Wednesday, January 5, 2011

Jonah Nak Kurus : episod 1



Episod 1: Azam tahun baru Jonah

perhatian: cerita watak hanyalah rekaan. Tiada kena mengena dengan penulis blog atau sesiapa yang masih hidup. Jika ada persamaan, ianya adalah secara kebetulan sahaja.




Dentuman bunga api menggangu nyenyak tidurnya. Jonah menekup bantak ke telinga tetapi gagal melelapkan mata semula.

Dommm! Dummm!..Dum!...krekessss! dumm..!prappp! prappp!
trettt!..dummmmmm! dushhhhhhhhhhhhh!

eiiii...

terkebil-kebil Jonah menahan geram. Oh? New year???????????

Patutlah bising.

Penuhlah dataran Merdeka dengan lautan manusia. Konsert sana sini sementara menungu detik 12 malam peralihan tahun.
Jonah cuba memejamkan mata, cuba mengimbas kembali peristiwa sepanjang tahun.
Pahit manis. tiada yang significant?
ah..masakan begitu?
Kesibukan kerja, aktiviti bersama teman kadangkalanya, sorotan aktivit
i peribadi semuanya seperti kabur. tiada yang mahu ditulis.

Bunyi dentuman bunga api masih lagi kedengaran.Jonah mencapai alat kawalan jauh televisyen.
Terpapar saluran 702 menayangkan siaran ulangan The biggest Loser.
Dah lama tak tengok rancangan ni, detik hati Jonah. Melihat para peserta gigih bersenam dengan pekikan jurulatih, Jonah jadi teruja. Ya ampunnn. Garangnya si Jilli@n ni. Muka peserta masing-masing dah macam tapai basi. Tapi pekika
n halilintar jurulatih yang memberikan semangat untuk meneruskan latihan menyebabkan mereka terus mengayuh. Agaknya, kalau si Jilli@n ni aku hire jadi personal trainer aku, entah-entah 2 minggu badan aku dah macam Ziana Zain kot?? Jonah terkekek sendirian. Kebaya merah yang tergantung depan pintu yang dibeli di Bandung untuk menjadi pembakar semangat azam untuk kurus awal tahun 2010 tentu terus boleh tersarung di badan. Bolehlah jalan catwalk lambai-lambat ala-ala model nak turun pentas bila lalu depan Kak Rosel yang selalu perasan gemuk, padahal dia kurus. Jonah memang tak faham. Tinggi Kak Rosel 160cm. Berat cuma 48 kg. Tapi asyik cakap, "eiiii..macamana ni..aku dah gemuk. Perut aku gemuk. " . Bercakap pulak depan orang yang memang dah tembam/berisi/gemuk. Setiap hari oke. Dah kurus tapi asyik rasa diri gemuk? Masing-masing memang rasa nak ambil pisau hiris perut Kak Rosel je sebab dia merungut setiap hari. Bila orang makan nasi lemak di pantry dia akan cakap " eiiiiiiiiiiii..why u put oil into your body???? Geliiiiiiiiiiiiii". Masing-masing memang rasa nak bagi pelempang barang sedas dua. Oke, memang niat dia baik, nak mengingatkan. tapi cara dia bercakap buat satu pejabat rasa nak ikat Kak Rosel dekat tiang bendera depan pejabat dan tuang sambal nasi lemak ke mulut dia.

Eh dah akhir 2010 kan? Dah masuk 1.1.2011 pun? Ada tak lemak yang dah lenyap? Segera Jonah memegang perut dan pinggang. erghhhh. Terus bangun ke penimbang. Awww. masih 75kilogram. Awal tahun 2010 dulu rasanya 73 kilogram.
Konon nak turunkan 18 kilo jadikan 55 kilogram tapi bertambah 2 kilo pulak?

Tak boleh jadi ni.

Sebenarnya Jonah bukanlah gemuk sangat. Tapi kategori sangat berisi.So senang kata, memang terlebih berat.

Apa kata berazam sekali lagi untuk kuruskan badan? Ha-ha-ha. Ni dah tahun ke berapa dengan azam yang sama? Idok lah jugak kurus kan?
Ke kena masuk The biggest Loser next season?
Kalau masuk, jangan join kumpulan yang group trainer perempuan. Masuk group yang trainer lelaki. baru ada semangat. motif? ehhhh. logik la k
an???? Tak kisah lah motif apa pun.

Oh, aku kena berubah. Jonah nekad.

