Ranau-Kundasang-KK- KL
Dari Ranau, kami bergerak balik ke Kota Kinabalu.
stesen teksi dan bas Ranau
Banyak pilihan kenderaan untuk ke Kota Kinabalu dari Ranau. Kami pilih naik unser. bas mini, teksi pun ada. harga lain-lain.
Perjalanan balik pun hujan. jalan basah, nampak licin. Dengan keadaan kabus, agak scary jugak lah.Pernha juga hampir bertembung dengan kereta yang memotong melulu dari arah hadapan.
Mujur pemandu cekap, sempat brek dan mengelak. Huh...
Melalui lencongan di kawasan tanah runtuh. Jalan sgt berkabus, dan jarak pengelihatan agak terhad. melalui beberapa nam tampat. Antaranya Nabalu. kemudia terus menuju ke Tuaran, Tamparuli, Sepanggar dan terus ke KK.
Perjalanan selama 2 jam lebih juga sebab dua kali berhenti di area tanah runtuh.
Ok..here we are..KK town
Kota Kinabalu
Plaza warisan
Sampai di KK, turun di Padang Merdeka dan jalan kaki pegi makan di restoran yang sedap. Selepas itu merayap kejap di pasar (pasar kraftangan) dan pasar ikan masin.
ye-ye O amik gambar cili. Wah makcik ni terus je susun cili dia cantik-cantik.
Aku memang sukaaaaa sgt pegi pasar..baik pasar malam ke...pasar ikan ke..kat sini macam-macam ada. Lokasi? depan HOTEL LE MEREDIAN. Aku datang awal lagi. Peniaga ada yang baru nak susun barang dan mula berniaga. Gerai-gerai makan pula sudah beroperasi.
nak kena cili?
dari asam jawa sampai lah serai merai, bawang-bawang, telur masin dll
Nasi campur dan lauk pauk
susun...susun sayur
hi...!
gadis Sabah yang manis dan sporting..
ceria..!
Oh, terserempak dgn dua gadia manis yang sporting sangat. Aku hala kamera, derang siap posing-posing mcm-macam gaya. Thanks u ols. Cantik derang ni..
:)
buah avocado, kulit kemerah-merahan eh?
Kami makan durian. saja nak rasa durian di Sabah. Pi kat Ranau jalan-jalan tak jumpa. derang kata kena ke pasar.
durian ni ada yang dijual bijik dan ada yang dia belah siap-siap bubuh dalam polisterin container tuh. Ye laaa..bukan sumer orang gigih nak bawak balik kulit durian ok..
aku pinjam durian dari abang durian..
mat saleh yang duk amik gambo...dia siap amik gambar kami makan durian
Makan 2 biji durian, suruh abg durian belah, takmo mkn dlm polisterin....dia dah pegang. So aku suh dia belah, dan kami langsaikan makan kat situ jugak. Orang tengok macam pelik je..hahaha..
mak fedulik. Makan durian kat kaki lima kedai oso mak pernah (tu diaaaa gelojohhh).
Durian ni sedap gila, pahit-pahit manis..uiiii....ok..kita belah lagi sebijik.
Masa duk makan ni, mat saleh yang duk amik gambar tuh amik gambar durian yang kami makan. Nak gak pelawa kasik, tapi takut dia hempuk aku dengan lens nik0n dia yang besor cam belalai gajah tu..mat saleh ni kalau bau durian dekat2 biasanya akan larik lintang pukang.
ngggaapp..
Makan on site 2 bijik berharga RM10.00. Macam mahal lah...yg sebijik mula2 ada 3 ulas je, tapi besar-besar. Tapi dah tinggai makan tak yah berpeluh belah dan utk hilangkan kempunan ok lah.
Lepas berdurian, bergerak ke pasar kraftangan
Macam-macam ada. dari t-shirt, key chain, pasu, fridge magnet dan segala cenderahati.
Fridge magnet
pasu
oh yang famous di sini, mutiara Sabah dan juga kristal
T-shirt
suasana dalam pasar kraftangan.
Dalam ni banyakkk sgt kedai. Pandai-pandai nak tawar harga.
Suasana di kaki lima,dipenuhi dengan tukang jahit.
ok..aku sempat pi pasar ikan masin.
macam=macam hasil laut
eh..sempat tuh, sambil kira ikan bilis..yo!
aku beli ikan masin sket dan juga kuih cincin
sebelum ke airport, minum air kelapa. Kalau ke sini tak sah kalau tak minum sini.
slurppp!
kelapa muda...menggiurkan.
Aku makan gak puding kelapa. Then suh akak penjual belah kelapa ni...
ok..bergegas ke airport...
bye Sabah.