Monday, May 30, 2011

lari..! Lari... Laju! Laju!


wah..tajuk. Drama gila kan.
kih.
agak drama lah jugak kot...ala-ala telemovie eh pilem karak.
Terbitan CatzMIow Production Sdn Berhad.

Lokasi drama adalah di depan Pasar Siti Khadijah, berhadapan Kota Bahru Trade centre (wah nama..kan..). Orang dekat sana sebut Parkson je. or...ada yg sebut supermarket. sebut Kota Bahru Trade Centre pakcik Teksi boleh pening tak tau nak hantar korang ke mana u ols. kang silap2 dia hantar pi KLCC kang. sebut pakson udah.

Lepas meeting/ kerja i had nice lunch at Famous Nasi ulam Cikgu at Kg Kraftangan.
sedapnyaaa ayam goreng kampung dia, masih teringat-ingat you.

oh ni kawan aku paksa bergambar, dia cakap..haaa..diri tengah-tengah. nampak semua. (muka aku macam terpaksa je kan bergambar dengan tudung saji). ok...orang lain tayang beg LV, u tayang tudung saji, tikar mengkuang dengan bola sepak takraw dah le kiah. kih.

(oh ye sebelum tu kan, masa packing nak pi KB ni..aku call kawan aku, entah tiba-tiba macam bongok je aku nak tanya. aku call kwn aku si Ribena sebab dia patutnya pi dgn aku tapi tak jadi.)
aku: Ribena, aku nak pi meeting kat KB nih....
Ribena: so..?
aku: kena pakai baju kurung ke?
Ribena: oi setannnnnn! ko boleh tak tanya soalan yang bernas dan ilmiah sikit takkkkk????
aku: errr..ye lahhh..aku nak tauuu...aku bawak back pack je....
RIbena: pakai le apa2 nok..janji kau tak bogel dan berpakaian yang boleh menjolok mata orang
aku: kih-kih...ok..ok.

*ribena - bukan nama sebenar.


Lepaslunch balik hotel.
aku mintak late check out sebab flight pukul 5.10 ptg.
nak le membuta kejap sebab perut kenyang. Ngantuk sebab malam tu aku merayap pi wakaf che yeh.
Tapi..
tapi.....ada pulak kawan aku hasut-hasut aku dgn sms..

"oi..pi lah makan kat restoran hover"... (2 hari dia hasut aku oke).
aku kan mudah terpengaruh. lepas check out, Pukul 3 aku makan sekali lagi (buruk lantak kannn).

err..sebab dah buat web check in, so boleh le pi lambat ke epot.

wah..ada hati kauuu..merayap ke pasar siti khadijah sekali lagi, padahal semalam dah pegi.
Aku dah call pakcik teksi yang aku dah book. suruh amik aku depan pasar siti khadijah/ depan pakson pukul 4.15ptg. Boarding pukul 4.30ptg (wah kannn..berani mati kannn..15 minit pi epot..kih).
Dia cakap OK, dia akan amik aku. so settle lah kan???
so lepas makan aku jalan laju-laju ke pasar siti khadijah. masa ni around 3.20 ptg.
Menjana ekonomi sekali lagi.

aku jalan-jalan tengok serunding (macamlah tak pernah tgk serunding daging) , dan dengan kata-kata manis adik penjual, mak pun beli sikit.

Lepas tu pi tengok beras nasi dagang. beli sekilo (tah taun bila aku nak masak pun entah le...) akak tuh memang pandai buat marketing lalu aku pun beli.
Then lalu gerai makcik yang dah tua. Dia jual beras dan pulut hitam. Oleh kerana skill marketing makcik tu sangat bagus plus aku cepat kesian tengok makcik tu beriya pujuk, aku beli sekilo pulut hitam pulak.kih. macam le kat negeri selangor takde jual kan..?
wah...kalau aku kesian dengan semua makcik kat situ, aku maybe boleh bukak kedai pelbagai jenis beras dan pulut di Bangi.


Lepas tu naik atas.
Tengok kain lagi....
tak sedor diri kan...dah nak pukul 4ptg tuh.


