Thursday, January 7, 2010

Jom makan! Tapi kita main masak-masak dulu.

Beijing 2005

Catz at Great wall of China

Nak putus nyawa panjat tangga oke..tu tukang amik gambo suruh senyum.



Makan di Beijing? senang? murah?

Ramai yang kata..nak makan kat Beijing susah..
ada yang ckp..ehhh..takdelah..senang..sana kan banyak orang islam, banyak restoran muslim.
kalau orang tanya aku..
aku jawab..susah dan senang - dua-dua.
hiks.
Itu menyebabkan aku bawak travel cooker aku.
sapa tgk entry lepas-lepas, ada aku buat entry pasal travel cooker baru aku.

ok..berbalik kisah makan di beijing.
Ini pengalaman saya ya, pengalaman orang lain mungkin berbeza.

Catz ke Beijing dah dua kali.
Pernah pi dengan travel agent dan kali ini pergi sendiri.
Pergi dengan travel agent (muslim pakej) semua sudah diatur. makan, transportation dan pergi tempat menarik, shopping semua dah diatur. Mudah! Jimat masa.

yang susahnya bila travel sendiri, dan kita tak biasa dengan tempat tersebut.
Dengan masalah bahasa pun satu hal juga.
Dan diburukkan lagi dengan keadaan cuaca sejuk yang terlampau.

Pertama kali ke China,tahun 2005.
Masa tuh pi Tianjin dulu. winter juga, tapi time tuh winter yg tak de snow sgt, sejuk dan kering. adalah snow sket-sket. Aku pi dgn agent, pi seorang diri, gamble.Alhamdulilah, travel agent arrangekan aku dgn small group and i met wonderful people.
memula malu-malu ayam gak le kan..lama-lama dah boleh tepok tampar dah.
ok..sampai je Tianjin tak nampak pun bayang tour guide yang dikatakan akan menunggu.
(Time tuh air asia tak pi tianjin lagi. ). Naik korean air. Transit kat Incheon, Korea.

Tetiba disambut oleh org lain, (bukan tour guide)yg mengarahkan kitarang naik teksi. sejuk pulak tuh cuaca.
Teksi buruk gila, jalan berais dah...ngeri siot tgk derang drive, kat China plak jln dia kan terbalik arah , bukan mcm Malaysia. Lagilah rasa ngeri dan pelik.Bawak laju gila, dan mereka tak reti ckp english langsung..tah hapa dia ckp sepatah haram mak tak paham. semua kaku je dlm teksi yg buruk dan sempit.
Derang bawak kami ke satu restoran. tunggu gaklah tour guide tuh.tapi tak nampak bayang.

Tianjin, 2005 (di hadapan restoran)


kami dibawa masuk ke restoran. Ok..restoran muslim. masuk je aku rasa loya. sebab??
haha...tak biasa masuk restoran cina kan..so sapa biasa pi restoran cina taulah bau camana kan?
so bila food served, aku mcm tak nak mkn (mula-mula). Tapi lapar sebab kitarang transit kat Incheon, Korea (naik korean air), tak ingat berapa jam, then pi Tianjin, pastuh nak landing kat Tianjin pun lama gila sebab bad weather, takleh land. sangap le kan duk berlegar je tak turun-turun. so memang lapar gila.
so aku makan jugak le akhirnya dlm keloya-loyaan. time tuh nasik dgn telur dadar je yg betul2 aku makan. memang le restoran muslin, tapi masak style cina masak le kan. lama2 baru boleh mkn sumer. Dah habis mkn, kitarang merayap situ-situ lah. chef restoran ajak jln2 dekat2 situ.
kami dah gelisah sebab pukul berapa pulak nak sampai beijing? dah ptg ok.
pastuh, rupanya salah seorang dari kami ada no tour agency. masalahnya nak carik telepon pulak!
kami ke sebuah kedai. Nampak ada telepon, so kami ckp le nak pinjam tepon. tokey kedai pulak tak reti sepatah haram english. kami tunjuk duit, ckp nak buat call. Woooo..n tokey kedai terus angkat dan peluk tepon dia dan geleng-geleng kepala. dah segala isyarat kitarang guna, tapi tak paham gak derang ni...hampeh! dia ingat kitarang nak amik/ beli tepon dia!
eh..lawak.
hahahhaa..aku ingat lagi, telefon tu warna pink. pastuh mulut tokey kedai adalah pot-pet..cong-ceng-cong-ceng mak sepatah haram tak paham. mmg dah mcam ayam-itik time tu.
Rasa bengang gak lah time tuh.
finally , tour guide sampai.
(eh..sekali sampai tgk, tour guide hensem la..terus kami tak jadik nak mengamuk..ke ke ke.)
kami bertolak ke beijing dgn bas pelancong yang tour guide arrangekan. Aku lupa berapa jam naik bas. lama lah. jauh. Tapi sampai dah gelap.
(now ni air asia pi Tianjin kan? nak ke beijing naik keretapi laju 30 minit katanya).

