Monday, October 10, 2011

Kacang pool

hi ..hows weekend?


aku..dipenuhi (ecehhhh) aktiviti mengemas rumah dan memasak .
masak aja kan ..

lately entah..kerja berlambak tak pernah surut.
dengan big project coming in, aku macam rasa bagusnya kalau tangan aku dan kaki ada lapan macam sotong kurita.
masuk ofis boleh assign dua tangan buat keje A, dua tangan keje B, 2 tangan surf blog. ehehhe....
stress.
so nak reduce stress, balik je je hayun senduk, masak.
lepas tu makan.
lepas tu tido.
lepas tuh..gemmmmmmsss.
eleh.



kacang pool

kawan aku yang asyik ke JB, suka lah sms aku.." i tgh makan ni..kacang pool the best in Johor and batam..kat bomba larkin.."

tapi tak pernah nak belikan aku kan. keji je.

menyampahzzzsss mak.

so untuk membalas dendam...aku mms dia gambo kacang pool ni, dengan ayat iringan:

"kacang pool, fresh from my kitchen, the best in Malaysia dan Asia Tenggara.Dibuat dengan penuh kasih sayang, boleh makan 5 mangkuk terus secara tamak..ko ada??".

hahahha... pftttsss. berbulu je.

kih-kih.

ok..aku letak le resepi tah aku amik kat blog lama aku.


Bahan-bahan:

bawang putih, bawang merah, halia (seinci je) jgn masukkan seketul besar tuuuu. display je tu.


kacang foul -1 tin

jintan manis dan biji ketumbar, sikit je.goreng tanpa minyak.

tumbuk ketumbar dan jintan tadi

daging kisar. pastikan ramli, baru beli. wah iklan.
now senang packaging baru ni dari dulu yang dia ikat macam guni beras tuh. macam ni dia buat dua lapis daging, so aku guna selapis. senang nak simpan semula.

ini sekeping daging tadi. hancur2kan le..sng nak masak nanti.
Bahan-bahan lain adalah : serbuk kari daging - dua sudu, serbuk rempah sup (satu sudu), garam, air, minyak.

ok..mula-mula. tumbuk bawang-bawang dan halia. tumis hingga naik bau. masukkan rempah kari dan rempah sup.masukkan juga jintan dan ketumbar tadi. tumis dengan api kecil.

tumis hingga garing dan berbau harum sehingga ke rumah jiran anda sehingga membuat mereka tertanya-tanya gerangan masakan apakah yang dimasak oleh jiran ku ini.

masukkan daging, dan kacau hingga masak.

kacang foul tadi separuh ko kisar, separuh lenyek-lenyek kasar guna garpu je.

Masukkan dalam tumisan daging tadi kacang yg telah dikisar. kacau rata.

masukan kacang yang dilenyek. kacau sebati hingga agak pekat. masukan garam dengan penuh perasaan.

ok..dah boleh rasa-rasa. kalau kat lidah dah rasa semua cukup dan sedap, ok le tu.


hidang dengan cili hijau/cili api, bawang hiris, tomato, hirisan limau (aku lupaaaa nak bubuh) dan sedap dimakan dengan roti. tak kisah le roti perancis ke..roti venezuela ke boleh je.


nah... mudah je.

boleh le main masak-masak di petang hari.
nyammm!!


ok..nak sambung buat report.

daaaa...

17 comments:

Lily Jaafar said...

mak suke!! me kasih nak!! hahahaha
esok ke Giant aku :))

Thank uuuu

Tijah said...

ko rajin betul main ngan lesung kan? aku da lama simpan, semua main mesen je skrg

Hajah Zainab bt Abdullah said...

cedappp..

Anonymous said...

akan di try nanti...meleleh ayaq lioq ni...masyp

noorss said...

mm sedap nyer... dah lama cari resipi ni... nak cuba.... thank catzz

sudipVSsenduk said...

step by step.. oh bebeh, tq tq

illa said...

thx for the recipe :)
mmg suka giler kacang pol ni sbb pernah mkn kat area imigresen jb.. sedappp

deasa said...

hi catz,

macih eh bagi resepi..
hari tu gi giant dah pegang tin kacang pool ni
letak balik sebab tak reti nak buat..hehe

so pasni kena beli la
nak buat sendiriii

catz said...

hi Lily,
salam,
amboi..suka nya...
dah cuba dah??

salam kenal.
miow

catz said...

Tijah,
aku kan ala2 jamie oliver..we ols pakai lesung.mana main blender2 nih.
lagipun tak koser nak cuci blender nok..

catz said...

mama,

of koz..
how are you mama?
sihat ke?

catz said...

masyp,

siap meleleh ko?
dah try belum...?
hehehe

catz said...

noors,
u are welcome.
selamat memasak.
:).
nanti report kat blog ok.
hehhe

catz said...

sudip,

yesza..sep by step..
senang je.

selamat memasak.
:)

catz said...

illa,

catz tak pernah makan kat JB, satu hari nanti nak try.
hehhe

catz said...

deasa,

thanks visiting my blog.
salam kenal.

selamat memasak ye.
:)

catz

aza ni said...

catz



thanks,,,