Asyik makan daging je lately nih.
And otak pun fikir berapa banyak kolesterol yang dah masuk dalam badan ni kan?
Dari rendang, dan segala masakan bergoreng.
Bila dah rasa macam ni, mungkin ramai yang mmg fikir, lepas raya diet lah.
ISNIN lah mula. hik. sempena sukan ASIA. apa ke motif?
ehem-----------------> tu statement yang keluar dari mulut i sendiri le sebenornya kan.
hari ni masak ikan. Goreng tempe, dan masak sayur sawi.
Resepi ringkas yang berkhasiat dan sihat.
Bahan-bahan:
ikan senangin - 2 hiris (kalau family ramai masak sekor lah kot)
Bawang putih -3 ulas
Bawang merah- 2 biji
bawang besar- 1/2 labu
kunyit hidup - 1/2 cm (err..ni kunyit yang petik kat pokok tu.bukan kunyit yang hidup dan bergerak)
halia muda- 2 cm (agak2 je eh,. takyah sampai ukur dgn pembaris)
daun kunyit - sehelai
serai- 2 batang
tomato - 1 biji besar
kacang panjang - 3 batang
sedikit air asam jawa /pes asam jawa
limau nipis - 1 biji
air
sedikit minyak
Cara-cara:
Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah, kunyit.
Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak.
Masukkan serai yang telah dititik dan bawang besar yg dimayang halus, kacau rata.
Masukkan 2 mangkuk air.
kacau.
Bila mendidih masukan daun kunyit.
Then masukan ikan.
Masukan sayur kacang dan tomato.
Masukan garam dan asam jawa.
Agak-agak rasa dah oke, masukkan perahan limau nipis (buang biji).
Biar mendidih 2-3 minit...dah siap!
hidang.
Sunday, November 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
helleh. baru nak ajak itik gantung. dengar bangi ada cainisfood halal. ko dah gps ko?
sedap, sihat dan sungguh mudah....
tengok je terus lapar. huhu.
oh tidak..................berat uncle tak turun2 dari raya hari tu!
cat singgang ikan parang pun sodap..tak caya tanya bapak I orang johor itu.. bleh siap hirup kuah lagik..tapi tak mo sayuran banyak banyak ehehe
Nice posting. Terima kasih
Sederhana dan manis. Aku sedang berpikir untuk memulai blog lain atau lima segera, dan saya pasti akan mempertimbangkan tema ini. Keep em 'datang!
Jelas ada banyak tahu tentang hal ini. Saya pikir Anda membuat beberapa poin baik di Fitur juga. Tetap bekerja, pekerjaan yang besar!
terima kasih amigo! besar posting!
Post a Comment