Thursday, January 6, 2011

Jonah Nak Kurus: Episode 2

Episode 2: air berperisa vs air kosong

Tiba-tiba Jonah rasa sakit perut.
Wah, berlari dia ke bilik air menjalankan urusan sepatutnya.
puh, terus rasa perut kosong.
sebenarnay untuk makan produk tu, kena minum banyak air.
Jonah tak suka minum air putih/air masak. Tak sedap. Tak ada rasa. Jonah memang menyampah.
Jadi macamana?
Jonah telah membeli satu kotak air mineral yang agak berjenama.
Air mineral ada jenama ke? Ehhhhhhhhhh. ada. Jangan tak tau.
Ada kawan Jonah, tak boleh minum cap tesko atau K4. Cuma boleh minum spritzerss. Eleh spitzerss pun ada dijual di tesko. Ye nok. Tapi yang penting botol nya lain. Kalau yang cap air RO murahan sebotol 80 sen tuh dia tak boleh minum katanya. Ha-ha.

Jonah tak suka minum air masak di rumah. Dia cakap rasa klorin, rasa macam minum air + bahan kimia berbahaya. Atau macam rasa minum air klorok???
Amboi, mengada-ngada kan kau Jonah.
Jadi mahu atau tak mahu, atau separuh mahu, Jonah kena minum air mineral sekurang-kurangnya 2 botol besar. Oh susah tu Jonah nak buat.
Untuk mendisiplinkan diri, Jonah letak air mineral depan TV, atas meja kerja di rumah, dalam bilik tepi katil, dalam kereta, atas meja di ofis, atas meja komputer, bawah meja , dalam beg sukan dan dalam handbag. Jadi boleh minum di mana-mana dan tidak akan terlupa atau malas.
Dah macam mental torture pulak.

Bila keluar makan, Jonah akan order air suam, air sejuk, iced water, plain water, air mineral, ais kosong atau apa-apa istilah yang kedai tu gunalah. Oh ye, tak lupa sky juice.
Oh ya. teringat sesuatu, Jonah rasa nak ketawa terkekek-kekek seorang diri.

ceritanya macam ni.

Jonah pergi makan di sebuah restoran cantik yang terkenal dengan keenakan steak nya.
Jonah pergi bersama 3 rakan meraikan hari lahir salah seorang darinya.
Birthday girl ni nama dia Norkiah. Dia asal dari Pekan, Pahang. kawan satu kolej masa zaman universiti lah ni. Dua orang lagi Juli dan Anum. Sampai restoran, pelayan menyambut di muka pintu dan menunjukkan meja yang telah ditempah oleh Jonah. Pelayan membawa buku menu.
Masing-masing belek menu.
"eh u ols ni, mahalnya makanan dekat sini" Norkiah bersuara.
Juli membalas, " ala. we all belanja lah, u birthday girl makan je ok, pilih je apa nak order. This is for your special day".
Norkiah membalas, " susah-susah je u all ni, btw thanks. " . Norkiah menunjuk salah satu menu.
steak daging yang dihidang bersama kentang, asparagus dan sos cendawan.
Yang lain masing-masing pilih menu. Juli tak agak-agak tu. Dia order lobster. Selain itu Jonah dan kawan-kawan memesan hidangan sampingan dan pencuci mulut.
pelayan mengambil pesanan yang diminta.
"Kiah, ko nak air apa?" Jonah tanya.
Norkiah menjawab, " tak tau lah nak minum apa? ko order apa Jonah?"
Jonah membalas " aku order sky juice ".
" aku ikut ko lah " Norkiah membalas pendek.
Jonah memandang pelayan. " ok, 1 fresh orange, 1 lime, two sky juice yea?"

Minuman dan makanan sampai.
Norkiah bersuara. " apa ni? air masak ? mana juice aku tadi?? "
Juli memandang Jonah. " oi Kiah bukan ko order sama mcm Jonah ke? sky juice?"
Norkiah membalas. "ye..tapi apesal yang sampai air sejuk ni ha???? restoran mahal mcm ni service pun tak bagus ke? mesti waiter tadi lupa."
Jonah pandang Kiah. " oi Kiah, ni la air kau. orang nak belanja yang ko order air sejuk sapa suruh? niiiiii sky juice kau niihhhhhhh. serentak mereka ketawa macam nak rak.
Norkiah dengan muka seposen buat lawak..." laaa..aku ingat sky juice ni sejenis air spesel warna warni macam kaler pelangi".

erk.

38 comments:

Unknown said...

lawak la catz nih.. suke tau tegelak-gelak macam nih..

azieazah said...

Alaaa bukan sorang yang pernah mengada macam NORKIAH tuuu... cover cover.
hikhikhik!

Ehh minum air masak memang bagus, sbb ianya telah dimasak, yang lain dipanggil air mentah. Haa pilih...!

NenetPenne (NP) said...

aku pun minum spritzer jer tau... tapi kalau dapat perrier lagi bagus... bluerrrk....

laaa ada gak orang tak tahu sky juice tu apa....