Jonah menuju ke peti ais. Menyelongkar segala isi perut peti ais.
Nak ubah gaya hidup , kena ubah cara makan dulu. Makan secara sihat.
wah hafal tu step by step. Yelah, bahan bacaan di hujung jari. Bel
um termasuk buku-buku yang beli mahal di MPH dan Kinokuniya kan? Oh dulu fikir, nak dapat sesuatu kena invest (melabur?). So kalau dah beli buku mahal-mahal tak buat rugi. Jadi pembakar semangat. Tapi ado kau kurus Jonah? Taakkkkk. JOnah senyum sendirian.

Jonah membuang segala bahan yang entah bila dia beli. Ada yang dah setahun tarikh luputnya.
Ada kentang yang dah tumbuh tanduk. Ada bawang yang dha tumbuh daun. Buah oren yang sudah penyek dan berair. Daun-daun kering pun berl
ambak. macam lah peti ais ni duduk bawah pokok kan? daun limau, daun kunyit, daun kari, daun kesum yang semua sudah kering dan kehitaman Jonah masukkan dalam plastik sampah. Segala botol sos dalam peti ais Jonah buang. Oke. membasuh peti ais di malam tahun baru merupakan kegiatan yang menyeronokkan rupanya.

Tiba-tiba rasa lapar.
Secawan maggie dicapai. Letak air panas. oh, makan 5 su
du dah tak lalu dah. Ni orang kata kesan psikologi terhadap orang yang berazam nak diet ke apa?
Kalau lah setiap kali nak makan sepanjang tahun 2010 dulu rasa tak lalu, mungkin Jonah dah berpinggang seramping kerengga. Nak makan lamb chop tak lalu. nak makan mee kari rasa loya, nak makan nasi lemak terbayan
g muka Kak Rosel, nak makan lemak cili api pitam, haaaa, tak kurus ko?

Jonah buang maggie dan capai sebiji epal hijau. cukuplah untuk alas perut sementara menunggu pagi. Jonah terlelap keletihan di sofa.


Pukul 6.30 pagi JOnah terjaga. Bergegas dia ke bilik air, membersihkan diri dan solat subuh.
1.1.2011. hari Sabtu yang indah.
Apa nak buat hari ini?
kebiasaan nya Jonah akan mengajak teman bersarapan pag
i. Oh ya, Jonah rajin jugak jogging kadangkalanya. tapi lepas joging Jonah akan ke kopitiam sarapan nasi lemak atau kedai Nasi Berlauk Kak Ning Baizuka di Sekyen 9. Mak oi, lauk itik kerutub kedai Kak Ning buat Jonah telan air liur selalu. Malam-malam pun boleh mengidam. Sambal nasi berlauk pun Jonah boleh sapu satu mangkuk, pedas tapi sedap. So akibatnya.." Kak Ning, nak tambah nasik". Tersenyum Kak Ning sambil cakap " Tamboh nasik satu lagi deh? Tak nak tamboh kerutuk daging? sedak ni". Saja je wanita jelita kelahiran Kelantan ni cucuk jarum.

kan? so...agak-agaknya lah. Boleh ke kurus? Mungkin kalau kedai Kak Ning pindah ke Alaska, boleh lah kot.


Jonah mengemas rumah dan fikir mahu keluar membeli barangan rumah.
Peti ais yang kosong, harus di isi.
Pukul 11 pagi Jonah memandu ke Alamanta, shopping mall terbesar di Alamjaya.
Perut sudah berkeriuk.
Jonah menuju ke Kopitiam. Gadis pelayan membawa menu.

Kata mulut : nasi lemak.
Kata hati: yummy nya nasi lemak. Alaaaa...last makan sebelum ko start diet betul-betul Jonah.
Kata otak: kalau asyik lahhhh cakap, oh hari ni last mkn na
si lemak, makan nasi goreng, makan mee kari, agak-agak bila ko nak start diet sihat kau hah JOnahhhhhhhhhhh? --> eh otak marah.

Jonah belek menu. order laksa utara.
Ok lah kan? kena set dalam otak, kita kena makan secara sihat. so sebagai permulaan, baguslah makan laksa yang tidak berminyak, ad
a sayur, ikan. seimbang.
Air minuman? Jonah dah tak nak minum air batu. Jonah order air suam.
Haaaa..sihat kan?

Oh ada cerita menarik dipangung wayang. Lepas makan, Jonah beli
tiket wayang. Tak kisahlah menonton seorang diri. Bagi sesetangah orang memang pelik tengok wayang sorang-sorang. Eh, panggung wayang tu penuh la, so kira tengok wayang ramai-ramai la kan? Apa pulak sorang? kan? Kalau duduk rumah tengok TV/ DVD seorang diri tu baru kira menonton seorang diri. ye tak?


