Tuesday, January 12, 2010

TQ, Xie Xie

sambungan catatan pengalaman saya yang mungkin berbeza dari orang lain.
Sebelum keluar berjalan dan merayap, aku pi kat receiptionist hotel, mintak tolong tulis perkataan penting dan nama hotel dlm bahasa cina. reason?
oh..di sini, aku tak jumpa seorang pun yang boleh berbahasa Inggeris kan. Jadik, sediakanlah payung sebelum hujan. kot lah tersesat karang, at least bleh naik teksi tunjukkan je nama hotel dlm chinese tuh kat drebar teksi. Takdelah karang tersesat sampai Mongolia sana.
Takdelah aku nangis tersedu sedan karanggg sebab tak reti balik rumah.


Mereka beri aku kad yg berlipat dua. Bhgn depan nama hotel, sebelah dalam nama-nama tempat penting yang biasa pelancong pergi dan sebelah belakang adalah perkataan basic yang boleh dituturkan utk berkomunikasi.


Nama-nama tempat

Basic words

kalau orang kata kat jepun susah nak travel sbb nak jumpa org ckp bahasa inggeris susah dan payah nak communicate, aku rasa sana lagiii oke. Pernah aku terpinga2 tataw arah, duk tgk peta kawasan, ada pakcik tua tegur aku, " eskusme, may i help you?" dan dia bleh ckp dlm bahasa inggeris walau sepatah2 dan campur aku paham, dia paham.
Kat beijing ni lagiiiiiiiiiiiiiiii susah berganda aku rasa. aku ckp " Great Wall" pun org tak tau.
Nasib jugaklah bell boy di hotel bagi aku peta, dan siap bulat2kan, siap ckp roughly ttg arah, jarak, berapa minit naik cab dan sebagainya. Dan dia suggest utk tempah kereta berserta driver dgn dia utk jalan-jalan dgn harga 600 yuan pegi ke beberapa tempat.



Yang aku nak citer ni tentang naik public transport kat sana.
Samada bleh naik teksi, bas, subway dan keretapi (utk ke tempat yg jauh dan pinggir bandar).
Saja lah nak try jalan-jalan dgn public transport derang.
Yang agak azab sebab mostly signbod dlm tulisan cina, dan kdg dah sampai tempat baru nampak yg tulisan rumi.
Nak ke stesen keretapi pun kan, sesat!
Bila berenti tanya orang kan...kita ckp bhs inggeris, mereka memang akan ckp cina.
so kalau nak tanya nama tempat, takyah le ko tanya dgn full sentence.
cukup dgn ckp nama tempat, cth " Badaling?" dgn gaya ko nak tau benda tu kat mana.
so ckp 'Badaling '- nama tempat. karang dia tunjuk-tunjuk arah. Pastuh ko pepandai lah..
hahaha..
kalau kau tanya " eskusme, may i know how to go to Badaling?"
dia akan jawab.."cong-ceng-cong-ceng-cong-ceng-cong-ceng.".sampai minggu depan pun tak paham maksud ko apa.
ckp je nama tempat udah.
Tapi takdelah selalunya berkesan.
masa aku nak ke Russian market (org hotel ajar Russian market = Yao Bao Lu).
keluar dari subway, tanya org... " Yo bao lu?'
orang duk terpinga-pinga. err...aku salah sebut ke?
ke dia dengar aku sebut " Yo kuih bahulu" tu pasal dia tak paham?
Kepala pun berpinar coz sana sini tulisan cina dan tak jumpa seorg pun yg bleh ckp english sket2.
huh..kena betulkan sebutan ni.
Finally jumpa gak org yg paham, tapi sgt azab, org tu pun tak sure kat mana, dan aku pun tah berapa kali tanya org dgn sebut " Yao Bao Lu" - prektis makes perfect kan?
akhirnya sampai gak russian market (tulah konon taknak naik cab, nak naik subway).
Tapi good experience jugaklah.


