Thursday, November 25, 2010

zrenggg..zrenggg

i watched it on TLC...
aaa....
"this tattoo remind me to 3 persons that i love in my life"
" this tattoo is a symbol of beginning of my life"

lepas tu sesi toreh menoreh..
perlukah kau toreh-toreh perut, leher, tek-teks, kaki as symbol of love lah, symbol as begining of new life?

oi..ngeri oke...zresssss..zrengggg....
ahahahha...oh gila kengerian ..
perlu ke lukis-lukis gambo rimau atas dada/bahu /perut?
lepas tuh siap ko boleh bercakap-cakap time sesi toreh menoreh tu..nampak the machine zreng-zrenggg--zrenggg depan mata...ngeriiiiiiiiiii!!!

wakakkaka...
nerbes oke the tukang tattoo when 2 girls came in bikini utk bertattoo .nak toreh-toreh ...hahhaa..lukis-lukis gambo butterfly lah..rimau lah..gajah la..

tah i dont see the motif to have that (otak waras aku yg ckp mcm tu)..


penuh satu badan, tangan, kaki...
tuh boleh padam balik ke benda-benda mcm tu?? boleh reverse ke?

kalau makan banyak macam aku, lepastu jadik gemok then diet boleh jadi kurus semula (ehhhh..kurus semula? bukan kau mmg gemok ke Kiah?)
tapi kalau benda tuh..dah lukis+toreh-toreh tuh..dah jadik hodoh..boleh repair tak??


zress..zresss..zrenggg..
euw.....
ternampak-nampak mesin itu..lukis gambo kasut atas da-de.? tak nak lukis gambo peti sejuk ke? or periuk nasik? or tong gas?


i better stop merepeks.



Sunday, November 21, 2010

Jom masuk dapur : ikan senangin masak singgang

Asyik makan daging je lately nih.

And otak pun fikir berapa banyak kolesterol yang dah masuk dalam badan ni kan?
Dari rendang, dan segala masakan bergoreng.
Bila dah rasa macam ni, mungkin ramai yang mmg fikir, lepas raya diet lah.
ISNIN lah mula. hik. sempena sukan ASIA. apa ke motif?
ehem-----------------> tu statement yang keluar dari mulut i sendiri le sebenornya kan.

hari ni masak ikan. Goreng tempe, dan masak sayur sawi.




Ikan senangin masak singgang bersama sayuran


Resepi ringkas yang berkhasiat dan sihat.

Bahan-bahan:

ikan senangin - 2 hiris (kalau family ramai masak sekor lah kot)
Bawang putih -3 ulas
Bawang merah- 2 biji
bawang besar- 1/2 labu
kunyit hidup - 1/2 cm (err..ni kunyit yang petik kat pokok tu.bukan kunyit yang hidup dan bergerak)
halia muda- 2 cm (agak2 je eh,. takyah sampai ukur dgn pembaris)
daun kunyit - sehelai
serai- 2 batang
tomato - 1 biji besar
kacang panjang - 3 batang
sedikit air asam jawa /pes asam jawa
limau nipis - 1 biji
air
sedikit minyak



eh..tgk ikan je eh..takyah tgk senduk itam and hangus tuh


Cara-cara:

Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah, kunyit.
Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak.
Masukkan serai yang telah dititik dan bawang besar yg dimayang halus, kacau rata.
Masukkan 2 mangkuk air.
kacau.
Bila mendidih masukan daun kunyit.
Then masukan ikan.
Masukan sayur kacang dan tomato.
Masukan garam dan asam jawa.
Agak-agak rasa dah oke, masukkan perahan limau nipis (buang biji).
Biar mendidih 2-3 minit...dah siap!
hidang.




perahkan limau nipis

kombinasi ikan dan sayuran. Hidangan lengkap.sedap.
sebagai motivasi diri untuk menukar cara masakan dan memilih apa yang hendak dimakan kerana katanya hari ni nak start diet.
kehkehkeh.

jom masak.

Rendang raya

Salam,

sana sini last week cerita raya food.
cerita tentang daging korban, sup tulang, hati lembu.
:).
kan..

My raya was very simple.

Mula-mula fikir malas nak masak.
Belen-belen magi, paket rendang brahim pun ada lagi.
Rebus nasi impit, cicah-cicah, kenyang ye tak? lepas tu tidur.Bukan ada sapa nak datang pun kan?

