Tuesday, February 8, 2011

Makanan kecemasan?

Hujan gerimis di waktu senja.
Aku park kereta, ambil beg.
tangan kiri satu beg, tangan kanan pegang phone dan majalah, kat bahu satu beg, dan kepit raket.
Baru melangkah nak lintas ke area lobby, zuppp..kereta merah masuk ke parking berhampiran.
Jiran aku lah tu.
amboiii...macam Micheal shumacer wannabe kau bawak kereta ya.


Aku berjalan ke lobi.
tekan butang lift. erghh..satu je lift berfungsi? whyyyyyyyyyyy???
sure lama gila tunggu.

Jiran tinggi lampai berkereta merah sampai. dengan tangan sarat 3 beg. 2 beg tarik, satu beg galas. dengan uniform hitam FA air asia. beg pun masih ada tag lagi.

Oh...tu dia..FA air asia in action.


FA: baru balik kerja?
aku: yup.
FA: u play squash?
aku: err..yes.
FA: hujan...nasib tak banjir
aku: ye..musim. oh u keje air asia? (ceh..dah terang lagi bersuluh, lagi nak tanya. macam drama rashid sibir pulok)
FA: yes.. i do long haul je.
aku: yeah..now we have air asia, very convenient to travel.
FA: u naik air asia?
aku: yes. selalu. long haul pun pernah.
FA: oh? u must travel a lot.
aku: boleh la..sikit2. u dari mana ni?
FA: London.
aku: okey...must be tired..long journey
FA: yes..and hungryy! i dont know wut to eat..errr to cook actually. dont suggest me to order piza or any fast food or delivery arab food restoran depan tu (ketawa).
aku: ok. what do u have in your kitchen?
FA: errr...beras. few instant perencah, paste, ikan kering. ikan bilis,megi and sayur yg dah mati.
aku: nasi goreng would be perfect!
FA: really???????? susah.
aku: well, masak nasi goreng is not a rocket science.
FA: (ketawa). u rite. u ni engineer ke?
aku: tak. i freelance photographer. (ecehhhh.tiba2.)
aku: masak nasi goreng tak susah, campak-campak..10 minutes. ready.
FA: kerut muka.
aku: okeyyyyyyy. Actually recently we have food delivery service in our community from one of the restoran nearby. this is the number. 012-3245XXXX .kedai tomyam. i tak jamin sedap, tapi boleh la, dari u kebuluran.
FA: ok, thank you.
lift sampai.
aku tekan butang ke tingkat 17.
and FA tu ke tingkat 16.
FA: betul laa..rasa nak masak nasi goreng. (ketawa)
aku: hati-hati. jangan terbakar dapur. i stay atas unit u.( i was giggled cam nak rak). (choiiiii kann mulut aku ni) --->
ini adalah gentle reminder dari seorang jiran kepada seorang lagi jiran yang rasanya tak biasa masuk dapur. kang tak pasal aku pun terlibat.berlubang lantai mak.
FA: ok..(ketawaaaa macam nak rak).
sampai tingkat 16 , he said: good nite! wish me luck for my nasi goreng.
aku: ok..nite.



Masak nasi goreng susah?

ok..
i call this nasi goreng kecemasan.

bahan-bahan:

Nasi (amik beras, masak nasik sambil ko mandi, tgk TV) - 25-30 minit sure dah masak.
sepeket tomyam paste segera
sayur (if ada)
sotong/udang.(if ada)
minyak masak 1 sudu
telur (if ada)

ok..

amik kuali.
buh 1 sudu minyak
masukan paste tomyam.
masuk sayur/udang - if ada. if takde takyah letak.kalau malas pun tak yah letak.
kacau2..masukkan nasik.
gaul rata, besarkan api sket.
dah siap!
if rajin goreng le telur.


nasi goreng kecemasan. still nampak vouge kan?

kalau rajin hias le dengan sayur ke, atau rumput yang boleh dimakan.
nak feeling-feeling restoran food, buh dlm mangkuk, then baru buh atas pinggan.

done!

TAPI..TAPI..TAPI...
kalau dapur ko cuma ada asam keping dengan belacan, mak tak dapek nak tolong lah ya.
sila call talian kecemasan lain.




note to Kak S,

hi..
i tak terima pun e-mail dari u.
my e-mail address is : nurana2000@gmail.com
hope u can e-mail me the details.

catz


3 comments:

Uncle said...

Salam Catz.
Hey...bila nak datang bali ni? I nak balik 22/2 nanti...let me know if you are coming...ingat, you can start writing at my place!

catz said...

hi uncle,

Bali? plan maybe june.
balik 22/2? noted.
am going to bandung this coming weekend, birthday treat for myself.
:).
will e-mail u later.:)

CAHAYA said...

Nais lah. Catz, apa2 tomyam pes pun boleh pakai ke?