuters |
Cuaca buruk sebabkan banyak penerbangan dibatal
BEIJING: Salji menyelubungi ibu kota China semalam, menutup laluan di lebuh raya dan menyebabkan kelewatan atau pembatalan sejumlah besar penerbangan.
Salji yang mula turun malam kelmarin memenuhi sekitar ibu kota ini dengan lebih satu setengah inci (4.4 sentimeter) tebal di pusat bandar awal pagi semalam, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan.
Menjelang 10 pagi waktu tempatan semalam, 120 penerbangan keluar dari Lapangan Terbang Beijing terlewat dan 86 penerbangan dibatalkan, menurut pusat maklumat lapangan terbang.
Syarikat penerbangan nasional Air China berkata, ia membatalkan semua penerbangan domestik keluar dari ibu kota ini selepas jam 5 petang bagi mengurangkan tekanan ke atas laluan udara.
Pusat maklumat penerbangan berkata kakitangan memberi maklumat baru setiap 10 minit dan menawarkan air minuman dan snek, keadaan lebih baik berbanding awal November lalu apabila salji yang turun lebih awal menyebabkan ribuan penumpang berang kerana kekurangan maklumat.
Yang ni berita versi dari CATZS TV
(semua gambar di ambil dgn kameraku..).
Salji lebat melanda Beijing pada hari Ahad (3/1/10). Ini pandangan dari bilik Hotel di kawasan Wangfujing.
Jalan dilitupi salji, semua kawasan memutih dilitupi salji tebal, termasuk hiway, airport. Di jalan-jalan utama berhampiran hotel dan shopping komplek utama, kelihatan pekerja menyodok dan membersihkan salji di atas jalan. Keadaan agak sunyi sebab tak banyak kenderaan. Orang travel guna subway lah kot. Drebar teksi juga dikatakan tidur je, sebab susah/ tak koser nak drive dlm snow. Banyak juga jalan ditutup. Orang pun tak ramai keluar.
Area depan hotel penginapan (Hari sabtu)
helllowwwww..mak got flight to catch up nok!
mmg tak berapa ada kenderaan atas jalan.org pun tak keluar, or people prefer naik subway.
Derang sugest naik subway.
hahahhahaha...sehari sebelum dah pi jalan-jalan guna subway. senang dan murah. Itu jalan-jalan lenggang kangkung dlm keadaan tak berapa ada snow ok lah. Tapi dgn keadaan snow lebat, belum sampai stesen subway, aku rasa aku dah jadik snowman...eh..snowgirl..kehkehkeh. sejuk gila! Dengan bag bagai???? nak heret bag-bag semua??oh NO! aku rasa, bukan beg aku je karang yg tertimbus dlm snow, tapi dengan aku-aku sekali kot tertimbus..
akhirnya berjaya gak dapat kereta utk hantar ke Capital airport beijing. Hotel car. terpaksa bayar walau agak mahal. perjalanan 35 minit bleh jadik dekat 2 jam sebab jln dan hiway di litupi salji tebal. Kami berenti beberapa kali gak le.
lebuh raya menghala ke lapangan terbang
kemalangan melibatkan beberapa kenderaan menyebabkan perjalanan amat slow. nasib baik pegi awal dan jalan tak tutup. Ini kerana terdpt banyak jln yg dah tutup sebab keadaaan jln bahaya serta kenderaan dah takleh lalu.
lagi kemalangan
menghampiri tol
keadaan tol yg lengang dan beku
wartawan lokasi di Capital Airport, Beijing
apa nak buat kan... so lepak je lah.
Dari tempat menunggu, boleh nampak keadaan lapangan terbang yang memutih dilitupi salji tebal. Jarak pengelihatan terhad. Semua penerbangan domestik dibatalkan. Flight kami stranded kat Hong Kong sebab tak leh land kat sini. So, beribu orang stranded..meriahhhhh airportnya...menurut berita di Television, walaupun winter, pelancongan di Beijing sgt menggaalakkan. Pelancong dari serata dunia dtg kemari. Aku sempat juga menemuramah dan berbual2 dgn pelancong mat saleh yg bawa keluarganya bercuti ke beijing. To see china katanya..(eh..aku bukan kak nam berselendang, derang yang tegur aku dulu..hehhe)
Keadaan di semau balai menunggu amat meriah! Ramai gila manusia dengan muka tension, bising bagai. Staff penerbangan sebolehnya nak penumpang happy lah. derang sediakan snek, air..dah delay berjam-jam..sapa tak muncung. Aku dah prepare gak lah. aku bubuh makanan dan snek dlm beg aku. so lapar aku makan snek, makan megi. Tapi mmg agak bengang sebab ada yang selfish, kerusi buat bubuh beg, so ramai yg berdiri je. Ada yg duduk berkumpul atas lantai cam berkelah dah. And bila kita nak duduk, suh alihkan beg, derang derk je. buat cam takde perasaan. memang rude ok (and they are Malaysian Ce). huh. Totally rude. nasib aku tak libas dgn hand bag aku. Tapi tangan aku memang dah ringannnnn je nak libas-libas.
