Sunday, January 17, 2010

amik kamera! kejap lagi Gunung hilang!

Pandangan dari tingkap bilik.
Sebenarnya tgk live dengan mata lebih cantik dari gambar.
17.01.2010




sunday morning..

someone is screaming...
and followed by others...
terdengar jeritan jiran di awal pagi...
"cantiknya gunung!!!..."
"cantik!."
"kamera..kamera!"
ehhhhhhhhhhhh..
motip...ko tak pernah nampak gunung ke, hingga jerit-jerit lalu mengejutkan jiran sebelah yang duk buat taik mata...??
anddddddddddd...

suddenly..
i was like....??
oh?
gunung?
guuununggg??
eh..ni bukan katil kat rumah lah kiah...
ko kat kaki gunung kinabalu la.....
OMG...

i'm in kinabalu...
yeahhhh!! aku cam terasa hendak melemspangs diri sendiri..
yeaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
open the window..and there u go..
tersergam gunung kinabalu di depan mata.
apa lagiiiiiiiii!..
cik kiah amik kamera compact...eh, tak puas..amik SLR.
then only i realised that i didnt bring my zoom lens!!!!!!!!!!!
aaa..rugi!!!!!!!

ok..katanya the best view adalah di awal pagi.yes true.

aku sampai semalam, satu hapa pun tak nampak.
ada juga baca blog orang, yg capture Mt kinabalu dari atas plane.
aku? tak la..pasal dari KL sampai le KK aku mcm dah termakan ubat tidur terlebih dos.
Duduk je, aku terus tertido.
tetiba aku rasa kapal terbang dah terbang tinggi, aku toleh ke tingkap putih je...dah atas awan.
tersedar bila FA kejut hulur food.
aku makan, pastuh terus tertidur balik.

zzzz....
sampai di KK hujan gerimis.
Naik teksi ke Padang Merdeka utk cari kenderaan ke Gunung Kinabalu...eh..ke KUNDASANG.
Dah dapat kenderaan, beli food sebab nak tunggu kereta penuh.
Nak kejar masa, tapau je food, sebab fikir karang dah sampai Kundasang lapar.

Naik UNSER yg menuju ke RANAU.
2 jam perjalanan. Hujan, jalan licin, mendaki dan melalui beberapa kawasan tanah runtuh melambatkan perjalanan.
Penumpang lain turun sebelum Kundasang dan di bus stop Kundasang.
Unser meneruskan perjalanan.
Turun di hotel penginapan. Hujan dah agak lebat.
So kaki gunung, ke puncak gunung ke memang tak nampak.

sampai le pagi ni dgr jiran sebelah duk jerit-jerit nampak gunung.

Terdengar salah seorang penjerit memanggil kawannya..
"MAT..! cepat amik kamera...kejap lagi gunung hilang!"

eh..kuatnya suara kauu!
(agaknya kawan dia duk membuta lagi la).
terdengar suara kuat.." haii lahhhh..rezeki...rezeki...nak nampak gunung depan mata"
dan duk ulang-ulang.kuat gila...
pastuh dgr riuh bising, trip secara reramai kot. Sekejap dgr nada suara KL, sekejap dengar nada suara Pantai Timur.
oh derang menebeng beramai-rami kat tingkap.
terdengar salah seorang cakap " ko nampak tak yang macam kotak kecik-
kecik tu? kat situlah guide org panjat gunung tinggal. Dari situ derang akan bawak pendaki naik, masa gelap-gelap. kalau dah siang terang derang tak berani.."

eh..ye ke?
Macam pengulas sukan gitu.
sekejap pastu aku bau makanan, maybe derang bakar roti kot..pastuh bau sardin, pastuh senyap.
Makan le tu..

(amboi..projek memasak dlm bilik hotel mcm cik kiah jugak gamaknya).
di saat aku menaip entry ni, aku mcm terbau-bau ada benda hangus..ke ke ke.
terdengar dialog.. " ohhhh sudoh mu..hanguh..hanguh tuuuu"
apalah yang hangus tu ye. Jangan meletop dapur ko sudah, aku sbg jiran bilik sebelah tak nak terlibat ye.

" cuaca elok...kita turun makan kat bawah nak? TAK PAYAH MANDI"


heh.
kotpun ko malas mandi dan naka ajak rakan sebilik ko jadik ala-ala kambing secara berjemaah, tak yah announce lah sampai dgr satu blok hotel ni..
memang air sini sejuk!
bilik yang takde aircond ni pun sejuk semacam.

er..jiran sebelah, aku bukan pasang telinga ala-ala kak nam berselendang ye.
suara korang memang kuat cam pakai mikropon.
hiks.


eh betul lah..same spot dgn gambar di atas. Gunung dah hilang.

LIVE dr kaki gunung.

