Monday, February 21, 2011

Chili Crab : 20 minutes, step by step.

ketam bercili


hari ni puan-puan kita akan memasak ketam bercili atau chili crab (wah..ala-ala ketok-ketok ramadon kannn?).

dah.

ok..resepi ni simple je. menggunakan bahan semulajadi yang boleh didapati di pasar dan dalam peti sejuk. (if ada bela ketam dan tanam cili tak yah gi pasar, lagi senang). from the kolam into the kuali gitu.

Mudah nak sediakan. sedap. masa pun singkat.


Bahan-bahan:

ketam 2 ekor
cili giling (cili kering yg di kisar -3 sudu)
bawang merah -2 ulas
bawang putih 3 -ulas
halia- inci
serai -satu batang
telur- 1 biji
kicap manis - 2 sudu
sos cili - 1/2 cawan
bawang besar -hiris nipis


(sebenarnya aku tak sukat pun..sukatik je)

Cara masak:



tumbuk halia,bawang merah, bawang putih, dan ketuk halia hinggan penyek. (eh apesal ada cili api kat situ? tu hiasan je. if nak masukkan terus pun ok if suka pedas . sebab masakan ni tak pedas pun sebenonya. (motif apa tah kan,..nak tumbuk bawang pun letak hiasan).

siang ketam

oh ya, sebenarnya..20 minit mcm tak cukup kan? tapi utk memendekkan masa masak, masa beli ketam tu senyum-senyum sket dgn abang penjual ketam..and cakap " bangggg..tolong siangkan ketam tu boleh tak?" lepas tu senyum-senyum extra.
so kalau berjaya suruh dia siangkan, mmg masa masak jadi pendek. balik tinggai baling dalam sinki, shreshhhh..cuci-cuci, gunting-gunting kaki yang tak diperlukan, dah ready tinggal toskan.

if not, nak perang dgn ketam ni pun satu hal jugak.so tambah le lagi 10 minit ke.


ok..aman damai dah ketam ni, ready. sila mengucap ye ketam-ketam semua.
errr..ketam bintik-bintik tapi kaki biru sebab dah campur-campur. beli 6 ekor dah siap siang dalam plestik. so amik je 2 ekor.

telur

ok now tumis bahan tumbuk, bagi naik bau, warna kuning sket dan masukkan cili kisar/giling.
Tumis api kecik, hingga garing sket dan masukkan bawang besar, kacau sebati layu-layu sket,.

masukkan sos cili, actually tak yah sukat pun. aku lariiii pi peti ais, amik botol sos..terus masuk dlm kuali. eh..bukan bubuh botol dalam kuali. tuang sos dalam kuali. agak-agak je.

lariiii sekali lagi ke peti ais. amik botol kicap pulak. takde sukat-sukat mcmm rancangan masak kat TV. kih. Tuang sket kicap, agak-agak je. nak bagi balance rasa, jgn hitam pulak, kang jadik ketam masak kicap pulak.

kacau-kacau sebati bahan tumisan,hingga mesra alam.


masukkan sedikit air, kacau sebati dan masukkan ketam. kesiannyaaa kan. tapi dah nampak sedap, tak jadi kesian.kacau sebati hingga ketam masak.


masukkan telur kedalam sos ketam tu dan cepat-cepat kacau pecahkan telur sebati dengan kuah.

kacau sebati, test-test sket rasa. dah ok ke manis, masin, lemak segala. haa...matikan api. dah siap.

hidangkan dna sedia untuk dimakan. err..hijau-hijau tu kan..daun kunyit. sebab takde benda lain nak letak, aku sebat je daun kunyit dalam fridge. hiris-hiris. tabur. nak bagi impact macam masakan chep one. Sedap dimakan dengan nasi atau roti.



selamat memasak.

25 comments:

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

ketammmmm.... ketam yg hilang kaki then tumbuh lepas 26 hari tuh dah pernah makan tak?

none said...

my hb's favourite

Lily Jaafar said...

nak tumbuk bawang pun letak hiasan <<< waahahahah super kelako la ko nih Catz...
eh! chop! salam, tumpang lalu kejap...isnin blues laa ;)

Anonymous said...

wahh menariknya..nti kita nk cuba laa..satu lg nk tnya catz pasar tani tu kat mane ye..putrajaya ker?geram2 tgk seafood kat situ

Yattisa Roslan said...

yg ni berapa nilai kalorinyer?

Chik Att said...

sedappnya.... skrg time ketam banyak niiii

Hajah Zainab bt Abdullah said...

sedapnyerrr!!

nur easy said...

huuu yummy.. nak p tangkap ketam gak lah camni ;)

Uncle said...

Catz...Uncle bagi tupperware kosong boleh?

Mas Sani said...

hai salam kenal... nampak sedap n menarik je ketam tu.. resepinya pun mudah :)

Tijah said...

nok, semlm ketam beli 6 kan? lagi 4 ekor mana weh? oooo...tinggalkan utk aku yerr? sayang ko nok. huhuhu...

Hidayahsalleh said...

nampaks menarik sungguh walaupun pada hakikatnya diri ini tidak suka mkn ketam tapi tgk yg ni rs macam nk trylah lepas ni.. :)

catz said...

lIBL,
soft shell ek?
pernahhh..beli kat sabah..pernah gak mkn kat langkawi, restoran. sedap!
err..betui ke yg tuh?

catz said...

serisinisana,
jom..masak..
hikssss.u suka masak apa?

miow

catz said...

Hi Lily,
how are u?
ahahha..kelakar ke...
actually tah apa ke motif aku kan..
btw,
selamat pengantin baru awak.
(if belum terlewat).
thanks for reading.
daaa..

catz said...

hi Anon,

ni pasar di Boston = banting.
mueheheheh,
thanks sudi singgah.

miow

catz said...

Yatissa,

sekali makan:

nasi : 1 senduk = 150
ketam: seekor = 300.
total : 450 kalori.
sekian.
:)

catz said...

Chik Att,
tak musim lah.
satu kedai je yg jual.
mahal.

catz said...

mama,

mama masak lagi sedap!
hows bangkok?
best? banyak soping?

catz said...

nur easy,
ada bela ke???
nak?
atau nak sng tangkap kat pasar kan.
hiksss

catz said...

Uncle,

tuppaware kosong?
bagi ketam lah uncle.
1o ekor. saya masak. boleh uncle kenduri dengan auntie sekali.
hehhehe

catz said...

hi Mas,
salam kenal.
thanks sudi singgah.
ye senang sgt.
20 minit dah siap.
:)

catz said...

tijah,
yg 4 ekor oso selamat dah masuk perut ka.
hehhehe.
jom tetels nok..
bila kejajahan sini?

catz said...

idy,

tak mkn ketam? rugiiii. sila2..sila cuba.

:)

Tijah said...

soon bebeh. soon. nanti aku roger ko. tetel ke? bukan kicen...apa kenama kicen2 kat blakang papparich tu?