So kami duk tgk pekerja airport sodok salji, pindahkan barang dgn keadaan yg sukar. Kalau yang ada geng, bolehlah bergosip, buat ketupat limablas bakul, main game, main sip-sip, teng-teng, baring-baring etc.
sembur..sembur. proses ni utk buang snow yg dah keras jadi ais, especially kat kepak. Kalau tak buang ia akan buat kapal jadi berat dan bahaya utk terbang.
lepas makan, hantar berita ke pangkalan bilik berita CATZS TV. Time ni dah macam berkelah dah aku. keluar megi, keropok, coklat, air.
wartawan lokasi dah nak abih buat lintas langsung..
32 comments:
kan! kan aku dah agak ko nak ke mana² siap beli gloves baru tu (pink, cik kiah!), ke ko dah cakap dulu tapi aku tak paytension? kih kih...
heh!aritu keje butik skrg dh jd wartawan...
laporan dr wartawan di lokasi real tuh
wuaaaaaa, sonoknya kakkkkkkkk
kau memang controversy kan??
suke ke tempat2 hot ahaha.
silap. sejukz ahahaha
aku jd pilot ape cuace akan ku redah (dlm ati ketakotan nak terkencing ahaha)
wah catz...main snow pulak! sejuk...tp seronok kann?
hello catzs! happy new year!
salam catz,
tu kalau ada sirap , kacang, jagung dgn mangkuk, boleh buat ABC he he he
salam...org tpg mai lawat....tersesat pi umah lama ,to yg dapat lompat umah baru pulakk
happy new year snowgirl..
dbi
wahh..bejing la pulak..
Hepy new year Catz..
Sejuk melampau kat Beijing tuu..Linda pun bru balik dr Beijing.. terketar-ketar sejuk tak ingat dunia punya..cuma panas dgn perangai CE kat sana jer.. very2 the rude...hahaa
salam... happy new year..
kog,
tu lah..tak paytension lah tuh kannnnn..
pink? hahahha..budget cutelah pakai gloves pink..kehkehke..
konsepnya, sarung tangan kena match dgn tudung..kehkehkeh.
afendi,
aku all rounder..
jadik sales girl kat butik boleh,
jadik cikgu tadika oso boleh (tapi garang), jadik wartawan pun boleh..
hiks...
neezaref,
yup..real one...tak main le gambar cedok kat reuters..hahhahaha..
real onsite..
by the way..
happy new year!
kojah,
apa yg sonok benoooo tuh..
sejuk ok..
tak berapa seronok nak jalan..
romie pujaan,
hehhee..
kontroversi?
memangg lorrrr..
ko karang bwk kapal terbang landing bebaik noks..
aku sampai klia hujan, pilot mas tuh time landing siap bunyik..
"degeganggggggg" time land tayar tuh..
semua (hampir semua) jerit oke!
hahaha..
ngeri gak..
nak mencabar ko landing atas snow..wuhuuu
mama,
sejukkkkk sgt..beku..
seronok? sebab jarang nak jumpa snow.tak seronok sebab payah le nak jalan..
ayu..
happy new year too!
bukak blog baru eh?
rezeki..
hahahhaa..bleh niaga ABC ..kehkehkeh.
:)
tapi lalu ke nak mkn? sejukkkk!
hi deeja,
long time no see..
kita dah lawat rumah awak..
wah..banyak food ye..
seronok tu..asyik masak..
:)
hi dbi,
happy new year doc!
:).
thanks sudi singgah.
:)
Life,,
yes..
beijing..second time.
:)
happy nuyer.
Linda Abdullah,
salam.apa khabar?
happy new year too.
eh..baru balik dr beijing kah?
wahh..mmg sejuk kannnn..
and i dont expect heavy snow..ingat lite-lite je..
so takleh nak jalan sgt lah..tidur lagi best..lagipun dah pernah pegi..
so ke tembok china lah awak ye? soping-sopingan?
best eh...
yup..CE kat sana adalah sgt rude..
kuat nipu pun ye..
tapi terjumpa CE malaysia yg osooooo berganda rude!
eh..kita takleh masuk blog awaklah..
tak nak lawa kita masuk ke....ihiks.
scrlettfr,
hai..
salam tahun baru 2010 juga.
wish u to have a great year ahead..
:)
catz, rasanya kan nenet ada komen tau... tak perlahhhh kalau komen nenet kena delete...uwaaaaa....
nenet,
komen mana? takde pong??
betui ke ada komen?
entry mana??
salam..
nak tanya sy ingat nak p beijing hjg januari 2011 tp nak tanya ler kalo sejuk melampur hingga suhu negatif (-) akan mengganggu aktiviti shopping tak? Lg 1 kalo nak panjat tembok besar ssh tak kalo salji dah ttp anak tangga? tq
salam,
hi Anon,
kalau cuaca terlalu sejuk dan heavy snow mmg sgt sukar nak bergerak. dgn sejuk, transportation pun susah.
tapi masa saya pegi was keadaan luar biasa dan jarang berlaku. Bagi saya cuaca yg sejuk+snow mg menganggu pergerakan, jadi terhad.atas jln ada snow etc..mmg susah nak bergerak. tak seronok nak bawa barang etc.
kalau panjat tembok besar..hem..kalau salji heavy mmg sukar juga..sebab sejuk sgt.
owhh.tebalnye salji.mesti sejuk gigil smpai ke tulang.hehe.sy nk gy 27dis nnti..agak2 da snow tak?
miszati,
salam,
hi miszati,
salam kenal.
bila winter mmg sejuk walaupun time takde salji.
cuba google yahoo weather, maybe ada snow.
by the way..happy travelling.
bawa baju tebal secukupnya.
:)
Post a Comment