apa yang aku nak highlight di sini adalah, kat sana masalah utama adalah bahasa.
ko ckp oramputeh berhabuk lagi derang tak paham. dan derang akan balas dlm bahasa cina juga dgn beriya-iya. Memang susah.
jarang sgt nak jumpa org reti ckp english.
Makan tak susah kalau ko duduk area yg mmg banyak restoran muslim, dan ko tau nak tuju ke situ. cuma selera ke tidak je lah nak makan.style masakan lain.


Aku, akhirnya bila dan second meal, bekpes, dinner, lunch etc aku dah boleh makan. Makan dengan banyak, laluuuuu je.dah boleh absorp dah bau dan rasa. hiks.dan style hidangan masakan cina, sekali makan, at least ada 8 lauk..perghhh....mmg mentekedarah betul aku..
(kalau 10 hari travel tak lalu mkn langsung,balik turun 10 kilo kot. Tapi aku timbang, balik naik 5 kilo. sgt mentekedarahhhh le kan..err..btw, time bilanya aku tak lalu makan?)
Pergi dgn travel agent, mestilah mkn tempat yg best, sedap dan bersih.
Aku tak tau sgt harga food tu mahal ke murah. Tapi sbb mkn ramai-ramai dan dah bayar kat agent, so cost mkn dikongsi bersama kot.
tapi tu dulu la.

kesimpulan: nak senang makan, sedap, bersih, pergilah dgn travel agency.



Tapi kali ini,2010. pergi sendiri..

Dah print, survey segala tempat mkn halal yang berhampiran.
Tapi masa packing, aku decide utk bwk travel cooker aku. Mana tau aku perlukan. Aku bawak paste sambal segera (now ni banyak dan mcm2 org jual benda2 segera ni), bawak perencah nasi goreng dlm paket dll. In case aku perlukan.

Direct dgn MH flight ke Capital airport Beijing.
Sampai je...oh..sejuk melampau. Ada peristiwa sadis + kelako masa nak pi hotel.
Kena tipu!!. karang aku cerita.
kalau pergi sendiri, mmg akan lalui mcm2 peristiwa.

Tak gigih lah nak pi carik restoran dlm alamat yg dah diprint. Masalah bahasa , cuaca, penat. makan je apa yang ada sebelum pergi merayap. Makan megi, bubur segera, coklat.
Lepas mandi, solat, Kami pi ke wangfujing shopping area. Pergi jalan-jalan, shopping sikit.
selain itu, konon nak beli buah dan roti. Jalan dlm keadaan sejuk gila, tangan pun tak lalu nak bawak keluar kamera. masuk supermarket.
tgk buah..
ehhhhhhhhhhhh!!!
makkk! 5 biji epal harganya 40 yuan = RM20 . murah??
sapa kata mkn di beijing murah?? tgk buah lain oso...wauuu..mahalll!
not that i cant afford to pay, but i'm in China!
tempat yang org ckp..MURAH!
ha-ha.
ye..di china, bukan semua benda murah. Food mahal!
aku merayap lagi masuk soping komplek lain...beli roti.
aww..roti biasa satu bungkus 10 -20 yuan harganya. around RM5- RM10 harganya sebungkus.
so mahal ke murah?
kat malaysia roti gardenia yang gebus sedap pun dlm RM2.30 kan sebungkus?
Then dlm soping komplek tu adalah kedai2 jual jus, starbucks..oh...mahal compare dgn malaysia.
kalau kat malaysia, choclat krim chip yg aku suka kat starbuck harganya around RM15.50 ke gitu, dpt yg besar sekali. kat sana 30 yuan cuma dpt saiz yg kecik ok.
so..kesimpulan..mmg mahal. Jus segelas, ala2 mcm kat coolblog tuh pun dalam 24 yuan. bagi aku mahal le kak Tijah.
So akhirnya mengambil kira pelbagai faktor, beli beras dan telur.
beras harganya 2 kilo = 25 yuan - 50 yuan. (kami beli yg murah sekali , 25 yuan).
telur 10 bijik = hampir 12 yuan. mahal kan?
aku dah tgh weather forecast..
ahad je yg akan snowy..
tapi sabtu oso ada snow..sejuk gila.
pengalaman berjalan, bertanya jalan, aku tak jumpa langsung org yg boleh ckp english dan paham kita ckp, kecuali di HOTEL. itupun yg keje kat receiption, kat money changer dlm hotel.
so kalau nak jalan-jalan sendiri, dgn tak study peta, tak survey dulu dan tak bawak nama2 tempat dlm tulisan cina..alamatnya ko bleh sampai ke mongolia karang.
so..macam mustahil nak berjalan terkedek-kedek carik restoran sebab 90% signbod jalan , tempat dalam bahasa cina!
hah..nak jalan camana kan???lain le kalau reti ckp cina.
pernah le tanya lokasi tempat, kita ckp oramputeh, dia ckp cina..ye-ye OOOOO...
hah..azab.
so masak je lah kiah kat bilik. if jalan-jalan dan kebetulan jumpa restoran halal baru mkn luar.