Keluar dari panggung wayang, dah pukul 2 petang. Jonah rasa lapar.
Jonah ke medan selera. Ramainya manusia. jadi malas pula. Jonah berpatah balik dan menuju ke Restoran Kenny Robers. Jonah makan ayam panggang, sayur dan buah-buahan. Sapa kata diet tak boleh makan? Itu yang Jonah
belajar dari buku ke 13 yang dibaca nya mengenai diet secara sihat. Kalau tak makan langsung tu nak bunuh diri namanya.

Lepas makan, Jonah rasa nak beli sesuatu sempena tahun baru. Amboi, alasan sangatlah kan. maklumlah semua kedai tengah mengadakan jualan murah. Jonah masuk ke Pakson, beli sehelai seluar jeans. Alamak, kena po
tong lah pula. sebab panjang. Jonah beli juga sepasang kasut sukan. Selepas bayar, Jonah keluar dan menuju ke Gold Storagee. Nak beli buah-buahan dan sayur-sayuran. Jonah memang tau, di GOld Storagee buah-buahan nya lebih mahal. Tapi sajalah kan. sebab rupa buah-buahan, salad, sayuran dan hirisan ikan salmon di sini menarik. Cantik, segar, bugar.
Jonah kata dalam hati.." ingat! Nak kurus kena invest". Wah, falsafah apa lah tu kan?
Eh, tapi makanan sihat memang mahal ye tak? Tapi tak semualah. Kalau sarapan makan cereal atau oats ke, kan murah. senang pulak tu kan? Itu kalau dibandingkan dengan nasi lemak sambal sotong/kerang/paru. eh sedapnya. kecur pulak. oiiiiiiii. kesitu pulak.

Ini bukan Jonah, sekadar gambar hiasan.

JOnah masukkan kepingan salmon, buah ceri, epal, anggur, yogurt, salad iceberg, tomato, celeri, timun dan beberapa tin tuna dalam tin, sosej, dan piza base. Cukuplah untuk semingu.

Jonah memandu pulang. Oh, nak kena singgah kedai repair jeans lah. Kedai Abang Mikael di seksyen 12 bukak kot. 15 minit kemudian Jonah sudah terpacak di depan kedai tersebut. Abang Mikael buka pintu separuh je. Jonah jenguk kepala, ada dua orang pelanggan sedang berurusan. Seorang lelaki duduk di satu sudut dan senyum pada Jonah. Jonah senyum semula. Eh..handsomenya detik hati Jonah. Ye laaaa...bukan senang oke orang hensem nak senyum kat aku, kata hati Jonah girang. Seorang perempuan berbaju ungu sedang membelek seluar jeans yang sudah siap. Jonah menyerahkan jeans yang mahu dipotong kakinya, dan abg Mikael mengukur.
" Satu jam nanti siap. nanti saya sms".


Jonah melangkah keluar dari kedai abang Mikael.
Tiba-tiba....

" dik...dik..."

Jonah menoleh. perempuan berbaju ungu menyapa nya dan bersuara,

"Errrr..adik nak turunkan tak bahagian perut? Sajalah tanya"


Jonah mengerutkan dahi. Perempuan berbadan sederhana dna berkulit agak gelap itu senyum.

" Dulu akak gemuk. Akak makan satu produk, perut akak dulu lagi besar dari perut adik, tapi tengok sekarang? Haa..ada bentuk dah kan badan akak ni. Akak ni anak 5 orang tau" Sambil meletakkan sebelah tangan di pinggangnya.

Jonah fikir, manalah aku tau dulu ko no kurus ke gemuk? Tapi kalau betul lah kan, apa salah cuba?

" akak makan produk apa?"

Perempuan berbaju ungu membalas " Oke. nama akak Ayu. Panggil je Kak Ayu. Akak makan produk kesihatan. Jus buah, nak tengok? kejap ya?. Dia masuk semula ke kedai. " Abang, bak kunci kereta, nak amik barang".
Oh lelaki hensem tadi suami dia lahhhhh.

Kak Ayu menghulurkan satu kotak. " Ni ha. tengoklah. "
Jonah menyambut kotak tersebut dan membelek untuk membaca kandungan produk.
" produk ni kan, senang je makannya. Bancuh dalam 120mlm air sejuk, minum pagi sekali je sehari. Dia bukan mcm produk lain. produk ni dia menurunkan berat dan memberi bentuk. Tengok pinggang akak. Dulu badan akak straight je takde bentuk tau. Akak amalkan dua bulan haaaa kau, suami akak kata badan akak dah ada potongan dah. "

Jonah membalas, " ala kak. makan produk apa pun kuncinya kena jaga makan kan. If makan tak jaga how nak kurus, makanlah apa punnnn sure tak turun berat."