No.

petang sebelum raya, i was driving alone when suddenly terdengar takbir raya on radio.
Terus call mak.
Ho..derang meriah di sana...raya preparation.
mak tanya " masak apa utk raya".
macam keji je kalau jawab "mkn rendang brahim dgn nasi impit"..
plus aku macam terliur dengan menu emak di Johor.
so, dari plan asal nak balik ke rumah, kita detour ke Tesco untuk menangkap ayam.
Ho...
ayam takde ! Licin.
Daging memang ada dlm fridge aku so misi adalah ayam..ayam sahaja. Plus paru lah. Nak buat
SAMBAL GORENG JAWA. Tapi TAKDE.

Then ke econsave. hooo...ramainya manusia. macam semut, as if that econsev tuh bagi barang percuma!

wah, nampak ayam bergelimpangan atas tray ayam. Tapi panjangnya q.
Nak amik ayam kena rebut-rebut. Then beratur untuk potong, then beraturuntuk timbang, beratur untuk bayar. OMG.
so demi lah nak masak lauk raya, gigih lah beratur, padahal nak beli 5 ketul ayam je.

So setelah berperang di dapur, makanya, siaplah rendang daging dan rebus nasi impit malam raya tu.
Then tgk TV.
Pagi raya bangun awal masak lodeh dan ayam masak kurma.



rendang daging.


aktiviti hari raya?
makan-tidur-unpacking 3 beg baju-kemas rumah.
punyalah banyak baju coz non stop travel kerja dan sambung ke Cebu-Manila.
Sampai kena beli hanger 2 dozen sebab tak cukup utk gantung jemur baju.
Lauk raya tuh boleh makan dua hari. so jimat dan tak penat.


Semalam ...

outing with fren.
we lepak at starbucks for hours and proceed to the mines for shopping spree and had late lunch at san franscisco piza apa tah.

spegeti bolognese

kalau nak kuah yang pekat dan sedap memang bagus masak sendiri. letak cendawan banyak.kan?


and lamb chop. sedap!

Saturday, November 20, 2010

test

 test

Thursday, November 18, 2010

Country start with F? Filipina? NO.

Random on my Philippines trip recently.



#1 few days before my trip, Aust g0vt warned that there will be a terror attack in Manila. OMG!
specifically at big mall and hotels.
so its clearly explain why nak masuk hotel /shopping mall kena lalu pemeriksaan ketat. security guard and metal detector were placed everywhere even at hotel lobby. And security guard will check cars/any vehicle pass by the hot spot and hotel area. Nak masuk hotel area kena cek kau bawak bom ke tak. The situation is just like at jakarta. Cek beg kat x-ray machine , then bukak beg intai-intai kau bawak apa.
azab le kiah .

Manila dari udara

# 2 I likeeeeee this airport. U can have cheap/ expensive food. it's ur choice.Not like some airport yang food/air mineral pung mahal nak mati. And here also provided with muslim prayer room.
I had my breakfast here at MINI STOP ke apa tah nama kedai, rocky road ice blended with only 38 peso together with my megi cup and roti inti sardin hi5. burp. Then continue my sleep selamba baring dekat kerusi while waiting my domestic flight to CEBU.
there's no time different for KL and MANILA, tapi Oh sini pukul 5.30 pagi dah siang macam 7.30 pg.



#3 oh.. i lurveeee cebu pacific. oh..last month they announced that thay have different way to conduct safety briefing. it should be FUN katanya. siap dah kreograf tarian safety breafing guna lagu Lady Gaga oke. I watched it on youtube. so mak excited nak tgk dan rakam. sekali? tak de lah pun....kempunan oke. I prefer the female version coz aku rasa male version tuh mcm nak meruntuhkan kapal terbang je menari2 ikut glee tuh.
Tapi serious, aku rasa adalah bergegar kapal ni kalau siap ajar camana nak pakai seat belt dan jaket keselamatan sambil menari-nari agak melompat2 lagu Lady gaga.

BUT.