32 comments:

Romie Pujaan said...

cheh bikin seram saja
ape sambungan post yg sblom ni???
cepatla dah terujaa dah ni

CAHAYA said...

seriuslah dari kaki gunung? wah wah, jeles la. nak kena gi KK jugak ni.

Azrey Rozie Eiman said...

mmg best dpt tgk mt kinabalu. last yr ada ke sana. nyaman jek dok kat situ.

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

ahaks...hadap jugak ko kan kat Mt.Kinabalu tuh.. Bila nak panjat guning tuh pulak... siang xleh panjat cats..mau ko hanguss terbakar dek matahari..

Mana tinggal CATZ??.. ehh... nampak tak kesan tapak crocs oren aku tuh...ahahaha...

catz..asal x cari laici kampung tuh...sedap wehh..lagi satu buah tampoi..manisss.. ishkk.. nih rasa nak pegi lagi nih...

singAsong said...

Pergi panjat gunung ke?

Leez said...

Catz..

Baca u punya citer...sangat funny. I tergelak pun ada.

Rindulah kat KK and Gunung Kinabalu lah...dah lama tak turun sana.

kucingorengemok said...

haha... pengulas sukan bagitau jap lagi gunung hilang ko cerca2, kan betul haa...menakjubkan!

Inah said...

oits..sume tempat dah pi..bilanya nak travel berdua-duaan ngan aku nih :P

Uncle said...

Dear Catz.
Uncle tak sampai pun lagi ke sabah dan sarawak. Teringin jugak nak pergi tapi tak tahu bila? Heh3...

Mama Miraki said...

makan angin lagi yea......

..blindart.. said...

panjat sampai atas ke? dah penah sampai.. tapi nak pi lagi...

scrlettfr said...

salam..
u should hiking kinabalu mountain... memang best...

afendi ariff said...

ilang?camera trick je kot?

O J O L A L Y said...

cik catz..jejalan ker KK lak yek..nanti shoot place yang menarik yek...paso ker apa ker..makanan kerrr...bulan 5 ni ada family trip pi KK...leh jadikan guide ko nyer blog nanti....

catz said...

romie,
sambungan cerita seram tuh karang2 lah kalau aku rajin ye..tadek mood...

catz said...

cahaya,
KK banyak tempat menarik..
seronok jalan2 di sini..
catz dah 2 kali pi..now nak rasa kehidupan di kundasang dan ranau.

catz said...

Azrey,
cuaca sejuk dan nyamannn je kan..
rasa nak pegi lagi..

catz said...

life,
samapi gak mak ke mt kinabalu walau di bawah saja..
hehehhehe
aku duk Mt kinabalu heritage resort& spa..eh..kita nampak resort yg awak duduk tuh..lawa gak..
aku sempat interview org yg pernah naik kinabalu..dia kata naik pukul 3 pagi..samapi around 6..turun balik pukul 7 pg.
life bila nak daki.?
catz..oh tidaklah..tak larat..ihiks

catz said...

singAsong,
hi.
welcome to my blog..
:)
tak panjat, jalan2 je..tak larat..belum ready..

catz said...

Leez,
apa lagi..next trip ke KK.
:).
panjat Gunung kinabalu sekali..

catz said...

kog,
tu lah...tetiba kabus teball, terus hilang...hiks...sekejap je peluang nampaknya..

catz said...

Inah,
nak travel ke mana?
europe kah>???
jommm....

catz said...

Uncle,
takpe..next time balik mesia bleh lah plan nak ke malaysia timur.
tentu auntie and marina sukaaa..
sana pun banyak benda boleh dilihat..budaya yg unik..
:)

catz said...

mama,
mkan nasik, jalan-jalan...rasa angin di kundasang.

catz said...

blindart,
tak panjat..
tgk2 dari bawah je...
tak yakin nak panjat..
kangggg kena naik ambulan..
hiks.

catz said...

scrlettfr,

daki?
oh..maybe suatu hari nanti...
:)

catz said...

affendi,
hilang dek kabus tebal...satu benda pun tak nampak..

catz said...

OJOLALY,
ni trip catz yg ke 2 ke KK.
saya dah pernah buat entry pasal KK.
cuba selak blog lama saya.
yg baru ni karang2 update. if ada masa.
:)

Azrey Rozie Eiman said...

catz... kami sefamily akan ke kk (again) july nanti. this time serbu pulau pulak :) that day tak puas ke manukan. rushing here & there.

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

akan daki..once on life time..bila..tatw lagi..

catz said...

AZrey,
catz belum berpeluang serbu pulau...next time, i have reason to visit KK againnn...hehhehe

catz said...

Life,
chaiyok1 chaiyok!
wahh..aku pun nak jugak lah..
tapi kena improve stamina and muscle strength aku dulu or else, aku naik gunung pakai ambulan...hehhehe