Monday, February 14, 2011

Waduh..sudah cobak mendoan?

Hari sudah semakin sore.

Kaki sudah lenguh. sakit sebenarnya. Penat menyusur jalan Dago, pantas menahan taksi ke Jalan Riau.
Dalam hati .." aku nak beli selipar jepun..nak carik selipar, nak carik selipar".
Kaki melangkah ke Heritage. Melangkah masuk, aku titipkan beg -beg aku ke bahagian Penitipan beg.
Cari selipar.
Sambil itu, mata melilau ke bahagian lain.
Aku perasan, seorang lelaki asyik memandang seolah-olah mahu menegur.
Tapi aku buat tak tau, maybe dia saja-saja senyum ke kan.
Pusing-pusing , jumpa orang yang sama lagi.
Pilih 2-3 barang, ke kaunter ke Kasir (cashier).
lelaki tadi pun ke kaunter bayaran.
Seorang wanita juga menghampiri kasir dan melemparkan senyuman manis.

Lelaki tadi menegur.." Belanja? Dari Jakarta?"

ohhh...muka aku macam cewek Jakarta keww?

aku : iya, belanja. oh saya dari Malaysia.
lelaki: saya Rudi, panggil aja Bapak Rudi.
aku: saya siti
Pak Rudi: Dari Malaysia ke mari bisnes?
aku: enggak. Liburan, belanja.
Pak Rudi: Orang Malaysia seneng ke mari ya? sudah ke tangkuban perahu?
aku: oh sudah, sudah sering ke mari.
wanita: Ada saudara di sini?
aku: enggak buk. Ibuk siapa namanya?
wanita: Ibu hartini, isterinya Pak Rudi.
aku: saya siti. dari Kuala Lumpur.
Ibu Hartini: Banyak shoppingnya ya. (ketawa).
aku: enggaklah, tapi seneng sekali di sini.
Ibu Hartini: waduhhhhhhhhhhh..bukan kah di Malaysia ada songket Terenganu. Bagussss banget.
aku: iya. songket terengganu terkenal sekali di sana. Ibuk pernah ke Malaysia?
Ibu Hartini: Iya..pernah dong. sering. seneng sekali ke sana. Pernah ke terengganu melihat perusahaan tenun di sana. Hairan Siti belanja di sini, di sana songketnya cantik-cantik sekali.

(err..ibu hartini angun berkebaya dan berkain batik potongan moden. Orang di Indonesia derang memang pakai baju kebaya, tambahan lagi yang dah berumur. So mungkin dia fikir, kita ni selalu pakai songket ke apa. hiks....)

Ibu Hartini: Di sana sekarang, gimana harganya songket? yang bagus-bagus,.

aku: agak mahal buk. dari yang ratusan hingga yang mencecah ribuan ringgit kalau yang bagus dan tenun tangan.

Ibu Hartini: Bisa aja ke sana nanti. mahu buat koleksi. cantik sekali.

Pak Rudi: Iya, kami mahu ke Kuala Lumpur bulan depan. Langsung ke bahagian pantai timur. Mungkin ke pulau Perhentian.

aku: oh..wah..bagus.

Ibu Hartini: Biasa ke jakarta?

aku: biasa jugak.

Ibu Hartini: ada saudara? di sana tinggal di mana?

aku: enggak buk, tinggal dekat dengan Plaza Semanggi, hotel bersebelahan itu.


Ibu Hartini: Di sini nginap di mana?

AKu: Hilton

Ibu Hartini: waduh..bagus sekali. Di situ makannya enak sekali. Cobak Mendoan?

aku: oh..iya. saya suka mendoan tempe di situ. enak banget.

Pak Rudi: nahhh..kamu sudah biasa dengan istilah mendoan, bukankan di Malaysia mereka menyebutnya tempe goreng?

aku: iya..biasa disebut tempe. saya gemar makan tempe. 2 minggu lalu, saya ke Surabaya, tempe di sana jugak enak banget. Yang terbaik katanya di Malang.

Pak Rudi: (ketawa). Orang Malasia gemar tempe juga ya. wah kamu sering ke Indonesia.?

aku: (Ketawa.berulang aku makan tempe celup tepung pagi tadi masa sarapan).
Ia, saya sering ke Indonesia.

Ibu Hartini: Sudah makan?

aku: belum lagi, mau ke Restoran yang bagus.

Ibu Hartini: enggak usah makan di hotel. cari restoran bagus. sudah cuba Rumoh Makan Raja Melayu?

aku: iya. rencana nya mahu ke situ, khabarnya bagus sekali.

Pak Rudi: masakan orang sumatera. harus cobak.

aku: Bapak dan Ibu tinggal di mana? kapan kembali ke Jakarta?

Ibu Hartini: di Sheraton. esok pulang ke Jakarta. (dia menghulur kad nama. oh punya perusahaan besar di Jakarta rupanya).

Bapak Rudi: mahu ke Restoran? Boleh aja kami bawa ke sana. Boleh ngobrol lagi, sambil makan malam.

Aku: err..enggak usah, susah-susah aja (err..aku kah yang berkata begitu...?)

Ibu Hartini: enggak ada yang susahh. aiyoh. Mobilnya ada di sana. (tangannya menuding ke sebuah SUV mewah. terdapat seorang lelaki di situ, supirnya barangkali.

aku: errr (malu lah pulak).enggak apa-apalah bapak, ibuk. saya khuatir menyusahkan ibu dan bapak. Lagi pula, saya sudah berjanji sama teman nya.

Ibu hartini: waduh..kesal sekali. kalau begitu, mungkin aja kita minum petang siang besok, atau enggak ada kesempatan, kita ketemu di Jakarta. (ibu hartini insist jugak nak belanja makan nihhh).

AKu: iya..boleh aja. sudah ada contact nombornya. Bisa aja. oh ya, saya akan ke mari lagi tanggal 26 nanti.

Pak rudi: ia? baguss..kalau umur panjang, kita ketemu lagi besok ya.

Kami bersalaman,. Ibu hartini memeluk aku erat. Aku rasa umur derang ni dalam awal 50-an kot. Tapi ramah dan berbudi bahasa. walau kaya (kaya lah kot?) tapi sangat sopan dan merendah diri.
kami berpisah setelah ibu hartini mengambil kad nama ku. Mudah untuk berhubung nanti kan.

aku segan sebenarnya. heh..orang nak belanja pun tak nak kau kiah???? ajaibb!




aku dan jus alpokat

Minum jus alpokat di cafe tingkat atas Heritage.


cantik!

biru..!

fruits and juice



Membaca Koran sambil menikmati sarapan pagi

bersambung..

9 comments:

CAHAYA said...

wah! bestnya. jalan2 pastu dpt kawan baru. ;)

Uncle said...

nice..............banyak shopping?

catz said...

cahaya,

hi..how are u today? good.
thanks for dropping by.
:)

catz said...

uncle,

shopping?
enggak pak. jalan2 je.
:)
yang banyak..MAKAN! MAKAN!

Lady of Leisure said...

huwa teringinnya nak minum alpokat tuh, ramai kata sedap..

catz said...

Lady,
sangat sedappp!.
if rajin boleh buat sendiri, tapi alpokat mahal le..
so kalau ke indonesia, make sure minum alpokat.sedap!

Anonymous said...

catz...bestnya.............(speechless)mas yp

catz said...

mas yp,

hi..bila nak mai kl?
anything e-mail me : nurana2000@gmail.com

NenetPenne (NP) said...

jangan catz, nanti dia jual kau..ha ha ha...