Menyaksikan salji turun lebat mmg tak lalu nak jalan-jalan.

hasrat nak kuar jalan-jalan pun terbantut. Balik bilik, main masak-masak lagi bagus.

1st time nak guna travel cooker tu, aku takut gak.kot meletop ke apa kan. takutlah kot smoke detecter bleh detect masakan aku ke..kan ke kecoh karang. tak pasal2 kena halau kuar hotel.
hahaha..10 minit belek manual, tukar le plag etc.. aku start masak. wah..cepat gak msk pakai periuk ni oke.
masak nasik around 15-20 minit dah masak! Masak telur kejap je dah keras. Siap bleh masak sambal telur ok. aku kuarkan sambal paste yg dah siap tuh (brand apa ek..sri murni ke apa)...lebur dlm periuk, tambah air, aku kupas telur rebus.,masuk.. kacau-kacau, feeling-feeling masak kat rumah...fuh...

sambal telur

then masak nasik goreng. Nasik ni aku dah masak awal-awal sebelum buat sambal. Yang bagusnya, peruk ni tak melekat walau masak nasi. so elok je nasik tuh kuar dari periuk, kita basuh sket, masak benda lain, gulai ke, sambal ke..hiks.
Aku guna perencah nasi goreng segera. Hah..mudahnya memasak!

hidangan makan malam. nasi goreng dan sambal telur.lepas tu tidur. lepas tu gemok (mkn terus tido).

Kadang aku masak nasik putih je, then panaskan kari daging brahim. pastuh lebur sambal paste, pecahkan telur masuk dlm sambal, kacau2..pergh...sedap siot! mkn dgn nasik panas.

makan sambil menyaksikan salji turun dengan lebat..mengasyikkan.

Bila berjalan sendiri, baru tau susah senang, murah mahal dlm erti kata sebenar.

33 comments:

afendi ariff said...

heh...lawak tul cina tokey kedai tu...."ini telefon aa tatak juai..ini champion pnya ooo"....heh!

Inah said...

heh..betui..bila jalan sendiri baru best..but bila pi kat negara yg bukan bahasa inggeris as main language..agak mencabar gak la.. :P

suka la periuk tu!! jeles!! :P

AyunasiA said...

kot lepas olimpik, brg sumer naik rege x? mcm yg org citer kat korea lepas welkap rege melambung2 tu. kot la. teori domino ku.

DrSam said...

memang setuju benor tu. Kalau travel sendiri ni banyak risikonya. Kecuali kalau jenis yang backpacking dan sanggup tidur tepi jalan, takpe.

Pengalaman berharga tu catz.

hajah zainab bt abdullah said...

mama suka baca cerita catz.

NenekPenne said...

tulaaa lain kali ajak nenet ok... nenet can speak mandarin...

stakat 'ni yao qu nali' tu, kacang jer... hak hak hak..

wo yao chifan --- saya hendak makan

wo yao shuijiao --- saya hendak tidur...

wo jiao nenek --- nama saya nenet

Leez said...

nice blog...dah lama i follow ur blog. Kita serupalah..kaki travelling. Feel free to visit my blog too.

geraugebang said...

Catz. Mesti hanyir bau restoran tu heh? Bau kat situ ada macam bau budak cina balik sekolah tak? he he he.