Jalan-jalan-rambang-mata-tengok-kain. wah..skill akak-akak dan adik penjual amatlahhhh menggoda ai.padahal semalam aku dah beli and some of makcik tu memang notice muka aku.
Maklumlah last week agak lengang..so dengan skill rayuan tahap lapan...
"beli lah dikk....buat ghori" - sebut dengan dialek kelantang ye..silalah bayangkan...

ghori???? apakah?

oh tu istilah macam kedai dia dari pagi belum ada sorang pun beli, so dia nak 1st customer lah, utk lariskan kedai ke apa gitu.

so bila dah dirayu-rayu..ai ni lemah dengan rayuan pulak tu. so beli lah jugak.

satu lagi kelemahan ialah tengok patung dililit kain cantik...kih. So akak2 semua if nak suruh aku beli make sure patung u ols dililit dgn kain yang vouge. pakaikan aksesori sekali. ha..mmg aku cepat terpedaya.

5 minit lagi pukul 4. henpon aku bunyik.

aku: hellow!
Roberto: where are you?
aku: pasar siti khadijah.
Roberto: what???????????????!!!! what r u doing? i tot u should be at the airport now!
aku: hik-hik. shopping.
Roberto: are u crazy? 4.00pm already.
aku: i've checked-in , tru website, i have my boarding pass with me. no worries.
Roberto: Go to airport now..! u dont know wut will happen otw to airport..traffic jam?

Aku: i'm in Kota Bahru, not KL.
Roberto: To the airpot now!! u'll miss your flight!
Aku: ye la...ye laaaaaaa (sambil sambung bargain-bargain harga kain dengan akak kat bawah ni)

sempat amik gambar dengan makcik ni yang bg banyak diskaun utk beberapa helai kain. Tu kain baju raya mak ai. Aku cakap aku nak cepat tapi akak/ makcik nih duk ckp.."ala..sempak...sempak...awa lagi..."
wah....
ding dong..awwwww...dekat 4.05 ptg.
aku berlari keluar pasar terpacak depan pakson, call pakcik teksi.
Pakcik teksi kata ok..dia dtg sekarang depan parkson.
Teksi stand dan parkso tak jauh, naik kereta around 3 minit kot??? If tak jam laa.

aku tencongok depan parkson ni, rasa lama gila. Tak muncul pun pakcik tuh....(dia ni pakcik yg aku hire bawak aku pi pasar wakaf che yeh tuh). AKu jenguk-jenguk kepala..takde punnnnn?
if leher aku boleh memanjang, maybe aku dah jadik zirafah kot.
dekat 4.20ptg aku call pakcik tuh.

aku: Pakcikkkkkkkkk!!! mana pakcik nii?
Pakcik: (dengan suara menguap)..u ada kat mana? (suara relax gila)
aku: depan pakson la..depan pasar siti khadijah. kan dah ckp tadiii
Pakcik: ooo...saya duk ado dekat jambatan, dekat KB mall. Je (jammed).
aku: lama lagi tak? saya boarding 4.30ptg ni.
Pakcik: 15 minit agaknya (suara relaks takde perasaan)
aku: haaaaaaaaaaa???????? ok pakcik...saya amik teksi lain.bye.

kuang asam pakcik ni..at least bg lah tau...
'
aku lariiiiiiii! lariiiiiiiiiiiiiii amik hala ke teksi stand. wah..macam amazing race kau, lari nak pi kat pit stop.
gila kelam kelibut aku. macam kena kejar pembunuh bersiri. tapi macamana nak lari laju kan..dengan jinjit kain, beras, serunding, pulut semua. kih-kih.
Time nak cepat ni, kereta banyak, susah nak lintas-lintas jln pulak tuh. Ala, macam drama TV lah..ko nak cepat, kena kejar dgn orang jahat, tgh kuarkan kunci kereta, by the time sampai kereta, kunci jatuh masuk dalam longkang. ha..gitu.

Lari...larii!

kebetulan lepas area parkson ada sorang pakcik teksi tengah lepak borak.

Pakcik: nak teksi ke ???(dia jerit kat aku yg lari cam kena kejar hantu)
aku: ye!
Pakcik: kemana?
aku: airport.

make it short naik le cab pakcik nih.

aku: pakcik...laju...laju lagiii!
Pakcik: relakss..relaksss..sempat sampai ni...

(wah..relaks ????????)

pakcik: relaks...relaksss...jangan gabraaa...*&**&(*&(*(&*^**(*^&%$^TGF$$%%^*

ewahh..pakcik ni lepas tuh buat-buat lawak pulak. Dia ingat aku memerlukan gurauan dia utk relaks dan calm down ke apa....
eiii..tak sesuai oke.


aku: pakcik....laju lagi boleh takkk????
pakcik: relaks...buleh sampa...buleh sampa (gelak-gelak..samdol je)
aku: pakcik...bawak lah laju lagiiii....lajuuu lagiiiiiiiiiii..asal jgn sodok kereta depan sudahhh!
pakcik: kalau tertinggal flight yg ni, yg berikut pukul berapa?
aku: alaaaa.....laju lagiiiii!!! lajuuuuuuu!!!