The interesting part is..hik...i won (LIHAT LAH DONIA..ke ke ke) 2 tote bags cebu pacific. This is the only airlines yang katanya buat quiz-quiz atas udara. So they will ask few simple questions, if u know they answer raise your hand. if correct u'll get hadiah.
On the way to CEBU, aku adalah gagal menang coz camana nak jawab nok coz the questions is to teka line dialog movie. Movie superman lah..apa lah. kagumnya derang ni..siap hafal the lines, jawab betul. aku nganga je laaaaaaaaaa.

Maybe kalau line dialog Mak Jah dalam cerita sembilu aku boleh la jawab kot.

But from cebu to manila, aku dapat jawab betul.ha-ha. ngelat ah actually.
the question was.." Give the name of 3 country start with F"..
keh.
Aku ala-ala nak jawab tapi tak reti..tapi org belakang dah angkat tangan and said loudly "France, Finland, Filipines".
keh.
F for filipines? WRONG!
Phillipines starts with P oke.
so aku duk pikir.....and suddenly raised my hand. the FA came to me and i was loudly said
" FRANCE, FINLAND, FIJI! "
and yes..i won.
moskel mak, tak kan takde org lain yg tau nama negara. ke org putes dlm flight ni saja malas nak layan.


tak kesoh le....

duit PESO

#4 inflight magazine said we can shop at Tutuban Mall, which haven lah for locals item with reasonable/very cheap price. Tapi baca in Trip advisor this place is ....errr...a very local pinoy place which pegi seorang adalah tidak selamat. Pick pocket and agak risky jugok nak meredah ke sana. oh i dont care! at the begining lah .. but............

#5 The taxi drive here are sooooooooooooo Micheal shumacer wannabe. Ala-ala kau kena mengucap sepanjang jalan ye. Takut apa2 jadik terus kiok tak sempat ngucap. selit sana sini, as if that kau bawak basikal . boleh?
And they are racing wth Jeepney. ngeh.
So adalah tidak berbaloi bergadai nyawa naik cab ke Tutuban Mall semata nak beli soviners. so malas oke. Baik pegi mall dekat hotel jalan kaki.

CEBU dari udara

welcome to cebu

#6 People in CEBU are so warm. and the hotel are sooooo generous to give 50% discount for body massage at spa. Plus i can eat at executive lounge + internet free. I lurve marriot cebu.

#7 I like Ayala mall which located just next to marriot cebu. jalan kaki 4 minit belum sempat berpeluh dah sampai. the place adalah sgt happening.


#8 beriyani lamb at Arya was sooo sedap hingga menjilat pinggan. So worth lah to spend almost 800 peso for this meal. Akibat dah muak makan rendang Brahim.

Nasib le tulang dan pisau tu tak boleh makan. kalau tak, sure licin pinggan itu.

Tuesday, November 16, 2010

Ada apa dengan ipoh?

Ipoh?
ada apa dengan Ipoh?
few days in Ipoh, saya cuba menjelajah Ipoh. Ops. overnya statement.
With the GPS (Finally aku rasa benda alah ni berguna) lah jugok.
Actually sebab kerja di GH Hospital, idok le susah nak cari lokasi, banyak signbod arah GH Hospital, plus dengar le gps tu suruh belok ke kiri atau ke kanan walauuuuuuuuuuuuu, kadang kalah gps ni merepek je lebih.

1st day in Ipoh, i was so hungry and try to find a makan place.
I was stay at Tower Regency which sepelaung je dari Hospital and boleh dikatakan berada agak di tengah town lah.
SO aku drive je ikut kaki, kot-kot nampak tempat makan menarik.
Finally arrived at one area called Greentown Square ke gitu.
This area adalah macam business centre ke..ada kedai-kedai baju, ofis-ofis dan kedai makan.
Oh, aku nampak satu restoran besar "RESTORAN SIMPANG TIGA". Macam menarik, sebab nampak agak posh gitu dengan ada parking VIP di depannya. Aku agak sedap le kot.
Nak masuk this area siap ada gate ala-ala nak masuk parking JUSCO. Amik tiket.
So i went in and park depan kedai.
Oh..Restoran Indonesia la.