Ini adalah suasana di stesen keretapi, North Beijing Railway Station.
azab tak? semua tulisan cina! even dia punya information pun dlm tulisan cina!
pi information kaunter nak bertanya, tapi perempuan tuh ckp cina kuat2 pakai mikropon pulak tu!
so how kan aku nak tauuu yg mana train pi Badaling utk ke Great Wall??
oh..itulah gunanya study sebelum pegi. Study no train utk ke sana. so dah ada catitan. Nombor je yg tak dlm tulisan cina..hehehe..so agak-agak le kan...
aku tgk banyak sgt barisan, so tataw actually nak beratuh line mana. oleh kerana ke Badaling adalah S2, so hentam je lah beratuh bila antara tulisan cina terselit perkataan S2...and dah lah barisan panjang. Tanya org pun sama je lah resultsnya. derang ckp cina beriya-iya.
Dan some of them sgt rude, main potong barisan je time beratur. geram!
huh. Yang penting study dulu sebelum pegi, so bleh tau jadual train, jangkamasa perjalanan, so bleh agak pukul berapa nak patah balik ke town sebab winter nih pukul 4 lebih dah gelap. Kalau tak karang mau tidur kat tembok cina karang.



Yang ni adalah subway route, ada beberapa line. Line 2, line 10, line 4, etc ikut warna.
Tambang ada lah sgt murah! kemana-mana pun 2 yuan saja. Tak kira lokasi. Even kita boleh tukar-tukar line dlm tuh sebab ada line yg bersilang / stesen yg sama utk tukar line utk guna tix yg sama. Tapi kalau dah keluar dari stesen, kena beli tix baru lah.
oh ya, nak masuk stesen ni bag dan barang2 kita akan discan oleh security.


subway

Naik subway sgt convinient, tapi haruslah peta bandar dan subway route map sentiasa kat tangan.Tapi senang sbb pengumuman dua bahasa, cina dan inggeris, plus ada indicator stesen. so tgk tu je dah leh jalan.

catz in subway

Di sesetangah stesen, subway sgt sendat oke..ye lah..rakyat dia di Beijing je more than 17 juta kan.. kawan aku kata kat jepun terutamanya di Shinjuku, kalau naik train org ramai gila, kat cina ni aku rasa adalah berganda ramainya.pack gila.
Yang susahnya, bila keluar subway, tak tau nak amik arah mana. so hentam je lah...kdg tuh sampai lah jugak.
ok..jalan-jalan...





hiks.



dalam subway


selain tuh, teksi sgt banyak, so naik teksi bermeter, dan tunjuk je kad kat atas tu..selamat sampai.

hah..ni kan....keledek bakar. masa jalan-jalan terjumpa beberapa penjual. Baunyaaa...uwwwww...mmg lah harus aku beli. derang jual ni atas basikal. siap ada tempat pembakar, keledek ni bubih atasnya cam tu. Nak beli dia timbang keledek tuh pakai timbang cam dacing kecik tuh. Aku beli seketul, 5 yuan . besar keledek tuh bleh makan dua orang. tgh sejuk-sejuk, pegang keledek panas, aku siap buh kat pipi plastik keledek tu.hehehhe


Time duk jalan-jalan tuh adalah beberapa peristiwa kelakar sadis..tak larat nak tulis. Jumpa peminta sedekah yang duk followww sambil merayu-rayu. bagi je lah sket kan..kesian pulak plus ko tak bagi dia akan ikut je tak nak pegi.
Tapi yang penting boleh gak le bergerak jalan-jalan dlm serba tak tau.

36 comments:

anggun said...

u ni kelako la catzs....i everyday open ur blog..nantikan cite u..terkekek2 i gelak sorang2...

Anak Jawa said...

ermm, jumpa Jackie Chan tak? hehehehe

afendi ariff said...

aku igt hang li po mana la tadi.....hang catz upa nya....heh!

DrSam said...

Walauweee...lepas ni kena belajar cakap cina lah pulok. Eh...keledek mengiurkan tu sebut macamana dalam bahasa Beijing Catz?

Uncle said...

Dear Catz.
Gambar last tu memang best sebab kalau kat Tokyo pun masa musim sejuk depa akan jual ubi rebus kat tepi jalan...

anne said...

jeles la catz...selalu je holiday. best betul

atty's said...

wow..aku mcm kenal je ..permaisuri tuh..

O J O L A L Y said...

hahahhaha..anggun jgnkan ko sorang bukak blog si catz ni..aku pun sama...hehehhe...kecur lak tgk keledek tuuu..kuning semacam aje...sedap agaknya..kalah jusco nyer

INTAN RH said...

