Sunday, January 23, 2011

catatan pendek 2: gajinya itu berapa juta?

The supir



wah.
juta u ols.

Aku duduk berdua di dalam kereta dengan Pak Marji.
oh. bukan duduk dating oke.
Aku duduk di kerusi belakang. Sebetulnya menunggu teman.
Jadinya, untuk kill time, aku sekadar berbual ringan.
Iya. isu semasa, tentang presiden Indonesiaa. Tentang kesusahan mencari rejeki di bumi luas ini.

Pak Marji: Kalau di Malasia, berapa agaknya gaji drebar itu? berapa juta?

Aku: (ala mana lah aku tau, aku agak-agak je lah ek). err..sekitaran 5 juta ke 10 juta.

Pak Marji: huihhhh???? lumayannnnnnnnn.

Aku: Kalau di sini berapa ya Pak Marji ??

(yg aku tau kwn aku duk jakarta,expatriat di sebuah kantor konglomerat ternama. dia bayo gajo drebar dia sejuta. lepas tu kitarang cakap..haa..ko bayar sejuta rupiah???? nak mkn apa nok sejuta? ko kejiii! hahhahaha. kwn aku kata tuh kira dah lumayan gila).
Pak Marji: di sini, sekitaran 500 ribu rupiah.

aku: aaaaaaaa... (mulut terngangaaaaa...speechless mak).

Pak Marji: Iya..500 ribu, dan setiap hari diberi 15 ribu rupiah sebagai duit makan.

aku: 15k tuh dibagi ikut bulan atau di bagi hari-hari?

Pak Marji: hari-hari. sehari 15k utk uwang makan.

Aku: errr...500k cukup pak?

Pak Marji: ya mana bisa kecukupan. Tapi di sini susah. memang begitu.

Aku: ehmm. .. (tak boleh fikir). Tapi di mana-mana negara besar yg rakyatnya ramai mungkin begitu ya pak. Rakyatnya terlalu ramai. Mencari sesuap rejeki itu bukan gampang.

Pak Marji: (ketawa kecil). Tapi bunyinya sayu. Iya. susah di sini.

OH. Patutlah bila diajak makan bersama di sebuah restoran yang cantik dan enak makanannya dia begitu terharu dan gembira. Raut wajah nya membayangkan betapa lurus dan tulus hati seorang insan mencari rezeki buat keluarga. Tapi Pak Marji makan pun sikit-sikit je. Makan nasik dgn tahu je??Puas suruh dia ambil lauk hingga terpaksa mengambilkan ikan gurame bakar, sayur, sop buntut dan sudukan ke pinggannya.
AKu memang makan banyak le kan. Sampai kepala ikan gurame tuh pun tinggai rangka terbarai aku gigit/ratah dan sebahagiannya masuk dalam perut aku dah.


kepala ikan yang terbarai.


Suruh tambah nasik pun Pak Marji malu-malu. Tapi dah order mcm nak makan satu batalion, so sapa nak makan?????

bisa terkedu dia bila billnya sampai , hampir 50% gaji sebulan dia. Mungkin dia terfikir, gila apa makan sampai ratus ribu. Lepas tu makan nak kat restoran cantik-cantik je. mentel.kehkeh.

Dan sekiranya tak berkesempatan makan malam atau makan tengahari bersama, bila kami beri wang belanja 20-30 ribu rupiah utk makan, dia menerima dengan ucapan terima kasih excited + terkejut macam lah aku bagi dia duit satu juta.

Iya. Banyak atau sedikit itu subjektif.
Kita manusia biasa.Ada rasa belas ikhsan sesama manusia.


The passenger


Cerita ini, bukan pertama kali aku dengar.sering ke Indonesia, cerita ini sudah biasa dan berulang kali didengar.
Melihat anak kecil berjulan di celahan kenderaan yang beratur macet, melihat orang memetik gitar kecil dan menyuakan muka ke tingkap mobil besar di jalan raya lalu mengharap huluran seribu dua rupiah utk sesuap nasi, menjunjung jajanan di jalanan, bahkan menjual sebotol air mineral utk mendapat seribu rupiah juga biasa di negara ini.

cuma,

sekadar catatan ringkas untuk dikongsi.
Bisa saja buat kita insaf.
Kadang apa yang kita ada, sebahagian kecil adalah kepunyaan orang lain.


catz,
Kota Surabaya.


12 comments:

pijankodok said...

sis, adakah ini motifnya... hmm... bersyukurlah dengan apa yang sedia ada...

Umie said...

wah..lama giler dah x komen kat sini...
memang betulkan...buka semua tu hak kita tp hak org lain jugak..ada rezeki lebih disedekahkan...moga2 bertambah lagi rezeki kita..amin...

Anonymous said...

cat,
tersentuh sungguh.. itu pun some of them tak pandai hargai bila dapat datang & bekerja disini.

none said...

alhamduliLLah dengan rezeki yang dikurniakan...

Tijah said...

nanti sebahagian kecil tu banjer mak papparich yerrrr...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Betul kata catz...kecil bagi kita, besar nilainya buat orang lain...situasi yang kita lihat di indonesia akan menginsafkan kita, langsung menjadikan kita lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah swt curahkan buat kita...

FridaNorm said...

assalammualaikum, catz.

lama saya tak singgah sini...
sekadar menambah,

teringat satu masa ketika saya leka bikin bantal kekabu sendiri. kekabunya saya beli dgn harga RM50. pembantu ayahanda saya yg sudah saya kenali dr kecil menegur saat melihat saya begitu leka.

"mau dibikin apa?"
"bantal, pak"
"kalau di indo, kekabunya banyak sbegitu udah bisa dibikin tilam buat sekeluarga"

Ya ampun...gwe langsung insaf!
'Tebal dan Empuk' sekali tilam dia...

*kekabu RM50 tu dapat kurang lebey 2 biji bantal je kat sini. isskkk,...

Anonymous said...

wah buk......sudah bicara ala-ala indon gitu.....

zul orangrawa

DrSam said...

Catz tak offer Pak marji jadi supir peribadi di sini ke...500K rupiah boleh sangat tu :)

NenetPenne (NP) said...

konfirm aku nangis kalau aku pi sana....

Unknown said...

Catz dear

you are sooo cute lah!
thanks for the catatan yang akan selalu diingati

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

aku pon x leh akah nilai 1k dan 500 ribu kat sana. tp klw itu gajinya bulan2 mmg sempot ahh.. patut ahh aku gi borong hari tuh diaorg tanya bapa bulan gaji abes..wahal baru 1/3 gaji bulan tuh.. :(((