Sedapnya nampak catz masak. Tapi, gambor sebelum tu, yang ada orang tolak ais kat tepi jalan tu, akak ingat ko yang dok tolak ais tu (dalam hati kata, amboi catz ni, rajin bebenor). Tengok balik, rupanya tak pakai tudung...he he he.

rezeki said...

salam catz

itulah pengalaman travel DIY yang pasti meninggalkan kenangan. mcm2 perasaan ada he he he

seronok baca

atty's said...

mesti taukeh tu ingt uols nak beli tipon dia..ekekke..

Anonymous said...

bravo!!!! Catz...pompuan melayu malaysia (anak dara lagi...) berani jalan sorang-sorang...akak nak gi toilet pun heret kawan ramai-ramai...

kucingorengemok said...

aku benci la ko hari ni, tak nak kawan kejap... sambal telur cina ko pun buat aku meleleh air liur, aaaa sungguhhhhh!!! (tak tau sungguh apa tapi sungguh la) :p hehe

Azrey Rozie Eiman said...

best la cooker tu. i loike!

catz said...

afendi,
errrr..seperti pernah ku dengar diialog ituh..
kehkehkeh..

catz said...

Inah,
memang mencabar sebab susah nak communicate.
aku tak jumpa langsung atas jalan orang yg reti ckp english.
susah gila oke. derang akan ckp cina beriya2 bila ko tanya..mcm le kau paham kan..mcm itik dgn ayam je dah.

periuk tuh? nak ke?
hehhehehe..best ok..kalau nak aku leh tlg carikkan..
sgt mudah memasak dgnnnya.

catz said...

AyuansiA,
maybe lah..kot...
tapi serious aku tekejut rupanya bukan semua benda murah di china.

catz said...

DrSam,

pengalaman berharga yg tak boleh dibeli dimana-mana.
pernah gak try rasa nak backpaking camtuh..tapi belum kesampaian.

catz said...

mama,
thanks sebab suka baca cerita merepek saya ni..
:)

catz said...

nenek,
jom la..
wah..blek ckp mandarin kah..
wah sng nak travel di sana lah gitu kan..

catz said...

Leez,
hai..welcome to catzscafe.
kita dah add awak kat link kita, dan dah jadi follower blog awak juga,
wah..nice blog too. we share same interest..travelling!
tapi u lagi dasat lah..
seronok tgk leez jalan2.
:)

catz said...

kak gerau,
takdelah hanyir.
cuma bau bawang putih dan minyak bijan yang kuat kadang tuh.
tapi food derang pun sedap!
lama2 dah biasa, aku makan banyak je.

aku nak tolak ais..hahahaha...kalau ada upah nak le.

catz said...

rezeki,
ye..pengalaman berharga yang tak boleh dibeli di mana-mana.

catz said...

atty,
yess...hahaha..tepon pink tuhhhh!

catz said...

anon,
hai..
welcome to my blog.

catz said...

kog,
mmg biasa camtu kan...?
tgk food blog org terliur2 gitu..huh..
pastu terus rasa nak masak..kan?

catz said...

Azrey Rozie,

cooker tuh memang best...
boleh buat masak kat opis..
hehhehehe

uMmi said...

salam catz, mana erk nak cari travel cooker sanyo tue?berapa rm?

Anonymous said...

assalammualaikum, saya nak tanya, kat mana awak beli travel cooker sanyo tu dan berapa RM?... mcm berminat la... yang ada kat malaysia jenis musafir

Anonymous said...

sy pun nak tanya soalan sama --> assalammualaikum, saya nak tanya, kat mana awak beli travel cooker sanyo tu dan berapa RM?... mcm berminat la... yang ada kat malaysia jenis musafir

adam shah said...

assalammualaikum, saya nak tanya, kat mana awak beli travel cooker sanyo tu dan berapa RM?... mcm berminat la... yang ada kat malaysia jenis musafir

catz said...

Salam,

Adam and anon,

thanks for reading my blog.
i beli di jepun.akihabara.
harga around 6 ribu yen.
around RM200.00
sangat bagus utk travel. baru ni pun saya bawa ke europe. sgt mudah untuk memasak even dlm bilik hotel.

harap membantu.

:)

catz said...

Salam,

Adam and anon,

thanks for reading my blog.
i beli di jepun.akihabara.
harga around 6 ribu yen.
around RM200.00
sangat bagus utk travel. baru ni pun saya bawa ke europe. sgt mudah untuk memasak even dlm bilik hotel.

harap membantu.

:)

Sakinah Lo said...

Salam sis, mana bli traveller cooker tu, ada jual tak kat Msia... tq :)