Clap!Clap!Clap!
Sedikit catatan perjalanan di Jawa Timur dari Surabaya ke Malang.
Peta Jawa Timur. Klik untuk imej yang lebih besar.
Perjalanan bersama teman iaitu Blogger Leez yang kukenali sejak pertengahan tahun lalu.
Entah kenapa spontan memilih Surabaya sebagai destinasi permulaan tahun 2011.
Tapi perjalanan yang menyeronokkan aku rasa bila mana menjejakkan kaki ke Surabaya, aku suka!
Penerbangan selama 2 jam lebih dari Kuala Lumpur ke Surabaya.
Mendarat di Juanda International Airport Surabaya pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan.
(waktu di Surabaya sejam lewat dari Malaysia).
Melepasi imegresen dan pemeriksaan bagasi. Terdapat begitu ramai porter yang menwarkan perkhidmatan mengangkat /membawa beg. Oh, aku tak perlu. Aku light packing saja dengan sebuah beg galas yang tersandang dibelakang dan sebuah beg tangan.
Agak ketat juga pemeriksaan di pintu keluar dimana semua beg akan melalui mesin x-ray dan kadangkala bag akan dibuka untuk pemeriksaan lebih detail jika diperlukan.
Melepasi pemeriksaan bagasi, kami keluar menuju tempat taksi. Sudah berjanji dengan Pak Marji dan kami pasti dia menunggu. Melihat ramai supir dan wakil hotel menayangkan kertas bertulis nama tetamu yang mahu dijemput, kami agak panik kerana tiada pun yang memegang nama kami. Leez menelefon Pak Asyirin. Tak lama, Pak Marji muncul tersengih-sengih dengan memegang kertas tertera nama Leez.
Rupanya dia sudah menunggu selama sejam , kami yang terlepas pandang tadi.
Pak Marji mengambil mobil, sebuah Toyota Inova. Memang besar dan begitu selesa. Mobil cantik dan bersih. Pak Marji yang begitu sopan mengangkat beg dan membukakan pintu untuk kami.
Kami meneruskan perjalanan ke Malang. Melalui 2 tol tak silap aku kerana kami menggunakan lebuh raya.
Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih.
Plan asal, kami akan ke Mt Bromo, dan bermalam di resort di kawasan sana. Tapi buat masa ini, Mt Bromo sedang meletus dan ditutup kepada pelancong. Rasa terkilan juga.
Jadinya kami akan bermalam di Batu, sebuah derah berhampiran Malang.

Lebuh raya yang menghubungkan Surabaya - Malang.
Perjalanan lancar dengan di kiri kanan melewati Surabaya, nampak begitu banyak Masjid. Kami melewati Masjid Agung yang terkenal di Surabaya. Aku lupa nak merakamkan gambar dan plan mahu singgah keesokkan harinya.
Mata rasa mengantuk kerana pukul 4 pagi sudah bangun bergegas ke lapangan terbang. Sesekali terlelp dan kadangkala berbual kecil dengan Pak Marji.
Pak Marji tidaklah kelihatan tua , seperti 40-an umurnya tapi sudah punya cucu. Dia tinggal di Kota Surabaya.

Sehinggalah kami sampai ke Porong, perjalanan menjadi begitu perlahan.
Oh, tempat yang harus kita singgah. Lokasi Tragedi Lumpur Panas.
Dari jauh kelihatan kerja-kerja membina tembok sedang rancak berjalan. Terdapat begitu ramai warga tempatan sedang bekerja dan duduk-duduk di sebuah pondok kecil.
Pak Marji bertanya sekiranya kami mahu singgah dan nik ke atas untuk melihat apa yang ada di sebalik tembok.
Ya.tentu sekali mahu.
Bila mobil masuk ke kawasan tersebut dan kami dihampiri warga tempatan. Pak Marji kata kami mahu naik atas, berapa bayarannnya?
Tak silap aku 10 ribu rupiah ke, termasuk parkir. Kelihatan warga tempatan memandang kami dengan pandangan agak tajam.
Aku dan Leez agak cuak lantas kami ajak Pak Marji mengiringi kami naik ke atas.
Memanjat tangga kayu agak takut mulanya. Mampu ke tangga ni menampung berat mak ni. ha-ha. Oh, kukuh rupanya tangga tersebut.
Apa yang ada di sini?
Disinilah berlakunya Tragedi Lumpur Panas yang bermula pada 29 Mei 2006. Lumpur panas yang keluar dari bumi yang meneggelamkan 5 buah kampung dan 3 daerah. Sayup mata memandang kwasan lumpur panas yang masih berasap . Begitu luas, jadi boleh bayangkan berapa banyak kemusnahan dan korban teragedi ini.
Kami disambut oleh warg tempatan yang sukarela memberi penerangan tentang tragedi tersebut.
Mereka adalah mangsa tragedi ini. Begitu bersungguh-sungguh mereka bercerita mengenai kawasan yang ditenggelami lumpur. Bercerita kisah bagaimana tragedi bermula. Ia terjadi semasa kerja 'pengeboran' cari gali minyak oleh sebuah syarikat minyak yang dipunyai oleh konglomerat (antara orang terkaya di Indonesia). Sangkanya minyak yang keluar, tapi rupanya lumpur panas yang akhirnya menjadi tragedi menyayat hati dan menenggelamkan dan mengorbankan ramai mangsa.