4.40ptg aku sampai epot.
kih...
dah le masa beratur pemeriksaan keselamatan org ramai gila...gila aku tak gabra. so jadik lambat.dah macam cacing kepanasan aku.


lega kau..

make it short kapal terbang tak tinggal ai.


Thursday, May 26, 2011

kelate maghi...


list goes on...



nasi ulam cikgu




hi..
Thanks kepada semua yang beri cadangan mengenai bagaimana mahu memelihara tumbuhan dan menyiram nya.
Good idea!

what has gone into my stomach up to 11am today,


kepok lekor
cek mek molek
murtabak mini wakaf che yeh
nasi kerabu
nasi dagang
Nasi berlauk
akok
pulut ayam (with extra sampah2 yg macam bawang goreng tuuu..sedap!)

i dont have car, so i need to hire a cab. Oghe KB tak berjalan ke malam. mati kutu ai.

berikut adalah adegan tawar menawar di teksi stand.
'
aku: pakcik tunggu saya nanti, sebab saya balik takde kenderaan.
pakcik: beghapa lamo
aku: errr...satu jam ke?
pakcik: satu je ???(jam disebut dlm loghat kelate ye puan-puan. sila bayangkan) . nak beli gapo satu je? (satu jam)
aku: pakcik, saya nak pi pasar mlm wakaf che yeh.
pakcik: ye lah, nak beli gapo? satu jam?lama nya.
aku: aiyo...pakcik..macam2 ada kat situuu.
(dia ingat ni nak pi pasar malam beli bawang keeww)



so pakcik tunggu aku satu jam. with extra cost of course!


satu jam kemudian.
terkedik-kedik i jalan menuju ke cab.

pakcik: gapo dio beli? (sambil jeling2 plastik aku)
aku: niii..!

haha..
aku rasa pakcik ni kehairanan.maybe dia expect aku borong kain. tak youu.
mungkin dia fikir, aku ni bela jin 5 ekor dalam perut ke.kih-kih.
takde beli kain pun. makanan je.berplastik-plastik, macam ada anak 6.
heh.

Wednesday, May 25, 2011

dan bunga-bunga pun berguguran berkembangan..

tengok bunga berkembangan , hati pun rasa kembang, ok, badan pun kembang jugak...
tapi..
tapi...
tapi................

macam saja carik pasal kan,bila bela-bela benda hidup ni.
am rushing to airport from office, and suddenly ..Opsssssssssssss..!

"pokok aku belum siram..kalau tak siram sure meninggal kot mereke itu...."

detour ke apartment dulu youuuu, coz semalam oso tak siram sebab aku tak balik........

kenaaaaaaaa jugak siram sebelum out station...

aioyooo...susah la bela benda hidup ni.

kalau bela kucing maybe dia boleh le makan apa-apa..tinggalkan friskis 2 - 3 beg, maybe aku balik derang still bernapasss..(agaknya laaa)

tapi bela pokok bungaaa...isk..bela polong mungkin lebih senang kot..kekeke.

aaaaa...i need gadget siram pokok..

pelisss...


Monday, May 23, 2011

pengiraan kalori hujung minggu.

Pengiraan hanyalah untuk hari sabtu dan ahad sahaja.
Hari sabtu..errr..aku masak sardin masak lemak 3 ketul, celur sayur bendi.
masak nasi 3 cawan.
makan 2 kali. setiap kali makan, aku assume pengambilan kalori adalah around 400.
Dua kali makan bersamaan 800.
and end up sardin tu tak habis, basi 1/2 periuk kecil, nasi pun basi sebab tertidur lupa nak simpan. Punya lah membazair kau catz. Dah le sebelum tidur makan aiskrim double dutch (sedapnya!!!). ok..tu maybe 300 kalori.
oh, ptg sebelum pi nursery cari pokok, pi makan dekat ayam penyet dengan romie dan emak dia, aku makan tempe goreng 3 ketul dan limau ais = 200 kalori kot???

so total : pengambilan kalori hari sabtu adalah

lunch = 400
early dinner = 400
tea time = 200
aiskrim double dutch(sambil tgk tv puppppp!! tertidur lepas tu) = 300

Total = 1300 ------------> omjeee!