" Ehhhhhh. Takkkkkkkkk. Ko tak payah diet makan dikkkk" kak Ayu membalas sambil tangan dia berayun-ayun macam polis trafic tengah jaga lalu lintas.

"Hah? tak yah jaga makan?" Jonah nak ketawa.


" Tak payah dikkkk. Ko balun je lah makan apa pun. Produk ni, dia tak kisah. Ko makan je macam biasa. Dia memang berkesan siap dia shaping ko punya bentuk lagi. Ni ha ko tgk akak ni haaaaaaaa. Ko tak caya ko tanya laki akak tu ha. Ramai client akak dah cuba. Derang semua puas hati. Ko makan sekotak dulu, gerenti ada perubahan. Cuba je tak rugi kan?" kak ayu senyum manis.

" berapa harga sekotak ni?" Jonah macam dah mula kena pukau. Terus rasa nak beli.

" Tak mahallll. RM70 je sekotak. Dalam satu kotak ada 10 shacet. Akak cadang ko makan 2 kotak, amalkan hari-hari kalau nak ada kesan. Takkan makan sekotak boleh kurus teruskan? Lepas tuh ni ha, ada produk untuk tegangkan kulit perut yang menggeleber. Haaaa... semua sekali ni...70 x2, produk tegang tadi RM50.00 semua sekali RM190.00".

"Oklah, saya beli. eh kakkk nak tanya, sedap ke tak rasa benda ni? " Jonah membalas spontan.

" Sedap. Rasa mcm air ribena je. sedap. peraturan makan semua ada kat panduan tu, baca lah. Kalau ada apa-apa call akak. Ni kad akak".

JOnah masuk dalam kereta. Ehhhhhhhhhhh. Apesal aku ni. Cepat beno percaya orang cakap.
JOnah berkata dalam hati.
kata otak pula.. " nak kurus kena invest lah Jonahhhhhhhhhhh".

Ok. Bermulalah tahun baru Jonah dengan azam yang kukuh terpahat : Aku nak kurus. Bukan utk cantik je, tapi untuk kesihatan.

JOnah samapi rumah pukul 5.30 petang.
Hemm.
Jonah capai kasut sukan baru.
Otak fikir: Joging ok kot petang-petang ni?
Hati kata: oiiiiiiiiii, lepak depan TV lagi bestttt oke. sambil makan kuaci.

akhirnya Jonah ikut kata hati. Malas lah nak exercise. besok je lah. esok pagi pukul 6.30 pagi aku pi joging. wahhhh. Kalau siang-siang buat pun malas, agak-agak Jonah boleh ke joging lepas subuh time orang tengah di buai mimpi indah tu?

Jonah terlena seketika. sedapnya tidur petang-petang.
Pukul 6.45 Jonah tersedar. Oh lapar.
Nak masak apa ye?
Nak diet kena ambil makan awal selewat-lewatnya sebelum 7.30.
Jonah ke dapur. kelentang kelentung..siap dua keping sandwich tuna dan sayuran.
Minum segelas jus jambu batu.
Burpp. Kenyang.

Malam, pukul 9 mlm , Jonah tengok chanel 703. Of sedapnyaaaaa makanaan. Cepat-cepat Jonah tukar siaran. nak diet memang kena puasakan sikit mata dari tengok makanan sedap. Kalau asyik tengok laam-laam teringin, detik hati Jonah. Ok, tengoklah chanel Disovery , kisah mengenai Ikan paus. Eh, ikan paus ni kalau hiris dagingnya buat steak ikan sedap kot? hahahha. liarnya imaginasi tapi balik-balik berkisar pasal makanan jugak.
Jonah..Jonah. apa ajalah kau ni. Jonah kunyah biji kuaci. Kuaci biji labu. Oklah,. snek sihat lah kiranya dari makan keropok goreng atau sepinggan cekodok bawang.

Pagi 2/11/2011.

Jonah belek produk semalam yang dibeli dari kak Ayu.
Ok.
start now.
eh..kena makan dulu. Jonah ambil sekeping roti dan segelas milo kosong.
Jonah buka sepeket bubuh dalam bekas. bubuh air sejuk. goncang. minum. eh sedapnyaaaaa.
Jus roselle rupanya. sedap nih.

Pukul 11 Jonah lapar, buka peti ais.
ambil buah apple sebiji dan sejambak anggur.
ngaaaa------pppppp.