Pelayan restoran menyapa aku. Aku cakap "sorang", then dia suruh aku ke meja tengah. Ada beberapa meja penuh dengan org berpakaian pejabat.
Then dia bagi aku menu, ada beberapa set pilihan atau nak ala-carte pun boleh.
Cantik restoran ni.
AKu order nasi, ayam pop , telur gulai dan jus alpokat yang sejuk dan nyaman di tekak.
Selesai makan, aku ke Ipoh parade. Setelah sesat terpusing-pusing (again: guna gps pun sesat), sampai le ke situ.
saja nak tengok shopping mall di Ipoh ni. beberapa kali ke Ipoh sebelum ni tak sempat nak tengok-tengok apa yang ada di ipoh.
Not bad lah.
Nak tgk wayang tapi rasa macam penat , so baiklah beli makanan ringan dan buah dan bersantai di hotel.

late lunch, Indonesian dish at RESTORAN SIMPANG TIGA

Tempat penginapan di Ipoh?

Ipoh ada beberapa hotel, antaranya yang paling baru ialah TOWER REGENCY, then selain itu ialah Hotel Impiana, Hotel Heritage, Syuen dan lain-lain.
Aku duduk di dua hotel di sebabkan last minute booking and hotel yang aku nak adalah fully booked. errr...
Stay di Tower regency, my comment : Hotel ok. Food? suckssssssssssss. sorry. and aku rasa staff hotel ni dari segi PR kena improve lagi lah. manager hapa ek? macam nak carik pasal dengan tetamu?

Hotel Syuen : my comment : I wont stay there again. Old hotel . Bilik..ok le, but parking? Horror! food? oh tidak.
Ni akibat dari recommendation seorang kawan yang cakap hotel ni best lah hapalah. oh...
i should listen to Dr XXXX, "don't fall under her spell."

sudahnya pagi-pagi aku keluar makan kat restoran depan hotel, and terus check out.


Aku rasa Ipoh ni jalan mengelirukan. So asyik confuse je. And thanks to my gps, kalau tidak sure malam aku tak akan keluar punya.
And agak keji tak tiba-tiba aku rasa nak makan dominos pizza.
So..dalam pusing sana sini dan tidak begitu percaya gps, akhirnya aku sampai ke dominos, tapau pizza. Then singgah Tesco, jalan-jalan sikit. Oh Jusco pun dekat-dekat situ jugak. Singgah kejap.

extravaganza apa benda tah

Ok..
malam-malam ni apa yang ada di Ipoh?

hemm..

apa ek?

aku teringat dengan Gerbang Malam.

Oleh kerana lah tak tau exact location dan tak tau alamat, tersesat lah ke sana ke mari. Padahal kan...tempat ni aku rasa aklau tak sesat adalah 5 minit je dari Tower regency.
Sesat tah kemana-mana, missed junction dan setelah tanya 5 orang, sampai le ke mari.
Time ni gerimis sket, so org tak berapa ramai.Sempat lah aku interview beberapa peniaga di sini, derang kata, hari biasa tak ramai org, weekend ramai le.
Ianya adalah night market yang dipenuhi pelbagai gerai jualan macam baju, aksesori, kasut, dll.
Oh ada yang jual model kapal terbang, peralatan camping, and arnab pun ada dijual oke!
Oh ya, ada gerai yang menyediakan perkhidmatan refleksologi dan urut.
Menarik jugak eh. tapi aku tak try pun, semua lelaki je.

Ia terletak di depan Bank Simpanan Nasional, dibuka setiap hari. macam-macam ada!

Saya rasa, Gerbang malam sedikit menghidupkan Bandar Ipoh.


sekadar sedikit catatan.

Monday, November 15, 2010

Restoran Tasik Raban

Setiap kali memandu hala ke utara, aku rasa macam memandu lepas tu masuk gua.
ha-ha. Boleh gitu?
sebab bila tengok depan kan nampak bukit-bukit tuh kat depan, so kita macam memandu ke dalam gua.
ok..apa ke motif entry aku ni?

ok..
ni cerita last week.

mak nak ajak u ols pi stadium ipoh.
jeng!


dah dekat dah ..

dah dekat..

dah sampai!

ehhhhhh..
kata nak ke stadium kan?
ye..memang nak ke stadium ipoh, cumanya kita nak pegi depan stadium je. Bukan masuk stadium untuk bersukan atau menonton sukan atau menonton bola sepak.
hik. Takdenya aku nak korang bersukan.

ok...jom kita MAKAN!

jom..

kita ke Restoran Tasik Raban.
Restoran terletak depan stadium (seberang jalan je dgn medan selera stadium) or sebaris dengan Balai Bomba.