pencarian pokok

pokok-pokok yang akan ikut balik rumah beserta pasu dan tanah. some pokok dalam beg plastik tuh suruh dia tanamkan terus sebab aku sangat tak yakin dengan tahap kerajinan tangan dan kesejukan tangan, takut penat-penat bawak balik aku tak tanam dalam pasu, or kalau aku yang tanam tah-tah esok lusa pokok akan meninggal. Orang nursery tolong tukarkan pasu dan gauk tanah etc. so maknanya keje aku adalah angkat pasu yang berats nak mam.... ni.


gigih naik atas rumah amik troly sebab kalau bawak pakai tangan takut minggu depan baru siap or maybe tangan akan memanjang cam tangan popeye.

kali kedua amik pasu dan tanah serta pokok kecil. eh pokok kecik-kecik tu dulu mak aku suka tanam, ala-ala campak je dia berbunga. kitarang panggil pokok kerokot. ni nama jawa, tah tak tau lah nama saintifik dia.bunga warna warni, saja aku nak test, aku beli 6 beg kecik.harap-harap subur berbunga dan kembanggggg macam tuan dia sekarang ini ya.

aku lambak kan aja sebab tak larat. penat gila oke..so aku agak-agak maybe 2000 kalori aku terbakar. kah-kah. takdenya catz oi..kau bukan berkebun, pegang tanah pun takkk!!! setakat angkat pasu bawak naik rumah je tah-tah cuma burn 32 kalori je.kih. lepas tuh makan aiskrim satu tub. agak-agak lah kan....

Pagi ahad, bangun pukul 6, bersiap ke padang di PJ (depan amcorp mall). Join walkathon , charity event as a support for SLE patients. I will blog later on this, if rajin.
Makan roti seketul dan air .

aku rasa kalori intake pada pukul 7 pagi tersebut adalah 150 kot.

me with payung

Walk-walk-walk baby walk.. 3 km .

maybe terbakar le dalam 3000 kalori.

oi, takdenya kiah oiiiiiiiiiiiiii!

kalau jalan lenggang kangkung very de mak limah balik pasar bawak bakul sayur.

entah-entah cuma 100 je kalori terbakar (termasuk le sesi panaskan badan -->senam ye, bukan bubuh badan dalam air panas, dan juga chicken dance yang aku cuma goyang-goyang kaki, lompat-lompat pusing-pusing -->kena paksaaa.cih)

habis event makan sarapan di A&W PJ depan amcorp. sarapan ni aku rasa around 300 kalori . float rootbeer tuh (gatal je mulut ni nak minum float) dalam 250 kot (hik). sarapan aku share dgn kawan aku (ni bukan budget romantik ke konon nak share-share makanan, nak jimat budget ke tapi sebab dah plan nak heavy lunch lepas tuh). Ye..selepas itu dengan segera.

so part aku :

sarapan: 150 kalori
float = 250 kalori



Lunch di Syed Bistro PJ.
Nasi Bukhara Ayam. entah, order kambing, tiba-tiba muncul ayam. Tapi sedapnya kan.
satu pinggan beserta segala aksesori adalah 700 kalori.
makan share dua orang.
teh o ais 2 gelas = err..250 kalori

so lunch : bahagian aku adalah 350 kalori.

kesimpulan: lunch 250 + 350 = 600 kalori.


kemudian petang teatime di secret resepi, makan kek dan air kosong.
hoi...blueberry cheese choc dan choc cake apa tah kat atas ni sedap nak mati.

lepak borak, bahagian kek aku adalah separuh. so..aku rasa aku dah makan 250 kalori dekat sini.


Balik rumah aku beli pokok 2 lagi, angkat pakai tangan cam nak kojol je rasa. lepas tuh tgk tv sesambil keluarkan lamb utk dinner, marinate.
sambil tu bergardening.
oi catz, gardening apa ke benda kauuu.
cuma angkat pokok, susun.
oh ya..aku angkat air 6 baldi basuh balkoni, sapu-sapu, berus. tu kira gardening jugak ke?????????? No?


ok, dah cantik sedikit, cuma perlukan beberapa pokok lagi. Harap makin rimbun dan bukan makin kelayuan pokok ni semua.Harap-harap aku dapat kerajinan tahap lapan untuk menyiram pokok.


sebagai reward kepada diri yang kepenatan, prepare simple dinner yang sedapppp. makan sambil tengok bintang. semerbak bau time grill ni. maybe jiran aku ingat aku dah bukak restoran lah.

terdengar-dengar bunyik kambing memanggil

grilled lamb with salads dan tumbuh-tumbuhan. aku rasa ni dalam 400 kalori gak kot. hiksss.


so jumlah kalori intake hari ahad adalah:

sarapan dekat padang : 150
sarapan A&W = 400
lunch dekat syed bistro :600
tea time secret resepi : 250
dinner at home (lamb) : 400

Jumlah : 1800

erk.

eh jom senam-senam.

lapan lagi lapannnn.....