Catz ni asik melancong jek..msti sonok kan.. :)

aZizoL said...

hahaha..lawaknye aku bace ko travel camni..tp xtau ler cemane ko sengsare kat sane..

mcm sronok je kan..

haha

hajah zainab bt abdullah said...

adventurous betul catz nih!

Leez said...

catz,

Memang azab betulkan kalau depa tak faham apa yg kita nak. Rasanya mcam buang masa plak kan nak terangkan satu persatu.

Takpa catz...itu experience namanya. Pengalaman mcm ni kat negara org kita akan kenang sampai bila2...kan.

anggun said...

ojolaly : wlpon ku tk kenal miss catzs ni...tp, cr writing dia menghiburkan org...time ku tensen2 kt tmpt kojo...bkk la blog si catzs..hrp2 ada entry baru...blh sengih2 sorang kt tmpt sndr...hu hu hu..

NenekPenne said...

nak eksyen dgn catz sebab i pandai cakap mandarin..

Yao Bao Lu

bacaannya.. Yau Pau Luk

Lu = jalan

Mama Miraki said...

tengok masyarakat kat china tu yea...semua gunakan bahasa ibunda diaorang kan....cuma tengok kat KL ni semua berlumba nak guna bahasa asing kan...

catz said...

anggun,
thanks for visiting my blog.
enjoy reading..
errr...kelakar kah..
hhiihihi..
btw glad u enjoy it.
:)
jangan jemu melawat.
salam perkenalan.

catz

catz said...

AJ,
tak jumpa jackie chan.
bukan dia duk Hong Kong keww???
kan?

catz said...

afendi,
aku hang lipat..hahahhaa

catz said...

DrSam,
ye..bagus gak kalau nak kesana belajar bahasa sikit2.
keledek tuh? tak tau lah doc,
main tunjuk je..
ihiks.
tapi sgt manis dan sedap!

catz said...

Uncle..
yee...memang ada..
sedap kan..empuk dan manis..mkn panas 2 time sejuk..pergh..

catz said...

anne,
nak join?
jom...
now tgh carik geng utk next year plan.

catz said...

atty,
yang mana? permaisuri yang anggun itu kah??hahaha

catz said...

OJOLALY,
hai..
eh..jusco ada jual eh? yang dha masak ke??
mmg kecur tgk.tu yang beli..terus masuk mulut..hhehe

catz said...

INTAN,
ada seronok, ada tak seronoknya..
dapat pengalaman baru yang pentingnya..

catz said...

azizol,
mmg kdg seronok, kadang tak..
ada lah pahit manisnya..menimba pengalaman..

catz said...

mama@hjh zainab,
taklah adventorous sgt..
sket2 je...kalau pi backpacking maybelah lebih adventure.

catz said...

Leez,
memang akan jadi kenangan sampai bila2..
pahit manis, masam kelat.
u pun sellau berjalan kan..so tau lah betapa pengalaman mcm ni takleh dinilai dgn wang ringgit..
see new things..meet new people.

catz said...

anggun,
oh..baca blog ku bleh kurangkan tensen kah..hihihihi...
enjoy reading ya..

catz said...

Nenet,
ko bleh ajar ckp cina eh..
meh bukak kelas ...
ni mandarin kah?

catz said...

Mama,
maybe sana mengamalkan dasar tertutup..
so english tak berapa penting..kecuali di beberapa sektor seperti perhotelan.

anggun said...

x penah rs jemu walau sekali pon..terhibur sgt..!!

AyunasiA said...

ok catz, dah tukar assumption. steward plak. :)

NenekPenne said...

bolehlah sikit2 cakap mandarin, nak kata terror tu tak lah...
kalau u nak belajar mandarin, u boleh pegi uitm, amik kelas bahasa mandarin under Pusat Pengajian Bahasa...
6 bulan belajar, kosnya RM450 persemester... kacang jer tu kan..
satu minggu 2 kali kelas, 2 jam

kelas waktu malam, start jam 8.00 - 10.00 malam...

sila lawat laman web Uitm yer..

bukan setakat mandarin jer, bahasa peranchis, jepun pun ada...

catz said...

anggun,
thanks.
:)

catz said...

ayunasia,

i stewardess??
oh...terharu...

catz said...

nenek,
ada gak pikir nak beljar bahasa lain,
tp masa lom izinkan..karang if dah tak busy travel kot.tq 4 info