Apa yang spesel restoran ni??

GULAI TEMPOYAK
SAMBAL TENPOYAK
IKAN BAKAR AIR TAWAR..

oh sedap..sedap dan sedap....


see..sambal tempoyak satu tray tuh! sebelah dia sambal bleh mix lah kalau suka pedas. Bagi catz tempoyak tuh dah cukupsedap dan pedas-pedas manis. Dengan ulam-ulaman, daun-daun segala adalah sedap!


Lauk pauk dia banyak gila..dari ikan goreng, telur gulai, sayur-sayur masak lemak tempoyak, gulai ayam, ikan bakar, ayam bakar, sambal sotong, udang , ikan pekasam dll.soooooo mouth watering...

lauk-pauk, time aku datang dah lewat.. tapi org tetap ramai


pujaan ku..sambal tempoyak..oh kecur!

ikan talapia bakar..sedap gila oke!


ikan patin masak tempoyak..uhhhhh...A+++

nyumm...!


ulam dan tempoyak..to die for!

Ok, restoran ni terletak di Jalan Komplek sukan depan stadium. no tepon ada kat banner atas tuh. Tempahan makan oso diterima. Tapi jgn le opis ko kat selayang, pi tempah dgn makcik kedai ni..tak koser dia nak antor...hahhahaha.

Tapi masakan adalah sangat sedap, berasa dan sgt sedap. Harga? tgklah amik lauk apa, ada mahal ada murah. Macam ikan bakar air tawar, agak mahal tapi harga dia dah letak siap2..so pilih le mana nak makan..
oh serious..now aku terasa-rasa nak makan tempoyak.
weh..dah lah jauh..

oh tempoyak ipoh, i lap u very strongggg!




Manny Pacquiao : jom tengok Boxing jom Kiah

Yang hangat di Philippines ketika ini.
oh..ini adalah selain dari berita pembebasan Aung San Suu Kyi.

Manny Pacquiao....
A profesional boxer and politician.
beberapa hari ni berita beliau dalam muka depan surat khabar tempatan.


Malah iklan / poster tentang live telecast terpampang di mana-mana.
surat khabar, papan iklan, panggung wayang..
Perlawanan Pacquiao vs Margarito di Cowboy Stadium , Texas..

big breakfast on sunday. sos cili tu datang dari KFC Malaysia.hik.


Pacquiao vs Margarito

Perlawanan super WBC Super Welterweight World Champion di Texas. Pacquiao ni peninju hebat kerana meraih lapan gelaran juara pelbagai kategori. He starts his profesional boxing career when he was only 16. Then dia menang banyak perlawanan, jadi juara sajork dan femes.
Rakyat Filipina sangat teruja agar dia menang dlm perlawanan ini. So semorang macam beriya-iya nak tgk match ni live lah.

Pacquiao or his nickname Pacman on news


His poster at Robinson Place , Manila


Peristiwa kelakar hari ini.er, takdelah kelakar mana pun.

Hari ni banyak restoran yang mengadakan tayangan perlawanan ini live..nih via satelite ke menda tah. so byk restoran menganjurkan acara menonton ramai-ramai.
I was walking around at Adriatico St, Malate, looking for a restaurant. Ask around the right direction to the resto. Oh actually it is located at Salas St.
Tengok peta and tanya orang, eh jumpa. yes, at SALAS ST.
so here we go.
Jumpa this resto..and suddenly a women greet us .."good morning,hey ma'am, pay 300 peso for each person and u could order food worth 600 peso and watch live the fight Pacquiao vs Margarito."
hemm??
Actually aku nak makan and minum je. Tapi this lady insists us to buy the kupon.
eh..nih berapa jam lawan tinju ni? yes, we have no plan and it is OK lah if nak join the locals to watch the match.
And masuk je dalam restoran...
erk.
adalah kot dekat 60 pasang mata tgk aku masuk kedai ni..they are lepaking, minum and watching the match ..MUKA? pure pinoy yang tgk engkau semacam gila..
adalah 3-4 muka arab ke apatah ..but who cares. semua tgk macam lah aku ada tanduk 5 atas kepala..and aku rasa..erk...
alahai..duit dah bayar. and how lah aku nak duduk dalam tempat yang penuh manusia, kena share meja and dgn muak derang yang tgk semacam, lalu ke nak makan?
and ..baru rasa sedar diri, apa ke hal nya aku kena paksa order benda 600 peso? sedangkan bukan nak makan sgt lah kan? and konon nya adalah sebagai 'pakej' dapat tgk sekali boxing match itu yang bagi meraka adalah sgt penting dan best!
ado mak kesoh ke senah nak tgk lawan tinju nih........?
And aku buat muka macam tak selesa, and tanya mana nak duduk ni??
Then ada sorang pelayan cakap. 'oh u can go upstairs, ".
so aku bayangkan adalah best.
sekali sampai atas..ahhhhhhhhhhhh?