Tiba-tibaaaaaaaa....


bersambung ke episod 2.

31 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

wahh...panjangnyer ceriter jonah nih...mama doakan jonah berjaya turunkan berat badan dia...hihihi

NenetPenne (NP) said...

tang sambung tu yang tak best tu...
potong betul laaa... ;P

Anonymous said...

kelakar betullah. hilang ngantuk.cepatlah sambung .....mas yp

Anonymous said...

catz: masukla gym..x rugi ko invest ke situ..aku dah nampak kesan pd diri aku :)

inah adelaide

Tijah said...

wakakaka. wa mmg respek abes la dgn jonah tu.

PurPlè said...

pls sambung asap. nak tau brjaya x jonah kuruskn badan.
p/s: hari tu carik iceberg lettuce kt Gold Storagee, xde la... gi K4 pun x de... :/

DrSam said...

saya nasihatkan Jonah supaya jangan lawat blog ni...kandungan blog ni merupakan dugaan besau buat Jonah :)

apa-apa pun semoga segala impian menjadi kenyataan.

syahiddmilikku said...

ya salaam, slot akasia pulak dah..
cepat catz, tengah ready popcorn nih nak tengok next episode..
kalo u bagi khabir bhatia skrip nih, agak2, dia nak direct citer Cinta Kolestrol 2 x? kekek~

Unknown said...

adeehh.. gelak sampai berayaq mata nih..
good luck to Jonah. semoga berjaya. Cek ikut lepas dia berjaya nanti.

: sedang menunggu sambungan berikutnya

none said...

syoklah kisah jonah ni....
boleh buat jonah the movie atau jonah the series... siyes ni catz....
best2....

catz said...

Hajaz Zainab/mama,

yea kita doakan Jonah berjaya. nantikan episod seterusnya.
:)

catz said...

netnet,

tunggguuuuu episod seterusnya.
wakakkaka. cam siol je aku ni kan.
wakakkaa.

catz said...

mas yp,

thanks for reading,
karang catz sambung. hikssss.

catz said...

inah,

mak dah lama join gym dahhh.
hahhaha. siap hire personal trainer ok.
now je malas.

kang aku suggest kat Jonah.
hehhe
:)

catz said...

Tijah,
jom kita join JOnah jommm.
:)

catz said...

Purple,

kdg mmg susah nak carik iceberg tuh.
kena pi iceland kot?
hahaha.
apa aku merepek nihhhh.
:)

catz said...

DrSam,

saya pun nak join Jonah.
kot2 bleh kurus cam lidi.
hehhehehe.

happy new year.

catz said...

syahid,

yep. ni mmg ala-ala slot akasia.
hahahha.
novel motivasi utk ke arah kekurusan.
a'ha kan.
bestgak kalau buat skrip drama.
:)

catz said...

Hann,
i'll write the 2nd episod dan seterusnya. doakan jonah berjaya.
:)

catz said...

serisinisana,

nantikan tayangannya di pawagam pada penghujung 2011, december.
hahahahhaa.
hiks.
thanks for reading.
:)

Anonymous said...

catzzzz...
pesal kesah ko dh mcm kesah aku je neh..hahahha..nk diet tapiiiiiii...adoooai..cemana nk kuat semangat neh..kita serupaaaa...

-cikemy-

Anonymous said...

catz,bole bgtau tak aper produk yg jenah beli ngan kak ayu tu?

Ida Fahani said...

haha...saya pun sedang mahu kurus...
tapi...banyak nya dugaan...kenduri kawen berderet2...nway catz...product apa yang jonah pakai tuh?

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

azam baru.. jom2 berazam..

catz said...

cikemy,
jommm..mari saam2 ikut jejak langkah jonahhh...
kuatkan semangat.
azam new year.
hahahah
:).
thanks for reading.

catz said...

Anon,

ia sejenis jus. dalam bentuk serbuk.
jus rosale.
:)

catz said...

Ida,

saya pun sdg ikut jejak langkah jonet.
jus rosale.
dlm bentuk serbuk. bancuh dgn air dan minum sehari sekali.
amat mudah. and seminggu sure rasa perut agak kempis.
hiksss.
:)

catz said...

LIBL,

jommmmm...bersama2 mengamalkan gaya idup sihat.
:)
any run u join recently?

Anonymous said...

kalo jus roselle cam FU jer...btol ker...hihi..

catz said...

hi anon..
mungkin...
:).

marie said...

Catz..akak silaplah..produk yg akak ambik tu takde rasa jus roselle..ala2 orange tang tu adalah...sori ye...ni kes baca bab 2 sebelum bab 1