Sunday, January 30, 2011

Lunch di Waroeng "Ba-Be" Restotainment

Dalam perjalanan ke Malang, berhenti lunch di Batu.
Dari Batu ke Malang tak begitu jauh tetapi saja nak makan di Batu.
sebaik Pak Marji membelokkan mobilnya di sini, aku dah rasa nak lompat-lompat.
yey!
Makan time! di sebuah restoran cantik iaitu Waroeng Ba-Be.

Waroeng "Ba-Be" Restotainment

Restoran terletak di JI Raya Beji 142,
Batu.
Jawa Timur.


Ba-Be merupakan singkatan perkataan Batu-Beji di mana lokasi restoran ini berada iaitu di kawasan Beji Kota Batu. Ia juga boleh membawa maksud Barokah-Berkah untuk restoran yang menggabungkan konsep restoran dan entertainment ini.

Biasanya, sebelah malam, bermula pukul 7, terdapat persembahan 'live performance". Sambil menikmati hidangan, pengunjung dihiburkan dengan persembahan music acoustic, keroncong dll.
Menarik bukan? untuk lebih info silalah ke laman web restoran ini.



Di sini, kita boleh makan di bangunan utama atau duduk makan di atas lantai di deretan pondok.
Kami pilih untuk makan di sini. Dikelilingi pohon menghijau dan kolam ikan kombinasi menarik yang santai dan sejuk mata memandang.



sejuk mata memandang

dikelilingi pohon hijau


Restoran ini menyajikan masakan authentic Sunda (masakan Indonesia), Makanan barat dan juga fusion. Pilihan makanan dan minuman sangat banyak. Sego campor, penyet, dan pelbagai pilihan minuman dari kopi, teh, jus buahan, ice blended dan minuman terkenal jus alpokat.

Pilihan aku? tentulah jus alpokat (avocado).

jus alpokat

leez and i, macam makan tepi sawah



nasi dan kerupuk

sambal gabungan cili dan kunyit ke apa..pedas dan ada bau kunyit

Gurame bakar - a must have


tahu goreng - motif cili tuh?

sup buntut

sayur kacang -sedap!!!

Leez and Pak Marji

Pengunjung restoran ni ramai, tak putus-putus. konsep menarik dan santai. Makanan sangat sedap. Harga, reasonable untuk restoran seperti ini.



cantik!

ada rasa nak goreng tak ikan-ikan ni? No?

Pengalaman makan tengahari yang sangat memuaskan hati. Highly recommended.

2 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

wowwwww...suka dengan suasana sebegitu...with lots of plants..i love it!

Anonymous said...

motif cili?dorg kat saner kan mmg cili api tu dimakan begitu sajer..huhu..