Dan anehnya lumpur panas itu sejak 29 Mei 2006 hingga sekarang tidak berhenti menghambur keluar dari perut bumi. Masjid tenggelam, kampung tenggelam, kebakaran berlaku di kawasan berhampiran. Ini kerana lumpur tersebut mengandungi gas, jadi jangan le hisap rokok ke bila berada berhampiran lumpur. Silap-silap boleh rentung.
Jadinya terpaksa dibina tembok, jika tidak mungkin bandar berhampiran boleh tenggelam kerana tidak diketahui bila lumpur akan berhenti keluar. Jalan keretapi terpaksa ditinggikan beberapa meter kerana dikuatiri tenggelam dalam lumpur.
Melewati kawasan ini,kelihatan tinggalan deretan kedai yang sudah usang dan sebahagiannya musnah. masih boleh dilihat hingga kini. Para peniaga tidak boleh berniga di situ lagi. Mereka bukan saja kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal malah hilang mata pencarian untuk meneruskan kehidupan.
Seorang lelaki berulang kali menunjukkan masjid yang hanya nampak sedikit saja kubahnya kerana sudah tenggelam.
Lelaki bertopi: Itu..lihat di sana itu. Lihat itu, masjid itu 2 lantai, tapi yang kelihatannya hanya hujung kubah saja. Lihat itu . (sambil menuding ke satu arah).
Sehingga kini hamburan lumpur panas masih aktif. Yang aku bulatkan dan nampak tak hitam dalam bulatan tu? itulah hamburan lumpur panas yang sekali melambung berhamburan keluar dari bumi. Entah bila akan berhenti, mereka juga tidak tahu. Katanya mungkin hingga 20-30 tahun. Oh menakutkan. bayangkan kemusnahan yang akan berlaku nanti?
Boleh dilihat kekesalan pada wajah warga tempatan yang menjadi mangsa. Bagi mereka ini adalah tragedi atas ketamakan sikap manusia, yang mahu mengaut hasil bumi, tetapi pihak yang sepatutnya bertanggungjwab pula mengatakan ini adalah bencana alam. Ada tulisan yang aku baca di internet mengatakana bahawa, untuk menutup kesalahan, Tuhan pula yangdijadikan kambing hitam dengan mengatakan ini adalah bencana alam.
Bila difikirkan, sebelum cari gali, tidak kah dilakukan study dulu?
Penduduk tempatan sangat rasa kesal dan sedih.
Aku: rumahnya masih ingat Pak Lokasinya?
Lelaki bertopi: Kampungnya saja sudah tenggelam, mana bisa diingat lokasi rumahnya.
Aku: Sekarang tinggal di mana?
Lelaki: kami terpaksa mengontrak agak jauh dari sini (disebut nama tempat). Kampung kami sudah hilang, malah mahu meneruskan hidup juga sukar. Kami hilang sumber pendapatan. Hidup sukar sekali. Pihak yang bertangggungjwab baru melunaskan 20% saja ganti rugi sejak tragedi ini. Entah bila nasib kami akan terbela.Mencari rejeki sukar sekali.
Wajah mendung mereka buat kita rasa kesian dan berfikir banyak perkara.
Bila kami menghala-hala kan kamera, mereka beriya mahu membantu.
Kita sendiri akan faham. Bila pelancong datang, adalah rezeki buat mereka. Apa saja akan dilakukan untuk meneruskan kehidupan. Jadi elok sediakan wang kecil untuk dihulur atas rasa kemanusiaan.
Mereka merayu kami membeli VCD tragedi tersebut. Untuk meneruskan kehidupan katanya. Satu CD 30ribu rupiah dan mereka pujuk untuk beli dua, so 60 ribu rupiah. Aku cuba menawar harga, mulanya mereka menolak. Tapi akhirnya dengan skill penawaran tahap gaban cik Kiah, aku dapat beli dengan harga 50ribu utk dua VCD. Untuk menolak, tak beli aku tak sampai hati.
Tak mengapalah, mereka bukan meminta sedekah. Mereka cuma manusia biasa yang mahu meneruskan kehidupan selepas tragedi malang tersebut. Mungkin untuk membeli beras untuk disuap ke mulut anak isteri.
Lagipun aku anggap ia sebagai cenderahati.
Cenderahati untuk mengingatkan kita kepada sebuah tragedi sadis yang meruntun jiwa manusia kerdil.
aku jumpa catatan/artikel ini. PESAN YANG TERLUPAKAN. kalau rajin boleh baca untuk menyelami apa yang berlaku kepada saudara serumpun kita.
4 comments:
terharuuu....
Salam.. boleh dapatkan no telefon pak marji x? plan nak jalan2 g surabaya n tengah nak carik supir utk jalan-jalan di sana... TQ.
Salam.. boleh dapatkan no telefon pak marji x? plan nak jalan2 g surabaya n tengah nak carik supir utk jalan-jalan di sana... TQ.
Assalam…
Enjoy reading your story jalan-jalan kat Surabaya nun. Boleh tak nak minta no ctc Pak SUpir tu?..Insyallah, kami akan pergi kesana pada hujung bulan ni….
T.kasih yer, harap boleh share no ctc Pak Supir tu and drop kat my email aidaothman79@gmail.com / yusnazy@yahoo.com
Post a Comment