Thursday, January 13, 2011

Jonah Nak Kurus : Episode 4

Episode 4: Chubby itu seksi???


Jonah keluar makan tengahari.
Sebenarnya Jonah agak malas, tapi sebab rakan-rakan sepejabat beriya ajak, Jonah keluar lah juga.lagipun Jonah jarang keluar makan lately.Time makan ni lah nak update gossip artis, gossip taman perumahan, dan segala jenis gossip. Jonah tak menonton pun acara Juaara Laagu di Tiwi Tiga itu. Baru Jonah tau siapa yang jadi juara setelah hampir seminggu berlalu. Sabrina yang mulut becok siap kutuk JOnah sebab dia kata Jonah ni lately macam katak dalam gelas. Oh standard sikit kan daripada tempurung tu. Tapi Jonah tak kisah pun.

Jonah menguis-nguis salad dalam pinggan. memang rasa macam arnab sungguh dia rasa. Sabrina menghulur garpu mencucuk salad dala pinggan Jonah dan masuk ke mulutnya.
"Oh..i likeeee. sedap, i rasa fresh".
ha-ha.
fresh sangat la kau setelah mentekedarah beef steak dengan tiramisu.
Sabrina menguis lagi sedikit salad. Masuk mulut.

Sabrina bersuara, " engkau ni kenapa? makan daun-daun je. azam tahun baru lah ni..nak kurus macam Ziana Zain kan?" sambil buat gaya Ziana Zain angkat-angkat kening.

"Sabri, aku bukan nak kurus, aku cuma nak rasa sihat je. Aku rasa cholesterol yang aku ternak bertahun-tahun ni perlu disingkirkan".

"Youuuu..jgn panggil i sabri dan cakap kuat-kuat oke. Mak tak suka tawww". Sabrina tarik muka. Alahai, tak kuasa Jonah nak pujuk.

"Ye lahhhhh SABRInaaaaa". Jonah bersuara kuat. Muka Sabri ceria semula.

"Ko bukan gemuk Jonah. Ko cuma berisi je. Ko tau tak lelaki suka orang badan berisi. sexy gitu"
sabrina ketawa terkekeh-kekeh sambil tutup-tutup mulut kontrol tone dan piching.Kang keluar pulak tone suara garau.

Andy menahan senyum, konon-konon kosentret makan spegeti carbonaranya.

"sexy? ni mana ko dapat information ni? Kalau berjalan dah macam almari bergerak ni sexy tang mana?" Jonah menempelak.

"Iya Jonahhhh. lelaki suka jugak perempuan chubby, sexy. sedap dipandang dan dipegang awww" . Hampir tersembur air sejuk dalam mulut Jonah.

" kau ni..bercakap, atas kapasiti apa sabrina oiiii".

"Mak tau lah nok. mak kan bergaul dengan ramai lelaki. " Sabrina membalas perlahan.

"aku cuma nak rasa sihat je. sexy ke apa ke aku tak amik pot lah sabrina. Yang tengok mata orang. Yang rasa tak bestnya aku." Jonah malas nak layan sabrina.

pukul 2 petang Jonah, sabrina dan Andy sudah berada di pejabat semula.



Jonah termenung seketika. Apa nak buat petang ini?

Aku kena keluar bersenam. Ye.
Jonah tengah fikir nak join sukan yang mungkin boleh beri dia motivasi untuk selalu exercise.
badminton? kena ada kawan.
tenis? pun kena ada geng.

Golf? owh. kalau jalan sikit tengah panas dah merungut pot pet , lupa kanlah. Pernah dia mengikut bekas teman lelakinya ke driving range di hotel Eqotarius Bangii, oh Jonah rasa memang bukan untuk dia lah sukan itu. Cuba menghayun kayu golf , tapi gaya memang kelakar gila jonah rasa. Tak tau nak describe macamana. Naik fed up lah ex-boprennya itu mengajar. beriya menghayun, tapi bola tu statik je di situ. Jonah memang tak sunguh-sungguh pun. memang kena fokus, mata sentiasa ke bola, pergerakan badan kaki bagai. oh Jonah cepat jemu. Dia fikir, itu bukan jiwanya. So seiringan dengan itu jugaklah mereka berpisah gamaknya. Bukan lah sebab golf itu, tapi adalah bersangkut paut agaknya. Sebenarnya, cakap ajalah aku ni malas (ha-ha) gelak Jonah dalam hati.

Paling senang, Jonah join gym. Tapi ye lah, kalau dah pemalas tu, tetap lah malas. Jonah kena ada motivasi untuk ke arah itu. Dia ambil personal trainer. Motivasi katanyaaaa. Ternyata personal trainer itu yang begitu beriya-iya, Jonah tak pulak.

Jonah mengemas barang-barangnya tepat jam 5.30 petang.
Pakai baju sukan.
kasut sukan baru.

Memandu ke arah gymnasium.
Tapi rasa mahu jogging di Tasik.
Jonah terus memandu mengelilingi tasik. Airnya agak keruh pula. Entah apa kaitan, padahal bukan nak berenang dalam tasik pun. Jonah jadi tak ada mood.
Jonah berhenti di bawah pokok, On radio kuat-kuat.
sedapnya lagu Jostin Berger ni.
wah, syoknya dengar lagu Keiisha. Take it off..take it off.
wah..syiok.

.
.
.
.
.
.
.




sedar-sedar...pukul 7 malam.

Laaa..tertidur.

Joging dalam mimpi di tepi tasik.

Jonah memandu pulang.konon-konon balik joging?

ceh.


9 comments:

Uncle said...

ingatkan jonah lomu?!

zixol said...

alahai jonah..camni bile nak sehat..ngeh ngeh..ke dah terlebeh sehat jonag oi

attyfir said...

aku pun selalu joging dlm mimpi je

azieazah said...

JONAH tu malu nak iyakan cakap Sabrina tu kan?

Tapi I sokong cakap Sabrina, sbb I pun cubby gakkk!

marie said...

hah...haha..lawaklah catz...sampai boleh tertidur kat tasik tu...

cakap pasal nak kurus ni..akak for the first time tahun ni tak nak dah azam nak kuruskan badan..kot-kot dgn cara ni, bolehlah akak tetiba terkurus ke...kalau tak terkurus pun, akak dah tak sedih sebab tak berazam pun nak kurus..kih!kih!..

tapi akak setuju dgn catz...kita nak turunkan berat badan bukan nak nampak sexy...cuma nak jaga kesihatan...akak punya cholesterol level pun still kena jaga jugak ni..

azanov said...

hampeh jer kan.. last2 joging dalam tidor.. I pun ada masalah sama sebenarnye.. dan juga dah mcm putus asa.. cuma harapan tu sentiasa ada.. nak jd lebih sihat dan tiptop =)

Lady of Leisure said...

dalam mimpi pun jogging yer wah hebat hehe

Ida Fahani said...

hehe...joging dalam mimpi ker

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

jonah..jom kayak kat tasik s.alam.. best oke!