Saturday, May 21, 2011

sardin masak lemak

dah takde modal nak blogging, so kita makan sardin dulu.

bahan-bahan:

sardin -tak kisah brand apa
santan - 1 cawan
cili api + cili hijau
bawang putih, halia , bawang besar'
tomato

jom masak!

tumbuk halia dan bawang putih.
mayang bawang besar
hiris-hiris cili
tumis bahan tumbuk dan cili serta bawang besar hingga naik bau
masukkan sardin beserta sosnya.
kacau sebati
masukkan santan dan sedikit air.
kacau, hingga mendidih.
masukkan tomato.
kacau, tambah garam secukup rasa.kacau dan angkat.

Friday, May 20, 2011

I want TUYUL....!!

cuaca panas, kaki penat, tekak kering..
ohhh....sedapnyaaa kalau dapat makan something sejuk dan nyaman di tekak.


dang!


macam tong aiskrim kan..

ES LILIN KHAS BANDUNG
ole-ole khas Bandung...
owh.......macam sedap je???


pelbagai perisa, dari alpokat, mangga, coklat, jeruk dll

ai punya alpokat

uuu..mangga vs alpokat

rasa ? sedappp...macam aiskrim potong tuh teksturnya..sedap! betul-betul rasa asli buah-buahan...nyammm!
Hanya di Bandung..

Tuesday, May 17, 2011

Jalan-jalan : Jalan TAR

3 minggu yang lalu..
berjalan-jalan di sekitar jalan TAR, hari sabtu.

dah lebih 2 tahun aku rasa tak jalan-jalan ke sini...


woo..hebatnya. banyak rupanya kedai ikan bakar dekat sini. First time makan dekat sini. not bad.bestt je..


ikan bakar

saja lunch dekat sini, awal masa ni . pukul 11 lebih. org belum ramai. wah..best you. banyak betul ikan bakar, pilihan lauk dan sayur. sedap pulak tuuu...
so sebelum jelajah cari tudung/selendang..kita makan kenyang-kenyang.

menyusuri jalan sekitar jalan dan lorong. Hari sabtu meriah sebab ada pasar malam kan.so sepanjang lorong /jalan adalah gerai makanan. haaaa...sambil beli tudung/baju boleh cuba rasa macam-macam. makanan, air warna warni. meriah gila kan.

tertarik tengok kacang ni..lupa nama dia apa..

kacang...err...lupa....beli sebungkus. sedap jugak.

sesambil tu masuk kedai tudung. err..sapa pernah masuk kedai ni? ya ampunnnnnnnn...dek non. tudung rm3.00 je you. bergantung kualiti, design, fesyen boleh dapat semurah RM3.00 ke rm 10.00. catz tgk orang borong tudung macam beli bawang oke! ala-ala borong berkilo-kilo. pergh..ramainya manusia. yang kesian budak2 kecik yang keboringan tengok mak derang lupa diri bergelumang dengan segala pesen tudung,so budak2 kecik ni siap ada yang baring dalam kotak tudung.kehkeh.aku tak ingat nama kedai ni, tapi tersangattt murah. kalau kedai lain jual rm20.00 kedai nih jual RM9.80 je u ols. Tapi kena pilih jenis kain/kualiti jugak kot.
aku beli selai tudung dekat sini (konsepnya ko dah susah payah masuk kedai yg amat padat ni, takkan tak beli apa-apa kan...)


macam-macam pesen selendang dan aksesori dilekatkan ..


meriah


cantik-cantik Jahhhh..ko nanti rambang mata nok...


kedai tudung, kiri kanan..celah lorong.mak oi......


Jah..kaler apa ko nak? pesen apa ko nak? yang bunga secepuk, yang pesen batu batan, pesen kaler dua layer, 4 layer, pesen rambutan, ulat-ulat semua ada.


fenats you

sambil-sambil penat, haus, lapar, ha singgahhh..kita menjana ekonomi dan perut..

belon anyone??

murtabak mini, needa beli, tapi masuk perut i semua kot..thanks needa

hasil tuaian adalah berbaloi dengan kepenatan kaki..cantik dan murah..
best jugak jalan-jalan dekat sini. Banyaknyaaa kedaiii! hooo....tak larat nak round semua you! perut kenyang dan tangan penuh dengan selendang dan tudung.
:)