Monday, January 10, 2011

Jonah Nak Kurus : Episod 3

Episod 3: produk kurus



Hujung minggu yang sunyi.
Jonah rasa, langkah kedua untuk gaya hidup sihat ialah membuang segala benda yang tak diperlukan. Benda-benda yang disimpan tanpa tujuan.

apa yang jonah jumpa?

1. Jusmm@te 5 Dr Rosme - ada 8 peket

2. Rz Lite - sekotak . baru luak 5 peket.

3.Botol2 kosong produk Mileamelia

4.herb@lifee tea yang dah expired setahun

5.produk2 kesihatan yang masih boleh di makan brand DCLL

6. kopi apa tah..org jual Jonah beli je. kata mengenyangkan etc. entah.

7.jamu rapat? pak Tanii? apakah?

8. Pil untuk mengencangkan payudaraa?---> belum expired. beli beberapa bulan lalu. so simpan semula. tak buang.

9.madu yang dah keras dlm fridge.

10. Produk detok -beli di guardian, satu kotak RM145.00 tapi baru luak 5. dah expired.


Jonah geleng kepala. apa ke jadahkah ini semua? kalau betul-betul makan dan secara berterusan, mungkin Jonah dah ramping macam kerengga. eh bukan lah. tu hodoh. ramping sgt sampai tak nampak pinggang.

Jonah ambil plastik hitam, masukkan semua yang dah expired . Buang.

Dalam otak Jonah duk berkira. Berapa aku dah habis untuk semua ni? Tapi disebabkan tak ada kesungguhan, disiplina tak ada, motivasi merudum, so, apalah guna beli benda-benda itu semua kalau makan tetap rakus macam kebuluran baru balik dari Somaliaa ?
Jonah rasa Jonah kena berubah.
Tapi rasanya apa yang Jonah alami, ramai yang alami juga.

orang promote, beli produk . Makan beberapa hari stop.
bila org tanya, how Jonahhhh? Jonah jawab : entah, tak kurus pun. Then cuba produk lain.

Baca forum internet, tangan pun sama laju beli produk online dek terpesona dgn pengakuan orang. seharian baca testimoni orang. so beli. beli.beli.

Tak jalan jugak sebab Jonah tak makan sgt pun. beliiiii aja kan. macamlah benda-benda tu semua ada kaki dan boleh masuk ke dalam mulut Jonah sendiri kan?

Lepas tuh akan cakap, "aku dah try macam-macam produk, semua tak jalan".

Macamana nak jalan kan? makan pun tak. elok aja benda-benda tu dalam kotak.

errr..Jonah rasa menyesal pula. Apa ke gila aku ni? Detik hati Jonah.

produk je lah yang kurus. aku tak kurus-kurus. kata Jonah marah.

apa ke entah motif marah tu.



14 comments:

NenetPenne (NP) said...

kesian aku kat jonah tu...
apa kata jonah makan jer sayur2 steam, ikan steam dan minum japanese tea..tak payah ada gula2..konfirm boleh kurus....

Farah said...

Puasa je, xyah kua duit, dapat pahala lagi. Bile dah biasa puasa, dengan automatik x reti nak makan banyak. Mulakan dengan puasa Isnin & Khamis.

marie said...

catz...akak pun dah lama kena sindrom tu...tp la ni, akak dah dpt control sikit dah..sebab selagi namanye selera tekak akak ni tak mati, takde nyelah segala produk tu nak berkesan...mungkin akak mmg ditakdirkan menjadi insan-insan 3G ni..yelah, kot semua dah badan model kan, rugilah tukang jual kain kan..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

lebih baik jonah puasa sunat isnin & kamis...pahala dapat, badan sihat :)

none said...

hehe...
produk2 yg jonah beli tu, mcm pernah ku beli juga... tapi di mana ya...haha

syarqiah75 said...

jonah oh jonah...apa kena ngan ko neh...x pe laa...pas neh nk ajak jonah diet sama2 laaa...hehe...btul222 nehhh...x main22 dahhh....(^_^)

zixol said...

poket je yang kuruns..jonah xkurus2 jugak..hahaha

catz said...

netnet,
kang aku pesan kat jonah.
heh.

catz said...

Farah,,

puasa is good. but Jonah try to practice healthy life style.a normal life style.try to lose some weight and control eating habit.
she tried to change her life style.
hope she will achieve her target.
thanks for ur comment and thoughts.

:).

catz said...

marie,

kategori 3G juga comel.
asal jaga kesihatan berpada-pada, nothing wrong with that.

:)

catz said...

Hajah zainab@mama,

yer..puasa is good. and she try towards healthy life style.
:)

catz said...

serisinisana,

yes..kita semua pernah beli.
hahahaha.
:)

catz said...

syarqiah,

wah..azam new year kah?
bravo.!
hows ur holiday?

catz said...

zixol,
setujuuu.poket je yg kurus murus.
:)