Friday, January 29, 2010

Restoran Sri Melaka, Kota Kinabalu

Berkesempatan makan di Restoran Seri Melaka, Kota Kinabalu. Ni sebab terpengaruh baca
blog ini. Dia ni lah yang hasut aku pi makan kat situ.ha-ha-ha.
Memang dah plan nak makan di sini..so kalau tak makan, takut kempunan patblas dekad..

Suasana dalam restoran

Restoran ni terletak di Kampung Air. Jakun aku...aku pikir..hah? Kampung Air ? jauhhhh kah?
Turun dari kereta sewa di Padang Merdeka, pakcik tuh ckp.."tuuuuu"..laaa..seberang jalan je..
so terkedik-kedik lintas jalan..sesat carik restoran ni. Tanya kat pakcik tekse yang menebeng depang kedai. Dia tunjuk arah...andddd...sampai.


Bersih, halal dan sedap


Konsep makanannya adalah authentic malaysia cusine. Ada juga menu local food.

So order beberapa menu..saja nak try.

sup daging dan sayur kot? lupa..


sayur pucuk manis

Sedap gila sayur ni..nyesal suh dia goreng belacan..aku rasa kalau goreng biasa lagiiii lah terselah rasanya.Sayur ni ada kat Sabah je katanya. So..MUST try oke.


Assam Fish

Oh...dan pemenang makanan tersedap adalah Assam Fish ni...aku duk pikir..apa benda ek rasanya. Oh..rasanya adalahhhh..macam asam pedas yang tak pedas. Cukup segala, masin manis, masamnya dan pedas sikittttt je. Weiii...
The sedapest asam pedas in the world!
SEDAP GILA! Dah 3 malam berturut-turut aku mimpi assam fish ni.
Sebagai orang yang bukan penggemar asam pedas, aku rasa aku dah jumpa asam pedas tersedap atas muka bumi. Camna nak ckp ek?
Ok..kalau kereta, BMW. Kalau Beg, LV...mak bagi anugerah dekan kat menu ni.haaa..gitu.

Buttered prawn..pun sedap.

Bukti kesedapan tahap ultra ungu tahap lapan. Licin!


Overall..kedai ni makanan sangat SEDAP. Harga reasonable lah.
next trip ke KK mesti nak kemari lagi.

sapa nak makan sini. ok..ni alamatnya.


Restaurant Sri Melaka S/B,

No. 9, Jalan Laiman Diki, Kampung Air,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel: +6088 224 777 / +6088 213 028
Fax: 6088 255 136
website: www.srimelaka.com

Business Hours: 10.00am - 9.30pm


Kedai ni beberapa minit je kedudukannya dari Centre Point Shopping Mall dan pasar Kraftangan/ Pasar Filipina. Boleh jalan kaki je. Ha..kak Temah, lepas borong pearls tuh..makan sini ya.


21 comments:

Romie Pujaan said...

mati mati lah igt dekat melaka ahaha

the best assam pedas is in sabah?? ahahahahha sungguh mcm xcaye

najmusyarqi said...

perghh..mmg sedap giler je tgk ikan asam pedas tuh..kecur air liur pepagi jumaat nih...mna nak cari lauk nih for lunch 2day..kena usaha gak nih....x tahan doh nk mkn nih....mkn lagik!

afendi ariff said...

nape sri melaka kat sabah ha?

Uncle said...

Dear Catz.
Selalunya pelanggan akan ke tempat yang bersih. Then depa cari yang sedap. Lepas tu harga pulak berpatutan..of course service plays an important part too.....hey, enjoy travelling and write more!

Hana' Yusuff said...

sedap juga di sini.pernah beberapa kali juga makan kat sini.kunun2 nak makan kat restoren nama negeri semenanjung.hehe..meriah lauk!

hajah zainab bt abdullah said...

terliuq the sedapest asam pedas tu!!

geraugebang said...

kat sabah, ikan fresh, lepas tu pelik-pelik.

syarqiah75 said...

uikss..mmg teruja tgk ikan asam pedas tuh..lunch nih mmg konpem kena cari gak asam pedas..x kira di mana dan bagaimana...

Azrey Rozie Eiman said...

had the asam fish there too.. mmg sedap gilos! sayur pucuk manis tu pun sedap buat sup. my kidz loved it.

catz said...

Romie,

aku pun tak caya kat sabah ada asam pedas terbaekkkk..
hiks.
nyonya style i think.
tapi paling tersedap di donia.

catz said...

najmusyarqi,

welcome to my blog.
dah jumpa asam pedasnya?
:)

catz said...

afendi arif,

maybe pengasasnya org melaka kot?
tapi rasanya kat KL pun ada restoran nama seri melaka.
kalau tak silap aku kat amcorp mall, PJ.
:)

catz said...

Uncle,
yer uncle. agree..kena bersih + sedappp..
dan service pun kena cepat dan bagus.
:).
hi..org bidang hospitality berckp ni catz setujuuu saja.
eheks.

catz said...

Hana Yussuf,
sedap kannnn?
nasib takde kat bangi ni. kalau ada sanggup je pi hari-hari.
:)

catz said...

hajah zaina@mama,

duk teringat-ingat lagiii ni ..
iskk...mg tersedapest.

catz said...

geraugebang,
yer..nama ikan kat sana pelik-pelik.
ikan baulu pun ada kan..
:)

catz said...

syarqiah,

dah jumpa asam pedasnya??
hem..kat KL rasanya ramai je yg jual menu asam pedas ni kan..
cuma nak carik yg sedap dan terbaik je lah...

catz said...

Azrey Rozie,

oh sayur tuh buleh buat sup kah?
wah...menarik, sihat dan sedap tu ya..
restoran ni mmg sgt sedap!

O J O L A L Y said...

heheh bulan 5 ni fly to sabah...acara wajib masuk dalam listing ni..serbu rest sri melaka...catz jengok blog ojo...rekemend tpt sedap kat jb ni

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

hahhaha...aku baru baca..boleh...muahahahah..

nourieib punyer ceriter said...

tanya sket... brp harga semua dish yg u amik ni?? Ingat nk jugak pi merasa 4/12/2011 ni....tq for this entry... ;)