Tuesday, January 11, 2011

My new gadget : untuk perusahaan kerepek Arrow Head

wah, tahun baru beli gadjet baru lah ye tak?
apa? HTC ? samsung galaxy ? android???

takkkkk.

gadget utk dapur u ols.

sabtu lepas, aku pegi pasar pagi.
this is pasar pagi that we used to go on saturday. Dari kecik aku dah pegi pasar pagi ni.
Dah lama gila aku tak pegi , so sajalah teman mak & abah.
Jalan-jalan beli ikan, tempe, buah limau, bawang, bunga kantan, ikan bilis, ikan kembung, ikan mayong.
Actually, here u can get anything lah dari selipar jepun to toys, kuih muih, murtabak, periuk, etc.
ehhhh. Tudung syria oso ada lahh. RM10.00 selai. Nak beli kain pun ada.

Tiba-tiba...
ternampak orang mengerumun satu gerai,.
wah.aku pun nak joinla sebab yang mengerumun tuh makcik-makcik. Ala-ala kak Nam.
sure must be something interesting lah. Kalau pakcik-pakcik kerumun gerai jual ubat kuat tak koser den nak join.
And all the makciks melihat sesuatu dengan penuh khusyuk.

suara lelaki: Haaaaaaaa. ni...nak masak, tak payah tumbuk bawang,. Sini pakcik tunjuk. Haa..senang tak? Pukul 4 pagi nak siapkan bekal anak pegi sekolah, buat nasik goreng, tak payah guna lesung. karang jiran ko mengamuk dengar bunyi lesung. Atau makcik Senah yang jual kuih, nak potong kentang, tumbuk bawang..nahhhh. Ini alatnyaaa. senang!!

wah. alat apa tu pakcik?

Makcik 1: eh..senangnya.
Makcik 2: macamana nak dapat bentuk macam ni?

Pakcik: Haaaa. akakkkk kalau nak buat gubahan, pergi rewang kenduri kawin, bawak satu alat ni je. tak payah bawak pisau dah. (pakcik pun demo how ukir timun, potong karot bentuk KLCC, potong timun jadik mangkuk cantik, potong bawang jadik bunga).

wah. impressive u ols.

eh. korang dah pernah jumpa ke benda ni?

ke aku yang jakun sorang-sorang ni??????


Demo ala-ala smartshop punya show kat TV


So, aku pun sekali lah menyampuk-nyampuk suruh dia buat bentuk itu dan ini sebab aku dah plan nak beli. (
wah aku pulak yang lebih-lebih, kalah makcik-makcik tu semua). Kang balik tak reti guna, duduk dalam kotak je lah jawabnya. Dahla tak ada manual. so aku suruh dia demo macamana nak buat kentang yang lubang-lubang tu. then potong kentang yang bersegi2 macam kentang yang jual kat supermarket. Lepas tu aku suh dia tunjuk how kupas karot..wowww! tak sampai 30 saat je ok. dah togel karot kau.
And guess what? rupa bawang yang disagat (tak yah tumbuk) sama mcm kau blend oke! ala..lupa nak amik gambo.

wah jakun kan aku ni.

dari jauh mak dgn abah aku dah cekak pinggang sebab tunggu aku lama sangat.




so ini lah dia benda nya. tadaaaa. shredder ke apa nama tah. dengan 8 mata. boleh tukar-tukar mengikut kesesuaian tujuan.

So aku punya 1st tujuan : mengusahakan kerepek arrow head.

boleh la test gadget baru nih.


yeah. seasonal vege. Arrow head sudah datang kembali. so aku pun dengan tamak beli.

aku rasa dah dekat 3 minggu beli tapi masih lagi tiada penghasilan kerepek. sebabnya aku malasssssssss.
so, dengan beli gadget itu, aku sajalah test malam tadi.


Kupas le buah arrow head itu.