Anonymous said...

salam catz...
lama x borak kan, tgk catz makin cantik skrg... :)
cakap kat jonah, rajin2 minum cuka epal, bagus untuk buang lemak n tingkatkan metabolisma, murah pun murah.... klu x caya leh google.
- Micchi -

Hajah Zainab bt Abdullah said...

wah..jonah minum air putih jer...bagus tu. minum byk2 yer jonah..

Anonymous said...

hehehe teruja gua baca

zixol said...

hahaha..menyot sungguh ..hahaha lawak guling2

Lady of Leisure said...

huwaaa ada masalah gak nak minum air putih, kene yg manis2 skit hehe

orangrawa said...

sapa jonah?

Mummy Irfan said...

kekekekeh...sy pun tergelak2 sorang2 bace cerita ni...

ada episod 3 tak?

attyfir said...

salam catz...tergelak den baca..hihihihi

none said...

ada pun episode 2... tak sabar nak tunggu kisah jonah the series ni....

lari tajuk ni...
netnet ni nenekpenne ke?
kalau ye, saya sgt rindu nak baca blog kamu...tp dah di private...huhu

catz said...

Hann,

this is half true story and half is fiksyen je.
:)

catz said...

kak azieazah,

hai..thanks for dropping by.
happy new year.
:)

catz said...

net,
perrier??????????
a'ah ahahhahahaha. mentel.

catz said...

Michhi,

cuka epal? sedap tak? hahahha. kang mak suggest kat jonah.
aku makin cantik?
wakakkaka.
ko tgk kat mana ni?
salah org kot.
aku cam ni sajork.
keekkeke

catz said...

Mama@hajah zainab,

mama jadik pompom girl kat Jonah eh.
:)

catz said...

Anon,

hi..happy new year?
teruja?
wait for next episode.
thanks for reading.

catz said...

zixol,

weh..menyot tuh gapo?
hahahha
:)

catz said...

Lady of leisure,

bubuh lemon hiris..
sedappp.
:)

catz said...

Prang rawa,

Jonah ni cerita rekaan. xde kena mengena dgn yg masih hidup.
:)

catz said...

Irfan Comel,

hai..
how are you?
thanks for reading.
any new year resolution?

:)

catz said...

serisinisana,

hai..
wait for next episode ya.
:)

catz said...

atty,
salam.
hai..how are you?
ko gelak?
ko tamau join jonah ke?
hiksss

afendi ariff said...

ada bau2 bacang ngan jonas brother ke?
heh!

Anonymous said...

catz,
cuka epal tu mmg x sedap, campur madu pun masih x sedap tp khasiat dia tu yang sedap, hehehe...
gambar tengah pilih buah tu, sweet je tengok... :)
- Michhi -

chics said...

Hello, ini adalah chics.Saya telah hantar email dekat awak

If you didn't receive any, mungkin dalam spam mail :( [[yes, I know adalah bongok nak kasi tau dah hantar email but I still do it sebab my email selalu tak sampai]

Anonymous said...

catz tlg mntk nenekpenne invite umie ke blog dia.....umie dah tak leh buka blog dia lah...sedih....

-umiesafa-

Anonymous said...

salam. tak taulah msg ni catz dpt ker tak. umie pakai belasah jer ni. umie nk mntk tlg catz bgtau nenet invite umie kat blog dia. dah tk dpt ikut perkembgan nenet skg . sib baik umie tak kehilangan catz jugak. tlg ya suh nenet on pada umie...windu nak baca kisah2 sedih dia tu....
-umiesafa-

catz said...

affendi,
ada kot..
hahahhahah

catz said...

Michi,
kang aku caghik kat kedai..
iskkkk..tajam tak cuka2 nih?
:)

catz said...

chics,

sala,
hi chics, welcome to catzscafe.
salam kenal.
yes, i've received ur e-mail.i'll reply it soon.
thanks.

:)

NenetPenne (NP) said...

bravooo sebab catz gigih melayan komen peminat2nya....

eh apsal entry baru aku tak leh baca.. apsalllll???? :P

marie said...

Catz...lawaklah kawan hang tu..tapi kesian kat besday girl minum sky juice aje tau...korang tak order juice baru ke utk dia?..

catz..rasa akaklah, akak blh agak jugak produk yg catz ambik tu sbb akak pun pernah cuba produk tu...mesti terkincit-kincit tau berlari ke bilik air...sebab selalu sgt tau rasa nak terkencing..ala2 mcm nak pecah pundi kencing tau..jelah, sebab kena minum air 2 botol mineral besar tu..

catz said...

hi chics,
welcome to my blog,
yes..i've replied ur e-mail.
:)

catz said...

k marie,
camna? berkesan tak??
sedap kan..? kan..kita sukaaa.

catz said...

umiesafa,

i believe she read ur comment.
:)

catz said...

netnet,

ni ikut nasihat hang laaaa