adalah 70 pasang mata sedang memandang and suasana lagi hazab dari tingkat bawah.
Ye lah, kau bertudung kan kiah, dengan beg ala-ala nak pi camping.
so semorang tgk kau macam alien ada tanduk lapan.

oklah this kedai has TV besar ke apa tah tapi aku bukan nak join menonton beramai-ramai oke!
And derang mula lah bersorak-sorak tgk Tv and maybe rasa terganggu coz aku duk jalan selit sana sini nak cari tempat duduk and end up disuruh share meja with 3 pinoys yang pandang dengan pandangan yang bermacam-macam.
NI memang rasa mcm masuk tempat apa tah. ha-ha.
ok. actually restoran ini adalah oke sekiranya tiada acara menonton
beramai-ramai ini.
Tapi tah now aku mcm masuk tempat apa tah.
Dengan pandangan mata pinoy itu yang semacam dan bermacam-macam ah, i dont think i can eat, or even drink, pura-pura rasa best join the crowd.

or pura-pura rasa best mcm tengok bola kat kedai mamak?

And the tokey kedai like " eh kau duduk ajalah mana-mana kiah, best ni tgk boxing ramai-ramai, sambil makan minum and kalau org bersorak-sorak kau join ajalah sekali kiah. jangan lah jadik sour grape ye Kiah, ni perlawanan penting. u cant miss this!".

erk.

i was like..wut the hell is this.
aku rasa if meja disusun proper, no sharing-sharing ok la.
ni keadaan adalah dah jadik sempit coz the tokey kedai wants to sumbat as many as can lah.
satu kepala 300 peso! ok..300 peso equal to RM22.50.
kat sana 300 peso tuh banyak oke.
and kau kena share meja, dgn org yang order food lain jugak. euwwww. dah lah tgk kau semacam. and semua lelaki oke! ok..adalah perempuan dalam beberapa orang. boleh kira. ada 3-4 org kot.

so memang aku rasa macam alien yang tersinggah salah planet.

Mungkin tak sama oke dengan kau termasuk kedai mamak yang penuh dengan lelaki tgk bola piala Malaysia.
I dont know how to describe.
err..seperti terperangkap di sebuah tempat yang dipenuhi oleh Lelaki Filipina dengan masing-masing muka pelik sebab tgh tgk boxing.ha-ha.
Dah macam bar pun ye gak kedai nih.

And finally we decided to leave.
And ask duit 600 peso tuh.
That lady muka masam gila and pulang duit.
oh selamat.

Kalau dia tak nak pulang duit tu, mau aku yang ber boxing dengan dia
kang.

Eh, aku fikir, kalau aku memang beriya nak tgk benda ni, i have so many choices at proper or better place lah.



oh yes.
i watch the match at TGI Friday after bloated with nice lunch at Arya.
selesa and got big screen, tak sesak manusia.
Aku rasa pg sini mmg sgt suka sukan ni kot. sebab banyak tgk iklan2 tentang perlawanan tinju.

and yea...pacquiao menang.
they are so proud, siap call dia secara live kat TV dari Texas.ha-ha. host programe nih gila kepoh.
ok..congrats.

eh..actually aku suka lah derang cakap tagalog. aku siap boleh tgk TV programe / drama filipina walau tak paham sepatah haram sebab aku suka dgr bunyiknya.

and aku pun tatau kenapa, semorang cakap tagalog dengan aku.
muka mak cam pinoy kah?

My fav banana choc cake at Secret recipe, Robinsons Place, Manila