Dan aku sagat dengan mata parut kerepek menggunakan gadget baru itu. Bulat-bulat. Ada cara nak adjust kenipisan atau ketebalan kerepek. senang u ols. tak yah gigil-gigil hiris guna pisau.
Some people dia akan jemur dulu, bagi air kering etc.
Aku malas.
konsep aku dari dapur terus ke mulut. so tak sabar nak jemur atau keringkan guna hair dryer ke apa. aku panaskan minyak. buh garam sket dlm minyak.


Dan goreng! TAPI.

menggorang adalah memerlukan kesabaran yang jitu. sebab? Api kena kecik dan rajin terbalik-terbalikkan. jika tidak ia akan menjadi kerepek rentung ya adik-adik. Aku memang berdiri depan kuali. jaga api. kejap kecikkan, kejap besarkan sket. adjust2 supaya kerepek itu rangup dan tak rentung melampau.
Tapi second badge aku rentung. tau kenapa? aku goreng ikan kat kuali sebelah. lepas tuh cam siol je ikan tuh meletop-letop. Ni yang meletop siap bunyi kuat dan percikan melampau oke. (sapa suruh kau baling ikan dalam kuali ha kiah?? manalah ikan tu tak murka) . sendiri yang bongok lagi nak marah.
terpaksa aku melarikan diri kejap. aku datang balik, kerepek arrow head aku dan ala-ala kerepek afrika.(ada ke??)

so inilah hasilnya.

sedap gila! yang hampir hangus itu sangat extra kesedapan.

sila lah ke supermarket , beli arrow head 10 kilo sorang dan sama-sama kita mengusahakan kilang kerepek.

oit, twit.

aku dah chop nama kilang aku :

KIAH DE CARE- RAYPECTS (specialization : arrow head)
nama macam international gitew kan. maklumlah nak menembusi pasaran italy, peranchis, amerika latin.
tapi mcm bunyik nama racun serangga je kan.


nama melayu: Kilang kerepek Kiah Vouge

hik.

37 comments:

none said...

blum penah jumpa lg arrow head tu kat galapagos ni... balik semenanjung ni nak carilah....

netnet,,, sgt rindu nak bc blog kami...pleaseeeee invite me....
tq2

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam..
memang berguna sangat penyagat tu... akak pun dah lama beli satu.. siap belikan utk mak & adik2 jugak..
selalu guna utk sagat mangga utk buat kerabu, carrot dan lain2 lagi.. sangat mudah kerja ada benda ni..

Tijah said...

kellasssss nama kampeni ko nyahhh. boleh aku join slipingpatne? btw...rasa cam nakkkkk jer satu gejet tu. nati balik kampong kirim blehhh?

NenetPenne (NP) said...

catz wey.. gajet tu dah lama ada kat pasaran...aku yang tak tahu masak ni pun tahu tapi sebab aku malas kan, so aku tak beli..tapi sekarang aku mcm nak beli pulak....saje buat koleksi kat rumah...bukanlah sebab aku dah rajin..ha ha ha...

aku ingat buah tu sengkuang cina.. now i know that buah is arrow head..

nanti kau buat usahawan kecil2an tu aku nak order kerepek kau 2 kilo okehhh...

NenetPenne (NP) said...

eh nak komen lagi...
wahhh nama RAYPECTS...very the innovasi terkini laaaa...ha ha ha...

AyunasiA said...

ala catz, ingat nak tnjk kepek yg lubang2 tu. tnjk la tnjk la.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

mana nak cari gejet nih...sangat bagus utk membantu keje2 kat dapur mama!

Mummy Irfan said...

hihihhikkk...
nama kilang tak nak kalah..klakar la catz ni..

btw,catz asal parit sulong ker??kita seri medan..

zixol said...

haha..apesal xbuat bentuk lobang2 kat kerepek tu kiah oiii

Anonymous said...

hish..canggih betul alat itu kan..unfortunately, tak penah reti pakai. habis terer pun, sagat ubi kayu buat kepek. nak sagat jadik macam chip kat supermarket tu, memang fail ah. Maybe cats boleh ajarkan..*ehemm..*

owh, btw, RAYPECTS tu macam bahaya je nama. Kang tertukar jadik rayPEST plak, haru~

afendi ariff said...

merepek....
heh!

nur easy said...

xpenah rasa lg kerepek ni. cepatla cik kiah vouge buka online shop. xsabar nak order ni..;)

catz said...

serisinisana,

salam,

kat galapagos sana takde buah ni? hemm..kena import exposrt dari semennajung sini lah gamaknya.
:).

catz said...

