Sunday, January 30, 2011

Kusuma Agrowisata Resort & Convention Hotel

Menuju ke tempat penginapan di BATU, di sebuah kawasan tanah tinggi. Ia terletak lebih kurang 30 minit dari pusat Bandar Malang.

Kawasan ini sangat strategik kerana ia merupakan kawasan peranginan terkenal di kawasan tanah tinggi. Kami melewati Jawa Timur Park dan deretan hotel kecil.

Kusuma Agro Wisata Hotel merupakan kawasan resort yang luas , yang menawarkan percutian lengkap jika kita mahu lari dari kesibukan kota. Hampir 3 jam dari Surabaya (2 jam lebih kalau tak macet) , ia merupakan resort agro dengan kemudahan hotel, dewan convention, tempat mesyuarat, tenis court, kemudahan aktiviti outdoor lasak, restoran, fitness centre, dewan, kedai cenderamata, kolam renang dan yang paling menarik terdapat ladang buah-buahan di mana pengunjung boleh memetik buah . Pengalaman menarik!

kawasan resort

kami tidak tinggal di hotel utama tetapi di bilik yang terletak sedikit jauh dari bangunan utama. Macam cottage gitu.

pandangan dari dalam bilik

kawasan yang dipenuhi dengan pokok menghijau dan bunga-bungaan cantik.




bilik yang kemas dan bersih. kawasan ni sejuk, so takde aircond mmg dah sejuk gila.

Bilik kami terletak tidak jauh dari ladang. Nak petik apple jalan kaki je.

shooting activity anyone?

tennis court

convention hall

kolam renang yang terletak sebelah restoran

bangunan restoran

agak excercise jugalah kan sebab nak ke mana-mana jalan kaki. restoran agak jauh dari bilik. Wifi di restoran ini free..24 jam! so malam kami lepak sini.

hadapan bilik

aku suka gila bunga ni

at swimming pool

nice! sarapan pagi menghadap kolam yang berlatar belakangkan gunung dan pemandangan Kota Batu dari atas resort. malam-malam view lampu dari bawah cantik sangat!

big breakfast

Makanan bagi aku ok. banyak juga pilihan, dari buah-buahan, roti, nasi goreng, nasi putih, telur, dan lauk pauk msakan gaya tempatan. ada juga bubur, tempe dan lain-lain.

not bad lah deco nya


meeting room

cottage

Keseluruhannya , puas hati. Menarik ! harga reasonable. The most interesting was experience at fruits farm.
jom kita agro wisata.Next entry!


Mari pegi kebun cik Kiah!

3 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

bestnyerrr...the surrounding is simply magnificient! with lush of greens everywhere!

Uncle said...

memang macam tulah kalau depa buat untuk pelancong. cantik, menarik dan depa buat bersungguh-sungguh! bali yok!

DrSam said...

alami banget Catz!