Madiha,

hai...how are u?
yuo. sgt mudah. setakat ni baru try utk emmarut kerepek.
kang try utk benda2 lain seperti menyagat bawang etc.
nampak sng tapi kdg sangkut2 gak ai nih.
ihiks.

catz said...

Tijah,

kalau aku tukar dengan gadget terbaru yg kuali tu oke tak?
hahaha. tukar suka sama suka.
hihihihihiihihi.

catz said...

Tijah, eh 2 kali aku reply,

slipingpatne? ala..ko pompuan tak best. kalau lelaki i oke.
wakaakakakkakaa. merapu mak nih.

kang valik kg mak belikan. nak berapa?
murah je..RM10.00. ko kalau nak banyak utk niaga oke gak.
hahhaha.

catz said...

netnet.
2 kilo??
hahahhaha. 6 bijik cuma dapat segitu je nok.
kalau dua kilo mak kena beli 20 kilo kot.hheeheheh.
ala..ko buat le kat rumah, try 4-5 biji.tgk..sedap ok.

catz said...

nenet,
mcm nama racun serangga aku rasa.
hahhaa

catz said...

ayunasia,

aiyooo..mak tak gigih ok nak buat yg lubang2.
hahhaha.
malas.eh ko try la..sedap!

catz said...

mama,

nak catz belikan ke?
boleh je.tunggu kita balik kg.
:)

catz said...

Irfan comel,

yup. pt yg sulong itewww.
:).
medan? dekat weh.
jom ngetehhhhh.

catz said...

zixol,

weh..benda ni ko goreng 5-6 biji sket je hasilnya. so rugiiii la kalau buat lubang2.hehhehe

catz said...

Dearhoneydew,

welcome to catscafe.
nanti if catz rajin catz akan buat entry caman guna. catz pun baru je reti sket.lepas tuh pelua pulak.
hahaha.nama kompeni aku merepk sgt kan.

catz said...

afendi arif,

merepek?

kerepek la! kerepek sedap!hahahhaa

catz said...

nur easy,

salam,
welcome to my blog.

cuba lah buat, sgt sedap! lemak gitu.
online shop jual kerepek arow head? wah..a good idea.
hiks...

btw,thanks for visiting my blog.

Dessert Queen said...

Best....

Uncle said...

jangan disagat sekali dengan jari sudahlah...nanti jadi arrow fing!

Tijah said...

mak nak 1 jer. tukar dgn kuali? baidewey...gejet tu mampu flip ker? huhuhu...

Anonymous said...

hallo...alat ni dah lama ada..since my mum muda rumaja lagi taw...ehhehe

eh apa cite your kucing hari tu?

azieazah said...

Hebat..!
silap silap bleh buat tv show sendirik nanti... :)

catz said...

hi nowwa,
how are u?
thanks for reading!

catz said...

uncle,

yes..kang betul2 jadik finger food.
haahhaha. mmg takut gak masa menyagat tuhhh.

catz said...

Tijah,

weh, kuali kau cuma boleh flip jek..
ni parut ni ada 8 mata tauuuu.
ko boleh buat bisnes gubahan oke!.
jom tukarrrr.
hhahhahah

catz said...

Anon,
hiii..
kucing????
kucing apa?

catz said...

hi kak azie,

show tibi senirik?
kan..pakcik tuh bagus cara demo dia.
mak sukerrr

HaniFadil said...

terbaek entry ini.. *LIKE*

Yanti Othman said...

salam perkenalan catz..

I beli gadjet tu kat vietnam tau.. masa trip Nov '10.. mak kakak makcik sume beli.. mcm takde kat m'sia kannn.. kesian btol la kitaorg pikul balik...